Ya, kami pun terkejut apabila diberitahu akan hal tersebut oleh pakar pembuatan tuala wanita semasa menghadiri acara Empowering Women Fashion Show pada pertengahan Disember lalu.
Bukan saja acara fesyen yang dipertunjukkan oleh pihak penganjur iaitu YSP Industries (M) Sdn Bhd, kami juga diberikan keterangan terperinci mengenai perihal perempuan seperti penggunaan tuala wanita.
Menurut pakar daripada jenama tuala wanita, Lavender Sanitary Pad, kebanyakan tuala wanita yang ada di pasaran sebenarnya berasal – more or less – daripada pengilang yang sama. Oleh sebab itu, material yang digunakan adalah lebih kurang sama. Itulah antara sebab perempuan selalu mengalami masalah senggugut ketika datang bulan.
Tapi, bagaimana?
Gam Pelekat
Kebanyakan tuala wanita menggunakan gam industrial pada bahagian base tuala. Walaupun ia melekat dengan bagus, gam tersebut selalunya membiarkan baki benzene di bahagian dalam seluar dalam.
IKLAN
Benzene ini adalah sejenis bahan kimia yang selalu ada dalam gam dan jika baki tersebut selalu terbiar, ia boleh mengancam kesihatan perempuan.
Gam pada tuala wanita Lavender Sanitary Pad pula bersifat telah diuji dan bersifat anti tosik.
Padding
Percaya tak, kusyen nipis atau padding kebanyakan tuala wanita sebenarnya diperbuat daripada surat khabar yang dikitar semula. Yes!
Apabila kertas dikitar semula, ia akan mempunya bahan kimia seperti caustic soda, bleaching powder dan deodorizer untuk menjadikan padding seakan baru. Sebab itulah tuala wanita selalu nampak putih semacam.
Bahan tersebut boleh membahayakan kulit dan menjadi ‘lokasi terbaik’ untuk bakteria dan kuman berkumpul. Apabila darah diperap dengan bahan itu, kuman mudah menyerang semula bahagian uterus dan mengakibatkan kesakitan senggugut.
IKLAN
Tuala Lavender Sanitary Pad daripada Anion ‘dibaluti’ dengan kertas yang telah disterilkan dan bebas daripada habuk agar kesihatan terjaga.
Wing
Selalu kan beli tuala wanita yang mempunyai wing kerana takut overflow. Hakikatnya, purata perempuan mengeluarkan darah haid yang sama. Apa yang menyebabkan seseorang bocor adalah bila tuala wanitanya gagal menyerap dengan bagus.
Bahagian Miss V pun akan mudah ‘diserang’ kegatalan dan vaginal rashes disebabkan oleh haba dan kelembapan.
Lavender Sanitary Pad mempunyai hydro gel dari Jepun untuk 3 kali lebih penyerapan.
IKLAN
Permukaan Kapas
Tuala wanita biasa mempunyai fibre tradisional dan permukaan kapas yang kasar. Secara tak langsung, kulit sensitif perempuan akan terasa gatal.
Bauan Wangi
Ya, kita mudah teruja bila tuala wanita berbau wangi ketika dibuka daripada pembalut plastik. Namun, ada perempuan yang mempunyai kulit sensitif terhadap kimia fragrance tersebut.
Ia mempunyai 8 lapisan protektif untuk memastikan perempuan selesa semasa datang bulan. Malah, ia juga baru mendapat pengiktirafan untuk mengenal pasti faktor kesihatan dan kebersihan yang ditawarkan olehnya semasa pemakai datang bulan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kemenangan Andrea Meza dari Mexico sebagai Miss Universe 2020 bukanlah satu kemenangan yang disenangi semua. Banyak yang mencemuh mengatakan bahawa ada lagi peserta yang lebih layak dan tidak kurang juga ada yang menggelar ratu cantik itu dengan panggilan Miss Telemundo. Ini kerana Telemundo merupakan rangkaian televisyen Mexico yang menjadi antara penaja pertandingan tersebut.
Tidak sepi dari kontroversi, rekaan gaun petang rona merah yang digayakan Andrea Meza telah dikatakan hasil peniruan dari gaun La Bourjoisie yang direka oleh Nadim Soudaiha. Pereka fesyen yang berpangkalan di Kuwait ini telah membuka mulut apabila isu peniruan rekaan gaun petang tersebut diketengahkan oleh media antarabangsa.
Rekaan tersebut pernah dimuat naik Nadim dalam satu hantaran di Instagram yang mana ketika itu ia digayakan oleh seorang peragawati. Jika dilihat perbandingan, boleh dikatakan gaun rona merah Miss Universe 2020 itu 90 peratus menyerupai rekaan Nadim. Gaun yang digayakan Andrea itu direka oleh pereka fesyen Mexico yang berasal dari Itali, Ivis Lenin.
Menurut Nadim dalam temubual bersama Kuwait Times, “Rekaan busana itu pernah dipakai oleh penyanyi popular, Carrie Underwood dalam satu majlis anugerah pada tahun 2017. Ketika itu di merupakan pengacara kepada majlis tersebut. Saya mengambil masa sekitar 10 hari untuk menghasilkan gaun ini yang terbuat dari tulle dengan kristal Swarovski dan manik-manik berjurai. Tetapi penata gaya Jacob de Alba mendedahkan dalam hantaran Instagram bahawa gaun Andrea yang oleh Ivis Lenin, mengambil masa hampir setahun untuk disiapkan.”
Apa yang menarik tentang kontroversi ini, Nadim sebenarnya merupakan orang Mexico yang telah berhijrah ke Kuwait untuk bekerja disana sebagai pereka fesyen untuk La Bourjoisie. Jadi rekaan asal pereka fesyen berdarah Mexico ditiru oleh pereka fesyen Mexico untuk digayakan oleh Miss Universe Mexico. How ideal is that? Apa yang pasti nampaknya pereka fesyen Ivis Lenin tidak boleh lari dari fakta yang rekaannya itu memang mirip dengan rekaan Nadim.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Musim pertandingan ratu cantik bagi edisi 2023 semakin hampir dengan beberapa buah pertandingan bakal berlangsung tidak lama lagi pada suku pertama tahun ini.
Antara yang paling diperkatakan ialah Miss Eco International 2023 yang dijadualkan berlangsung pada dari 21 Februari 2023 hingga malam penentuan pada 4 Mac 2023 di kota Cairo dan Hurghada di Mesir.
Bagi edisi kali ini, Malaysia bakal diwakili oleh wakil baharu lagi segar, Tisya Ong.
Bagi melaungkan semangatnya dan para penyokong Miss Eco International Malaysia 2023 itu, sebuah majlis pengenalan kostum nasional dan gaun malam yang akan diperagakan olehnya di Mesir kelak telahpun diadakan baru-baru ini. Tentunya, kostum nasional Tisya menjadi salah satu kejutan paling dinanti-nantikan.
Sekali lagi, kostum nasional bagi wakil Miss Eco International Malaysia 2023 direka khas oleh Ain Mohamad seperti mana yang pernah dilakukannya buat Miss Eco International Malaysia 2022, Prasana Shri pada tahun lalu.
Mengimbas semula sentuhan rekaan Ain untuk Prasana itu, mesej yang ada pada kostum berkonsepkan Wanita Pasar Tani tersebut cukup besar.
Ain bukan hanya memastikan ia cantik dilihat dan menarik mata yang memandang, malah kostum tersebut juga secara tidak langsung mempromosikan aktiviti jual beli rakyat tempatan tanpa mengira kaum sejak turun-temurun. Ia turut pada hemat penulis mengangkat martabat wanita sebagai kelompok berdikari dalam mencari punca rezeki sendiri.
Kini, Ain sekali lagi diberikan kepercayaan oleh organisasi Ratu Wanita Malaysia untuk menyiapkan kostum nasional wakil Miss Eco International Malaysia.
Digelar sebagai ‘The Capital of Malaysia’, pereka mendapat inspirasi daripada populariti jalan raya di sekitar ibu negara Kuala Lumpur yang sering dikunjungi rakyat tempatan serta pelancong asing.
Ketika dihubungi REMAJA, Ain berkongsi mengenai gabungan idea di antaranya selaku pereka kostum dan pasukan Ratu Wanita Malaya sendiri yang inginkan persalinan kostum yang sarat mesej biarpun hanya beronakan hitam putih dengan sedikit percikan rona perak.
“Warna hitam putih ini menggambarkan nostalgia filem-filem tempatan dahulu kala. Saya mengambil inspirasi daripada gaya elegan yang pernah disarungkan oleh primadona filem Melayu terdahulu seperti (Allahyarhamah Puan Sri) Saloma. Beliau juga adalah pelantun lagu berjudul Kuala Lumpur, bukan?
“Malah, ilham daripada beliau turut saya jelmakan dengan memakaikan sarung tangan serta siluet seakan ‘peplum’ pada bahagian kanan kostum. Peplum cukup popular pada era Saloma dan bahagian itu juga saya gambarkan sebagai jalan-jalan raya yang berliku di sekitar Kuala Lumpur,” katanya.
Pada bahagian kostum serba putih ini tertera beberapa nama jalan raya terkenal di Kuala Lumpur termasuklah Lebuh Ampang, Jalan Semarak, Jalan Duta, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Petaling, Jalan Alor dan banyak lagi. Setiap satu nama jalan raya itu ditulis sendiri oleh Tisya Ong sambil dibantu oleh seorang juru inai yang dilantik.
Bahagian bahu kostum pula tidak dibiarkan kosong dengan adanya ikon bunga kebangsaan Malaysia, Bunga Raya dalam rona perak bersesuaian dengan tona monokrom yang dipilih oleh Ain.
Aksesori perhiasan kepala (juga dalam rona perak) menaikkan seri seorang gadis Malaysia yang kaya dengan paduan budaya, sementara bahagian belakang kostum yang diperbuat daripada cetakan akrilik memaparkan gambaran siluet beberapa pencakar langit di Kuala Lumpur yang menjadi kebanggaan kita semua.
Tradisional Ke Moden
Kepakaran rekaan Ain Mohamad sememangnya terletak pada kostum nasional berkonsep tradisional dan terbukti, ia menerima respon positif di pentas pertandingan ratu cantik. Selain kostum nasional Prasana Shri, Ain juga pernah menghasilkan kostum nasional Miss Grand Malaysia 2020 yang diperagakan oleh wakil negara pada waktu itu, Jasebel Robert.
Justeru, penulis tertanya sekiranya perubahan angin bagi kostum nasional kali ini daripada tradisional kepada yang lebih moden telah memberikan cabaran buatnya?
“Faktor destinasi yang agak jauh (Mesir) yang perlu dituju oleh Tisya Ong sedikit sebanyak memainkan peranan dalam mencetuskan idea kostum nasional yang lebih ‘ringkas’ dan minimal.
“Apabila saya duduk berbincang dengan organisasi, assignmentnya mudah sahaja iaitu untuk menggunakan warna hitam putih bagi edisi kali ini. Mereka bersama-sama dengan wakil kita, Tisya Ong ingin mencuba idea tersebut. Malah, Pengarah Nasional Ratu Wanita Malaysia, Afeer Razak jugalah yang memberi idea menyelitkan nama-nama jalan raya tersebut.
“Seminggu proses perbincangan yang kami lakukan manakala pembikinan kostum pula mengambil masa sekitar dua minggu.
“Sudah tentu, akan ada lagi penambahan dan proses tambah baik yang kami akan lakukan kepada kostum ini sebelum Tisya berlepas tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan,” jelas Ain.
Saat diajukan sama ada perubahan wakil Miss Eco International Malaysia 2023 baru-baru ini yang akhirnya menjadi milik Tisya Ong telah menerbitkan sebarang komplikasi dalam penghasilan kostum nasional ‘The Capital of Malaysia’ ini, Ain menegaskan bahawa segala proses perbincangan dan penghasilan kostum telah melibatkan Tisya Ong selepas perlantikannya dibuat.
Oleh itu, segalanya berjalan lancar malah lebih personal buat Tisya sendiri memandangkan graduan ijazah sarjana Perbankan dan Kewangan itu turut sama terlibat sejak perbincangan awal.
“Harapan saya tentulah ingin melihat Tisya Ong membawa pulang gelaran dan mahkota. Namun secara peribadinya, saya inginkan dia membuatkan penonton di sana terpegun dengan kehadirannya dan membuatkan orang tahu bahawa gadis dari Malaysia juga bukan calang-calang lawan,” tambah Ain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Disclaimer: Perasaan nak rajinkan diri itu adalah sesuatu yang dipupuk dalam diri dan bukan wujud sebaik saja kita dilahirkan. Punctuality is made, not born with.
Tetapi mengikut kajian saintifik yang dilaporkan baru-baru ini, sesetengah daripada kita memang mempunyai kelebihan untuk mengatur jadual masa dengan cekap. Di samping itu, golongan ini juga dikatakan tidak suka menangguh kerja kerana sememangnya sifat mereka sudah dilahirkan begitu.
Cuba tengok kalau korang pun tergolong. Kalau tak ada tu, minta maaf bebanyak ya! Hehe..
Januari
January babies adalah orang yang gemar bekerja keras lebih berbanding daripada orang lain. Disebabkan sikap inilah, ramai di kalangan mereka yang sering dipilih sebagai ketua.
Selain ‘terbiasa’ berdisplin ketika melakukan tugasan dan menentukan jadual harian, mereka juga tidak gentar untuk ke hadapan demi mencapai kejayaan. Kalau diminta untuk menawar diri, mereka adalah antara orang pertama yang akan mengangkat tangan, gitu!
Betul ke?
Julai
July babies sering disebut sebagai remaja berdisplin. Mengapa? Mereka ini sudah terbiasa mengakui kesalahan sendiri jika terbukti melakukan apa-apa kesalahan. Selepas itu, mereka akan cuba sedaya mungkin untuk bangkit daripada kesalahan tersebut.
Disebabkan sifat ‘suka belajar daripada kesilapan lampau’ ini, July babies akan lebih berhati-hati selepas itu dan tidak mahu mengulang ia kembali. Lantas mereka tidak suka untuk menangguh kerja selepas itu.
September
September babies mempunyai kelebihan untuk mengetahui kelemahan dan kelebihan yang ada pada diri masing-masing tanpa diberitahu oleh orang lain. Itulah yang membuatkan mereka cepat berusaha demi tidak menempah kegagalan dalam hidup.
Walaupun mereka kadangkala dilanda rasa malas, tetapi disebabkan mereka suka mencatatkan reminder notes, mereka akan pantas get back on track.
November
November babies adalah antara orang yang fokus tak ingat dunia! Hehe..
Seriously, korang mempunyai visi untuk siapkan kerja tanpa kisahkan apa yang sedang berlaku di sekeliling. Apabila diberikan tugas, korang ada kebolehan untuk block segalanya sehinggalah tugas itu berjaya disiapkan.
Kalau mereka ini menjadi bos pada satu hari nanti, matilah nak..
Apa pendapat korang, tepat tak kajian ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu…
Pemain skuasy lelaki nombor satu negara, Ng Eain Yow mencipta sejarah tersendiri apabila menjuarai...