Baru-baru ini, menerusi majalah dekorasi Architectural Digest Alicia Keys secara eksklusif mendedahkan rumah mewahnya kepada umum.
Foto Via www.architecturaldigest.
Pendedahan kediaman kontemporari milik pelantun lagu No One yang luas dan kemas ini membuatkan netizen kagum melihat bertapa mewahnya kehidupan penyanyi ini. Pada yang tidak tahu, Alicia mendirikan rumah tangga bersama producer muzik Kaseem Dean, alias Swizz Beatz membeli rumah ini pada 2019 yang lalu, namun baru dipapar kepada umum.
Dinamakan ‘Razor House’, rumah ini didirikan di tepi tebing San Diego berlatar belakangkan lautan Samudra Pasifik. Dikatakan rumah moden ini diinspirasi daripada filem ‘Iron Man’ melalui rumah Tony Stark. Ia diperbuat daripada simen dan eleman kaca yang mendominasi.
Dalam rumah pula, Alicia dan suami lebih tenang warna-warna bumi. Memilih konsep kontemporari ia mampu menciptakan suasana damai.
Ads
Dah macam galeri seni kan rumah pasangan ini. Daripada info, Alicia dan suami memang pencinta seni dan suka kumpul lukisan, fotografi sehinggalah ke arca. Menariknya, rumah Alicia ini juga ada unsur Asia Bali dengan paduan gata moden kontemporari. Malah, Alia turut menyatakan Bali sebagai salah satu inspirasinya juga.
Dalam deretan nama besar yang menghiasi poster rasmi festival muzik terkenal Indonesia, Pestapora, terselit dua nama dari Malaysia. Salah satunya ialah legenda muzik tanah air Dato’ Sri Siti Nurhaliza, manakala satu lagi nama yang mula mencuri perhatian ramai ialah Miko Naiko.
DJ berusia 26 tahun berasal dari Ipoh itu bakal mencipta satu lagi pencapaian besar apabila diumumkan sebagai antara artis yang akan membuat persembahan di festival berprestij tersebut.
Lebih menarik, Miko atau nama sebenarnya Sharifah Syauqina bukan sekadar DJ biasa. Dia merupakan antara DJ wanita berhijab yang semakin menyerlah dalam scene muzik elektronik tempatan yang kebanyakannya didominasi lelaki.
Minat Muzik Elektronik Sejak Remaja
Menurut Miko, minatnya terhadap muzik elektronik bermula sejak usia 15 tahun selepas sering menonton set persembahan festival antarabangsa seperti Tomorrowland di YouTube.
“Saya mula belajar mixing sendiri ketika umur 15 tahun. Saya tengok tutorial dan belajar cara DJ lain bermain set mereka. Semua belajar sendiri,” katanya kepada media tempatan.
Tambahnya lagi, pada ketika itu scene DJ di Malaysia masih agak terhad dan lebih sinonim dengan dunia kelab malam.
“Saya terfikir, kenapa tak ada sesuatu yang lebih terbuka dan mudah diakses orang ramai? Itu antara sebab saya mula jadi DJ.
“Sekarang seronok tengok DJ boleh perform di kafe dan kedai bundle, bukan hanya di kelab dan bar,” ujarnya.
Keluarga Jadi Tulang Belakang
Perjalanan Miko dalam dunia muzik turut mendapat sokongan penuh daripada keluarga, lebih-lebih lagi kerana keluarganya sendiri mempunyai latar belakang seni.
“Keluarga saya datang daripada latar belakang seni. Mak saya pernah jadi kurator pameran seni sebab dia juga seorang artis. Jadi mereka faham bagaimana scene underground berfungsi,” katanya.
Miko turut berkongsi dia menerima dek DJ pertamanya selepas tamat SPM apabila ibu bapanya melihat kesungguhannya dalam bidang tersebut.
“Mereka nampak saya fokus selama empat atau lima tahun dan tahu saya memang serius,” katanya lagi.
Gugup Perform Pertama Sebagai DJ Berhijab
Miko mula membuat persembahan secara langsung pada tahun 2018 ketika berusia 19 tahun selepas sebelum itu hanya memuat naik hasil mixing di YouTube.
Bagaimanapun, dia mengakui persembahan pertamanya di sebuah acara hip-hop underground di Ipoh cukup mendebarkan.
“Tangan saya sampai menggigil! Saya takut orang akan menghakimi bila nampak perempuan berhijab berada di belakang dek.
“Ada yang terkejut sebab tak biasa tengok, dan ada juga yang beri maklum balas membina,” ujarnya.
Menurut Miko, tanggapan masyarakat terhadap kerjaya DJ yang sering dikaitkan dengan budaya negatif juga menjadi cabaran buat dirinya.
“Orang selalu anggap DJing berkait dengan parti atau tingkah laku negatif, tapi bagi saya ia tentang muzik semata-mata.
“Saya tak ambil sebarang bahan terlarang, tapi saya tetap rasa adrenalinnya. Itu cara saya mengekspresikan diri,” jelasnya.
Tidak Mahu Terikat Dengan Satu Genre
Dalam pada itu, Miko turut menjelaskan maksud label “anti-genre-ism” yang sering digunakan dalam biodatanya.
“Maksudnya saya tak mahu mengehadkan diri kepada satu genre sahaja.
“Ada orang sangat tegas dengan bunyi muzik mereka dan tak mahu campur gaya lain. Tapi bagi saya, kita patut meraikan semua jenis muzik,” katanya.
Antara figura yang banyak mempengaruhi citarasa muziknya ialah DJ techno terkenal dari Rusia, Nina Kraviz.
Pestapora Jadi Pentas Antarabangsa Terbesar
Berkongsi mengenai penyertaannya di Pestapora, Miko mengakui dia berasa teruja namun pada masa sama gementar kerana membawa nama Malaysia ke festival tersebut.
“Perasaan saya bercampur-baur sebenarnya. Gembira, tapi dalam masa sama gementar juga.
“Rasa macam saya membawa nama Malaysia ke sana,” katanya.
Miko bakal membuat persembahan di pentas kurasi Yes No Klub yang dikendalikan artis dan kurator Indonesia, Wok The Rock.
Peluang itu hadir selepas platform Asia Tenggara, Align Online SEA mencadangkan namanya kepada pihak penganjur.
Mahu Debut Lagu Original Di Pestapora
Dalam persiapan menuju festival itu, Miko kini sedang giat menghasilkan beberapa lagu original untuk dipersembahkan buat pertama kali di sana.
“Saya sedang menghasilkan beberapa lagu original. Harapnya saya sempat debutkan di Pestapora nanti.
“Sasaran saya adalah untuk siapkan sekurang-kurangnya tiga lagu baru menjelang September,” katanya.
Fokus Pada Kemahiran, Bukan Penampilan
Selepas hampir sedekad bergelar DJ, Miko mengakui dia sudah lali dengan pelbagai komen negatif terutama sebagai DJ wanita.
“Sebagai DJ wanita, orang selalu cakap benda macam, ‘Dia cuma pandai berpakaian cantik, tapi muzik dia tak bagus.’
“Tapi bagi saya, ia bukan tentang penampilan. Ia tentang kemahiran. Saya belajar untuk abaikan suara-suara negatif dan fokus memperbaiki diri sendiri,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Noisy Headspace
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan melantik, mengurniakan dan menggelar suri Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor sebagai Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Bustamam.
Gelaran baharu itu ke atas isteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail itu diumumkan menerusi Jumaah Majlis DiRaja yang berkuatkuasa 31 Disember lalu.
“Jumaah Majlis DiRaja mengumumkan iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Di Pertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim dengan kuasa hak dan keistimewaan Baginda dibawah Fasal 23 Bahagian Pertama, dan Fasal 7(2)(e) Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.
“Dan dengan persekutuan Jumaah Majlis DiRaja telah suka dan berkenan pada 31 Disember 2023 melantik, mengurniakan dan menggelar suri Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor sebagai Yang Amat Mulia Che Puan Mahkota Khaleeda binti Bustamam atau versi Inggeris, ‘Her Highness Che’ Puan Mahkota Khaleeda Binti Bustamam’,” titah Baginda dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook rasmi semalam.
Terdahulu, pada 23 Mac 2021, Che’ Puan Mahkota Khaleeda menerima gelaran Che’ Puan Besar daripada Sultan Ibrahim.
Che’ Puan Mahkota Khaleeda dilahirkan di Kuala Lumpur pada 16 Julai 1993 selamat diijab kabul dengan Tunku Ismail di Istana Bukit Serene pada 24 Okt 2014.
Pasangan diraja itu kini dikurniakan empat cahaya mata iaitu dua puteri dan dua putera iaitu Tunku Khalsom Aminah Sofiah, Raja Muda Johor, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim, Tunku Abu Bakar Ibrahim dan Tunku Zahrah Zarith Aziyah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah pandemik COVID-19 menyerang dunia pada akhir tahun 2019, ia merupakan satu ujian yang begitu getir buat seluruh masyarakat. Bukan hanya memberi impak dan kesan pada kehidupan harian malah ia juga menggugat ekonomi dunia.
Situasi pandemik yang melanda dunia sekarang bukan hanya memberi impak kepada pekerja yang bakal atau pun telah kehilangan kerja, malah ia juga turut menjejaskan peluang pekerjaan kepada para graduan.
Malah, menurut laporan The Malaysian Insight, Jabatan Perangkaan mendedahkan bahawa rata-rata siswazah yang memasuki dunia pekerjaan tahun lalu menerima anggaran gaji bulanan antara RM1,001 hingga RM1,500 berbanding purata RM2,001 hingga RM2,500 yang direkodkan pada tahun 2019. Lebih kurang 50% pengurangan gaji dari tahun sebelumnya.
Bukan itu sahaja, menurut ketua Perangkawan Malaysia, Dr Mohd Uzir Mahidin, jumlah siswazah yang memasuki alam pekerjaan tahun lalu juga turut merosot, begitu juga kadar penyertaan tenaga buruh dalam kalangan lepasan graduan.
Kebanyakan siswazah memperoleh gaji hanya paras gaji minimum yang ditetapkan, RM1,200 pada tahun 2020. Jumlah tersebut adalah sama dengan gred gaji untuk lepasan diploma yang turut memperoleh antara RM1,001 hingga RM1,500.
Manakala, bagi lulusan PhD dan sarjana di sini dilaporkan memperoleh pendapatan bulanan antara RM5,0001 hingga RM10,000.
Hal ini mungkin mendatangkan kerisauan kepada individu dan graduan yang terkesan, namun ia bukanlah satu penamat untuk kehidupan kerana korang masih boleh memulakan perniagaan melalui tiga cara iaitu offline, online dan mengguna pakai sistem sedia ada seperti affiliate, dropship dan menjadi ejen produk.
InsyaAllah. Sama-sama kita doakan agar indvidu yang terjejas akibat wabak pandemik ini dimurahkan rezeki.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.