Siapa sahaja yang tidak suka makan aiskrim, lebih-lebih lagi di waktu panas terik. Sekarang ni pun dah ramai yang mebuat resipi homemade sebab boleh makan bila-bila masa dan paling penting kosnya jauh lebih murah.
Rupanya senang je nak buat aiskrim homemade ni. Tidaklah susah dan bahan yang digunakan juga tidak banyak. Silap-silap semua bahan yang diperlukan ada dalam dapur korang.
Bagi yang ingin mencuba, berikut kami kongsikan resipi aiskrim homemade pelbagai perisa daripada Fauziah Johanis di laman Facebook Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM). Paling best, resipi aiskrim ini hanya dibuat menggunakan blender atau mixer.
Bahan-bahan:
– 1 tin susu cair
Ads
– 2 sudu besar ovellete
– 3 sudu besar susu pekat
– 1 sk perisa dan pewarna (ikut korang nak perisa apa, kalau nak dua perisa bahagi dua adunan. Satu letak perisa vanila dan satu lagi letak perisa strawberi. buat corak seperti kek marble)
Ads
– Masukkan sedikit coklat rice atau coklat cip sebagai hiasan (jika mahu)
Cara menyediakan:
Ads
1. Mixer atau blend semua bahan-bahan tersebut sehingga sebati. Pukul sehingga kembang serta tekstur menjadi licin
Baru-baru ini, anak sulung kepada pelakon Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin kembali meraih perhatian dengan pencapaian cemerlangnya dalam Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan 2026 apabila berjaya mencipta rekod baharu dalam acara 110 meter lari berpagar. Kejayaan ini sekali lagi mengangkat nama beliau dalam kalangan atlet muda yang sedang meningkat naik.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram Rita atau Rita Rudaini Mohammad Mokhtar (50) meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian anaknya itu serta sempat merakamkan penghargaan kepada guru, jurulatih dan rakan seperjuangan yang banyak menyokong perjalanan Airit sepanjang kejohanan berlangsung.
Dalam kejohanan tersebut, Airit Rayyan bukan sahaja meraih kemenangan malah berjaya memecahkan rekod acara 110 meter lari berpagar, satu pencapaian yang cukup membanggakan buat wakil kontinjen Selangor.
“Bangga jadi sebahagian daripada kontinjen Selangor. Terima kasih kepada semua guru, jurulatih dan rakan yang sentiasa ada di belakang kejayaan ini. Terus rendah diri, terus berlari, terus cipta sejarah,” katanya.
Pada masa yang sama, Rita turut menzahirkan penghargaan khusus kepada para pendidik di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar, Selangor yang banyak membimbing Airit sehingga berjaya melangkah mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.
Di samping itu, beliau juga menekankan betapa pentingnya peranan guru dalam membentuk kejayaan seseorang pelajar, yang bukan sahaja melahirkan atlet tetapi juga insan berdisiplin dan berwawasan.
Sementara itu, di ruangan komen, ramai peminat dan rakan selebriti turut mengucapkan tahniah kepada Rayyan atas kejayaannya yang mengekalkan keputusan cemerlang. Mereka juga turut mendoakan agar Rayyan akan terus membanggakan ibunya dan memberi inspirasi kepada golongan muda di luar sana.
Dalam pada itu, kejayaan ini juga hadir hasil usaha berterusan, disiplin tinggi dan semangat juang yang tidak pernah luntur, menjadikan Airit antara bakat muda yang semakin menyerlah dalam sukan olahraga.
Secara keseluruhan, pencapaian ini bukan sahaja membanggakan keluarga, malah menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus berusaha dan mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak keterlaluan sekiranya REMAJA gambarkan tahun 2022 menjadi milik grup sensasi Korea Selatan, Blackpink dalam konteks dunia hiburan antarabangsa.
Mereka muncul di pentas Video Music Awards (VMAs) untuk kali pertama pada bulan Ogos dan telahpun memulakan jelajah dunia ‘sold out’ di 27 buah bandaraya sejak Oktober lalu; berbaki tujuh bulan lagi termasuklah persembahan di Kuala Lumpur.
Pengaruh Blackpink bukan sekadar dalam kalangan peminat K-pop sahaja, malahan grup yang dianggotai oleh Jennie, Jisoo, Lisa dan Rose ini juga menjadi salah satu penghibur kegemaran ramai selebriti antarabangsa seperti Selena Gomez, Usher dan Taylor Swift yang telah meluahkan rasa sayang mereka terhadap Blackpink secara terbuka sebelum ini.
Kehadiran album studio kedua berjudul Born Pink pada September lalu memperkukuhkan kedudukan Blackpink setelah ia mencatatkan jualan sehingga 2 juta unit.
Berbekalkan pelbagai kejayaan sepanjang tahun 2022, tidak hairanlah penerbitan antarabangsa Majalah Time telah menamakan Blackpink sebagai ‘Entertainer of the Year’ atau ‘Penghibur Tahunan’ untuk edisi Disember mereka.
Menerusi temubual bersama Time yang telahpun dimuat naik di laman sesawangnya, Jennie memberitahu bahawa banyak tenaga dan usaha telah mereka berempat pertaruhkan agar boleh menjadi ‘superwomen’. Begitupun katanya, mereka hanyalah empat orang gadis biasa dalam kehidupan seharian.
Penglibatan setiap ahli Blackpink dalam kerjaya solo masing-masing juga dilihat sebagai resepi kejayaan kumpulan tersebut di mana setiap ahli mempunyai ruang untuk meneroka potensi serta identiti sendiri dalam dunia muzik, fesyen dan lakonan.
“Mereka berempat adalah bintang dari sudut masing-masing.”
Tambah Jennie lagi, kesemua kejayaan ini lahir daripada hati yang ikhlas dan bukan bersandarkan kepada wang serta perniagaan semata-mata. Justeru, kini mereka lebih mementingkan aspek kesihatan mental dan fizikal bagi mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi mereka yang mengikuti drama 115 episod, Angkara Cinta sejak November 2020 hingga ke April tahun lalu, pastinya korang mengekori perjalanan watak yang dibawakan oleh ‘kembar’ kacak yang menerajui drama tersebut iaitu Hun Haqeem dan Meerqeen.
Penangan drama Angkara Cinta masih berlegar di minda apabila ramai yang merasakan drama tersebut antara punca nama dua pelakon baharu ini untuk terus naik dalam dunia lakonan tempatan.
Kesempatan menemui Hun dan Meerqeen di karpet merah Anugerah MeleTOP Era (AME) 2021, Ahad lalu memberi peluang untuk kami bertanyakan kepada mereka berdua mengenai projek terbaru yang bakal menemui penonton layar kaca tidak lama lagi.
Khabarnya, gandingan mereka akan diteruskan bagi sebuah naskah baharu yang lebih besar skalanya tidak lama lagi.
“InsyaAllah, sekarang Meerqeen dan Hun sedang jalan satu projek yang agak besar berjudul Nenek Bongkok Tiga. Secara peribadinya, ia adalah karakter paling berat yang pernah Meerqeen bawa sepanjang berada dalam industri lakonan. Paling menarik dan paling bahaya. Meerqeen harap korang tunggu dan lihat,” katanya yang menjadikan penyanyi Harry Styles sebagai ilham gayanya di malam AME 2021 lalu.
Hun Haqeem yang turut menghadiri acara tersebut berkongsi sentimen keterujaan seperti Meerqeen.
“Betul, sekali lagi kami akan ada projek bersama. Alhamdulillah, Hun sudah lama tak dapat skrip sebegini. Ini adalah penghargaan yang besar untuk Hun diberikan peluang menjayakan watak tersebut. Karakternya berat tetapi Hun akan jalankan tanggungjawab sebagai pelakon. InsyaAllah, kita harapkan semuanya berjalan dengan lancar,” ulas Hun.
Biarpun masih belum diketahui bilakah naskah ini akan menemui penonton, baik Hun atau Meerqeen sedang bersiap sedia untuk menjalani penggambaran sehingga ke bulan Ogos ini.
Tentunya ini merupakan berita yang dinanti-nantikan oleh peminat mereka berdua yang ternanti-nanti gandingan kacak lagi berbakat ini dalam sebuah naskah yang sama selepas Angkara Cinta.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...