Bersempena bulan Ramadan yang hampir ke penghujungnya, kumpulan hip hop, 53 Universe baru-baru ini memberi sedikit perbezaan dalam karya mereka apabila melancarkan album EP ‘Setahun Sekali’ istimewa mengenai kehidupan dan kerohanian.
Hadir dengan tiga buah trek yang bukan sekadar menyentuh perasaan, 53 Universe turut membawa peminat muzik hip hop untuk menyelami suasana penuh syahdu dan keinsafan, sesuai sangat dengan vibe 10 malam terakhir Ramadan.
Ads
Menurut wakil kumpulan 53 Universe, album ini adalah penghormatan tulus kepada tema abadi khususnya bagi introspeksi diri dan penuh rasa syukur di bulan yang mulia bagi seluruh umat Islam.
“Menerusi ‘Setahun Sekali’, kami ingin mencipta satu pengalaman muzik yang benar-benar menyentuh suasana muhasabah Ramadhan, mengajak pendengar untuk berhenti seketika, merenung, dan merayakan keindahan transformasi peribadi,” katanya.
Ads
53 Universe yang popular menerusi beberapa lagu seperti PP at Bukit Tabur dan Aku, Kau & Bintang.Setahun Sekali yang memuatkan lagu seperti Hingga Menutup Mata, Jubah Putih & Doaku Doamu.
Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album EP ini adalah seperti Hingga Menutup Mata oleh IMRN, Jubah Putih kolaborasi antara Pele L dan Rahh5Kaki serta Doaku Doamu yang dinyanyikan oleh Faiz Ruzayn.
Bagi peminat 53 Universe, korang boleh mula mendengar ‘Setahun Sekali’ menerusi platform penstriman muzik bermula 21 Mac dan paling menarik, ini merupakan antara salah satu karya seni yang mungkin dekat dengan jiwa generasi yang hidup pada zaman kini.
Sekadar info, 53 Universe merupakan sebuah kumpulan muzik versatile yang popular menerusi lagu seperti PP at Bukit Tabur, Aku, Kau & Bintang, Gard 0 Gard, M 2 Tha Sky dan Mbappe. Kumpulan ini juga sentiasa menghasilkan karya inovatif yang sesuai dengan peminat muzik pada masa kini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau korang peminat Coney Dog di restoran A&W, kami nak cadangkan satu resipi yang dikongsi oleh Mohamad Fakhrul Aiman dalam page Suami Masak Apa Hari Ini? Di Facebook.
Lihat pada gambarnya sahaja dah membuatkan korang terliur. Kalau nak beli di A&W harga tak lari daripada RM7 ke RM8 sebiji. Jadi, lelaki ini mengambil inisiatifnya sendiri dengan berkongsi resipi membuat coney dog yang pastinya dengan modal yang lebih berbaloi.
Jom kita try resipi yang telah dikongsi oleh Mohamad Fakhrul Aiman.
Bahan-bahan:
– Roti sosej
– Sosej
– Daging kisar lembu
– sebiji bawang holland
– 3 ulas bawang putih
– Sebiji tomato
– 5 biji cendawan butang
– 2 sudu serbuk cili
– 2 sudu sos tomato
– 2 sudu serbuk jintan putih
– 1 sudu serbuk kari
– 1 sudu serbuk lada hitam
Cara penyediaan:
1. Potong dan cincang separuh bawang holland, bawang putih, sebiji tomato serta cendawan butang. Tomato tu rebus dulu sebab nak buang kulit dia dan isi tengah.
2. Daging kisar tu jangan lupa basuh dulu. Basuh dengan gandum pastu sejat daging kisar untuk buang air.
3. Kemudian tumis sekejap bahan-bahan yang dipotong cincang tadi tu dengan minyak panas dan masukkan daging kisar yang disejat.
4. Selepas tu, masukkan serbuk cili, sos tomato, serbuk jintan putih, serbuk kari dan lada hitam seperti dalam resipi. Tambahkan secawan air. Jangan lupa sedikit garam dan gula bagi secukup rasa.
5. Kacau hingga masak. Pastikan sambal tu tidak terlalu kering. Bila dah masak, biarkan seketika.
6. Roti sosej tu kukus terlebih dahulu supaya roti tersebut lembut. Lebih kurang 1-2 minit.
7. Sama juga dengan sosej. Kukus dalam 5 minit. Sosej tu pilih sosej pulut jumbo. Supaya rasa dia mewah sikit. Tak kisah pun sosej apa nak guna, terpulang. Dan sebelum kukus, kelar/hiris sosej terlebih dulu. Nak bagi dalam sosej tu masak sekali.
6. Apabila semua dah selesai, letakkan sosej diatas roti, kemudian letakkan sambal daging kisar tu diatasnya. Akhir sekali separuh lagi bawang holland tu potong dadu dan taburkan di atas sambal daging. Kalau tak mahu pun tak apa.
7. Sedia untuk dihidang. Kalau nak tambah cheese ke, letak sos cili ke, sos mayonis ke, pun boleh je tiada masalah. Makan macam tu pun dah sedap dah. Hiks!
Kami pasti korang mesti bosan berkurung dirumah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) yang dilaksanakan dibeberapa buah negeri. Malah di kawasan PKPB dan PKPP pun masih banyak aktiviti yang terbatas untuk dilakukan.
So apa kata korang hiburkan hari yang berduka itu dengan menonton 5 K-Drama ini. Mesti hari korang yang bosan disinari dengan gelak tawa. Berikut merupakan 5 senaraikan Kdrama yang korang kena tonton!
‘True Beauty’
“True Beauty” yang diadaptasi daripada webtoon dengan nama yang sama, membawa kisah Im Joo-kyung yang berasa sangat tidak yakin dengan penampilannya lantas menggunakan bantuan solekan untuk kelihatan cantik di mata dunia. Dia kemudiannya berjumpa dengan Lee Su-ho iaitu seorang lelaki yang menyimpan luka jauh di lubuk hatinya. Bersama, mereka mengubah diri dan berkembang dengan berkongsi rahsia antara satu sama lain.
2. Mr. Queen
Mr. Queen mengisahkan tentang seorang lelaki dari dunia moden yang terperangkap di dalam badan seorang permaisuri pada zaman dahulu. Katanya drama ini sangat unik dan kelakar, kalau anda tidak percaya dengan review yang diberikan, mungkin anda boleh tonton sendiri dan kongsikan pendapat anda?
3. Welcome To Waikiki
Berkisarkan tentang jatuh bangun kehidupan 3 sahabat yang mempunyai bisnes penginapan bernama Waikiki. Ketika sudah hampir muflis, keadaan jadi semakin kacau apabila seorang ibu tunggal datang bersama bayinya. Berlatarkan masalah kehidupan yang mungkin agak dekat dengan realiti kita, drama ini pastinya boleh membuatkan anda ketawa di samping memahami masalah yang dihadapi oleh setiap watak dari drama ini.
4. Weightlifting Fairy Kim Bok Joo
Menceritakan tentang kisah cinta dan kehidupan para mahasiswa yang bersama-sama mengejar impian mereka untuk menjadi atlet. Difahamkan, drama ini diinspirasikan dari kisah benar atlet angkat berat Korea Selatan bernama Jang Mi-ran. Kalau anda ingin mengimbau kembali zaman percintaan dan kehidupan di universiti, anda bolehlah tonton drama yang dibintangi Nam Joo-hyuk dan Lee Sung-kyung ini!
5. Prison Playbook
Siapa sangka drama bertemakan kehidupan dalam penjara akan kelakar seperti ini! “Prison Playbook” membawa penonton menelusuri kehidupan seharian banduan dan juga staf penjara. Meskipun turut diselit dengan babak yang serius tetapi ia juga dipenuhi dengan momen lawak yang pasti akan membuatkan anda gelak tak kering gusi.
Oakay cukup la 5 kdrama ni dulu, nanti dah habis tonton semua ni penulis bagi list yang lain okay. Tapi apa-apapun jagan lupa jaga diri dan jaga SOP untuk melindungi diri korang dari pandemik Covid-19.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kes remaja diperkosa, dicabul dan dirogol oleh kekasih ataupun orang yang dekat dengannya semakin lama semakin diperkatakan secara terbuka. Baru-baru ini, ramai pengguna laman sosial seperti Twitter yang mulai berani untuk mendedahkan kisah mereka dan kisah orang lain yang pernah menjadi mangsa rogol untuk bacaan khalayak.
Lantas penulis tertanya kepada diri sendiri, apakah tindakan memuat naik tangkap layar (screenshot) perbualan di antara mangsa dan pelaku itu wajar sedangkan mereka tidakpun melaporkan kejadian ke pihak polis untuk siasatan?
Penulis mendapatkan respon naib juara program realiti Ratu Hijabista 2020 iaitu Qistina Sofia Binti Abdul Aziz atau Tina Aziz yang juga merupakan pelajar ijazah sarjana muda Undang-Undang dari UiTM Shah Alam; mengenai isu ini.
Sumber Foto: Instagram @tinaziz
“Adalah lebih baik sekiranya mangsa terus melaporkan kes tersebut ke pihak berkuasa. Dengan hanya memuat naik perbualan mesej di antara dua pihak di media sosial tidak akan membawa apa-apa kebaikan. Malah, tertuduh juga boleh membuka kes siasatan atas nama defamation terhadap mereka yang memuat naik tanpa bukti yang lebih sahih sama ada kes rogol itu benar-benar berlaku.
“Kes rogol ini sebenarnya adalah kes yang agak tricky. Bukan semua pihak memahami apa yang boleh dianggap sebagai rogol.
“Ia boleh diklasifikasikan sebagai rogol jika ada tindakan memasukkan anggota sulit lelaki ke dalam tubuh wanita. Sekiranya seorang perempuan menjadi mangsa cabul dan ramas tanpa sebarang penetrasi berlaku, itu tidak boleh dianggap sebagai rogol.
“Seperkara lagi, rogol ini banyak kaitannya dengan persetujuan (consent) dan serahan (submission). Perempuan yang memberikan persetujuan dianggap telah menyerahkan diri. Tetapi perempuan yang telah menyerah diri tidak semestinya telah memberi persetujuan.
“Seorang perempuan boleh menyerahkan dirinya untuk terlibat dalam hubungan sulit, namun TANPA persetujuan dari perempuan bagi penetrasi, seorang lelaki boleh didakwa atas tuduhan rogol,” jelas Tina yang telahpun menamatkan chambering.
Jangan Malu Buat Laporan
Beberapa hari lalu, Tina telah tertarik dengan satu tweet yang dimuat naik oleh seniornya, @tattyhassan yang kini bergelar peguam.
Menurut tweet tersebut, dia meminta agar mangsa rogol untuk tidak mandi atau membersihkan sebarang kesan pada badan mereka. Sebaliknya, si dia perlu terus ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan. Hhm, kenapa agaknya?
Jelas Tina, “Walaupun seseorang itu takut atau malu untuk membuat laporan, seharusnya mangsa terus ke balai polis kerana bukti kejadian masih ada pada badannya. Itu adalah bukti terbaik untuk mensabitkan seseorang pelaku. Dan sekiranya tiada ejakulasi berlaku dari pihak lelaki sekalipun, kita masih boleh mendapat bahan bukti dari sel mati, peluh dan air mazi pelaku.
“Tindakan terus membuat laporan dalam tempoh 24 jam ini akan membantu mangsa sebenarnya untuk mendakwa pelaku. Apa yang berlaku setelah laporan dibuat adalah, mangsa akan diiringi ke hospital bagi melakukan pemeriksaan. Setelah keputusan ujian DNA diambil, dakwaan di bawah kanun keseksaan 375 akan lebih kuat berpihak kepada mangsa. Jika disabitkan bersalah, pelaku boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan,” tambahnya lagi.
Penulis sempat bertanya kepada Tina sebelum mengakhiri perbualan. Bagaimana jika mangsa hanya membuat laporan 2 ke 3 hari selepas kejadian berlaku? Adakah laporannya itu tidak ‘valid’?
Sumber Foto: Instagram @tinaziz.
Menurutnya, laporan apa-apa kes masih diambil dan kertas siasatan tetap dibuka. Cuma bukti kejadian yang boleh mangsa harapkan hanyalah pada rakaman CCTV serta siasatan hubungan di antara pelaku dan mangsa – sebagai contoh. Bukti kukuh yang ada pada tubuh mangsa tidak lagi boleh mereka terima.
“Sebagai perempuan, saya juga risau apabila melihat statistik purata 5 kes rogol yang dilaporkan berlaku di Malaysia pada setiap hari. Sekiranya ia berlaku kepada seseorang yang kamu kenali, dengarlah rintihan mangsa dan ajak dia untuk membuat laporan. Jadilah seorang yang memahami situasi mangsa dan usah menghukuminya,” kata Tina.
*
Untuk pengetahuan, sebelum ini Tina pernah berkongsi pengalaman diganggu oleh seorang lelaki ganjil di hotel tempatnya menetap.