Sumber Foto : REUTERS

 

Bekas juara dunia perlumbaan Formula 1, Sebastian Vettel telah menegaskan bahawa dia enggan menyertai siri Grand Prix (GP) Rusia di Sochi jika ia tetap diteruskan oleh penganjur pada bulan September kelak.

Ia susulan tindakan Rusia yang melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine pada 24 Februari 2022 selepas arahan dikeluarkan oleh Presidennya, Vladimir Putin.

ARTIKEL BERKAITAN : Arah Rusia Serang Ukraine, Kenali Siapa Vladimir Putin Sebelum Menjadi Presiden – REMAJA

Kata Vettel yang pernah menjuarai F1 selama empat kali, Rusia mempunyai seorang pemimpin yang ‘gila dan sangat pelik’ lantas enggan menyokong sebarang kejohanan yang dilangsungkan di sana sebagai tanda protes terhadap tindakannya.

IKLAN

“Saya tidak seharusnya pergi, saya tidak akan pergi. Adalah salah untuk berlumba di negara itu.

“Saya bangun pada pagi ini dan terkejut mendengar berita tersebut.”

Sebastien Vettel Nekad Boikot Perlumbaan F1 Di Rusia, Tolak Misi Peperangan
Sumbr Foto : Planet F1

“Saya bersimpati dengan nasib orang yang tidak bersalah selepas mereka menjadi mangsa korban kerana alasan yang bodoh,” tegasnya sebelum menambah, “Saya terkejut dengan apa yang berlaku di Ukraine. Keputusan saya adalah muktamad untuk tidak berlumba di Rusia.”

IKLAN

Kebelakangan ini juga, Vettel sebagai pengarah Persatuan Pelumba Grand Prix (GPDA) telah bersifat lantang terhadap sebarang isu sosial dan kemanusian. Justeru, keputusannya ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan terutamanya dalam kalangan peminatnya.

Dalam pada itu, pihak F1 berkata mereka sedang mengikut rapat situasi yang sedang berlaku setelah pengumuman Rusia ke atas Ukraine itu selepas situasi tegang berlarutan selama berbulan-bulan di sana. Manakala, juara F1 terbaru iaitu Max Verstappen pula berkata, “Apabila sebuah negara sedang bergolak, adalah wajar untuk tidak berlumba di sana.”

Khabarnya, penganjur Piala Eropah (UEFA) juga kini sedang berkira-kira untuk melucutkan bandaraya St Petersburg di Rusia sebagai lokasi perlawanan akhirnya pada bulan Jun 2022 setelah melihat pencerobhan ketenteraan yang sedang berlaku.

IKLAN

Sumber : Motorsport.com

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI