Sudah namanya rezeki buat pemilik nama Shaza Bae apabila boleh dikatakan drama lakonannya back to back ditayangkan di televisyen. Terbaharu, pemenang Dewi Remaja 2019 ini digandingkan bersama Hero Remaja 2020 Nadhir Nasar dalam drama berjudul Nusyuz Berkiblat Cinta.
Kali ini, watak yang dibawakan oleh dua pelakon baharu ini sememangnya mencabar kerana mereka perlu banyak bermain dengan emosi. Shaza Bae membawakan watak sebagai Safiana, merupakan seorang isteri kepada Erfhan (Nadhir Nasar), seorang lelaki panas baran dan kuat cemburu. Walaupun dipukul dan dimarahi suami, Safiana tetap setia dan taat kepada suaminya itu.
Melakonkan watak sebagai suami dan isteri, mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana agaknya perasaan Shaza berlakon bersama Nadhir yang juga kenalan rapat selepas sama-sama bergelar juara Dewi dan Hero Remaja.
“Sebenarnya kami tidak mempunyai masalah untuk membawakan watak suami isteri ini, malah Shaza rasa bersyukur kerana sebelum ini telah mengenali Nadhir terlebih dahulu. Shaza tidak dapat bayangkan sekiranya watak itu dilakonkan oleh pelakon lelaki lain,” jelasnya sambil tertawa.
“Kami sudah berkawan sebelum ini jadi tidak dinafikan Shaza sudah selesa bersama Nadhir. Masuk sahaja di set penggambaran, kami terus tukar ‘mood’ dan menyelami watak sebagai Safiana dan Erfhan. Sewaktu di set lakonan juga, ada masanya kami tidak bercakap untuk mengambil ‘mood’ itu. Tapi apa-apa pun memang Shaza senang berlakon dengan Nadhir untuk watak kali ini,”
Sebelum ini timbul kontroversi video tular Nadhir mengangkat Shaza di salah satu babak yang bakal ditayangkan dalam drama tersebut. Shaza menjelaskan bahawa mereka bekerja secara profesional dan tidak memberi kesan kepada mereka berdua.
“Video tular itu keluar ketika insiden lakonan pelakon lelaki viral menjadi topik hangat netizen. Tetapi apa yang Shaza boleh katakan, situasi dan babak tidak sama seperti video viral tersebut. Penonton perlu tonton sendiri drama Nusyuz Berkiblat Cinta dan kami hanya menghayati watak yang dibawa,” jelas Shaza.
Ads
Nusyuz Berkiblat Cinta menyingkap kisah perhubungan toksik yang berlaku dalam masyarakat kita. Apa yang dipaparkan di dalam drama ini adalah situasi yang benar-benar berlaku dan kisah ini membawa banyak pengajaran dan ilmu kepada penonton.
“Drama ini mengetengahkan isu penderaan emosi dan mental seorang wanita. Contohnya, walaupun Safiana seorang peguam dan bekerjaya, dia juga tidak terkecuali diperlakukan sedemikian oleh suaminya. Ia bermaksud penderaan emosi dan mental ini boleh dilalui oleh sesiapa sahaja tidak kira sama ada wanita bergelar suri rumah atau pun yang bekerjaya,” tambah Shaza lagi.
Ads
Jangan ketinggalan untuk saksikan Nusyuz Berkiblat Cinta pada setiap hari Ahad, jam 9 malam, mulai 3 April hingga 15 Mei secara eksklusif di saluran Astro Ria (104).
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Adakalanya, pelakon jelita dan popular, Izara Aishah pernah memuat naik foto atau videonya dengan mengenakan hijab sempena tarikh-tarikh istimewa dalam kalendar Islam.
Namun kali ini, ia sedikit berbeza.
Pemenang tempat kedua pencarian Dewi Remaja 2009/2010 itu bukan saja memuat naik empat keping foto baharu yang menyaksikannya berjubah dan mengenakan hijab labuh dalam tona bumi.
Izara juga didapati telah memadamkan kesemua foto lamanya kecuali yang melibatkan suaminya, Muhammad Adib Khalid dan anaknya, Irisa Alaia serta beberapa posting lain yang tidak memperlihatkan ‘mahkotanya’ itu.
Tanpa sebarang kenyataan rasmi, peminat mula memperkatakan mengenai imej terbaru Izara ini yang kelihatan seperti baru saja berhijrah ke fasa baharu. Seperti biasa, Izara menutup ruangan komen pada muat naik terbarunya itu.
Di media sosial, foto terbaru Izara ini mula bertebaran dan ramai yang tampil memberikan sokongan terhadap keputusannya untuk berhijrah sekiranya benar.
Ada yang bersyukur apabila melihat semakin ramai golongan selebriti wanita tempatan yang mula berhijrah imej kebelakangan ini. Tentunya, ramai memuji keayuan Izara apabila mengenakan hijab dan berdoa agar pelakon J Revolusi itu terus istiqomah dengan imej tersebut.
Apapun keputusan Izara, REMAJA gembira dengan perubahan positif yang berlaku kepada Dewi kami ini selama bergelar seorang selebriti. Satu-persatu perkara yang berlaku dalam hidupnya cantik teratur dari dahulu hingga kini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Amboi, main tutup-tutup muka bakal suri ya abang Eizlan Yusof!
Hujung minggu lalu, memang ramai yang membawa hubungan mereka ke peringkat yang lebih serius. Ini termasuklah finalis Hero Remaja 1993/1994 Datuk Seri Eizlan Yusof dan finalis Dewi Remaja 2009/10 Azar Azmi.
Eizlan Yusof Hanya Kawan Rapat
Empat tahun pelakon filem Pisau Cukur ini menduda, akhirnya Eizlan Yusof, 48 bertemu dengan wanita pilihannya, Natasha Rosa Boudville dan bakal menaiki pelamin pada 12 Disember ini.
Eizlan dan wanita berketurunan Serani itu menurut beliau telah berkawan rapat sejak empat tahun lalu. Namun hubungan mereka setakat itu saja, hanya berkawan.
Hinggalah 3 bulan lalu, Eizlan mengambil keputusan melamar secara spontan dan Natasha menerimanya. Dalam sidang media yang berlangsung pada hari ini di Putrajaya, Eizlan turut berkata Natasha telahpun memeluk agama Islam pada bulan Ogos tahun lalu sebelum apa-apa perancangan untuk berkahwin timbul.
Buat masa ini, Eizlan enggan mendedahkan wajah bakal isteri beliau berusia 29 tahun itu.
Congrats abang!
*
Azar Memilih Bapa Tunggal
Semalam pula, seorang finalis Dewi Remaja 2009/10 iaitu pelakon, Azar Azmi pula telah mengikat tali pertunangan dengan seorang produser filem yang juga merupakan bapa tunggal.
Dalam majlis yang berlangsung secara tertutup itu, ia sempat disaksikan oleh beberapa selebriti seperti Fasha Sandha.
Pandai Azar menyembunyikan statusnya yang telah bercinta dengan pasangannya sejak 5 tahun lalu. Azar dilaporkan bakal melangsungkan majlis perkahwinan pada hujung tahun hadapan. Tak sabar!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pencarian Dewi Remaja dianjurkan sejak tahun 1985/1986 dan tahun ini sudah menjangkau usia 38 tahun rupanya.
Malah, program ini juga sudah banyak melahirkan aktres terkenal tanah air. Dalam ramai-ramai peserta Dewi Remaja ni, mesti ada yang korang langsung tak sangka rupa-rupanya mereka ni dilahirkan daripada program ini.
Let’s check this out!
Dewi Remaja 2022
Tracie Sinidol merupakan juara Dewi Remaja 2022. Sumandak dari Sabah ini sememangnya mendapat tempat di hati kebanyakkan netizen sehingga berjaya meraih kemenangan dalam kategori ‘Dewi Favourite’ yang ditentukan sepenuhnya daripada undian peminat.
Scha Alyahya (Juara), Izreen Azminda, Rebecca Nur Islam
Jumpa tak Izreen yang mana?Eh, Lara ke tuu?
Pencarian Dewi Remaja 2002/03
Annahita Bakavoli (Juara), Siti Fazurina, Zarynn Min
Zarynn MinIngat lagi tak dengan Siti Fazurina?
Pencarian Dewi Remaja 1997/98
Juliana Banos (Juara), Rita Rudaini
Pencarian Dewi Remaja 1994/95
Wan Khatijah (Juara), Rozita Che Wan
manisnya che ta
Pencarian Dewi Remaja 1990/1991
Umie Aida, Kuza, Jasmin Hamid, Didie Alias
Amacam, cam tak?
Pencarian Dewi Remaja 1987/1988
Aleeza Kassim (Juara)
Sebenarnya ada ramai lagi selebriti kita yang datang dari program Dewi Remaja ini.
Hmm…Kita tak lahir lagi, selebriti-selebriti ini dah sibuk masuk Dewi Remaja kan…hehe
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!