
Dengan kewujudan teknologi dan kecanggihan platform media sosial kini yang dijadikan sebagai punca pendapatan remaja, mungkin ada benarnya apa yang diperkatakan oleh Shaza Bae ini.
Baru-baru ini, REMAJA sempat melangsungkan sesi Instagram Live bersama Dewi Remaja 2019, pelakon dan hos program Prelude Hero Remaja 2021, Shaza Bae.
Menerusinya, pelbagai topik yang kami kupaskan seperti inti pati program Hero Remaja pada tahun ini, pendapat Shaza berkenaan isu remaja dan pengalamannya sebelum serta semasa menyertai pencarian Dewi Remaja 2019.
Salah satu soalan yang dikemukan penonton siaran live tersebut berbunyi, “Apakah satu pengajaran yang Shaza telah pelajari dalam hidup setakat ini?”
Komen Shaza, terlampau banyak pengajaran yang telah dikecapinya biarpun baru berusia 26 tahun; hasil daripada pengalaman belajar, bekerja dan bertemu ramai pihak.
Namun, satu perkara yang Shaza ingin tekankan kepada generasi muda zaman sekarang adalah mengenai obsesiti remaja yang ingin “kaya dan berjaya” dalam tempoh waktu singkat.
Generasi Z bagi Shaza perlu belajar untuk menghargai kepayahan serta usaha keras sebelum sampai ke satu tahap seterusnya. Tanpa mengertai makna di sebalik proses tersebut, segala kejayaan yang kita kecapi tidak akan membutirkan nikmat berpanjangan.
Yes, you will be happy for a short while, but the feeling will just wipe out quicker before you can say yay.
“Saya rasa masalah generasi saya ini… kita nak cepat. Semua benda nak cepat. Tak boleh sebenarnya. Usaha keras, kesabaran dan dedikasi diperlukan untuk seseorang itu perlahan-lahan berjaya.”
“Saya pun belajar untuk tidak mudah ‘nak cepat’. Dulu saya pun nak berjaya pada usia 25 tahun, saya nak kahwin pada usia 25 tahun. Sampai usia 26 tahun ini pun saya belum berkahwin (ketawa).”

“Kehidupan ini sebenarnya adalah satu proses yang kita semua perlu jalani. Bukan saja untuk berjaya, proses ini juga akan menjadikan kita seorang insan yang lebih baik.
“Oleh itu, generasi Z perlu sedar bahawa tiada ‘jalan singkat’ ke arah kejayaan. It is a long journey. Saya pun dalam journey yang sama dan saya pasti, selebriti seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Neelofa, Scha Alyahya juga melalui journey ini. Kejayaan memerlukan proses,” ulas pengacara program Hlive ini.
Bagaimanapun, Shaza tidak menidakkan sekiranya ada insan yang memperolehi kejayaan dalam sekelip mata, ia adalah rezeki daripada Allah SWT. “At the end of the day, jalan orang berbeza-beza.”
Temuramah penuh Shaza Bae bersama #RemajaDengarKata boleh ditonton di bawah:
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Istimewa Juara Dewi Remaja 2025 – Isu Digital Januari 2026 bersama Nylea Adzlan

Tanggal 19 November 2025 merupakan detik yang membawa seribu satu erti buat Nylea Adzlan. Setelah tiga bulan cuba mempertahankan konsistensi tanpa mudah goyah dengan cabaran yang hadir baik dari dalam mahupun di luar set, Nylea akhirnya dimahkotakan sebagai juara Dewi Remaja 2025.
Seiring dengan ulang tahun ke-40 pencarian Dewi Remaja sejak ia diperkenalkan pada edisi 1985/86, gadis berusia 23 tahun dari Kuala Lumpur itu kini meneruskan legasi yang telah digalas oleh 12 wanita cemerlang yang pernah memegang takhta sebagai juara terdahulu.
ketua pengurusan New Gen FIEZREEN AHMAD penyelaras, penata gaya & teks FZ AIMMAN arahan seni & susunan grafik AZNIZA AZIZ pembantu penyelaras FATH ABU BAKAR, ZOE@ZULAIKHA & DARWISY FARAIN fotografi HAIKAL SHUIB suntingan foto HEZRY ROKMAN penerbit & suntingan video SURIA NUR AMIRA videografi EZZAT SHUKRI & ISHRAF HAQIMI ISMAIL solekan ARY MUZAMER dandanan ALIF AIMAN persalinan SHAZNASH oleh SODIQIN SHAZ

KELAINAN YANG DAPAT DIRASAI SEBAGAI DEWI REMAJA 2025
“Saya cuba bandingkan level of confidence saya antara minggu pertama dalam pertandingan dan sekarang ini (setelah Dewi Remaja 2025 menutup tirai akhir November lalu), saya sedar saya sebenarnya boleh sahaja mengawal rasa cemas dan melaksanakan tugasan yang diberikan. Saya akui saya seorang yang mudah nervous. Jadi setelah berdepan lapan buah episod, saya sedar saya tidak perlu pun untuk overthink and worry that much.
SESUAIKAN DIRI DALAM MOD PERTANDINGAN
“Saya pernah terdengar juga ada yang berpendapat saya mudah menyesuaikan diri bila sedang bertanding. Bagi saya, kalau saya sudah ada di situ – might as well do my best.
“Saya rasa kebolehan ini saya garap disebabkan posisi saya sebagai anak kedua merangkap middle child. Seorang anak sulung perlu selalu bersedia untuk menggalas tanggungjawab manakala anak bongsu akan mempunyai emosi tersendirinya dan semua pihak akan memahaminya.
“Berlainan dengan middle child seperti saya, kami perlu menjadi ‘okay’ dengan apa juga situasi. When I was little, I admit that could be slightly frustrating. Menginjak ke usia remaja, saya sudah terbiasa dengan keadaan itu. Menerusi Dewi Remaja, saya benar-benar rasakan akhirnya, saya memiliki sesuatu that I can call mine. Mahu atau tidak, saya perlu ‘okay’ dengan mod pertandingan dan pantas membiasakan diri.”

BERPUTIKNYA MINAT DALAM DUNIA SENI HIBURAN
“I might have ignited the passion in me with sports menerusi gimnastik berirama yang juga mempunyai elemen persembahan, but I have always dreamed of being a part of the entertainment industry.
“Keluarga saya majoritinya terarah kepada bidang akademik. Ibu saya merupakan seorang guru bahasa Inggeris. Sama juga dengan datuk saya yang mendalami bidang matematik sebelum bergelar seorang guru. Kakak saya memilih bidang perubatan manakala adik lelaki saya baru sahaja melangkah masuk dalam bidang guaman.
“Just imagine being in this position, saya selalu terbayangkan masa hadapan saya juga akan bergelumang dalam dunia akademik manakala minat seperti tarian pula sekadar hobi sampingan.
“Apabila saya melanjutkan pengajian di UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia dalam aliran Sarjana Muda Ekonomi), it sparked something in me. Saya didedahkan dengan cabang-cabang seni di luar dewan kuliah. Di situlah tempat saya lebih mengenali kelebihan diri sendiri. ‘Saya boleh je buat semua ini and still cope with my studies‘, saya fikir. Most importantly, I want to do this tanpa paksaan mana-mana pihak. This way, I have a personal niche and I have something for myself.”

DARI PENTAS TARIAN KE PINTU UJI BAKAT DEWI REMAJA 2025
“Audition day… I was the first person to attend but I was the second person to enter the room. Pada waktu itu, saya rasakan diri ini sangat kecil kerana saya tidak pernah melalui mana-mana uji bakat untuk platform sebesar Dewi Remaja. ‘Lepas’ pula tu… sedangkan pada asalnya, saya hanya berada di situ untuk mencedok pengalaman baharu. Nenek saya amat meminati program pencarian bakat seperti Dewi Remaja dan Hero Remaja, manakala ibu saya selalu memberi sokongan dari belakang.
“Saya pernah terfikir untuk mencuba uji bakat Dewi Remaja sebelum ini but I was not as ready back then. When I first noticed the poster, saya mulanya tidak begitu mengendahkan peluang tersebut kerana merasakan peluang sama mungkin akan muncul semula. Bila melihat syarat-syarat kelayakan usia, saya merasa FOMO (Fear of Missing Out)! (Ketawa)
“I could have easily missed the chance to experience this, to at least attend the audition stage. Nenek dan ibu yang banyak memujuk saya to let go of my overthinking behaviour and just give it a try. Tambahan pula saya kini lebih berpengalaman dalam aspek persembahan kebudayaan di UKM, I thought to myself, this might be the right time.”

PENGALAMAN DEWI REMAJA 2025
“Satu cara untuk saya simpulkan daripada pengalaman menyertai Dewi Remaja 2025 adalah, it’s okay jika kita dilabelkan sebagai underdog. Saya tahu ramai tidak ‘gerun’ dengan saya sewaktu muncul di set penggambaran pada hari pertama, sebaliknya lebih ‘takutkan’ kehadiran beberapa finalis lain yang saya akui, mempunyai aura yang cukup luar biasa
“Pesona diri saya mungkin kelihatan kerdil jika hendak dibandingkan dengan yang lain. Saya melihat situasi ini dari sudut positif kerana ia memberi saya peluang untuk membawakan elemen kejutan sepanjang musim yang mendatang. Mata tak sihat pada episod kedua pun, kenalah perform! (Ketawa) Kena berikan kejutan kepada semua orang. Perlahan-lahan saya rasakan, barisan juri mula sedar akan kewujudan saya di antara ramai finalis di situ.
“Pertandingan tarian dan Dewi Remaja adalah dua pengalaman yang berbeza. Sebagai penari, kami mempunyai tempoh sekurang-kurangnya sebulan-dua untuk berlatih dan perasaan cemas itu hanya timbul ketika di belakang pentas. The jitters were there for a short while sebelum melakukan persembahan selama lapan minit. Lupa terus rasa cemas.
“Tapi Dewi Remaja berlangsung dengan pantas and we have to be on point pada setiap minggu. Tiada ruang cacat-cela dibenarkan selama saya masih bertahan dalam pertandingan.”

BIGGEST THREATS
“Saya tidaklah memilih untuk melabel seorang-dua finalis sebagai biggest threats atau pesaing terdekat. Oleh sebab Dewi Remaja mempunyai format berepisod dengan cabaran berbeza, I took one step at a time and ‘be cautious’ with different girls depending on the challenges.
“Contohnya sewaktu cabaran photoshoot dalam episod pertama, saya tahu Ellysa Ramlee berkebolehan besar kerana dia mempunyai pengalaman sebagai seorang model. Saya tengok dia, bagaimana dia membuat persediaan… tetapi akhirnya saya yang terpilih sebagai orang pertama ke dalam set cabaran. (Ketawa)
“Cabaran lakonan Dewi of Tears episod kedua pula, saya menantikan lakonan Camelia dan Suhaila yang – again – kedua-duanya mempunyai pengalaman luas dalam dunia lakonan. Siapa sangka, Elisa Chew mampu mengejutkan semua Dewi-Dewi lain termasuklah barisan juri.”
“Cabaran Dark Hosting pula saya anggap menjadi ‘makanan’ Teya dan Ariana kerana kebolehan mereka mengacara sebelum ini. Seperti kita tahu, Teya tersingkir pada episod ketiga itu bersama-sama Ellysa Ramlee disebabkan elemen seram but I’m confident, mereka boleh berikan saingan sengit jika konsep pengacaraan yang diberi adalah berlainan.
“Episod empat, saya sukakan Nelysa Kay si gadis M-pop. She was my top-pick for that episode. Episod lima pula memang milik Marisa yang seperti saya jangkakan, muncul sebagai pemenang episod tersebut. Episod ketujuh, saya tahu Sharmaine hadir penuh bersedia dan yakin; namun nasib tidak menyebelahinya.
“Looking back at it, we couldn’t predict & assume too much throughout Dewi Remaja. Always expect the unexpected. Ikut firasat sahaja lah dan yang paling penting, lakukan sehabis baik. Saya fokus sahaja kepada kemampuan diri sendiri tanpa terlalu memikirkan siapakah pesaing terdekat saya.”

KELEBIHAN 12 FINALIS DEWI REMAJA 2025
“Faktor komunikasi sesama kami. Jurang usia di antara kami tidak menjadi isu. Sebagai seorang yang introvert, saya selalu memilih untuk berdiam diri sebelum seseorang memulakan perbualan. Most of the Dewis here are outgoing, jadi saya tidak berdepan masalah untuk selesa bergaul dengan mereka. Ketepikan faktor usia, selagi mereka terbuka hati untuk mengenali diri saya; saya akan selesa mendampingi mereka.”
MEMILIH UNTUK KEKAL NEUTRAL
“Drama dalam kalangan sekumpulan gadis remaja itu normal sebenar. Cuma saya memilih untuk kekal neutral. Setiap kali timbul sebarang drama, saya ingatkan diri sendiri mengapa saya berada dalam pertandingan ini. Tempoh pencarian Dewi Remaja pun tidaklah selama mana, tiga ke empat bulan sahaja. Why should I waste my energy on unnecessary feelings which, come to think of it, was temporary.
“Lebih-lebih lagi apabila punca perselisihan faham adalah remeh dan tidak memberi kesan besar. At the end of the day, I chose to reflect inwards and asked myself, why am I here in the first place?”
MOMEN PALING MANIS
“Momen kegemaran saya sepanjang Dewi Remaja 2025 sebenarnya terjadi di sebalik tabir. Saya akan selalu ingat momen di mana Dewi-Dewi menghabiskan masa bersama, berkongsi makanan dan berborak panjang. We understood each other’s struggles. We celebrated each other’s milestones. Momen sebegitu saya tahu sukar untuk berulang semula kerana selepas ini, masing-masing akan fokus terhadap perjalanan karier. That, to me, is the best part of being in Dewi Remaja.
“Bayangkan sahajalah, kami berasal dari latar belakang berbeza dengan tujuan yang sama. Momen bersama mereka amat istimewa dan saya berharap, kami mampu mengekalkan sisterhood tersebut; seperti mana yang berjaya dilakukan oleh batch sebelum ini.”

KEKAL DI TANGGA TERATAS
“Tanpa pengalaman menyeluruh dalam industri seni, saya menyertai Dewi Remaja 2025 tanpa apa-apa expectation. I just wanted to give my all and enjoy the ride. Apabila kemenangan berpihak kepada saya dalam episod kedua, tentunya ia memberikan sedikit tekanan untuk saya cuba kekalkan konsistensi. Memasuki episod keempat dan kemenangan ketiga saya berturut-turut, it started to really stress me out. (Ketawa) Alamak, dah tiga kali menang!
“Sebenarnya, apabila ‘tergelincir’ dalam episod kelima untuk cabaran Manifesto; ia adalah sesuatu yang baik kerana sedikit-sebanyak, ia memberikan saya push berguna untuk cuba bangkit pada episod ketujuh di peringkat separuh akhir.”
“Bila seseorang expect sesuatu daripada kita, kita kena cuba deliver. Saya tidak boleh dengar perkataan seperti, ‘Sepatutnya dia…’ atau ‘Kenapa dia macam itu...’. Saya akan jadi sedih sangat.
“Yes, that was me. Menerusi Dewi Remaja 2025, saya belajar untuk tidak terlalu meletakkan tekanan yang melampau terhadap diri sendiri. Benchmark itu bagus namun jangan sesekali membiarkan ia melangkaui emosi serta kemampuan diri pada masa tersebut.”

GEMENTAR DI MALAM FINALE
“Semasa raptai, nak bercakap dengan kru pun suara saya sudah menggeletar. Pengalaman menyertai pertandingan tarian sebelum ini bagi saya tidak dapat mencabar perasaan gugup yang saya rasai sepanjang hari finale tersebut. Dia… lain.
“Raptai berjalan lancar… tetapi tanpa keberadaan prop di atas pentas kerana ia belum tiba. Segala percaturan bermain dalam kepala, segalanya bergantung kepada strategi. Hanya ketika berlangsungnya malam finale itu barulah saya berdepan dengan prop pintu yang disediakan. ‘Tinggi juga pintu ini’ saya fikir. (Ketawa) Sekali lagi, saya meletakkan segala kepercayaan kepada firasat dan ketentuan.
“Cuma kalau nak tahu, saya ada tersilap dance step sebenar ketika segmen tradisional. (Ketawa) Tak perasan kan! I truly gave some extra energy and when we were at the back of the ‘door’, I was seriously heaving. Bila muncul semula, saya terlupa langkah ‘2×8’ and I just improvised it. I had to do what I had to do.”
LEMPIASKAN RASA CINTA TERHADAP BUDAYA
“Saya sendiri baru didedahkan dengan kewujudan pelbagai jenis cabang kebudayaan di Malaysia. Cuma malangnya, masih banyak pengetahuan budaya yang tidak terdedah kepada masyarakat terutamanya dalam kalangan anak muda. Mana mungkin masyarakat terutamanya di Sabah & Sarawak mampu berkongsikan kekayaan budaya mereka seperti seni tarian dan kostum sekiranya ia tidak didedahkan pada peringkat maksimum?
“Kali pertama saya melihat busana wanita Iban, jujurnya saya terjakun sebentar. They are known for their grace, beauty and being helpful among their community. Setiap kali saya mempersembahkan tarian muhibah, saya akan ‘merebut’ busana Iban (ketawa) kerana simbol kecantikan yang terserlah pada pemakainya.
“Jika korang masih ingat bagaimana Jessica Alba pernah membawakan watak gadis Iban bernama Selina dalam filem The Sleeping Dictionary. That was such a rare moment when our audience can appreciate the beauty behind these Iban women.”

KEUNIKAN TARIAN MONOMBODOU DAPAT DIRASAKAN
“Rasa ingin tahu mengenai kekayaan budaya ini jugalah salah satu sebab mengapa saya memilih tarian budaya bagi segmen bakat di pentas finale Dewi Remaja 2025.
“Dengan gabungan asas silat, asas tarian Jawa dan tarian moden dalam segmen tarian pertama, sedikit sebanyak saya boleh capture pandangan penonton kerana ketiga-tiga elemen tersebut amat dekat dengan mereka.
“Saya sengaja meletakkan tarian tradisional Monombodou yang berasal daripada etnik Tombonuo di Sabah di segmen tarian kedua sebagai elemen kejutan. Entah mengapa, tarian berkenaan dekat di hati saya kerana ia menceritakan bagaimana seorang jejaka sedang melamar gadis pilihannya dengan membunyikan loceng pintu. Secara tidak langsung, Monombodou bukan sekadar tarian semata-mata tetapi merupakan satu bentuk penceritaan.”
“Ramai di antara kita yang belum pernah saksikan keunikan tarian Monombodou. Pada era moden kini, kebudayaan semakin disisihkan. Di situlah peranan remaja untuk mengembalikan rasa bangga terhadap keaslian adat sambil masih menginjak ke hadapan seiring perubahan zaman.
“Jujurnya, saya berbangga menjadi insan pertama yang membawakan tarian Monombodou di platform sebesar Dewi Remaja. As a dancer, I want to push our viewers to get to know something new and Alhamdulillah, both of our juries (Kamal Adli & Nabila Huda) were so encouraging.
“Mereka sedar effort saya bersama tujuh orang penari lain untuk menyelitkan sebanyak mungkin elemen tarian berbeza secara padat dalam sebuah persembahan berdurasi tiga minit. Setidaknya, kami mewakili komuniti tarian lain di seluruh negara yang ingin menonjolkan keunikan budaya kita.”

PALING DIGERUNI, SEGMEN Q&A
“I might have improvised my dance steps, but there was no way for me to improvise my answer. Soalan yang saya terima masih berbekas dalam minda. Untuk menjawab soalan mengenai peranan manusia yang tidak boleh digantikan dengan Artificial Intelligence (Kecerdasan Buatan) atau A.I, saya tahu saya perlu tekankan terhadap rasa empati dan emosi sebenar seseorang insan.
“A.I boleh memproses maklumat tetapi tanpa pengalaman hidup dan ‘perasaan’, A.I cannot comprehend intuition, compassion and moral judgement. As such, it makes our humane qualities irreplaceable. ‘Ngam-ngam’ 30 saat (ketawa) dan saya dapat lihat ibu saya berdiri, menepuk tangan. Dari situ saya tahu, I would not have changed how I answer the question.”
IMPIAN SEORANG IBU
“Sebenarnya, ibu saya pernah mengimpikan peluang berada dalam industri hiburan. Beliau pernah bercita-cita menjadi seorang model dan pembaca berita. Cuma disebabkan beliau berasal dari Perak, beliau tidak begitu fasih dengan cara merebut peluang di Kuala Lumpur pada waktu itu. Itu yang membuatkan beliau amat menyokong perjalanan Dewi Remaja saya. So, I did not do all this for myself alone but also for my mom and my grandmother.
“Fun fact! Ibu saya merupakan guru kepada Izara Aishah di Hartamas. She saw how Izara turned into the woman she is now dan beliau ingin saya mengekori jejak langkah bekas finalis Dewi Remaja tersebut.”

CABARAN BARU BERMULA SELEPAS DEWI REMAJA 2025
“Saya sedar ramai ingin melihat langkah pertama saya dalam industri ini selepas malam kemenangan. Jujurnya, saya sedikit gusar. Pengajian saya di UKM masih berbaki satu semester dan saya terlebih dahulu perlu tamatkan latihan industri selama lima bulan.
“Mungkin belum tiba masanya untuk saya all-out. That is a little bit worrying kerana saya enggan ketinggalan. Apa yang boleh saya lakukan pada peringkat ini adalah untuk cuba ‘mencuri’ mana-mana peluang yang ada, berdoa agar rezeki terus masuk dan fokus terhadap pengajian saya.
“Apa-apa pun, saya akan pastikan studies come first tanpa menangguhkannya; sama seperti yang telah saya lakukan sepanjang musim Dewi Remaja 2025.”
INGIN DIKENALI SEBAGAI PENERUS LEGASI BERVARIASI
“Saya merupakan seorang visual learner. Apa yang ingin saya bawa dan sampaikan selepas Dewi Remaja 2025 adalah berbekalkan apa yang saya pelajari daripada contoh di sekeliling.
“Sebagai contoh, dua orang aktres yang amat saya minati ialah Florence Pugh dan Margot Robbie. Teknik lakonan mereka bukan sahaja berkualiti tetapi juga bervariasi. Marah, sedih, garang… berilah apa sahaja watak kepada mereka berdua and they will nail it. Saya ingin dikenali sebagai seorang yang mempunyai kepelbagaian tetapi memiliki identiti tersendiri.
“Saya enggan dilupakan sebagai seorang juara Dewi Remaja kerana saya sedar, tanggungjawab sebagai penerus legasi jenama ini adalah sesuatu yang perlu saya pikul untuk tempoh yang lama seperti juara-juara sebelum ini.”

… DAN PUNCA INSPIRASI GENERASI SETERUSNYA
“Ada seorang gadis lepasan SPM ini yang baru menghantarkan DM di Instagram kepada saya. Katanya, bila dapat tahu saya merupakan pelajar UKM yang menyertai Dewi Remaja dan masih mempunyai masa untuk menari; dia menjadi lebih bersemangat untuk melakukan ketiga-tiga perkara tersebut. Ini kerana dia memilih UKM sebagai universiti pilihannya dan turut meminati tarian.
” ‘I nak jadi macam you’. I mean, bila kita terima komen sedemikian, ia merupakan momen yang saya tidak sangka akan saya terima sepantas ini. They truly see me for who I am.
“(Terdiam seketika) Saya ingin orang mengingati saya sebagai seseorang yang bermula dari point-zero. Saya di sini untuk mencuba dan mencedok pengalaman. Kita bermula dari bawah dan tamatkan perjalanan dengan berada di atas. Hard work does pay off. Percayalah, jalan ‘ke atas’ selalu ada selagi hati masih mahukannya berbekalkan kerja keras.”
BUAT MEREKA YANG SELALU MENYOKONG
Pertama sekali, terima kasih kerana percayakan saya sepanjang pencarian Dewi Remaja 2025 terutamanya kepada anda yang tidak mengenali saya sebelum ini. You did not know me but still chose to root for me… please know you have a special place in my heart. Saya tahu saya mempunyai misi untuk membalas kepercayaan anda. I will try to live up to the expectation, InsyaAllah.”

Untuk terus membaca Remaja edisi digital October 2025 bersama gandingan drama bersiri Generasi: Perfect 10, Arena Wan dan Arabella Ellen serta Remaja edisi digital November 2025 bersama empat duta terbaru platform penstriman sooka, klik pautan di bawah.
BACA: Arena Wan & Arabella Ellen – Isu Digital Oktober 2025 Bersama Pelakon Generasi: Perfect 10
BACA: Streamers! Assemble! – Isu Digital November 2025 Bersama 4 Duta Kempen sooka Gilerrr
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
@remaja.my REMAJA Edisi Digital Oktober 2024 bersama TENGKU RATU HAIDAR • Hanya di http://remaja.my • STAY TUNED ⏰ #MajalahRemaja #Remaja #RemajaMalaysia #TengkuRatuHaidar ♬ original sound – Remaja
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jadi Hos Karpet Merah AJL33, Anna Jobling Buktikan Kemampuan

Pencarian Dewi Remaja 2018/19 baru saja melabuhkan tirainya, namun rezeki ternyata berpihak kepada Anna Jobling kerana sudah terpilih untuk menjadi hos karpet merah di Anugerah Juara Lagu 33.
Anugerah Juara Lagu (AJL) merupakan antara salah satu acara tahunan terbesar dan sudah pasti ramai yang ingin menjadi sebahagian daripada pasukan berprestij ini.
Mendapat tawaran daripada sebuah stesen televisyen swasta tanah air seperti satu mimpi buat finalis tempat keempat Pencarian Dewi Remaja 2018/19.
“Saya sangat berbesar hati kerana diberi kepercayaan oleh E! Show untuk menggendalikan acara karpet merah Anugerah Juara Lagu 33 semalam. Perasaan bercampur baur, happy dan gementar kerana ini merupakan pengalaman pertama saya untuk menjadi hos, apa lagi untuk satu acara yang besar seperti AJL,” jelas Anna.

Tidak mensia-siakan peluang yang ada, Anna menyahut cabaran yang diberi dan berusaha untuk melakukan sehabis baik bagi membuktikan bahawa dia juga mampu melakukan tugasan ini walaupun tiada pengalaman.
“Alhamdulillah, pada mulanya saya memang rasa nervous tetapi lama-kelamaan jadi lebih selesa pula untuk interview barisan selebriti yang ada. Lagi pun, tugasan ini memerlukan saya untuk berbahasa Inggeris, itu yang membuatkan saya lebih selesa dan confident. Walau bagaimanapun, masih banyak lagi yang perlu saya belajar untuk terus sukses dalam industri ini,” katanya.
Dayang Nurfaizah & Sufian Suhaimi pilihan Anna Jobling
“Saya berpeluang untuk menemubual Dayang dan Sufian sebelum acara bermula lagi. Tak sangka mereka antara pemenang malam semalam. Dayang was so humble dan dia buat saya rasa selesa macam bercakap dengan kawan-kawan. Hehe!”

“Begitu juga dengan Sufian Suhami, persembahannya cukup untuk membuatkan hati penonton tersentuh dan dia menyampaikan lagu Di Matamu itu dengan begitu baik sekali. Sudah tentu dua orang finalis ini menjadi pilihan saya untuk acara AJL semalam,” jawabnya lagi.
Perkembangan selepas Pencarian Dewi Remaja 2018/19
“Saya sekarang sibuk menghadiri casting dan sesi photoshoot sekarang. Selepas Dewi Remaja, kehidupan saya sedikit berbeza dengan sebelum ini. Kalau keluar rumah dah ada yang kenal dan ingin mengambil gambar bersama. Malah, di AJL semalam pun ramai yang menegur saya untuk bergambar,”

“Secara tak langsung saya rasa lebih confident untuk berhadapan dengan orang ramai. Saya ingin mengucapkan terima kasih buat semua penyokong yang tidak jemu-jemu menyokong kami sejak dalam Dewi Remaja lagi.”
Tahniah kami ucapkan kepada Anna Jobling kerana berpeluang untuk menjadi hos karpet merah dalam acara besar seperi AJL ini. Semoga rezeki Anna akan terus bersinar and all the best to you, girl!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dewi Remaja 2019 Pentingkan Pengetahuan Peserta, Adakah 4 Peserta Ini Bijak?

Sekali pun tersenarai dalam Top 20 dari ratusan gadis yang hadir ke sesi uji bakat namun ia bukan jaminan untuk melangkah ke Top 12 sekaligus layak dinobatkan sebagai Dewi Remaja Edisi ke 11 selepas Raysha Rizrose memenanginya dua tahun lalu.
Dewi Remaja 2019 yang pernah terpalit dengan kontroversi ekoran penarikan crown yang diberikan kepada juara terdahulu, Haneesya Hanee menyaksikan tahun ini sekali lagi penganjuran diadakan bagi menobatkan Dewi Remaja terbaru.
Untuk tahun ini, Dewi Remaja menampilkan Amelia Henderson sebagai pengacara manakala Scha Al Yahya dan Yusri Abdul Halim terpilih sebagai juri tetap.
Manakala rakan penaja rasmi Dewi Remaja tahun ini terdiri dari redONE sebagai rakan telekomunikasi yang sudah dua tahun berturut-turut menjadi penaja dan Nuvit mewakili Y.S.P Industries selaku penaja bersama. Berbeza dengan pertandingan sebelum ini, menariknya tahun ini kesemua top 12 akan disatukan di villa, BCB Hometree Broadleaf Residence sepanjang pertandingan. Terima kasih juga kepada penaja set dekorasi bagi Dewi Remaja 2019 iaitu Dato’ Paduka Faradila Mohd Yusoff daripada FA & The Designers.
Selepas empat nama diketahui, kini senarai seterusnya diketahui.

Pramugari buktikan minat dalam dunia seni
Top 12 kali ini turut menyaksikan Nur Saidah Syahirah Kamarudin dan mesra disapa Saidah yang kini bekerja sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan tanahair terpilih sebagai calon yang kelima.
Pernah melanjutkan pelajaran di peringkat asasi sains di UiTM, gadis kelahiran Selangor ini ingin aktif dalam bidang seni dan kerana itulah beliau memilih untuk memasuki pertandingan ini.

Pelajar di BPP University Birmingham UK
Tahap keyakinan tinggi dan mampu beraksi lincah di depan kamera antara asbab mengapa gadis manis, Aishah bin Azhan tersenarai di dalam Top 12. Lebih mesra disapa Ash, peserta berusia 24 tahun dan berasal dari Selangor ini mampu memberikan cabaran hebat buat peserta lain.
Menyedari pendidikan amat penting, gadis ini sedang menghabiskan pengajian secara online di BPP University Birmingham United Kingdom dalam bidang perakaunan.
“Bagi saya, pendidikan amat penting kerana dengan ilmu, ia tidak pernah lapuk di telan zaman,” kata Ash lagi.

Azra minat dunia pengacaraan
Baru berusia 19 tahun dan berasal dari Negeri Sembilan, Nursyaza Azra mengakui bertuah terpilih ke senarai Top 12 Pencarian Dewi Remaja 2019.
Lebih mesra disapa Azra, gadis tinggi lampai ini begitu meminati dunia pengacaraan dan menjadikan artis serba boleh iaitu Johan dan Zizan sebagai idolanya. Masih menuntut di Universiti Teknologi Mara, Seremban dalam pengkhususan Pengajian Polisi ini sangat mengagumi Ketua Hakim Wanita Pertama Negara, Datuk Tengku Maimun binti Tuan Mat kerana ketokohan dan menjadikan wanita lebih dihormati dalam dunia perundangan.

Pernah sertai Pertandingan Ratu Cantik
Satu-satunya peserta dari Sabah yang terpilih menjadikan Sharlina Gilbert Mojinun wakil dari negeri di bawah bayu yang terpilih ke Top 12 Pencarian Dewi Remaja 2019.
Tidak hanya cantik dan berbakat, Sharlina yang mesra disapa Shalin pernah bekerja dalam industri penerbangan dengan menjadi pramugari sebelum memilih untuk berhenti dan mencari pengalaman lain dalam hidupnya. Malah gadis ini banyak menyertai pertandingan Ratu Cantik di Sabah bagi menimba pengalaman.
Dalam usianya mencecah 23 tahun kini Sharlin bekerja sebagai Setiausaha Produksi di Koperasi Amanah Pelaburan Berhad.
Good luck girl’s.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

