Kemenangan Andrea Meza dari Mexico sebagai Miss Universe 2020 bukanlah satu kemenangan yang disenangi semua. Banyak yang mencemuh mengatakan bahawa ada lagi peserta yang lebih layak dan tidak kurang juga ada yang menggelar ratu cantik itu dengan panggilan Miss Telemundo. Ini kerana Telemundo merupakan rangkaian televisyen Mexico yang menjadi antara penaja pertandingan tersebut.
Tidak sepi dari kontroversi, rekaan gaun petang rona merah yang digayakan Andrea Meza telah dikatakan hasil peniruan dari gaun La Bourjoisie yang direka oleh Nadim Soudaiha. Pereka fesyen yang berpangkalan di Kuwait ini telah membuka mulut apabila isu peniruan rekaan gaun petang tersebut diketengahkan oleh media antarabangsa.
Ads
Rekaan tersebut pernah dimuat naik Nadim dalam satu hantaran di Instagram yang mana ketika itu ia digayakan oleh seorang peragawati. Jika dilihat perbandingan, boleh dikatakan gaun rona merah Miss Universe 2020 itu 90 peratus menyerupai rekaan Nadim. Gaun yang digayakan Andrea itu direka oleh pereka fesyen Mexico yang berasal dari Itali, Ivis Lenin.
Ads
Carrie Underwood menggayakan gaun La Bourjouise rekaan Nadim. Sumber gambar: World Stock Market
Menurut Nadim dalam temubual bersama Kuwait Times, “Rekaan busana itu pernah dipakai oleh penyanyi popular, Carrie Underwood dalam satu majlis anugerah pada tahun 2017. Ketika itu di merupakan pengacara kepada majlis tersebut. Saya mengambil masa sekitar 10 hari untuk menghasilkan gaun ini yang terbuat dari tulle dengan kristal Swarovski dan manik-manik berjurai. Tetapi penata gaya Jacob de Alba mendedahkan dalam hantaran Instagram bahawa gaun Andrea yang oleh Ivis Lenin, mengambil masa hampir setahun untuk disiapkan.”
Ads
Andrea Meza saat menggayakan gaun petang ketika peringkat Top 10 Miss Universe 2020. Sumber gambar: Business Insider India
Apa yang menarik tentang kontroversi ini, Nadim sebenarnya merupakan orang Mexico yang telah berhijrah ke Kuwait untuk bekerja disana sebagai pereka fesyen untuk La Bourjoisie. Jadi rekaan asal pereka fesyen berdarah Mexico ditiru oleh pereka fesyen Mexico untuk digayakan oleh Miss Universe Mexico. How ideal is that? Apa yang pasti nampaknya pereka fesyen Ivis Lenin tidak boleh lari dari fakta yang rekaannya itu memang mirip dengan rekaan Nadim.
Penjagaan kulit bukan hanya perlu dilakukan oleh golongan wanita, malah lelaki juga sebenarnya harus menitik berat tentang penjagaan kulit khususnya pada wajah yang sering terdedah pada cela dan terik matahari.
Muhammad Syameel Zulkepli, antara influencer yang mempunyai ramai pengikut di media sosial dan kerana itu, anak kelahiran Johor ini mengambil peluang untuk berkongsi tip untuk memiliki kulit wajah dan licin.
Syameel juga pernah berkongsi rutin skincare yang diamalkannya dan thread tersebut mendapat hampir 8 ribu retweets di Twitter.
Jom kita lihat bagaimana dan produk apa yang digunakan oleh lelaki ini dalam menjaga kulit wajah.
Masalah jerawat
Serum pagi
Pilihan moisturizer
Serum malam
Walau bagaimanapun, Syameel juga mengingatkan bahawa tidak semestinya produk mahal yang korang pakai tu memberi kesan yang lebih baik. Produk drugstore juga sebenarnya banyak yang bagus. So, apa-apa pun pilihan di tangan korang. Pilihlah produk yang baik untuk jenis kulit.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum ini sudah dimaklumkan bahawa negara jiran kita, Indonesia bakal menjadi tuan rumah bagi pertandingan Miss Grand International 2022 yang dikatakan akan berlangsung pada Oktober depan.
Rasanya ramai yang sudah sedia maklum di setiap pertandingan ratu cantik seumpama ini, acara sesi baju renang menjadi salah satu faktor untuk menentukan keputusan juri dalam memilih siapakah yang akan dinobatkan sebagai juara.
Miss Grand Indonesia 2022, Andina Julie
Namun begitu, menurut Presiden Organisasi Miss Grand Indonesia (Yayasan Dunia Mega Bintang), Ivan Gunawan menjelaskan tahun ini tiada sesi baju renang untuk Miss Grand International 2022. Kenyataan itu telah pun dimuat naik di laman instagram rasmi @grand_mgi beberapa hari lalu.
Hal ini adalah kerana piak penganjurkan ingin menjunjung adat budaya dan etika Indonesia dan ia juga telah dipersetujui oleh Miss Grand International Organization (MGIO). Sebagai pengganti, sesi baju sukan atau sportswear akan ditampilkan dan mereka menganggap ia juga mampu memberikan tarikan yang tersendiri.
Untuk info, malam final Miss Grand International 2022 akan disiarkan secara langsung dari Sentul International Convention Center (SICC) pada 25 Oktober 2022. Sama-sama kita lihat kelainan yang bakal dibawa oleh tuan rumah Indonesia nanti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada bulan Mac lalu, wanita jelita berdarah kacukan Cina-India, Jasebel Robert pernah mencipta magis di pentas Miss Grand International 2020 setelah wakil Malaysia itu berjaya menembusi senarai 10 peserta terbaik.
Jasebel, 25 terpilih menyertai senarai Top 10 apabila mengenepikan populariti 63 peserta lain untuk dinobatkan sebagai pemenang kategori Miss Popular Vote. Sekaligus, Jasebel menjadi wakil Malaysia pertama di pertandingan Miss Grand International yang berada di kedudukan Top 10.
Untuk edisi Miss Grand International 2021 yang kini sedang berlangsung di Bangkok Thailand pula, wakil Malaysia ke pertandingan tersebut pun tidak kurang hebatnya. Malaysia diwakili oleh Lishalliny Kanaran dan dia sedang berdepan saingan daripada 60 peserta lain dari seluruh dunia untuk cuba melakukan yang terbaik bagi menyamai prestasi Jesebel pada edisi lepas mahupun memperbaiki kedudukan Malaysia ke senarai 5 terbaik. Siapa tahu, rezeki dan tuah berpihak kepada negara pada tahun ini?
Menghampiri acara finale pada 4 Disember ini, Miss Grand International 2021 pada malam ini telah melangsungkan segmen kostum nasional terbaik yang disiarkan secara langsung di saluran YouTube Grand TV.
Lishalliny tampil bersedia apabila dia memperkenalkan keunikan kostum dan kisah di sebalik persembahan Ulek Mayang yang berasal dari negeri Terengganu.
Bukan mudah ya untuk Lishalliny mempersembahkannya dek saiz kostum rekaan khas pereka Sarawak, Aldrin Artistry itu yang dianggarkan seberat 50 kilogram!
Ihsan Foto : Miss Grand Malaysia
Sedikit info mengenai budaya Ulek Mayang; ia merupakan sejenis tarian penyembahan yang asalnya adalah upacara rawatan tradisional seorang bomoh ke atas nelayan yang tidak sedarkan diri dan telah dipukau oleh seorang puteri laut yang jatuh cinta terhadapnya.
Demi membawa pulang roh nelayan berkenaan, puteri laut telah menyeru lima lagi saudaranya untuk melawan si bomoh hinggalah tercetusnya pertarungan di antara bomoh dan keenam-enam puteri.
Ihsan Foto : Miss Grand Malaysia
Akhirnya, puteri sulung yang juga merupakan puteri ketujuh meleraikan pertarungan dan memerintahkan agar kelompok yang berasal dari darat untuk pulang ke darat sementara puteri-puteri laut untuk pulang semula ke dunia mereka.
Sebagai ucapan terima kasih di atas bantuan puteri ketujuh, nelayan tersebut dan rakan-rakan menyembahnya dengan nasi berwarna hinggalah kehadiran agama Islam di bumi Terengganu.
*
Berbalik kepada wakil Malaysia ke pertandingan Miss Grand International 2021, rekaan kostum Ulek Mayang ini diakui ramai sebagai salah satu kostum nasional terbaik yang pernah dihantarkan oleh Malaysia ke pentas pertandingan ratu cantik.
Bukan saja kostum serba biru-hitam keemasan ini menarik untuk ditatap, malah persembahan Lishalliny yang membawa bersama ‘tujuh orang puteri laut’ dengannya selama kira-kira 42 saat pada malam ini tampak cukup menyakinkan.
Lihat sajalah klip persembahannya di bawah :
Jika korang masih ingat pada Miss Grand International 2020, Malaysia juga pernah memukau penonton menerusi kostum yang diinspirasikan daripada budaya Mak Yong; sehinggakan ia tercalon dalam senarai 10 kostum terbaik oleh pihak juri.
Miss Grand International 2021 mula dilangsungkan pada 17 November lalu di kepulauan Phuket untuk mempromosikan sektor pelancongan Thailand. Ia bersempena pembukaan semula sempadan negara itu kepada pelancong asing menerusi program sandbox yang diperkenalkan oleh pihak kerajaannya.
Selain itu, penganjuran Miss Grand International 2021 juga dilihat sebagai strategi Thailand untuk kembali merancakkan sektor pelancongan yang merupakan salah satu sektor paling menguntungkan negara Gajah Putih itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!