Baru-baru ini, dua pelajar kembar dari Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang, Muhammad Fadlin Adib Hisham (18) dan Muhammad Fadlin Adam Hisham (18) meraih perhatian apabila berjaya meraih keputusan cemerlang 12A dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.
Memetik laporan Sinar Harian, pasangan kembar itu turut berkongsi bahawa amalan rohani seperti membaca al-Quran setiap Subuh menjadi penenang jiwa dan sumber kekuatan sepanjang menghadapi tempoh peperiksaan tersebut.
“Perasaan saya bercampur baur tetapi saya amat bersyukur kerana segala usaha, doa dan pengorbanan selama ini akhirnya membuahkan hasil”
“Ini adalah hadiah buat ibu bapa saya yang sentiasa mendoakan dan memberi dorongan tanpa jemu,” ujar Fadlin Adib penuh rasa syukur.
kredit foto: Sinar Harian
Selain itu, beliau menambah bahawa rutin membaca al-Quran selepas solat Subuh telah menjadi terapi rohani sepanjang tempoh pembelajaran serta disiplin dalam kelas dan kerjasama dengan rakan serta guru juga menjadi faktor penting dalam mencapai kejayaan.
Ads
Fadlin Adib yang merupakan hafiz Al-Quran sejak Tingkatan Empat berkata, beliau dan abangnya, Muhammad Fadlin Adam juga mengikuti tuisyen ketika cuti persekolahan dan kelas tambahan.
“Saya bergantung kepada ‘power of doa’ untuk terus yakin dan kuat. Selain itu, masa bersama rakan-rakan juga membantu saya melepaskan tekanan sama ada berbincang mengenai pelajaran atau berbual santai,” katanya.
Pada masa yang sama, Fadlin Adib juga meluahkan hasrat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan di Universiti Teknologi Petronas (UTP) pada masa akan datang.
Ads
Fadlin Adib (kiri) & Fadlin Adam (kanan)
Sementara itu, abang kembarnya, Muhammad Fadlin Adam, turut merasai kejayaan yang membanggakan selepas menempuh pelbagai cabaran.
“Saya sangat gembira, terharu dan bersyukur. Segala penat lelah akhirnya membuahkan hasil,” katanya.
Beliau yang juga seorang hafiz Al-Quran sejak Tingkatan Empat mengakui bahawa solat sunat dan bacaan al-Quran menjadi sumber ketenangan, manakala aktiviti riadah bersama rakan-rakan membantunya mengurangkan tekanan. Persis seperti adiknya, Fadlin Adam juga bercadang untuk melanjutkan pengajian di UTP.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Melihat keunikan cahaya aurora dengan mata sendiri merupakan impian bagi individu yang suka kepada kecantikan alam. Khabarnya, musim sejuk tahun ini antara musim Aurora paling meriah dan hampir setiap dua ke tiga hari sang cahaya ini akan muncul di langit.
Jika korang masih tercari-cari dimana lokasi untuk melihat aurora, berikut kami kongsikan beberapa tip yang dikongsi oleh Detektif Kembara untuk berpeluang melihat keindahan aurora ini.
So guys, korang dah bolehlah buat perancangan bersama kawan-kawan untuk menikmati keindahan aurora di lokasi-lokasi yang kami kongsikan ini. Paling penting, dah boleh mula menabung. Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Subjek Perakaunan sememangnya bukan sesuatu yang mudah. Ia menuntut tahap ketelitian yang tinggi, kemahiran analisis serta ketajaman minda untuk memahami setiap konsep dan prinsip yang diajar.
Namun, bagi seorang pelajar Kolej MARA Seremban, Negeri Sembilan, Mohamad Hadif Mohamad Rosli, kesukaran dalam mata pelajaran itu tidak dijadikan alasan untuk berundur. Sebaliknya, ia menjadi cabaran yang membakar semangatnya untuk terus berusaha dan mencipta kejayaan.
Berpegang kepada prinsip bahawa usaha berterusan dan disiplin diri merupakan kunci utama kecemerlangan, Mohamad Hadif membuktikan bahawa kerja keras tidak pernah mengkhianati hasil.
Pelajar Tahun Dua Program A-Level Australia di Kolej MARA Seremban itu diumumkan sebagai penerima anugerah Top in Malaysia bagi subjek Perakaunan dalam peperiksaan AS Level Mei/Jun 2025.
Lebih membanggakan, Mohamad Hadif turut tersenarai sebagai salah seorang daripada 339 pelajar cemerlang yang menerima pengiktirafan dalam Outstanding Cambridge Learner Awards, yang berlangsung di Dwi Emas International School baru-baru ini.
Kejayaan anak muda ini bukan sahaja mengharumkan nama keluarga dan institusi, malah menjadi bukti bahawa setiap cabaran mampu ditukar menjadi peluang apabila disertai dengan kesungguhan, disiplin dan keyakinan diri.
Kisah Mohamad Hadif pastinya menjadi inspirasi buat para pelajar lain untuk tidak takut mencuba dan terus melangkah ke hadapan demi mencapai impian mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Sinar Bestari
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penghijrahan bukan lagi sesuatu yang luar biasa. Namun, kisah penghijrahan gadis litar ke berniqab yang bernama Syarifah Furaiha telah mencetuskan inspirasi dan motivasi kepada ramai.
GADIS LITAR Ke Niqab. Penghijrahan Wanita Ini Cetus Inspirasi
Ternyata itu adalah perubahan terbesar dalam hidupnya sementelah pelbagai pengalaman sudah dikutip sebelum itu. Kisah hidupnya di mana suatu ketika dulu nyata jauh berbeza dengan kehidupan yang dilaluinya sekarang.
Ayuh, ikuti perkongsiannya yang sangat memberi inspirasi.
DARI GADIS LITAR KE NIQAB.
“Like I said, it’s always about where we end not about the beginning. Fara terpanggil nak share pengalaman Fara berniqab dengan semua. Fara tak pernah cerita ini ke public. Mungkin, ada pengajaran yang boleh diambil. Ambillah.
“Family Fara memang suka sukan bermotor, so memang selalu ke track race dari kami kecil. Sebab itu Fara pun pernah pegang payung tepi track. Bila dah berpayung tepi tu, ramailah lelaki yang mintak bergambar.
Pernah jadi gadis litar.
“Selepas spm, waktu cuti tengah tunggu result itulah first time Fara start pakai purdah. Saja cuba-cuba. Sebab inspired nak jadi baik dan tutup aurat. Padahal waktu tu tak tutup aurat pun lagi.
“Tapi keinginan tu ada. Itu fitrah manusia, walaupun jahat macam mana sekalipun, deep down inside, mesti dia akan ada rasa cinta kepada kebaikan walaupun cuma sekelumit.
Pernah bergelar freelance modelling
“Sebelum tu takpayah cerita. Zaman muda-muda dulu Fara buat freelance modelling. Rambut pun takyah cerita, macam-macam warna pun pernah. Sebab dulu tak kisah halal ke haram, sah wuduk ke tak. Kuku pun macam-macam warna.
“Sekarang dah tak risau tentang solat sebab dah ada Inai Republic. Tibehhh Kalaulah media sosial zaman dulu dah maju macam sekarang, rasanya followers di semua platform mesti beratus-ratus ribu.
“So Fara sangat syukur dulu tak semaju sekarang. Kalau tak, lagi banyaklah dosa yang dikumpul. Nak padam pun payah.
“Baju pun takyah ceritalah, semua jenis ada. So bila Fara berubah drastik dari segala jenis pakaian mini-mini kepada tudung labuh, lengkap dengan abaya dan niqab. Tambah full black pulak tu, pastiiiiii semua orang tak boleh brain lantas ku dilabel sesat.
“But it’s okay. Mesti ada penyebab yang kukuh kan kenapa jadi macamtu. Bila Allah dah nak bagi hidayah.
Ada sebab kenapa berlaku penghijrahan.
“Fara ingat lagi dulu, bila nak start pakai tudung tapi cari dalam almari tak ada tudung. Terpaksalah cari tudung-tudung zaman dulu nenek punya. Fara pernah tak keluar rumah 2-3 bulan because I don’t have a proper covered outfit kalau nak keluar rumah. Kang dapat dosa pula tak memasal.
“Fara ingat lagi dulu pernah gunting satu tudung hitam dan jahit sendiri nak dijadikan purdah. Sebab nak sangat pakai purdah tapi nak beli kat kedai atau online tak semudah sekarang.
Rayu photographer padam semua gambar ‘freehair’
“Fara masih ingat beberapa tahun lepas, Fara pm dan mesej merayu sorang-sorang photographer yang pernah shoot gambar Fara untuk padam semua gambar Fara freehair ni website, fb, laptop dan semua medium.
“Tapi tak berhasil, bahkan dorang siap gelakkan dan block terus. Fuh bukan mudah ya ujian nak jadi baik.
“Hidup ini memang proses. Mula-mula dari seluar, tukar pakai tudung bawal dengan baju kurung. Then start pakai handsock, lepastu pakai stokin. Kemudian labuhkan tudung tutup dada. Dari baju kurung kemudian tukar pakai abaya (jubah). Then start pakai tudung labuh.
“Then cuba pakai purdah (nampak kening), kemudian last sekali baru pakai niqab (nampak mata je). Benda ni susah tau sebab perempuan fitrah dia memang suka tunjuk dia cantik walaupun dia cantik ke tak tu soal no dua hahaha
Daripada berpurdah cuba pakai niqab.
“Dari pakai warna warni, then Fara pakai fully black. Plain. Tapi I never say that this is the best outfit, and other than this semua tak elok.
“Lepas spm, Fara struggle nak kekalkan pemakaian ini sebab Fara sambung belajar ke Moscow, Russia. Dari hari bertukar minggu, minggu bertukar bulan hinggalah hampir setahun.
GADIS LITAR Ke Niqab. Penghijrahan Wanita Ini Cetus Inspirasi
Sambung belajar di Europe tapi kemudiannya cari Islam di Mesir
“It was one of my biggest struggles waktu tu. Dia macam takkan la aku nak u-turn balik pakai macam dulu (pakai up to date dan sexy). Tapi inilah waktunya nak enjoy, muda lagi kan, belajar kat europe pulak tu. Bukan Malaysia.
“And Rusia tu adalah salah satu negara yang super bebas tau. Macam-macam pengalaman dapat selama berada kat sana.
“Tapi disebabkan lifestyle dan pemakaian plus pergaulan kat sana Fara rasa dah tak masuk dengan jiwa so Fara decide nak berhenti dan sambung belajar ke Mesir. Nak cari Islam katanya.
“Long story short, bila ke Mesir finally Fara jumpa pertama yang selama ini Fara cari. Baru sedar, dulu rupanya hanya luaran aku je yang berubah. Hati masih sangat kotor dan jijik. Bila kita merasa diri kita baik dan orang lain buruk, itu adalah sifat syaitan yang perlu kita tinggalkan.
Berjumpa apa yang dicari di Mesir.
“Dulu Fara silap. Fara ingatkan pakai niqab tu dah cukup baik. Tapi Fara lupa, hati, adab dan akhlak perlu selari dengan pakaian. Orang yang baik, bahasa dia baik. Apa yang dari hati, akan keluar ke mulut.
“Dulu disebabkan pakaian kita bagus, kita rasa orang lain yang tak sama macam kita ni pasti ke neraka. Tapi kalau fokus pakaian je bagus, bertutup litup, tapi mulut puaka, mulut jahat, hati tak bersih pun bahaya juga.
Mengata orang, mengumpat & dengki itu perkara tidak baik
“Mengata orang, mengumpat orang, dengki dengan orang adalah perkara yang tak sepatutnya dilakukan sesiapa pun walau apa pun pakaian kita. Bila Fara ke Mesir, Fara jumpa dengan Syeikh Fara yang betul-betul mengubah diri dan dalaman Fara.
“Syeikhlah orang yang ajar Fara tentang hati. Tentang tasawwuf (penyucian diri), tentang bahawa pakaian ini Allah tak pandang pun melainkan hati kita. Beberapa tahun dengan Syeikh memang betul-betul mengubah cara fikir dan cara pandang Fara.
“Fara dulu dan sekarang dah tak sama lagi. Dulu Fara kasar (masih kasar tapi dulu lagi teruk), baran, suka marah, tak sabar, degil dan rasa diri bagus tapi sekarang adalah lebih baik daripada dulu walaupun masih lagi teruk.
“Kalau dulu orang cuit-cuit dan cari pasal dengan kita mesti Fara tak lepaskan tapi sekarang Fara senyum je. Kita faham yang menggerakkan manusia itu Allah, dan Allahlah disebalik apa yang berlaku dalam hidup ini.
Muhasabah diri & perbaiki apa yang perlu
“Kita muhasabah dan perbaiki. Apa yang kurang. Kalau ramai perasan Fara memang berkawan dengan semua orang tak kisahlah dia suka make up ke, freehair ke seksi ke. Fara sangat welcome dorang.
“So tak perlulah dm dan pm Fara marah-marah kenapa itu ini sebab siapalah kita nak judge siapa-siapa. Fara dulu lagi teruk dari itu so who am I to judge? Suka menghukum inilah perkara pertama yang Syeikh cantas dari Fara.
So leave it tentang hukum menghukum ini kepada Allah. Kita bukan Tuhan so tak perlu buat kerja Tuhan.
“Anyway I’m so happy dan sebak dengan perubahan Neelofa dan Fara sangat faham apa yang Lofa buat ini cukup besar sebab Lofa sanggup tinggalkan dunia walaupun pada ketika dia berada dikemuncak kejayaan.
“Moga Allah rahmati dan kuatkan Neelofa and for those who are reading, I wish you all the best too. Mohon doakan Fara juga
“Kita ni tak baik. Tapi kita cuba jadi baik dengan improve diri kita walaupun sekecil 1% sehari. Dengan izin Allah, share jika bermanfaat. #inspiration #Bismillahirrahmanirrahim
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.