Demi mengekang penularan wabak Covid-19 dan gejala wabak lain semasa pengundian dilakukan pada Pilihan Raya Umum (PRU15) hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengasingkan pengundi yang merupakan suspek positif wabak daripada pengundi lain.
Kawasan yang dilabel sebagai ‘Khemah Bergejala’ dapat dilihat berada di luar pusat pengundian di seluruh negara demi memberi peluang kepada individu positif melaksanakan tanggungjawab mereka kepada negara.
Individu positif atau suspek wabak perlulah memaklumkan kepada Kementerian Kesihatan mengenai status kesihatan mereka sebelum hadir ke pusat mengundi.
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dipastikan berada di sana akan mengasingkan pengundi positif dan memantau agar proses undian mereka dilaksanakan dengan cepat.
Pengundi juga akan diberikan satu kod QR untuk diimbas menggunakan telefon bimbit bagi mengisi borang. Kemudian, suspek terus dibawa masuk untuk mengundi. Sesudah itu, pegawai bertugas akan melakukan sanitasi bagi mengekang penularan wabak.
Ads
*
Kepastian daripada pihak SPR ini dilakukan susulan pengumuman Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada awal minggu ini yang berkata, individu positif Covid-19 dibenarkan mengundi pada PRU15 dengan syarat diwajibkan memakai pelitup muka.
Ads
Pengumuman tersebut sedikit sebanyak menggusarkan orang ramai yang turun mengundi memandangkan jumlah kes Covid-19 yang agak tinggi di Malaysia dicatatkan pada masa ini.
Bagi pengundi lain yang tidak mempunyai simptom wabak, mereka amat digalakkan memakai pelitup muka sepanjang berada di pusat pengundian.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila rumah bersih dan kemas tentu sahaja penghuninya juga senang hati nak berehat selepas seharian keluar melakukan aktiviti harian.
Sumber Gambar : Vecislavas Popa from Pexels
Tapi sayangnya, ada sahaja penyebab membuatkan rumah kita mempunyai bau yang tidak sedap termasuklah bau sampah, masakan atau permaidani yang sudah hapak baunya.
Nak lagi tenang kita nak rumah berbau wangi sentiasa. Tapi, masalahnya kebanyakkan pewangi rumah tak tahan lama. Ada ke cara untuk mengekalkan wangian dalam rumah?
Hendak membeli wangian rumah, mungkin kena fikir dua-tiga kali. Mana tidaknya, harganya sahaja adakala boleh digunakan untuk membeli bekalan makanan selama seminggu lagi-lagi di musim Covid19 yang ramai terjejas pendapatan so kena la berjimat cermat.
Baru-baru ini seorang penguna Facebook Aine Soaudi berkongsi cara mudah untuk berjimat selepas gel pewangi rumah kering.
Menurut perkongsian beliau, wangian jenis gel ini boleh diguna pakai lagi dengan cara merendam semalaman.
Sumber Gambar : Aine Soaudi
Sumber Gambar : Aine Soaudi
Sumber Gambar : Aine Soaudi
Tambahan lagi, wangian pada gel tersebut masih elok juga selepas direndam. Namun ia hanya boleh direndam sekali je. Lepas tu boleh lah dibuang.
Rata-rata diruangan komen, warganet turut memberi komen sudah melakukan teknik ini dan ia berjaya!
Sumber Gambar : Aine Soaudi
Mudahkan? so lepas ni korang yang la membazir buang pewangi yang dah kering tu. Cuba tip ini. Selamat mencuba!
Sebentar tadi, Menteri Kanan (Kluster Keamanan) Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) yang sepatutnya berakhir pada 4 Februari ini nampaknya akan dilanjutkan selama dua minggu lagi sehingga 18 Februari dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat.
Melalui perintah ini, sudah tentu rakyat diminta untuk tidak pergi ke mana-mana kawasan rekreasi untuk melakukan sebarang aktiviti seperti riadah dan bersenam.
Jadi apa kata kita bersenam di rumah sahaja dengan aktiviti melompat tali. Baru-baru ini, page Public Health Malaysia ada berkongsi kebaikan melakukan aktiviti ini. Paling menarik ia mampu memberi kesan seawal 5 minit ke atas tubuh badan.
Kelebihan Senaman Lompat Tali
Sumber Gambar : Pexels
1. Pembakar lemak.
Lompatan selama 1 jam dapat bakar sehingga 1300 kalori. Dengan 10 minit buat jump rope, sama macam kita jogging 13km.
2. Koordinasi langkah kaki bertambah baik.
Untuk mereka yang semakin meningkat umur sangat bagus. Jump rope dapat melatih otak membuat beberapa pergerakan dalam 1 masa.
3. Mengurangkan kecederaan kaki dan pergelangan kaki.
Sebabnya kita dah bentuk otot kaki kita bertambah kuat dengan senaman jump rope.
Jadi kaki ini dah siap terima apa-apa gerakan atau hentakan yang berlebihan bila-bila masa.
4. Posture badan bertambah baik.
Sangat sesuai bagi korang yang selalu mengadap komputer yang akan menyebabkan risiko posture menjadi bongkok. Semasa aktiviti lompat tali ini, posture badan automatik berubah menjadi menegak dan mendada.
5. Tulang bertambah padu dan otot semakin kuat.
Lompat tali ini senamannya seperti senaman angkat berat. Kesannya, tulang dan otot kita jadi lebih kuat untuk menampung berat badan.
6. Hilangkan Stress
Enjoy… macam zaman kanak-kanak kita bermain lompat tali ini. Korang boleh buat di mana sahaja. Tak perlu tempat dan ruang besar. Yang penting ada tali jump rope.
Tak perlu lama-lama. 5 minit pun cukup dah. Setiap 1 minit buat lompat tali, pastikan kita rehat 15 saat.
Jangan bagi alasan tak ada tali lompat ini okay…dekat shopee penulis tengok banyak je jual.hehe
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Banyak bangunan bersejarah yang telah diubah suai menjadi tarikan pelancong, terutamanya hotel dan rumah penginapan. 9 hotel yang kami senaraikan ini terkenal dengan penghuni alam ghaib yang dikatakan masih mendiami tempat-tempat tersebut
1. Hotel Russell, Australia
Bilik nombor lapan di hotel ini kononnya dihantui oleh roh seorang kelasi. Pekerja hotel juga mendakwa terdengar bunyi tapak kaki di atas lantai berderit pada waktu malam. Menariknya, hotel ini turut menawarkan lawatan hantu bagi pengunjung yang mahu mengetahui sejarah hotel tersebut.
2. Hollywood Roosevelt, US
Hotel yang menjadi mercu tanda Los Angeles ini pernah diinap oleh Marilyn Monroe semasa Anugerah Academy pertama pada tahun 1929. Kini, penghuni dan pekerja hotel melaporkan ternampak seorang wanita berambut perang di dalam cermin yang ditemui di suite lama aktres tersebut.
Hantu pelakon Montgomery Clift juga dikatakan kedengaran bermain trombon di suite 928 yang pernah didiaminya.
3. Bourbon Orleans, US
Hotel ini dikatakan mempunyai ramai penghuni alam ghaib dari pelbagai era. Pernah digunakan sebagai rumah anak-anak yatim, hantu yang agak popular ialah seorang kanak-kanak perempuan yang dilihat menggolek dan mengejar sebiji bola di koridor tingkat enam.
Ada juga yang pernah melihat hantu seorang penari di dewan tarian, selain roh seorang askar yang dikatakan mendiami aras tiga dan enam hotel ini.
4. Anchorage Hotel, US
Seorang polis bernama John J “Black Jack” Sturgus telah ditemui mati ditembak dengan pistolnya sendiri, hanya beberapa langkah dari hotel. Khabar angin mengatakan bahawa rohnya akan kembali ke hotel ini setiap tahun untuk menuntut keadilan atas jenayah yang tidak dapat diselesaikan itu.
5. Fairmont Banff Springs, Kanada
Penginap dan pekerja hotel mendakwa pernah bertemu dengan tukang angkut yang berpakaian uniform lengkap di tingkat sembilan yang akan lenyap selepas selesai membantu para tamu. Dia dipercayai ialah Sam Macauley, bekas pekerja hotel yang mati pada tahun 1967, selepas mengumumkan persaraannya.
Satu lagi roh yang berkeliaran di hotel ini ialah seorang pengantin perempuan yang mati pada hari perkahwinannya di hotel tersebut.
6. Hotel Langham, London
Hotel yang pernah menempatkan ramai saterawan ini dilaporkan turut didiami ramai penghuni alam ghaib. Paling kerap dilihat ialah lelaki berpakaian era Victoria di bilik 333, yang hanya muncul pada bulan Oktober. Ada juga penghuni yang ternampak hantu lelaki berpakaian tentera berdiri di tingkap.
Kononnya hantu tersebut ialah seorang putera negara Jerman yangterjun dari tingkap sebelum Perang Dunia Pertama bermula. Selain itu, hantu Napoleon III turut dipercayai menghuni bilik bawah tanah hotel ini.
7. Toftaholm Herrgard, Sweden
Tetamu yang menginap di kediaman yang dibina pada abad ke-14 ini melaporkan beberapa insiden aneh. Selain bunyi bising, tingkap dan pintu yang sengaja dibiarkan terbuka pada waktu malam telah tertutup menjelang pagi.
Kononnya, dahulu terdapat seorang pemuda yang jatuh hati kepada anak gadis pemilik kediaman ini. Namun, gadis itu telah dijodohkan dengan lelaki pilihan bapanya. Pemuda tersebut telah menggantung dirinya di bilik 342 pada hari perkahwinan gadis tersebut.
8. Hotel Ballygally Castle, Ireland Utara
Tetamu hotel ini sering ditakutkan oleh Lady Isobella Shaw yang pernah menghuni istana ini pada tahun 1625. Selepas melahirkan seorang bayi lelaki, wanita tersebut dikatakan telah dikurung oleh suaminya.
Dalam usahanya untuk melepaskan diri melalui tingkap, wanita tersebut terjatuh dan mati. Rohnya telah menghantui istana ini selama 400 tahun demi mencari anak yang telah dirampas oleh suaminya.
9. Hostel Penjara Karosta, Latvia
Pada abad ke-20, Penjara Karosta digunakan sebagai penjara tentera Nazi dan Soviet, dan ribuan banduan dikatakan telah mati di penjara ini. Kini dijadikan sebuah hotel bertemakan penjara, khabarnya para pekerja sering diganggu oleh hantu wanita yang berkeliaran di koridor, mentol lampu yang dilonggarkan daripada soket dan pintu yang terbuka sendiri.
Ha, seram kan? Korang ada pengalaman menginap di hotel berhantu?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Profesor Adjung UPSI menjadi pengiktirafan baharu buat Datuk Syafinaz Selamat dalam usaha memperkukuhkan pendidikan muzik, vokal dan pembangunan bakat generasi muda.