Kehadiran pemilik nama Siti Nur Aishah Bee bt Md Nor dalam pencarian Dewi Remaja 2022 tidaklah selancar yang disangka ramai. Ini kerana penyakit Talasemia yang dihadapinya selama ini. Bee, 20 yang berjaya merangkul gelaran Naib Juara Dewi Remaja 2022, Sabtu lalu bagaimanapun tidak menjadikan itu sebagai satu alasan untuk tidak mencuba sehabis baik dalam setiap cabaran yang beri sepanjang empat bulan dalam program tersebut.
Hinggalah sewaktu pentas akhir Dewi Remaja 2022 lalu, orang ramai tidak mengetahui secara meluas mengenai penyakit Talasemia yang dihadapi Bee. ‘Kehilangannya’ ketika pengumuman peserta Top 4 oleh hos, Fikry Ibrahim mencetuskan persoalan dalam kalangan penonton dan penulis mendapatkan kisah sebenar daripada mulut Bee sendiri mengenai kondisi kesihatannya itu.
“Saya tidak sangka Fikry beritahu perkara itu (pengsan) kepada penonton di dalam dewan (ketawa).
“Sebenarnya sejak rehearsal pada petang itu lagi, saya sudah kekurangan oksigen. Semasa kami sedang disiapkan mekap dan baju, saya sudahpun masuk ambulans untuk mengambil oksigen dan tenangkan diri.
“Tamat persembahan tarian kami dan masuk sahaja segmen iklan, (kondisi saya) bertambah teruk. Campur rasa nervous lagi, mungkin itulah punca ia bertambah serius. Saya sesak nafas dan terus pengsan. Kira dua kali jugalah saya pengsan pada masa itu.
“Bagi yang tidak tahu, saya juga merupakan penghidap penyakit Talasemia dan pada minggu persediaan finale itu, kami memang tidak cukup rehat dan tekanan darah saya amat rendah. Sebagai pesakit Talasemia, kami memang diberi amaran untuk tidak membiarkan diri terlalu penat. Mungkin disebabkan minggu terakhir persediaan Dewi Remaja 2022 terlalu padat dengan kelasnya, fitting-nya dan latihan.. jadi kami tidak cukup tidur,” dedah gadis yang berasal dari Johor itu.
Ads
Tidak Mahu Longlai
“Benar, kakitangan paramedik enggan saya meneruskan saingan tetapi bila mendapat tahu saya layak ke Top 4, saya cakap sahaja boleh (teruskan saingan). Nasib baik abang saya ada di situ untuk mengangkat saya di belakang pentas dan menukar gaun kedua.
“Dalam kepala saya, I just want to finish this. I cannot do this (pengsan dan tidak bermaya).
“Ibu saya ada di situ dan ahli keluarga saya hadir jauh dari Johor untuk melihat saya di atas pentas. I have to be on stage!”
Jelasnya lagi, mindanya masih terganggu semasa menjawab soalan pada pusingan kedua. Sebaik memperolehi soalan daripada Datuk Aznil Haji Nawawi, katanya dia terus menjawab mengikut apa yang terlintas di minda sambil berharap dirinya tidak ‘longlai’ di atas pentas.
Ads
“Itulah Perasaan Saya..”
“Jangkaan saya sebenarnya hanyalah hingga peringkat Top 10. Itu sudah cukup bagus. Pada malam tersebut, saya hanya ingin have fun sahaja dan lakukan yang terbaik tanpa apa-apa expectation. Saya hanya ingin memperlihatkan kepada ibu saya sisi saya yang cantik (ketawa). Sudah berada dalam kalangan sepuluh orang peserta akhir sudahpun satu pencapaian besar bagi diri saya.”
“Bila nama saya diumumkan sebagai peserta Top 4, memang terkejut kerana saya tidak meletakkan harapan menggunung.
“Bertambah-tambah rasa terkejut bagi saya bila diumumkan sebagai Top 2. Dengan keadaan kesihatan tidak berapa stabil ini, saya pun tidak sangka juri melihat potensi saya hingga tahap ini.
Ads
“After all the hard work I have put throughout seven episodes and being there in Top 2, barulah sekarang saya mengerti potensi bakat saya. Itulah perasaan saya pada waktu ini. (semasa sidang media Sabtu lalu),” kongsi Bee yang kini merancang untuk menetap di Kuala Lumpur disebabkan peluang yang besar ada di sini.
“Tidak kisahlah, apa jua rezeki dan sesiapa saja yang melihat bakat Bee, Bee akan pergi jika ada peluang. Jika tiada tawaran, Bee akan terus mencarinya,” simpul gadis hitam manis ini.
Tahniah Bee Aishah!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pencarian Dewi Remaja diteruskan untuk edisi kesebelas bagi mencari siapakah gadis yang bakal menyandang gelaran Dewi Remaja 2019.
Konsisten mencungkil selebriti wanita berpengaruh tanah air, pencarian Dewi Remaja sudahpun menapak selama lebih 34 tahun dan pernah berkolaborasi dengan rakan penaja daripada pelbagai kategori berbeza sepanjang penganjurannya itu.
Untuk Dewi Remaja 2019, pihak penganjur berbesar hati untuk mengundang jenama produk kecantikan kulit iaitu NUViT Malaysia (NUViT) selaku penaja bersama.
Wakil daripada NUViT MY, Encik Kingsley Fum Mun Keng & Cik Louise bersama para penaja serta 12 orang finalis Dewi Remaja.
NUViT sangat sinonim dengan remaja dari usia belasan tahun hingga awal 20-an, memandangkan kesihatan kulit amat berkait rapat dengan keyakinan kita semua.
Lalu tak hairanlah apabila kolaborasi di antara Dewi Remaja dan jenama tersebut boleh tercetus. Ini memandangkan aspirasi yang dimiliki oleh kedua-dua pihak, iaitu untuk memberikan keyakinan diri dan penjagaan kulit yang sihat agar para finalis boleh melangkah ke hadapan sebagai personaliti muda tanah air.
Menurut En. Kingsley Fum Mun Keng yang mewakili Y.S.P Industries (M) Sdn Bhd, NUViT bersesuaian dengan pencarian Dewi Remaja kerana kedua-duanya menyebarkan mesej dan kesedaran tentang betapa pentingnya keyakinan diri seseorang apabila dia memiliki kulit yang sihat. Sesuailah dengan tagline-nya “Be Real. Be You” yang mengajak finalis untuk menjadi diri sendiri.
*
Antara produk keluaran NUViT ialah Daily Defender SPF 50+ Lightweight Moisturizing Sunscreen.
PRODUK SEMULAJADI DARI TAIWAN
Untuk pengetahuan, produk yang diperbuat dari Taiwan ini mengkhususkan kandungan berkualiti tinggi setelah menjalani ujian teknologi klinikal.
Dengan ekstrak berasaskan tumbuhan semulajadi, rangkaian produk penjagaan NUViT juga bebas alkohol dan tidak menyebabkan alergi. Inilah rahsia kepada gabungan dari segi kosmetik dan juga farmaseutikal pada produk NUViT. Bukan saja demi kecantikan tetapi juga kesihatan kulit penggunanya untuk jangka masa panjang.
Bagi pencarian Dewi Remaja 2019, NUViT ingin memfokuskan kepada set penjagaan 3 bersiri yang lengkap iaitu Anti-Acne, Dermal White, MoistLoc serta Daily Defender Sunscreen untuk penjagaan kulit harian yang lebih menyeluruh.
Rangkaian NUViT MoistLoc untuk memberi kelembapan ultra dan berpanjangan pada kulit.(Dari kiri): Siri NUViT Dermal White terdiri daripada Brightening Essence Fluid, Brightening Spot Correcting Serum dan Brightening Spot Corrector. Sementara itu, mereka juga mempunyai Acne Purifying Gel, Acne & Blemishes Prevention Concentrate dan Acne Corrector Purifying Fluid.
Seperti siri NUViT Dermal White, ia direka khas untuk mencerahkan kulit, memperbaiki kulit tidak sekata dan mengurangkan bintik-bintik hitam dengan menggunakan 5 bahan utama yang dipanggil B-Trans5™.
Bahan tersebut mengurangkan pengeluaran melanin yang berlebihan. Malah kesan pencerahannya dapat dilihat seawal 3 hari dan mampu memudarkan bintik hitam dalam masa 14 hari.
Hebat kan!
Miss Louise mewakili Y.S.P Industries (M) Sdn Bhd untuk NUViT MY bersama 12 orang finalis Dewi Remaja 2019.
Ditanya mengenai ciri-ciri seorang Dewi Remaja yang kami cari, Encik Kingsley menyatakan bahawa ia bukan sahaja terletak pada rupa paras semata-mata.
Malah, mereka juga berharap agar Dewi Remaja yang bakal dinobatkan kelak mempunyai personaliti menarik, daya profesionalisma yang tinggi sewaktu bekerja dan boleh membawa gelaran Dewi Remaja 2019 hingga ke peringkat tertinggi.
*
THE GIRLS ARE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pencarian Dewi Remaja sememangnya sinonim sebagai platform yang melahirkan ramai bakat-bakat lakonan baharu yang mewarnai industri seni hiburan tanah air.
Tidak hairanlah apabila saban musim, cabaran lakonan pastinya menjadi salah satu episod paling dinanti-nantikan oleh penonton yang ingin menyaksikan siapakah gerangan finalis yang bakal mengikut jejak langkah alumni terdahulu seperti Izara Aishah, Azah Aziz, Aleeza Kasim, Mawar Rashid, Syatilla Melvin, Mimi Lana, Izreen Azminda, Scha Alyahya, Shaza Bae, Fify Azmi, Anna Jobling, Arena Wan, Arabella Ellen dan ramai lagi pelakon tanah air berbakat yang memulakan perjalanan mereka menerusi Dewi Remaja.
Pada musim ini, cabaran lakonan hadir seawal episod kedua agar kita dapat melihat potensi yang boleh diketengahkan oleh 12 orang finalis. All is given a fair chance to shine dan bertemakan ‘Queen of Tears’, mereka telah digandingkan dengan alumni Dewi Remaja 2022, Dina Allysha bagi menjayakan sebuah babak yang dipetik daripada drama hit, Mandul Bukan Pilihan. Manakala, juri tetap Kamal Adli pula bertindak sebagai pengarah di set cabaran kali ini.
Dina Allysha.
Queen of Tears
Bagi peminat setia drama tersebut, tentunya korang masih ingat betapa dramatik jalan ceritanya yang menjadi kekuatan utama mengapa drama ini boleh menjadi tular pada setiap minggu.
Lima tahun Aldi (Hun Haqeem) dan Billa (Mira Filzah) mendirikan rumah tangga tanpa mendapat zuriat, tekanan semakin memuncak apabila Billa disahkan menghidap kanser dan meminta adik angkatnya, Farah (Ayda Jebat) untuk membantunya. Pada masa yang sama, Farah sebenarnya menyimpan niat untuk merampas Aldi daripadanya.
Bersandarkan kepada babak di antara Billa dan Farah itu, kesemua finalis perlu melakonkan situasi menangis dengan menggunakan dialog yang sama.
Menerusi segmen penyingkaran pada episod kali ini, persembahan lakonan setiap finalis telahpun diadili oleh juri tetap, Nabila Huda dan Kamal Adli serta juri jemputan minggu kedua yang juga merupakan alumni Dewi Remaja 1990/1991, Datin Sri Umie Aida.
“Ada Yang Dilahirkan Dengan Bakat Semulajadi, Ada Yang Tidak Ada Aura Sebagai Pelakon…” – Apa Kata Juri?
ELISA CHEW
Umie Aida: “Lakonannya kelihatan polos tetapi ada inti. Kamera juga mesra dengan dia. Bagi saya, dia cantik dan skrip ini kena dengan imejnya. Saya rasa untuk dia menangis dengan mudah sebegitu, pastinya dia bersendirian terlebih dahulu dan mengambil mood serius sebelum melakukan cabaran.”
Kamal: “Saya gembira dengan prestasinya minggu ini kerana dia hanya memerlukan one take untuk cabaran ini.”
NYLEA
Nabila: “I like her! Saya sukakan lontaran dialognya yang pandai mengambil masa, mempelbagaikan intonasi dan melalui gesture mudah, dia dapat sampaikan dialog. Ada beberapa bahagian di mana kita tahu dia terlupa skrip tetapi dia pandai bermain dengan mood sedih itu untuk mengaburi kelemahan itu. Itu adalah skil sebagai pelakon yang kita cari.”
Kamal: “Semasa latihan, apa yang Nylea lakukan tidak sampai. Lagipun dia berdepan dengan jangkitan pada mata. Tetapi bila masuk set cabaran, dia terus deliver.”
ELLYSA RAMLEE
Kamal: “Lama saya perlu tunggu untuk dia menitiskan air mata, hujung-hujung baru dapat. Dalam cabaran ini, Ellysa pula yang nampak seperti dia memegang watak supporting yang jahat sedangkan dia adalah watak utama.”
Umie Aida: “Dia tak berikan sesuatu yang wow kepada saya. Pelakon perlu alert peranan angle. Bila angle dekat, sedikit pergerakan pun sudah cukup untuk sampaikan perasaan. Saya rasakan Ellysa belum dapat menguasai trik ini. Cuma saya akui, dia mempunyai wajah yang menarik pada skrin. Sangat pleasant untuk melihatnya.”
Nabila: “Saya pun sukakan skin tone dia dalam skrin tetapi skil lakonannya perlu diperbaiki lagi. Dia nampak cemas dan ada pergerakan tubuhnya yang kelihatan janggal. Saya dapat rasakan nervous dia itu sehingga saya tidak sedih melihat lakonannya.”
CAMELIA
Kamal: “Jujurnya, saya meletakkan harapan yang cukup tinggi ke atasnya disebabkan latar belakang keluarga dalam dunia lakonan. Dia juga pernah berlakon sebelum ini. Saya tahu untuk cabaran ini, Camelia mencuba tetapi ia tidak sampai.”
Umie Aida: ” VIDEO
TEYA
Nabila: “Sayangnya, saya rasa bosan bila menonton tadi. Mendatar sangat. Saya nampak Teya tidak tahu nak lakukan reaksi bagaimana terhadap pelakon gandingan. Bila dia mula banyak memandang ke bawah, itu bermakna dia ingin cover lakonannya yang biasa-biasa. Tapi dia rugi di situ kerana dia tidak dapat bermain emosi dengan penonton.
Umie Aida: “Inilah yang saya katakan apabila seseorang tidak dilahirkan dengan bakat lakonan semulajadi. Ini yang membezakan mereka daripada seseorang yan naturally gifted. Nampak Teya belum bersedia untuk berada di situ. Dia mengambil energy emosi terlalu awal. It is all about perfect timing. Bila kena dengan masanya, baru kita kembangkan emosi sehingga ke klimaks babak.
MARISA
Umie Aida: “Saya akui dia seorang yang cantik dan kamera menyukainya. Tetapi dia membosankan dalam cabaran lakonan ini.”
Nabila: “Ya, saya boleh ramalkan dia akan menjadi seorang pengacara yang bagus. Dia mempunyai persona seperti Neelofa dan Hawa Rizwana. Sebagai pelakon, saya nampak dia lost di dalam set tersebut. First take sahaja, matanya sudah meliar tak tentu arah. Body language juga tidak dijaga dengan kemas terutamanya sebagai seorang hijabi, tidak boleh duduk terkangkang seperti itu.”
DHEPER
Kamal: “Walaupun dia juga mempunyai simptom jangkitan mata pada hari itu, dia hanya memerlukan one take sahaja untuk cabaran ini. Saya ‘halalkan’ perubahan dialog yang dia lakukan sedikit kerana dia seorang yang berbangsa India dan cara bercakap dalam Bahasa Melayu juga masih baku. Cuma cara percakapan itu perlu dipraktik lagi.”
Nabila: “Not bad. Cuma dalam babak ini saya rasakan dia belum cukup yakin lagi dengan bakatnya. She was overthinking. Sekali lagi, dia banyak memandang ke bawah kerana takut untuk membuat eye contact dan sukar untuk menangis. Kadangkala, babak sedih tidak memerlukan air mata. Cukup sekadar emosi yang kuat untuk penonton rasa.”
SHARMAINE
Nabila: “Saya tahu dia cuba untuk hilangkan slanga Sabahan-nya. Ini juga pengalaman pertama untuknya berlakon seperti ini dan saya nampak dia cuba sedaya mungkin untuk memaksa diri menangis.”
Umie Aida: “Sedikit pun saya tidak rasa. Sayang kerana matanya banyak melilau.”
Kamal: “Dia banyak tak ikut skrip dan itu akan menyusahkan bahagian editing kelak. Walaupun saya faham dia masih baru, sekurang-kurangnya dia perlu berusaha untuk hafal skrip sebaik mungkin.”
NELYSA
Kamal: “Cara dia throw dialog terlalu comel. Tidak menggambarkan karakter tersebut. Lagipun saya rasakan dia tidak berjaya sampaikan emosi yang saya inginkan.”
Umie Aida: “Ini tip saya untuk pelakon baru seperti Nelysa. Jika mendapat watak sedih seperti ini dan anda sukar untuk mengalirkan air mata, ambil pengalaman hidup untuk deliver emosi. Gunakan kesedihan daripada pengalaman lampau.”
SUHAILA
Nabila: “Saya dapat tahu dia banyak membantu dewi-dewi lain untuk practiceand that was so sweet of her. Cuma dia perlu pandai bezakan lakonan di atas pentas dan lakonan di dalam set TV. Untuk TV, pergerakan kita perlu dikecilkan. Gaya lakonan perlu lebih natural. Suara kena tone down. Ini kerana emosi drama TV sangat halus, tidak seperti lakonan pentas yang dia biasa lakukan di ASWARA.
ARIANA
Kamal: “Saya nampak dia agar ‘kosong’ walaupun telah melakukan sehingga three takes. Nampak seperti dia struggle untuk meluahkan rasa sedih.”
Umie Aida: “Sata tak marah jika dia masih ‘kosong’ tapi bila ingin menjadi seorang pelakon tanpa apa-apa pengalaman, dia kena belajar daripada sumber di sekeliling. Lihat cara pelakon kegemarannya dan tiru dahulu. Gunakan emosi daripada kehidupan sebenarnya untuk hidupkan karakter. Jadi bila masuk ke set, tidaklah orang kata dia kosong.”
FITTRI
Kamal: “Saya nampak awak betul-betul tak boleh deliver watak ini. Nampak sangat awak sedang memikirkan skrip sewaktu berlakon. Ia membuatkan emosi tak sampai. Bila deliver line juga tidak sampai.”
Umie: “Kita semua ada emosi masing-masing. Sebagai pelakon kita perlu tahu untuk switch on dan switch off. Peluang dibazirkan begitu sahaja kerana suis Fittri kali ini dibiarkan tertutup sepanjang cabaran. Kita tak dapat rasa langsung.”
Dewi Pertama Yang Tersingkir Ialah…
Selepas mengadili kesemua finalis, empat orang dengan markah terendah adalah Dheper, Sharmaine, Marisa dan Fittri. Situasi ini mungkin disebabkan tiada pengalaman yang dimiliki oleh mereka sebelum ini serta kekurangan skil yang perlu diasah dalam masa yang cukup singkat.
Debaran semakin terasa apabila Sharmaine dan Fittri berada dalam kedudukan Bottom 2 sebelum Fittri diumumkan sebagai dewi pertama yang tersingkir pada musim ini.
Menurut Fittri, ini merupakan pengalaman yang hadir hanya sekali dalam hidupnya dan dia redha dengan penyingkiran ini kerana telahpun melakukan sehabis baik untuk kali ini.
11 orang finalis meneruskan cabaran ke minggu ketiga pencarian Dewi Remaja 2025. Apa pula tema episod pada minggu hadapan? Nantikan!
Soalan Terkumpul Mingguan Bersama redONE Mobile
Teruskan bersama kami secara live di DEWI CONFESSION ROOM setiap hari Jumaat, mulai 10 Oktober pada 11.10 malam di platform Instagram dan TikTok REMAJA.
Penonton setia program pencarian Dewi Remaja 2025 berpeluang menjadi:
SEORANG pemenang hadiah utama berupa telefon pintar 5G tajaan redONE & barangan eksklusif redONE.
Peserta yang menjawab secara lengkap soalan-soalan terkumpul dan melampirkan slogan yang menarik akan dipilih sebagai pemenang.
SOALAN EPISOD KEDUA
Teruskan menonton program Dewi Remaja 2025 dan menjawab soalan & slogan dari minggu pertama sehingga minggu keenam untuk menjadi pemenang terpilih kami.
Saksikan Dewi Remaja 2025 mulai 10 Oktober 2025, jam 10 malam hanya di Astro Ria dan Astro Go.
Ikuti juga Diari Dewi Remaja setiap Isnin (11.00 malam) dan Kapsul Dewi Remaja setiap Khamis (10.55 malam) untuk pengalaman penuh sepanjang musim.
Undian bagi kategori Dewi Favourite sudah dibuka mulai hari ini di www.remaja.my/dewi. Anda mempunyai 30 kredit undian setiap hari untuk mengundi mana-mana peserta kegemaran anda.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sehari telah berlalu tapi demam pentas akhir Gegar Vaganza musim kelima masih belum berakhir!
Menurut perhatian REMAJA, hashtag Gegar Vaganza masih trending dan berada pada kedudukan 10 teratas di Twitter pada hari ini. Mungkin ia gara-gara pesertanya yang mempunyai pengikut tegar.
Salah seorang tentulah vokalis kumpula Slam iaitu Zamani. Dihambat dengan kontroversi lupa lirik, suara tak sampai dan seolah-olah ‘meragut’ peluang peserta lain untuk memasuki peringkat final, Zamani boleh berbangga dengan kedudukan di tangga ketiga.
Persembahan beliau kelmarin memang menyakinkan, tetapi begitu juga dengan jawapan yang diberi semasa berada di atas pentas bersama 6 orang finalis Dewi Remaja 2018/2019.
Antaranya ialah Anna Jobling, Arena Iman, Aween Ismail, Fazreen Fazera, Tia Sarah dan Haneesya Hanee.
Ropie mengusik Zamani untuk memilih 2 orang peserta untuk dijadikan ‘skandal’ daripada mereka berenam dan selebihnya ‘milik’ Ropie.
Namun jawapan Zamani lebih kontroversi daripada usikan Ropie itu.
“Tak apa, saya dah ada dah..”, katanya. Fuhh, abang! Laju je jawab nak cover line eh. Hehe.. sampai ‘kena reject’ lah finalis Dewi Remaja.
Dalam temubual di belakang pentas selepas tamat rancangan, Zamani berkongsi yang mereka berdua telah berkenalan selama 5 tahun tetapi masih belum bersedia untuk diketengahkan identiti pasangannya.
“Saya senang dengannya kerana dia memahami saya. Siapa yang tak nak berkahwin tambahan dengan usia saya yang juga sudah lewat. Tetapi masih banyak persiapan yang perlu kami lakukan untuk persiapkan diri.
“Kalau nak kahwin biarlah berkekalan sampai ke akhir hayat. Tak naklah sementara saja,” tegasnya.
Apa-apa pun, finalis Dewi Remaja jangan terkesan tau dengan statement abang ni. Hehe, ramai lagi netizen lelaki di media sosial yang mula menyokong team dewi masing-masing sebelum bermula episod pertama Dewi Remaja 2018/2019 pada 25 November ini.
Korang team siapa?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!