Nampaknya wakil Malaysia ini sudah mula menunjukkan taringnya di pentas antarabangsa. Prasana Shri yang ketika ini mewakili negara di pertandingan Miss Eco International 2022 telah berjaya menggondol dua anugerah ketika pusingan awal diadakan.
Dia yang sedang berentap dengan lebih 40 peserta lain dari seluruh dunia, tampil meyakinkan dalam persembahan busana kostum nasional dan juga gaun petang yang tampak mewah.
Hasil daripada persembahannya yang meyakinkan, Prasana telah dianugerahkan dengan gelaran Miss Elegant dan juga Best of Evening Gown. Semestinya gayanya yang menawan di atas pentas menarik perhatian para juri untuk menobatkan pelajar jurusan pergigian ini dengan gelaran tersebut.
Meninjau ke dalam Instagramnya, Prasana yang ketika itu baru selesai bertanding di pusingan awal berkata, “Saya telah menyampaikan yang terbaik untuk mempersembahkan Eco Dress dan juga gaun petang. Saya berharap semua rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi saya.”
Semestinya, dia berjaya menawan hati ramai lantaran berjaya menggondol dua anugerah tersebut. Bukan mudah untuk bersaing dengan gadis-gadis cantik lain dari seluruh dunia. Namun rezeki berpihak kepadanya.
Berbicara tentang gaun petang yang dinobatkan sebagai gaun petang terbaik itu, busana tersebut merupakan rekaan Afeer Razak yang juga merupakan direktor kebangsaan bagi Miss Eco Malaysia. Dinamakan sebagai A Thousand Diamonds, gaun tersebut dipenuhi dengan batuan jemeki berkilau dari atas hingga bawah.
Dalam penjelasan menerusi Instagram Ratu Wanita Malaysia, “Nama A Thousand Diamonds dipilih untuk melambangkan Prasana sebagai lambang alam semula jadi yang akan terus memelihara Ekosistem Malaysia.
Ads
“Sebagai Miss Eco Malaysia, dia akan menggunakan suara dan pengaruhnya untuk membawa beberapa pengharapan baharu kepada ekosistem kita. Oleh itu, busana A Thousand Diamonds diperbuat daripada batuan jemeki berwarna tertentu seperti putih , coklat dan hijau yang mempunyai makna tersendiri.”
Organisasi Miss Eco International akan memahkotakan pemenang baharu pada Khamis, 17 Mac 2022. Sama-sama kita saksikan siapakah yang bakal membawa pulang gelaran tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah perkahwinan anak saudara mendiang Puteri Diana ini mendapat perhatian ramai. Bukan sahaja kerana dia seorang anak saudara kepada figura terkenal, tetapi dia juga merupakan seorang yang dikenali ramai dek statusnya yang datang dari keluarga bangsawan selain aktif dalam dunia glamor sebagai seorang model dan jurucakap kepada jenama-jenama terkenal.
Ketika hari perkahwinannya dengan Michael Lewis, majlis yang berlangsung selama tiga hari itu memperlihatkan beliau menggayakan busana-busana indah hasil rekaan duo pereka Dolce & Gabbana.
Why Dolce & Gabbana? Sebab wanita berusia 30 tahun ini merupakan jurucakap global dan juga model untuk jenama ini. Bertuah sungguh badan!
Jom kita lihat busana-busana indah rekaan Stefano Gabbana dan Domenico Dolce untuk ratu sehari ini.
.
.
.
.
.
Kenapa pula Lady Kitty Spencer tidak mengenakan Tiara The Spencer yang merupakan warisan turun temurun keluarga bangsawan Spencer?
Tiada penjelasan kukuh yang diberikan namun mengikut laporan Page Six, beberapa individu dari golongan bangsawan British membuat spekulasi yang mengatakan dia mengambil keputusan itu kerana untuk menghentikan rasa kurang selesa kematian Diana yang dekat dengan waktu perkahwinannya. Dan kemungkinan kegagalan perkahwinan ibu bapanya turut menyumbang kepada keputusan tersebut.
Sumber gambar: Instagram German Larkin, Dolce & Gabbana, Kitty Spencer
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau korang perasan, sejak kebelakangan ini ramai selebriti dan influencer mengayakan fesyen rambut yang lurus, berkilat dan nampak lebih sihat.
Untuk info, fesyen rambut ultra-glamour ini dikenali sebagai ‘liquid hair’ dan kini menjadi trend terbaru di dunia kecantikan. Malah, trend rambut berkilat bak air mengalir ini menjadi viral di media sosial.
Foto Via hypebeast.com
Nama pun ‘Liquid hair’ jadi mestilah rambut kena kelihatan licin, lembut dan sangat berkilat seperti memantulkan cahaya.
Menurut penggaya rambut popular di kota London iaitu Hollie Rose Clarke, melalui temubual bersama Allure. Beliau mencadangkan untuk ke salun untuk mendapatkan rawatan keratin profesional, rawatan melicinkan yang membantu menghilangkan keriting, bertahan sehingga 12 minggu.
Chris Appleton, orang yang sering menggayakan rambut Kim Kardashian, Jennifer Lopez, dan Dua Lipa, nampaknya telah berjaya menjayakan ‘Liquid hair’ untuk pelanggan selebritinya. Dalam catatan Instagram pada bulan April, dia mendedahkan bahawa selfie berambut berkilat Kim adalah foto bintang yang paling disukainya di halamannya. Appleton berkongsi semula imej itu dan bertanya kepada pengikutnya apa yang mereka gemari tentangnya, sambil menyatakan bahawa “bagi saya, ia adalah bersinar.”
Hmm…tapi apa kata kita cuba dulu tip dan petua mengunakan bahan semulajadi tanpa bahan kimia. 5 tips mudah dan murah untuk korang cuba bagi dapatkan rambut ‘Liquid hair’.
Mayonis
Jadikan mayonis sebagai perapi rambut.
Caranya letakkan mayonis organic pada rambut kering.
Pada anda yang mempunyai kulit rambut berminyak, jangan sapukan pada kulit rambut anda dan pastikan kena pada hujung rambut anda.
Amaun mayonis yang digunakan bergantung pada panjang dan ketebalan rambut.
Rambut berminyak dan kelemumur memerlukan kurang mayonis manakala rambut kering memerlukan kuantiti banyak.
Selepas mayonis disapukan, tutup rambut dengan tuala atau plastic dan biarkan selama 1 jam. Bilas rambut , letakkan syampu dan keringnya.
Telur
Pecahkan 2- 4 biji telur ( ikut tebal rambut ) di dalam mangkuk. Asingkan putih dan kuning telur. ( gunakan kuning telur )
Letakkan 4-5 sudu minyak zaitun ke dalam mangkuk berisi telur kuning dan pukul rata.
Basahkan rambut dengan air dan sapukan campuran minyak zaitun dan telur tadi pada rambut anda.
Biarkan 6-7 minit dan bilas dengan air. Jangan gunakan air panas kerana nanti ada telur goreng pula pada rambut anda.
Yogurt
Sikat rambut terlebih dahulu. Gunakan plain yogurt sebagai perapi rambut.
Pastikan yogurt yang digunakan tidak berperisa.
Sapukan yogurt pada rambut dan ikatkan rambut kepada ponytail atau bun.
Biarkan selama 30 minit atau yogurt mengeras sedikit. Kemudian bilaskan ia dengan air dan syampu rambut seperti biasa.
Aloevera dan madu
Campurkan perapi rambut biasa, gel aloevera dan juga madu. Aloe vera merupakan perapi rambut terbaik dan akan memberikan sinar pada rambut. Mereka yang berambut hitam pekat perlu berhati-hati apabila menggunakan madu pada rambut kerana ia boleh membuatkan rambut menjadi cerah.
Apabila campuran perapi dilumurkan pada rambut anda, urutkan pada rambut sekitar 10 minit dan bilas serta syampu seperti biasa.
Cuka
Syampukan rambut seperti biasa dan bilas dengan air sejuk untuk membuat sisa syampu di kepala.
Campurkan 2 cawan cuka dan 1 cawan air ke dalam bekas, dan bilaskan rambut dengan campuran tadi. Biarkan campuran pada rambut selama 15 minit.
Kemudian bilaskan dengan air hingga bau cuka hilang. Sikat rambut, hasilnya rambut korang lebih sihat, tidak berserabut dan mudah untuk diuruskan.
Tapi, kena rajin dan konsisten lah. Kalau malas nak susah-susah pergi salon rambut saja…hehe
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemunculan pelakon popular dari China, Datuk Fan Bing Bing di Melaka baru-baru ini untuk menerima anugerah Darjah Pangkuan Seri Melaka dalam persalinan pereka fesyen tempatan, Fiziwoo telah mencuri perhatian ramai.
Kecantikan yang dimiliki oleh pelakon berusia 44 tahun itu menjadi lebih menyerlah apabila menyarungkan busana kurung moden sopan demi menghormati adat istiadat rasmi yang melibatkan beliau.
Kongsi jenama fesyen tersebut menerusi hantaran media sosial terbaru, busana satin sutera berona ungu lilac itu direka khas oleh pasukan pereka Fiziwoo Artisanal dan mengambil masa kira-kira 100 jam untuk disiapkan.
Ia tampil lebih eksklusif dengan sulaman kerawang ayak yang sudah menjadi identiti signature kepada rumah fesyen itu berserta sulaman berpaten rebana dan butiran kristal Swarovski.
Fiziwoo sekaligus membuktikan bahawa kreativiti fesyen itu luas dan kebudayaan Malaysia dari perspektif fesyen adalah sesuatu yang wajar terus diterokai di peringkat antarabangsa.
“Apabila ikon antarabangsa memakai persalinan kebudayaan kita, ia menjadi lebih daripada peragaan fesyen. Ia menjadi momen bersifat ‘statement’.
“Saya selalu merasa kagum apabila seseorang daripada latar belakang berbeza menerima warisan kita. Melihat legasi kita diraikan lebih daripada kepompong masyarakat kita mengingatka saya bahawa budaya adalah bertujuan untuk dikongsi bersama,” catat salah seorang duo di sebalik label Fiziwoo iaitu Hafizi Radzi Woo.
Di bawah merupakan hasil busana yang terhasil daripada lakaran asal yang dicipta oleh Fiziwoo.
Sumbangan Fan Bing Bing dalam mempromosikan Melaka kepada pelancong antarabangsa terutamanya dari China telah membuatkan Fan Bing Bing sebagai satu lagi ikon hiburan Asia yang dekat di hati peminat Malaysia.
Khabarnya, Bing Bing akan kembali ke Melaka pada bulan September ini untuk sebuah profek baharu sempena sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelacongan Sedunia (WTC) 2025.
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.