Dalam episod kali ini, 10 finalis diberikan cabaran outdoor bersama mentor mereka, Hero Remaja 2011/12 Fattah Amin dan Dewi Remaja 1988/89, Aleeza Kassim.
Bertempat di Eco Venture Semenyih, finalis Dewi Remaja perlu menyelesaikan tugasan yang diberikan secara kumpulan dan solo di bawah matahari terik.
Episod keempat yang baru saja berakhir tadi mendapat kejutan apabila dua finalis terpaksa meninggalkan pentas Dewi Remaja 2019. Selepas nama Shalin disebut, hos turut mengumumkan bahawa Saidah juga bakal meninggalkan finalis Dewi Remaja yang lain.
“Sebenarnya saya tidak terkejut bila diumumkan sebagai peserta kedua yang disingkirkan hari ini. Sebab dari semalam saya dah rasa, saya dan Shalin antara peserta paling lemah. Saya pun rasa macam ada dua penyingkiran. Tak tahu la kenapa instinct saya sangat kuat. Jadi bila juri mengumumkan nama saya, saya redha,” jelas Saidah.
Walau bagaimanapun, gadis yang berasal dari Sabah ini pula tidak sesekali berputus asa walaupun perjalanannya di dalam Dewi Remaja berakhir disini.
“Tipulah kalau saya tak rasa sedih. Tapi, saya tetap bersyukur kerana saya mampu sampai ke peringkat ini. Banyak pengalaman yang saya peroleh daripada menyertai Dewi Remaja dan dari situ saya tahu tentang kelemahan dan kelebihan yang ada dalam diri,”
“I will never stop and keep going, dan saya nak setiap remaja di luar sana tahu jika korang dapat menyertai Dewi Remaja nanti, buat betul-betul and all out. Mungkin sebab saya pemalu sikit, jadi saya nak orang lain jangan la ada rasa sifat pemalu sangat, nanti rugi,” kata Shalin.
Sesi fotografi ekstrem
Untuk tugasan kali ini, barisan finalis perlu melakukan sesi fotografi secara ekstrem, iaitu mereka akan menaiki flying fox dan perlu memberikan pose untuk dirakam oleh si photgrapher.
“Kami kena pakai dress ballerina dan main flying fox dan perlu memberikan pose sambil tergantung. Saya sangat pasif orangnya dan lemah-lembut. Sebelum saya shooting episod 4 ni, saya dah workout dengan roommate untuk kuatkan stamina tapi tu la saya macam lemah lagi. Nak buat mini challenge merangkak dalam lumpur pun saya macam penat lagi,” jelas Saidah sambil tersenyum manis.
Sementera Shalin juga berpendapat bahawa cabaran sesi fotografi kali ini adalah agak sukar kerana mereka perlu bijak untuk mengimbangkan badan.
“Task kali ini memang sangat mencabar. Tapi, saya dapat banyak belajar banyak perkara dalam episod kali ini. Walaupun tidak pernah melakukan extreme modelling,tapi kalau korang berpeluang untuk melakukannya, lakukan dengan terbaik kerana mungkin ini adalah pengalaman once in a lifetime. Tapi walaupun perjalanan dalam Dewi Remaja sudah berakhir disini, saya tetap akan mencari lebih banyak peluang di luar sana,” jawab Shalin.
Secara keseluruhannya untuk task fotografi ini, juri tetap Scha Alyahya memberi komen bahawa setiap finalis perlu nampak selesa dan mereka tidak boleh awkward, serta perlu berkomunikasi dengan photographer jika mahukan hasil yang terbaik.
Anda mungkin berminat dengan
Rata-rata mereka memberikan pose dengan wajah serius tanpa memberikan senyuman. Bak kata Scha, “Kalau nak jadi model tak semestinya kena muka serius saja sepanjang sesi photoshoot”.
Selaku juri jemputan juga, Aleeza Kassim turut bersetuju dengan komen-komen dari Scha Alyahya dan Yusry dan dia juga menasihati finalis untuk pelbagaikan pose dan rasakan diri mereka sebagai seorang ratu dan Dewi Remaja. Barulah mereka akan dapat feel tersebut.
Diharap barisan finalis yang tinggal dapat mengambil kritkan dan komen para juri ini sebagai panduan serta semangat untuk mereka meneruskan perjuangan dalam Dewi Remaja 2019.
Bagi korang yang terlepas menonton episod keempat Dewi Remaja 2019, korang boleh menyaksikan di aplikasi Astro Go atau pun menonton siaran ulangan pada hari Selasa, jam 1.30 petang di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
∞
Walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, sebagai petugas media, Shaza Bae tidak boleh melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang hos HLive dan dia masih menjalankan tugasnya seperti biasa.
“Selepas tiga minggu bercuti kerana mengikuti trip bekerja ke Brazil, Shaza kini sudah mula masuk bertugas di studio. Selepas pulang dari luar negara, Shaza perlu dikuarantin selama 2 minggu kerana risau dengan wabak COVID-19. Shaza telah pun melakukan test tersebut di salah sebuah hospital swasta di Damansara dan Alhamdulillah, keputusannya adalah negatif,” jelas Shaza yang berkongsi pengalamannya selepas pulang dari Brazil.
“Sewaktu bertugas di studio, kami tidak langsung dibenarkan untuk membuat sebarang body contact. Jurusolek yang mendandan Shaza pun menggunakan berus spesifik untuk Shaza sahaja. Hand sanitizer sentiasa wajib ada bersama. Malah, semasa pengacaraan juga hos diminta untuk menjaga jarak. Keadaan di Astro tidak sama seperti sebelum ini. Hanya pekerja produksi yang terlibat sahaja dibenarkan masuk ke bangunan tersebut,” sambungnya lagi.
Sepanjang dua minggu dikuarantin, banyak aktiviti yang dapat dilakukan oleh Juara Dewi Remaja 2019 ini jika hendak dibandingkan dengan sebelum ini.
“Kalau dulu Shaza tidak banyak masa untuk memasak, sekarang ni boleh dikatakan hari-hari Shaza akan masak. Kemas rumah pun sekerap yang mungkin. Hari-hari vacuum rumah. Hehe! Shaza juga memang seorang yang suka membaca, jadi waktu terluang beginilah dihabiskan untuk meneruskan hobi ini,” kata Shaza.

Ditanya bagaimana kehidupannya sepanjang tempoh PKP berlangsung, anak gadis ini tidak terkecuali daripada terpaksa membatalkan sebarang job lakonan dan modeling yang ada.
“Tidak dinafikan banyak job yang terpaksa dibatalkan ekoran daripada situasi sekarang. Tetapi, Shaza bersyukur kerana masih mempunyai pendapatan tetap, iaitu mengajar.
Walaupun dalam PKP, Shaza masih perlu untuk melakukan pembelajaran bersama pelajar secara online. Selain itu, Alhamdulillah Shaza mempunyai sedikit simpanan yang boleh digunakan sepanjang tempoh PKP ini. Tidaklah banyak, tetapi boleh juga menampung kehidupan seharian,”
“Shaza juga ingin menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk stay at home kerana ini sahaja langkah yang boleh dilakukan untuk memutuskan rantaian wabak tersebut. Bagi yang perlu bekerja, pastikan korang memberikan penjagaan ekstra dengan sentiasa memakai hand sanitizer dan pastikan balik sahaja rumah, terus mandi bersihkan diri. Semoga penularan wabak ini berakhir dan kita boleh hidup seperti dahulu semula,” sambungnya lagi.
Begitulah pengalaman Shaza Bae yang dapat dikongsi bersama Remaja. Kami juga doakan agar Shaza dilindungi ketika berkerja di luar sana. Korang pun stay home dan stay safe ya. Jangan keluar rumah kalau tiada urusan penting!
∞
Memasuki episod keempat program Dewi Remaja 2018/2019 pada malam ini, jom kita recap balik apa yang berlaku pada minggu lepas.
Salah satu aktiviti yang dilakukan oleh para finalis adalah sesi makeover yang ditunggu-tunggu! Mereka sudah dapat jangkakan ia akan berlaku di dalam pertandingan kali ini, cuma perubahan apa yang akan mereka terima?
Jom tengok foto Before & After finalis favourite korang. Mana tau, kalau korang mempunyai bentuk muka mirip atau seiras dengan salah seorang daripada mereka, korang boleh dapatkan potongan rambut baru sempena Tahun Baru nanti? Hehe..
Siapa paling onz sis?
∞
Mungkin masih ramai antara korang yang mempunyai pertanyaan dan persoalan tentang sesi uji bakat Dewi Remaja 2019 yang bakal bermula esok.
Berikut kami sertakan beberapa info penting buat bakal finalis yang ingin menyertai Dewi Remaja pada tahun ini.
Kami berharap dengan perkongsian ini, ia mampu membantu korang untuk melakukan persiapan sebaiknya sebelum menghadiri uji bakat ini nanti.
1. Apa yang perlu dibawa ke uji bakat Dewi Remaja 2019?
• Majalah Remaja isu Julai-Sept
• Salinan kad pengenalan
• Gambaran berukuran 4R dan gambar portfolio

2. Dimanakah dan bilakah uji bakat Dewi Remaja akan diadakan?
Lokasi uji bakat: Kumpulan Media Karangkraf, Sek 15 Shah Alam
Tarikh: 7, 8, 14, 15 September 2019
Masa: 9 pagi – 4 petang

3. Bagaimana pula dengan pakaian yang harus dipakai?
Peserta uji bakat Dewi Remaja 2019 wajib memakai:
• Baju putih
• Seluar jeans biru
• Kasut tumit tinggi hitam

4. Bagaimana pula dengan umur untuk sertai Dewi Remaja?
Peserta uji bakat mestilah berumur dari 18 ke 24 tahun sahaja
5. Apakah persediaan yang harus peserta lakukan untuk uji bakat ini?
Just be confident. Serlahkan apa jua bakat yang korang ada dan buat homework tentang majalah Remaja serta pertandingan Dewi Remaja

6. Adakah peserta berhijab boleh menyertai uji bakat Dewi Remaja?
Ya, kami mengalu-alukan penyertaan uji bakat daripada peserta berhijab. Pilihan warna hijab adalah bebas

7. Sukar dapatkan majalah Remaja isu Julai-Sept 2019?
Jangan risau, ia turut dijual di lokasi uji bakat
8. Berapa peringkat proses uji bakat ini?
Stage 1- Pendaftaran borang bertulis dan borang digital
Stage 2- Uji bakat bersama juri
Stage 3- Lulus Stage 2 akan berdepan dengan juri lagi diperingkat ini
Stage 4- Lulus Stage 3, interview
Stage 5- Sesi photoshoot

9. Dimanakah untuk dapatkan maklumat tepat tentang Dewi Remaja 2019?
Untuk sebarang pengumuman rasmi dan perkembangan terkini, sila rujuk laman web www.remaja.my serta laman media sosial majalah Remaja di Facebook, Instagram dan Twitter sahaja

10. Apakah kriteria yang dicari oleh juri uji bakat Dewi Remaja?
Ciri-ciri penting:
• Yakin
• Bercita-cita tinggi
• Berketerampilan menarik
• Punya aura tersendiri
• Positif
• Berani
• komited
Good luck and see you there!
∞