Penggunaan telefon bimbit nampaknya seperti dah jadi salah satu keperluan utama bagi masyarakat dunia.
Namun, apa yang perlu korang tahu adalah kesannya kepada pengguna. Menurut laporan daripada Astro Awani, kesan radiasi smartphone boleh menyebabkan golongan remaja menjadi pelupa.
Pakar radiasi dari Sweden, Martin Roosli berkata pendedahan terhadap radiasi daripada smartphone selama setahun dah cukup untuk beri kesan buruk kepada bahagian otak korang.
Jelasnya lagi, remaja yang menulis dengan tangan kanan akan lebih terjejas dengan radiasi ini berbanding bagi mereka yang kidal.
Ads
Kajian telah dilakukan kepada 700 orang remaja di antara 12 hingga 17 tahun tentang kekerapan menggunakan smartphone dan turut memeriksa tahap memori mereka.
Keputusannya, terdapat kaitan di antara daya ingatan lemah dan pendedahan kepada radiasi RG-EMF.
Aktiviti-aktiviti seperti menghantar teks, main video games, malah melayari internet juga sebenarnya boleh memberi kesan buruk kepada korang, terutamanya individu yang lebih mahir menggunakan tangan kanan.
Ads
“Bagaimanapun risiko terhadap otak boleh dikurangkan dengan pemakaian fon kepala atau pembesar suara sewaktu membuat panggilan, terutamanya apabila kualiti rangkaian amat lemah serta telefon pintar tersebut sedang berfungsi dengan kuasa bateri yang penuh,” jelas Roosli.
Ads
Buat masa ni, masih belum jelas macam mana radiasi RF-RMF tu boleh memberi kesan kepada proses otak.
Hasil penyelidikan ini boleh dipengaruhi oleh remaja-remaja yang sedang mengalami perubahan hormon dan mencapai akil baligh, sebab ia boleh memberi kesan kepada cara mereka menggunakan smartphone, perubahan sikap dan tingkah laku serta perubahan kognitif dalam otak.
Secara kesimpulannya, apa yang kami boleh rumuskan adalah korang perlu kurangkan penggunaan telefon bimbit untuk kesihatan yang lebih baik. Memang susah kan?
Tapi apa kata korang try buat sikit-sikit dulu, nanti lama-lama biasalah tu. Ubah lifestyle dengan lakukan aktiviti riadah macam hiking, berenang atau berbasikal dengan rakan-rakan, mesti korang boleh ‘lupa’ nak tengok handphone. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam dunia ini, tak semua benda yang kita dapat akan berkekalan.
Sama jugalah dalam kes fungsi GIF oleh Giphy yang diperkenalkan oleh aplikasi Instagram dan Snapchat. Tak sampai 3 bulan kita menggunakannya untuk tujuan Insta Story, semalam fungsi tersebut telah ditarik balik.
Alasan yang diberi, terlalu banyak GIF berbaur perkauman terdapat di dalam Giphy dan ramai juga yang menggunakan GIF tersebut untuk Insta Story masing-masing.
Rindu GIF Instagram!
Instagram dan Snapchat sebenarnya tidak bersalah di dalam isu ini walaupun pengguna aplikasi mereka memuat naik imej GIF berbaur perkauman. Ini kerana kesemua imej tersebut datang dari laman Giphy sendiri walaupun mereka melarang imej sebegitu dimuat naik ke Giphy, seperti yang tertera di dalam senarai Terms & Conditions mereka.
Buat masa ini, Instagram mahupun Snapchat tidak mengatakan mereka tidak lagi akan berkerjasama dengan Giphy. Mereka hanya mengambil keputusan untuk menarik balik fungsi tersebut dan menunggu tindakan Giphy bagi menyelesaikan masalah ini.
Bagaimanapun, korang tak rasa Instagram akan duduk senang-lenang, kan? Kenyataan terbaru dari Instagram berkata mereka dalam proses untuk mengeluarkan satu lagi fungsi iaitu ‘Portrait Mode’.
Melalui ‘Portrait Mode’, pengguna boleh mendapatkan efek bokeh pada gambar melalui penggunaan Insta Stories. Sebelum ini, Instagram telahpun memasukkan fungsi Boomerang dan Superzoom.
Contoh efek bokeh yang mungkin akan ditawarkan Instagram selepas ini.
Gajet seperti iPhone X dan Pixel 2 telahpun mempunyai teknologi ini untuk kamera masing-masing. Nampaknya, tak perlulah korang beli phone baru dalam masa terdekat semata-mata nakkan gambar cantik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika korang bergantung harap pada aplikasi mesej WhatsApp, ketahuilah bahawa ada di antara penggunanya yang tidak boleh menggunakan aplikasi tersebut pada tahun 2020!
Menurut kenyataan rasmi mereka, WhatsApp tidak lagi akan berfungsi bagi beberapa jenis telefon pintar Android, iPhone dan Windows mulai tahun depan.
Ini berikutan penghentian sistem operasi Windows bermula hari ini kepada pengguna telefon pintar setelah perisian telefon Windows kurang mendapat sambutan di pasaran dan di kalangan pemaju aplikasi.
Bagi pengguna Android dan iOS, jangan cepat sangat menghelakan nafas lega kerana korang juga terlibat.
Telefon pintar Android dan iPhone tertentu turut berdepan masalah sama mulai 1 Februari depan.
Pengguna Android 2.3.7 ke bawah tidak dapat mencipta akaun baru atau mengesahkan semula akaun sedia ada.
Masalah itu juga akan berlaku pada pengguna iPhone iOS 8 dan sistem operasi lama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mereka mengambil inspirasi daripada mesh Mac untuk jeriji bahagian depan. Logo Apple di rim mungkin tidak akan menjadi realiti kerana Apple terkenal dengan peletakan logo yang minimal.
Apa yang menariknya, tempat duduk boleh dipusingkan dan cermin tingkap tanpa bingkai menampilkan ciri-ciri moden.
Namun begitu, ini hanyalah rekaan berdasarkan paten dan bukanlah pendedahan prototaip. Pastinya model sebenar akan berbeza, namun konsepnya mungkin agak selari dengan reka bentuk produk Apple sedia ada.
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...