Pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri akhirnya mengumumkan yang dia sedang hamil anak pertama hasil perkongsian hidup bersama suami, Alexander Charles.
Wanita berusia 35 tahun ini telah berkongsi berita gembira itu di laman Instagramnya siap dengan gambar menunjukkan perutnya yang semakin membesar. Dalam coretan tersebut juga, dia turut berkongsi pengalaman sebagai bakal ibu untuk pertama kalinya.
“Bekerja berjam-jam dan pada masa yang sama menyiapkan PhD boleh menjadi sukar dan meletihkan. Saya melalui trimester pertama yang sukar sehingga awal trimester kedua (terutamanya dengan morning sicknessdan muntah) sehingga saya kehilangan berat badan.
“Keletihan juga memainkan faktor. Apabila memegang pebagai jawatan dan melakukan pelbagai tugas, kadangkala ia boleh menjadi cabaran yang nyata. Perkara-perkara yang dulu boleh saya lakukan tiba-tiba menjadi satu tugas yang sukar,” ujarnya berkongsi perubahan yang dialami saat mengandung ketika trimester pertama dan kedua.
Dr Amalina turut menyebut, kajian diterbitkan dalam jurnal JAMA Surgery menunjukkan pakar bedah berkemungkinan mengalami kesukaran ketika hamil dan melahirkan anak sehingga terpaksa menangguhkan kehamilan mereka untuk mencari masa sesuai.
Namun dia bertuah kerana sang suami sangat teruja apabila mengetahui isterinya mengandung. Menurut perkongsian pelajar terbaik SPM Malaysia pada tahun 2004 ini, Alexander banyak membaca buku mengenai kehamilan.
Pasangan ini melangsungkan pernikahan mereka pada 31 Mac 2021.
“Saya sangat bertuah kerana mempunyai suami yang sangat menyokong untuk melalui perjalanan ini bersama-sama dengan saya. Ibu saya sangat mengagumkan dan juga memastikan saya makan cukup, dan dia membekukan banyak makanan Malaysia yang sedap di dalam peti sejuk sebelum dia terbang pulang ke Malaysia,” kongsinya lagi.
Kini keadaannya semakin baik, Dr Amalina menyatakan keterujaannya untuk berkongsi pengalaman sebagai seorang ibu berdasarkan realiti dan cabaran keseluruhan proses, serta siaran pendidikan tentang kehamilan berdasarkan perubatan yang berasaskan bukti.
Ads
Ujarnya menutup kata, “Sungguh mengagumkan bagaimana si kecil ini boleh membawa begitu banyak kegembiraan dalam hidup anda, dan saya menantikan perjalanan baharu yang menarik ini sebagai seorang ibu!”
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Demi membuatkan generasi muda lebih mengenali, meminati dan membeli produk keluaran jenama premium seperti Gucci menawarkan produk yang relevan dan signifikan untuk digunakan oleh pembeli.
Smart Ring Gucci x Oura. (Foto:Via. Gucci)
Ini adalah di antara strategi masa kini jenama fesyen yang tidak lagi sekadar berfokuskan kepada pakaian, kasut dan aksesori badan.
Selepas smartwatch, muncul pula smart ring. Gucci tampil dengan inovasi baru ke arah kesihatan dan kesejahteraan dengan kolaborasi ini.
Kolaborasi jenama gajet dengan rumah fesyen tekenal dunia bukan lagi satu perkara baru pada zaman ini. Rumah fesyen dari Itali itu mengumumkan kolaborasi terbaru dengan Oura, syarikat dari Finland yang membangunkan ‘smart ring’ untuk menyediakan pelanggan dengan data dan panduan kesihatan abadi.
Smart Ring Via Gucci
Uniknya Gucci x Oura Ring, direka dengan logo G bersambung dalam emas kuning 18 karat. Corak obor berjalin melilit pada jalur titanium bersalut PVD hitam, menjadikannya lebih daripada aksesori kesihatan biasa.
Cincin Mewah Bergabung Dengan Kesihatan
Dipasangkan dengan teknologi Generasi 3 Oura, menampilkan set penderia yang boleh membaca pelbagai vital badan dan seterusnya mengedarkant metrik kesihatan. Cincin mempunyai sensasi isyarat yang jauh lebih kuat daripada sekadar aksesori yang memberikan statistik kesihatan yang serupa.
Gucci x Oura Ring turut mempunyai kadar jantung dan pernafasan hingga suhu untuk menyasarkan potensi kesan tekanan atau penyakit pada badan. Ia juga termasuk fungsi analisis tidur yang menjejaki kualiti tidur berdasarkan vital dan masa yang dihabiskan dalam setiap peringkat tidur.
Kalau korang mementingkan kesihatan dan fesyen. Penulis syorkan beli cincin Gucci x Oura Ring ni. Boleh check detail di sini.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tinggal lebih kurang 9 hari lagi umat Islam bakal menyambut perayaan Aidilfitri. Adakah korang sudah membayar zakat fitrah? Bayaran zakat fitrah merupakan satu kewajipan bagi seluruh umat Islam yang berkemampuan untuk dilunaskan sebelum tiba Aidilfitri.
Kemudahan membayar zakat secara online sebenarnya telah pun dilaksanakan sejak beberapa tahun yang lalu. Walau bagaimanapun, masih ramai yang mungkin membuat pembayaran secara langsung dengan amil yang telah dilantik secara sah.
Bagi mereka yang mungkin sibuk dan tidak sempat untuk pergi membayar zakat, korang juga boleh terus membuat pembayaran melalui bank secara online. Tambahan pula sewaktu pandemik ni, kita boleh buat bayaran secara online untuk mengelakkan penjarakan fizikal.
Berikut merupakan tutorial yang telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Fizal Hafiz tentang cara-cara membayar zakat melalui Maybank2u.
1. Log masuk Maybank2u
2. Pilih pay dan tekan NEW PAYEE
3. Pilih Lembaga Zakat Selangor (ikut negeri masing-masing)
4. Isikan nombor telefon dan pilih jenis zakat
5. Pilih Zakat Fitrah
6. Masukkan jumlah bayaran zakat dan tekan proceed
7. Akhir sekali, klik confirm
Mudah sahaja kan? Tapi, sebelum korang proceed buat pembayaran tu bolehlah lafaz akad zakat fitrah dulu seperti berikut:
“Inilah wang yang menggantikan beras fitrah yang wajib keatas diriku/tanggunganku sebanyak RM… pada tahun ini kerana Allah Taala”.
Walau bagaimanapun, pengguna bank lain turut berkongsi info bahawa pembayaran zakat juga boleh dilakukan dengan cara yang sama dengan online banking yang lain.
Semoga amal ibadah kita sepanjang bulan puasa ini diterima dan dapat lagi berjumpa pada Ramadan yang akan datang. InsyaAllah.
Setelah berbulan lamanya polemik politik di Malaysia berterusan, akhirnya pada hari ini keseluruhan Jemaah Menteri yang baru dilantik telahpun menghadiri mesyuarat pertama mereka yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula jam 10 pagi.
28 orang ahli politik berbilang parti dalam Kerajaan Perpaduan telah dilantik bagi mengisi Jemaah Menteri. Bagaimanapun pada mesyuarat pertama ini, ia gagal mendapatkan kehadiran penuh apabila Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz tidak menghadirinya.
Ia berikutan keberadaannya kini di Abu Dhabi bagi menghadiri misi perdagangan di sana.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz.
Memetik laporan Berita Harian, Tengku Zafrul tidak berada di negara Qatar seperti yang didakwa oleh beberapa laporan media pada tengah hari tadi.
Dek laporan-laporan itu, warganet telah mencemuh Tengku Zafrul kerana mempercayai beliau berada di Qatar atas urusan peribadi untuk menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia.
Untuk pengetahuan, barisan Jemaah Menteri di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim terdiri daripada dua orang Timbalan Perdana Menteri dan 28 orang menteri seperti yang diumumkan pada hari Jumaat, minggu lalu.
Beberapa pemilihan tersebut telah menerima pujian dan kritikan.
Dalam pada pemilihan lima daripada 28 orang menteri dalam kalangan wanita telah menerima pujian, Anwar Ibrahim tidak terlepas daripada dikritik rakyat dan beberapa bekas menteri senior termasuklah Tan Sri Rafidah Aziz disebabkan perlantikan Tengku Zafrul yang tidak mendapat mandat sebagai Ahli Parlimen oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-15 lalu serta perlantikan ahli politik yang masih diselubungi kes mahkamah seperti Datuk Seri Zahid Hamidi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!