Beberapa tahun lepas timbul khabar angin Apple akan mengeluarkan kereta ciptaan mereka sendiri, namun pada 2016, mereka telah memperkecilkan skop berkenaan dan sebaliknya lebih memberi fokus kepada pembangunan teknologi swapandu dan mungkin melesenkan ia kepada pengeluar kenderaan sedia ada.
Walau bagaimanapun, menurut Reuters, Apple kini sedang membangunkan kenderaan penumpang mereka sendiri dan dijangka akan dilancarkan pada tahun 2024. Apple dijangka akan menggunakan sistem swapandu pada kenderaan tersebut, serta dilengkapi dengan teknologi bateri yang serba baru.
Khabarnya, teknologi bateri ini akan membolehkan kenderaan itu dipandu untuk jarak yang lebih jauh berbanding apa yang ditawarkan pada hari ini.
Ads
Namun begitu, Apple mungkin menunda untuk memperkenalkan keluaran kereta ini pada sekitar 2025 sekiranya kelewatan akibat penularan COVID-19 yang memberi kesan kepada pengeluaran.
Hm, tak sabar rasanya nak lihat bagaimana agaknya rupa kereta keluaran Apple ini nanti. Tapi, paling tak sabar kami nak tahu berapa pula harganya. Hiks!
Berita baik buat ‘gamers’ di luar sana, permainan konsol PlayStation 5 (PS5) dilaporkan telah sedia untuk dilancarkan akhir tahun ini.
Selepas 8 tahun kekal bersama model PlayStation 4, Sony akhirnya bersedia untuk memberi sesuatu yang baru buat ‘kaki game’.
Sony akhirnya bakal melancarkan PlayStation 5 (PS5) pada penghujung 2020 selepas desas-desus pelancarannya pada tahun lalu.
PS5 hadir dengan pelbagai fungsi dan perubahan baharu yang dijanjikan untuk konsol permainan kali ini seperti alat kawalan Dualshock kepada teknologi haptic.
Namun pada majlis pelancaran mereka baru-baru ini, sedikit kecewa apabila logo rekaan terbaru PS5 sama sahaja dengan logo PS4 sebelum ini. Sehinggakan ada yang sudah troll mengenai rekaan logo tersebut.
Berbalik kepada PS5, antara pembaharuan yang bakal hadir pada PS5 merangkumi sistem suara 3D, hardware ray tracing, adaptive triggers, ultra HD blu-ray dan penggunaan SSD menjadikan ia lebih pantas berbanding PS4.
Maklumat lain tentang PS5 masih lagi belum dikongsikan secara rasmi oleh Sony.
Dijangkakan PS5 akan dijual pada harga USD500 (RM2057.65). Untuk info, PlayStation 4 dikeluarkan oleh Sony pada 20 Februari, 2013.
So buat ‘kaki games’ tu dah boleh la menabung dari sekarang ye! Hiks
Isu menggunakan Shopee Pay Later pernah dibahaskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan yang menerangkan terdapat beberapa isu syariah yang timbul melibatkan caj pemprosesan dan caj lewat.
Kaedah pembayaran secara one-off dalam tempoh sebulan tiada isu syariah (tiada riba) sekiranya pembayaran diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan. Namun, akan berlaku riba (riba al-Qard) sekiranya pelanggan lewat menyelesaikan bayarandan dikenakan caj lewat bayar sebanyak 1.5 peratus.
Walau bagaimanapun, SpayLater atau Shopee PayLater ini akhirnya mengumumkan bahawa sistem pembayaran milik mereka kini patuh syariah. Menerusi satu kenyataan yang dibuat, pihak mereka sudah pun menerima pensijilan patuh syariah daripada Amanie Advisors, firma penasihat Syariah terkemuka di Malaysia.
Tiada lagi caj pembayaran lewat sebanyak 1.5 peratus, sebaliknya akaun pelanggan akan dibekukan sekiranya mempunyai tunggakan. Pengguna boleh mengaktifkan kembali akaun dengan membayar tunggakan selain denda RM10 yang dikenakan oleh Shopee.
Selepas ini pengguna Shopee khususnya umat Islam tidak lagi perlu risau dan boleh menggunakan kembali SpayLater ini. Semuanya telah dijelaskan bahawa perkhidmatan ini kini sudah patuh syariah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mereka yang sempat memiliki telefon atau tablet BlackBerry pasti faham tentang kepopularan dan juga betapa trendy gajet ini suatu ketika dahulu. Dengan rekaan yang sangat sleek dan juga sistem pesanan ringkas ataupun Blackberry Messenger (BBM) yang popular, ia menjadi pilihan ramai ketika itu.
Penulis pun antara yang tidak ketinggalan memiliki model telefon dari jenama ini. Namun seiring dengan kemunculan telefon pintar lain seperti iPhone dan juga android, populariti BlackBerry mula menjunam dan tidak lagi menjadi pilihan golongan muda mudi.
Kredit foto: Unsplash/ Thai Nguyen
Produk jenama ini gagal bergerak seiring dengan penampilan baharu telepon pintar yang dihasilkan oleh iPhone dan juga android dengan pelbagai ciri-ciri yang lebih mengagumkan.
Untuk tampil relevan, pada tahun 2013 BlackBerry melakukan perubahan menerusi pengenalan BlackBerry 10 OS dan juga telefon pintar Z10. Namun begitu kedua-dua model ini tidak mendapat sambutan hangat.
Disebabkan isu ini, telefon BlackBerry kini tidak lagi berfungsi mulai 4 Januari 2022. Ini bermaksud peranti yang menggunakan BlackBerry 7.1 OS dan versi yang lebih awal, BlackBerry 10, BlackBerry PlayBook OS 2.1 dan versi terdahulunya terkesan dengan pengumuman yang dilakukan.
Kredit foto: Unsplash/ Randy Lu
Ia mempengaruhi kebolehan setiap peranti untuk melayari internet, membuat panggilan telefon dan menghantar mesej teks, tidak kira sama ada peranti disambungkan melalui talian penyedia perkhidmatan atau Wi-Fi.
Merujuk kepada satu kenyataan yang disiarkan jenama ini, ia tertulis, “Mulai tarikh ini, peranti yang menjalankan perkhidmatan dan servis ini melalui sambungan pembawa atau Wi-Fi tidak lagi boleh diharapkan untuk berfungsi dengan baik, termasuk untuk data, panggilan telefon, SMS dan fungsi pangilan kecemasan. Kami berterima kasih kepada ramai pelanggan dan rakan kongsi setia kami selama ini.”
Kredit foto: Unsplash/ Alejandro Mendoza
Walaupun kini tidak lagi menjadi pengeluar peranti seperti telefon, jenama BlackBerry masih lagi wujud namun memfokuskan kepada bisnes yang berbeza. Mereka memfokuskan kepada penghasilan perisian berbanding peranti.
“Kami telah mencapai kemajuan besar dalam melaksanakan strategi perniagaan. Kini kami menumpukan pada menyediakan perisian dan perkhidmatan keselamatan pintar kepada perusahaan dan kerajaan di seluruh dunia,” menurut maklumat yang dinyatakan BlackBerry.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...