28 September lalu, seluruh dunia dikejutkan dengan tragedi gempa bumi berukuran 7.4 skala ritcher yang melanda Sulawesi Tengah dan mengakibatkan tsunami di Perairan Palu dan kawasan sekitarnya.

Banyak bangunan, rumah penduduk, hotel, pusat membeli belah, hospital dan lain-lainnya rosak teruk sehinggakan Jambatan Ponulele yang menjadi Ikon Kota Palu roboh dilanda gelombang besar tsunami.

Kemusnahan besar dapat dilihat termasuklah ke hari ini di mana jalan raya yang menghubungkan Palu-Poso dan Makassar masih ditutup akibat retakan dan rekahan kuat sehinggakan tiada kenderaan boleh melaluinya.

Ratusan orang meninggal dan ramai yang belum ditemui dicelah runtuhan. Ribuan orang kehilangan rumah yang telah musnah. Di sebalik tragedi menimpa tetapi Allah tetap menunjukkan kekuasaannya dengan memelihara rumah Allah iaitu Masjid Baiturrahman dengan hanya sebahagian kubahnya rosak.

Ini 6 fakta tentang gempa dan tsunami yang berlaku di Palu dan Donggala yang perlu korang tahu.

6 Fakta Gempa Di Sulawesi, Kenapa Amaran Tsunami Tak Berfungsi Masa Kejadian?

IKLAN
6 Fakta Gempa Di Sulawesi, Kenapa Amaran Tsunami Tak Berfungsi Masa Kejadian?
Hanya sebahagian kubah atas masjid ini runtuh sementara bangunannya yang lain tetap utuh
  1. Masjid Baiturrahman tidak runtuh  – Dapat dilihat dengan gempa berukuran 7.7 skala ritcher mampu meruntuhkan bangunan tinggi termasuk Jambatan Ponulele yang menjadi Ikon Pelancongan Kota Palu. Sama kejadian di Acheh, dalam tsunami dan gempa ini, Masjid Baitulrahman di Kota Palu hanya rosak sebahagian kubahnya sementera bangunannya masih utuh. Kata beberapa orang saksi, selepas gempa itu, teriakan Allahuakbar, Subhanallah dan kalimah-kalimah suci berkumandang.6 Fakta Gempa Di Sulawesi, Kenapa Amaran Tsunami Tak Berfungsi Masa Kejadian?2. 1203 orang meninggal – Sehari selepas gempa dan tsunami terjadi, Jumaat 28 September, 420 korban jiwa dilaporkan. Namun angkanya terus meningkat sehari selepas itu kepada 832 orang apabila operasi mencari dilakukan. Dipercayai jumlah kematian akan lebih meningkat terutama dalam runtuhan bangunan dikeluarkan (terkini pada hari Isnin 1 Oktober, jumlah korban dinyatakan sebanyak 1203 orang).

Operasi mencari dan menyelamat banyak dilakukan di sekitar Hotel Roa Roa yang runtuh, pusat beli belah Ramayana, Pantai Talise sehingga ke kawasan perumahan Balaroa. Dipercayai sekitar 50-60 orang masih tertimbus di hotel yang popular di kalangan pelancong ini.

6 Fakta Gempa Di Sulawesi, Kenapa Amaran Tsunami Tak Berfungsi Masa Kejadian?

IKLAN

3. Tanah bergerak menelan apa saja – Tentu korang dan tengok video bagaimana tanah berlumpur yang bergerak dan meruntuhkan semua bangunan di sekelilingnya. Video berdurasi lebih kurang dua minit itu memaparkan bagaimana rumah dan pokok-pokok kepala khususnya berputar sebelum hanyut.

Untuk makluman, fenomena ini dipanggil Pencairan atau Likuifaksi. Seorang ahli geologi Indonesia, Rovinky Dwi Putrohari menjelaskan pencairan ini terjadi apabila tanah kehilangan kekuatan akibat serapan air. Gempa mengakibatkan kekuatan lapisan tanah menghilang dan mengakibatkan gelongsoran. Lapisan tanah yang terdiri dari batu pasir akan berubah akibat gempa.Jadi bukan bumi Sulawesi ditelan ya sebagaimana viral di media sosial.

6 Fakta Gempa Di Sulawesi, Kenapa Amaran Tsunami Tak Berfungsi Masa Kejadian?
Jambatan Ponulele yang menjadi ikon pelancongan bandar Palu juga musnah

6 Fakta Gempa Di Sulawesi, Kenapa Amaran Tsunami Tak Berfungsi Masa Kejadian?4. Ramai terperangkap dalam pusat beli belah dan hotel – Pusat membeli belah terbesar di Kota Palu, Mal Tatura di Jalan Emy Saelan hancur dan tinggal sebahagian selepas gempa berlaku. Dipercayai ada ratusan orang terperangkap dalam pusat beli belah ini.Begitu juga hotel Roa-Roa di Jalan Pattimura yang sangat terkenal di kalangan pelancong luar, semuanya masih terperangkap selepas hotel ini musnah teruk. Hospital juga terjejas termasuk Jambatan Ponulela yang menjadi ikon pelancongan Kota Palu juga runtuh akibat tsunami dasyhat ini.

IKLAN

6 Fakta Gempa Di Sulawesi, Kenapa Amaran Tsunami Tak Berfungsi Masa Kejadian?5. Penduduk berebut makanan dan minyak kenderaan – Terputusnya hubungan mengakibatkan banyak mini market yang runtuh diserbu orang ramai yang terputus makanan. Begitu juga minyak petrol yang diagih-agihkan juga menjadi rebutan mangsa yang terselamat.

6 Fakta Gempa Di Sulawesi, Kenapa Amaran Tsunami Tak Berfungsi Masa Kejadian?6. Amaran tsunami tidak berfungsi – Penduduk mendakwa amaran tsunami tidak kedengaran sebelum kejadian. Sebab itulah banyak rakaman video menyaksikan bagaimana orang ramai mampu merakam ombak besar datang menghempas sebelum masing-masing melarikan diri.

Kepala Pusat Data Informasi dan Human BNPB Sutopo berkata, banyak bouy rosak selepas gempa sedangkan amaran tsunami ini sangat membantu penduduk melarikan diri. Sebab itulah korban tsunami dan gempa ini mengorbankan ramai penduduk kerana siren amaran ini dikatakan berfungsi.

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI