Bila masuk bulan baru pasti peminat setia Kdrama ternanti-nanti akan senarai drama terbaru yang akan release. Kini Remaja tampilkan 5 K-Drama yang wajib korang tonton bulan Ogos ini sebab memang semuanya hebat-hebat dan kelihatan sangat menyeronokkan!
Barisan pelakon: Park Hae-jin, Park Sung-woong, Lim Ji-yeon
Berdasarkan webtoon popular National Death Penalty Vote, The Killing Vote ialah drama dystopian di mana penjenayah terkenal dikenakan hukuman mati berdasarkan undian yang diberikan oleh rakyat melalui sistem pengundian teks.
Setelah menerima sekurang-kurangnya 50% undian yang menyokong hukuman mati, seorang pembunuh yang tidak dikenali yang dipanggil “Topeng Anjing” akan menghantui penjenayah yang telah diundi dan melaksanakan hukuman mati.
The Killing Vote akan mula ditayangkan pada 10 Ogos dan dijangka mempunyai 12 episod.
Cold-Blooded Intern
Barisan pelakon: Ra Mi-ran, Uhm Ji-won
Juga dipanggil Cruel Mrs. Ae Ran, drama komedi Cold-Blooded Intern mengisahkan seorang wanita dalam lingkungan 40-an yang ingin kembali bekerja selepas menghabiskan tujuh tahun membesarkan anaknya.
Ads
Selepas pergi untuk temu duga di “Market House,” dia bertemu dengan rakan sekerja lama yang menawarkan posisi selaku seorang intern kepadanya.
Siri ini akan mula disiarkan pada 11 Ogos dan akan mempunyai 12 episod.
Mask Girl
Barisan pelakon: Go Hyun-jung, Nana, Ahn Jae-hong
Berdasarkan webtoon dengan tajuk yang sama, Mask Girl mendalami kisah seorang pekerja pejabat biasa yang sentiasa berharap untuk menjadi seorang penghibur.
Selepas kerja sehariannya, dia akan memakai topeng dan memulakan siaran langsung, membuat persembahan di hadapan khalayak mayanya. Tetapi hidupnya berubah di luar jangkaan apabila dia menghadapi rangkaian peristiwa malang.
Ads
Mask Girl akan ditayangkan di Netflix pada 18 Ogos dengan tujuh episod.
Destined With You
Barisan pelakon: Rowoon, Jo Bo-ah
Drama fantasi Destined With You menggambarkan percintaan yang tidak dapat dielakkan antara seorang peguam yang cekap dan seorang pekerja awam biasa.
Walaupun peguam tersebut mempunyai segala perkara yang diingini dalam hidup, namun dia menghadapi sumpahan keluarga yang hanya boleh ditamatkan oleh pekerja awam itu.
Barisan pelakon: Han Ji-min, Lee Min-ki, Suho (EXO)
Behind Your Touch ialah drama komedi-thriller yang menampilkan pakar bedah veterinar dengan kebolehan istimewa — dia boleh melihat masa lalu mana-mana makhluk hidup yang disentuhnya.
Dia kemudiannya menyertai seorang detektif yang pemarah dalam menyelesaikan jenayah di sebuah bandar kecil dan akhirnya ditakdirkan untuk jatuh cinta antara satu sama lain.
Siri ini mula ditayangkan di Netflix pada 12 Ogos.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Koreaboo, Netflix
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu pengambilan vaksin Covid-19 menjadi perdebatan antara individu yang tidak percaya akan vaksin tersebut. Terdapat ramai juga kumpulan anti-vaksin yang mempertikaikan tujuan kerajaan yang mewajibkan pengambilan vaksin tersebut.
Namun kini bagi mereka yang beragama Islam, pengambilan vaksin tersebut adalah wajib jika mahu menunaikan ibadah haji yang dijangka bermula pada tahun ini. Kementerian Kesihatan Arab Saudi telah menggariskan peraturan hanya mereka yang telah divaksin sahaja boleh melakukan ibadah haji tahun ini.
Menurut agensi Reuters, Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr Tawfiq Al-Rabiah berkata, ia merupakan antara peraturan utama yang ditetapkan kepada para jemaah haji bagi mencegah penularan virus Covid-19.
Tahun lalu, hanya 1’000 jemaah haji yang tinggal di negara itu sahaja boleh menunaikan ibadah haji lantaran penularan virus Covid-19. Setakat ini Arab Saudi telah menyaksikan sebantak 378,002 kes positif Covid-19 dengan 368,926 orang pulih dari virus itu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap kali pelancong asing termasuklah dari Malaysia berkunjung ke Seoul Korea Selatan, pastinya mereka tidak akan lepaskan peluang untuk mencuba aiskrim dari vendor jalanan bernama 32 Parfait.
Terletak di sekitar kawasan membeli-belah terkenal Myeongdong, 32 Parfait popular dengan rupa bentuk aiskrim ‘mencanak ke langit’ . Bukan mudah tau untuk menikmati aiskim setinggi 32 cm ini!
Namun disebabkan oleh rasanya yang sedap dan keunikan bentuk aiskrim, ramai tidak melepaskan peluang untuk mencuba aiskrim yang dijual pada harga 2,000 won atau kira-kira RM7.50 ini.
Antara perisa yang ditawarkan pula termasuklah teh hijau, yogurt strawberi, campuran buah-buahan (seperti strawberi & mangga), vanila coklat, blueberry dan banyak lagi.
Disebabkan sekatan perjalanan di antara negara, kita tidak lagi boleh ke Seoul buat sementara waktu ini untuk mencuba Parfait 32. Namun dalam diam, rupa-rupanya aiskrim tersebut bakal ‘datang’ kepada kita!
Menurut satu muat naik di akaun Facebook I Love Malaysian Food, Parfait 32 sedang bersiap sedia untuk membuka vendor pertamanya di Lot 10, Bukit Bintang. Ia betul-betul terletak di hadapan kafe Don Don Donki.
Baru-baru ini, skuad Sepak Takraw negara mencuri perhatian apabila berjaya muncul sebagai juara dan menundukkan cabaran sengit Thailand dengan kemenangan straight set di Stadium Titiwangsa pada Khamis, semalam.
Kekal mengetengahkan khidmat trio utama negara iaitu Syahir Rosdi (tekong), Farhan Adam (pengumpan) dan Azlan Alias (perejam) menunjukkan aksi mantap sepanjang perlawanan walaupun berdepan ranjau awal ketika menghadapi gandingan Sittipong Kamchan, Yodsawat Uthaijaronsri dan Varayut Jantarasena.
Perlawanan bermula dengan sengit apabila kedua-dua pasukan saling bertukar mata, menandakan persaingan yang cukup hebat.
Namun, servis daripada Syahir yang cemerlang berjaya memerangkap pemain lawan, Yodsawat Uthaijaronsri, sekaligus memberi momentum penting buat Malaysia untuk menutup set pertama dengan keputusan 15-12.
Dalam pada itu, pada set kedua, Malaysia terus menguasai permainan dengan mendahului 4-0 sekaligus memaksa Thailand menukar tekong mereka, tetapi usaha itu tidak berhasil. Malaysia terus memperlebar jurang mata sehingga 11-5 sebelum Azlan menyempurnakan kemenangan 15-9 dengan satu libasan lembut.
Menerusi kemenangan ini, Malaysia muncul juara berganda dalam Piala Asia edisi pertama selepas sebelum ini menjuarai acara kuadran. Walau bagaimanapun, skuad negara tidak mahu berasa terlalu selesa walaupun sudah meraih dua gelaran utama dalam kejohanan kali ini.
Kredit foto: Sinar Harian
Sementara itu, tekong utama Malaysia, Mohammad Syahir Mohd Rosdi, mengakui masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki menjelang saingan regu berpasukan yang akan bermula tidak lama lagi.
“Alhamdulillah kami menang 2-0, namun masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki, khususnya servis dan bola pertama”
“Kami tak boleh terlalu puas hati kerana jam 9 pagi ini sudah mula aksi berpasukan, dan kami kena cepat perbaiki apa yang kurang,” katanya tegas.
Kemenangan di final acara regu ini mengulangi sejarah manis Malaysia yang juga pernah meraih gelaran sama pada Piala Dunia 2024 dengan trio yang sama. Namun, Syahir berpendapat cabaran kali ini lebih mencabar disebabkan momentum mereka agak perlahan berbanding tahun lalu.
Selain itu, ini adalah gelaran kedua buat skuad negara di Piala Asia 2025 selepas merangkul kejuaraan acara kuadran, manakala muncul naib juara acara double selepas tumpas kepada Thailand pada Isnin lalu.
Malaysia kini berada di landasan terbaik untuk memburu gelaran ketiga apabila akan membuka tirai acara regu berpasukan menentang Brunei pada pagi Jumaat, diikuti aksi menentang Jepun pada malam yang sama. Saingan penutup Kumpulan B pula bakal menyaksikan pertemuan dengan Korea Selatan pada petang Sabtu.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!