Usai dimasyurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari 2024, nama Sultan Johor Sultan Ibrahim terus menjadi di antara nama paling dicari-cari di platform digital demi mengetahui dengan lebih dekat mengenai profil Seri Paduka Baginda.
Berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Pajabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor atau Royal Press Office, berikut merupakan 5 fakta menarik yang mungkin sesetengah daripada korang tidak tahu mengenai Sultan Ibrahim terutamanya dalam bidang pendidikan serta latihan ketenteraan yang pernah diharungi.
01
Sultan Ibrahim merupakan putera sulung kepada Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail dan Almarhumah Enche’ Besar Khalsom Abdullah setelah diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor.
02
Di antara sekolah di mana Seri Paduka Baginda mendapatkan pendidikan awal termasuklah di Sekolah Temenggong Abdul Rahman (1) Johor Bahru sebelum ke Trinity Grammar School yang terletak di Sydney, Australia.
Seri Padukan Baginda kemudiannya melanjutkan pengajian ke Maktab Sultan Abu Bakar dan mendapat pendidikan agama di Sekolah Agama Ayer Molek, Johor Bahru.
03
Ternyata, Seri Paduka Baginda tidak sesekali mengenepikan pelajaran, malah begitu memandang tinggi nilai ilmu di dada apabila meneruskan pengajian di Fletcher School of Law and Diplomacy di Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat demi melengkapkan dua kursus – Southeast Asian Strategic Studies dan International Law of the Seas.
Ads
04
Sebaik menamatkan kursus tersebut, Seri Paduka Baginda mula terlibat dalam latihan ketenteraan seperti yang sinonim dengan ahli-ahli keluarga diraja Johor.
Bermula di Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA) di Kota Tinggi, Seri Paduka Baginda kemudiannya mengikuti latihan ketenteraan pegawai muda di Fort Benning Georgia dekat Amerika Syarikat serta latihan airborne dan ranger untuk melayakkan diri sebagai pegawai infranti.
Tidak cukup dengan itu, Seri Paduka Baginda meneruskan pula latihan American Special Forces dan Pathfinder di mana 19 terjunan payung terjun termasuklah lapan daripadanya pada waktu malam berjaya disempurnakan.
Ads
Hasil semangat ketenteraan yang tinggi ini, Sultan Ibrahim ditauliahkan sayap dan mendapat pengiktirafan sebgai seorang komando. Seri Paduka Baginda turut ditauliahkan sebagai anggota pasukan SEAL iaitu bagi ketenteraan darat, laut dan udara.
05
Ini bermakna Sultan Ibrahim berjaya menguasai ketiga-tiga aspek utama dunia ketenteraan tersebut.
Bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Sultan Ibrahim menjalani latihan juruterbang helikopter dan dikurniakan serta menerima sayap pada tahun 1982 daripada Almarhum Sultan Iskandar.
Seri Paduka Baginda juga menjalani latihan tentera laut di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak. Pengalaman tersebut sekali gus melengkapkan Seri Paduka Baginda sebagai pegawai tentera darat, laut dan udara berkemahiran.
***
Dari situ, barulah bermulanya fasa kehidupan Sultan Ibrahim sebagai Tunku Mahkota Johor apabila dimasyhurkan pada tahun 1981 dan seterusnya sebagai Sultan Johor pada tahun 2020 selepas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar.
Selari dengan perlantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 berkuat kuasa 31 Januari 2024, Seri Paduka Baginda akan mula bersemayam selama lima tahun di Istana Negara bersama Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Coklat mempunyai kuasa luar biasa yang boleh mengubah ‘mood’ seseorang itu menjadi lebih baik. terdapat lebih daripada 300 bahan kimia semula jadi yang terdapat di dalam coklat dan sebahagian daripadanya mampu memberikan kesan kepada otak manusia melalu pelepasan neurotransmitter tertentu.
Ferrero Rocher antara coklat kegemaran ramai dan boleh dikatakan, ia merupakan coklat ‘mewah’ kerana harganya yang agak mahal. Siapa sahaja yang akan menolak jika diberikan Ferrero Rocher kan? Hiks!
Kebanyakan daripada coklat jenama terkenal telah diinovasi menjadi aiskrim seperti KitKat, Snickers, Mars dan banyak lagi. Kini, Ferrero Rocher juga telah pun melancarkan produk terbaru aiskrim daripada jenama terkenal itu.
Melalui sebuah hantaran di laman Instagram @candyhunteraustria, coklat hazelnut dari Itali itu menghasilkan tiga perisa iaitu Original, Dark Chocolate dan White Chocolate.
Namun, khabarnya buat sementara ini aiskrim ‘mewah’ itu hanya terdapat di pasaran Jerman, Perancis, Itali, Sepanyol dan Austria. Manakala, di United Kingdom akan dilancarkan pada musim panas nanti.
Amacam, terliur tak?
Kita tunggu sahajalah sama ada aiskrim Ferrero Rocher ini masuk ke pasaran Malaysia atau tidak ya. Tungguuu..
Para pelancong yang ingin memasuki ‘Pulau Dewa’, Bali, Indonesia bakal dikenakan cukai sebanyak 150,000 rupiah bersamaan dengan RM46 bermula tahun depan bagi mengekalkan budayanya.
Menerusi laporan Berita Harian, Gabenor I, Wayan Koster tampil menjelaskan bahawa bayaran yuran untuk pelancong asing hanya dikenakan sekali ketika lawatan mereka ke Bali.
Selain itu, cukai berkenaan turut diperkenalkan sebagai sebuah inisiatif bagi melindungi tarikan tropika di Bali.
“Yuran itu perlu dibayar secara elektronik dan akan dikenakan kepada pelancong asing yang memasuki Bali dari luar negara atau dari bahagian lain di Indonesia. Levi tidak akan dikenakan kepada pelancong domestik Indonesia,” katanya.
Mengulas lanjut, lebih dua juta pelancong telah melawat lokasi pelancongan terkenal itu pada tahun lalu ketika Bali dalam fasa pemulihan daripada sekatan pandemik Covid-19 selepas mengenakan dasar toleransi sifar terhadap pelanggaran peraturan.
Dalam masa sama, beliau juga memaklumkan pelaksanaan kadar cukai tersebut dijangka tidak akan membuatkan ketibaan pelancong menurun.
“Ia bukan masalah kerana kami akan menggunakannya untuk alam sekitar, budaya dan membina infrastruktur lebih berkualiti supaya perjalanan ke Bali akan lebih selesa dan selamat,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Bali berikrar mengenakan tindakan keras terhadap pelancong yang berkelakuan tidak senonoh selepas beberapa insiden, termasuk perbuatan tidak menghormati budaya pulau yang kebanyakannya penganut Hindu itu.
Pada Jun lalu, kerajaan tempatan menerbitkan panduan untuk pelancong yang ingin melawat Bali selepas didesak untuk berbuat demikian oleh pejabat Imigresen pulau itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Anak kepada usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih mesra dikenali sebagai Kak KM, tampil memberikan penjelasan selepas dirinya menjadi perhatian netizen berhubung isu kerjaya sebagai pramugari.
Menerusi satu hantaran di Instagram, anaknya, Nabila Razman atau Bella, menjelaskan keputusan berhenti kerja bukanlah sesuatu yang dibuat tanpa pertimbangan. Sebaliknya, dia mengambil kira faktor keluarga dan keperluan peribadi sebelum membuat keputusan tersebut.
“Saya letak jawatan kerana keluarga saya memerlukan saya di rumah, dan sejujurnya saya juga begitu,” jelas Bella yang turut mengakui itu merupakan pengalaman pekerjaan pertamanya.
Terdahulu, Bella menjadi sasaran kritikan sesetengah pengguna media sosial selepas videonya mengaku pernah bergelar pramugari tular baru-baru ini. Ada yang meragui kesahihan kerjayanya itu, malah menuntut bukti seperti gambar dirinya berpakaian seragam sebagai pengesahan.
Namun begitu, Bella tampil memberikan penjelasan bahawa dia terikat dengan polisi syarikat penerbangan yang tidak membenarkan sebarang perkongsian kandungan berkaitan tugasan atau imej berpakaian seragam di media sosial.
“Ada yang cakap, ‘post gambar pakai uniform dulu.’ Boleh saja, tapi siapa nak bayar saman saya nanti?”
“Saya dah tandatangan perjanjian. Bukan boleh suka-suka langgar syarat syarikat,” ujarnya tegas.
Tambahnya lagi, sepanjang tempoh berkhidmat sebagai pramugari, dia langsung tidak memuat naik sebarang perkembangan atau kandungan berkaitan kerjayanya bagi menghormati garis panduan ditetapkan majikan.
Sekadar info, sebelum ini Kak KM pernah mendedahkan bahawa anaknya menjalani latihan selama empat bulan sebelum memulakan tugas sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Singapura.
Dalam pada itu, Bella turut meluahkan rasa kesal terhadap individu yang menyebarkan tuduhan palsu terhadap dirinya dan menyatakan bahawa dia tidak akan memaafkan mereka yang telah mempersoalkan integritinya.
“Alhamdulillah, pahala percuma. Saya tidak akan maafkan sesiapa yang fitnah saya sampai bila-bila,” luah Bella penuh kecewa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: IG Nabilamalu
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!