Bagi individu yang ingin menurunkan berat badan, salah satu usaha yang mereka akan amalkan adalah dengan pengiraan kalori yang diambil setiap hari. Penah dengar tak orang turun berat badan dengan makanan rendah karbo?

Salah satu menu rendah karbo dan enak yang boleh korang cuba ialah ‘Terung John’ ini. 

ARTIKEL BERKAITAN : 8 Pilihan Jus Rendah Kalori, Khas Buat Orang Diet

Menurut empunya resipi, saudari Noorul Izzah Marzuki, menu ini adalah salah satu menu rendah karbohidrat yang diamalkan oleh beliau dan suami semasa proses menurunkan berat badan dari 130kg ke 65kg manakala suaminya dari 195kg ke 85kg. Bahkan mereka juga berjaya mengawal diabetes dan juga tekanan darah tinggi. Wow…Boleh dicuba ni. Jom lihat cara-caranya.

RESEPI TERUNG JOHN SEDAP UNTUK DIET

Roti John Versi Terung, Menu Diet Mampu Buat Baju Bertukar Size ‘S’

IKLAN

BAHAN-BAHAN:
1 biji terung panjang – potong memanjang
1 homemade beef patty/daging burger
3 biji telur
Garam pink himalaya 
Serbuk lada hitam 
Sedikit daun ketumbar
Sayuran/kubis

CARA MEMASAK:

1. Hancurkan dan masakkan sekejap daging burger di dalam kuali.
2. Bancuh telur dengan serbuk lada hitam, garam dan daun ketumbar di dalam mangkuk.
3. Kemudian masukkan daging burger hancur yang dimasakkan sebentar tadi (nak letak apa-apa rempah atau serbuk kari pun boleh). Ketepikan.
4. Panaskan sedikit mentega di dalam kuali, tabur garam dan serbuk lada hitam, panggang terung yang dipotong memanjang sehingga masak. Ketepikan.
5. Seterusnya, tuang adunan telur dalam kuali, ratakan.
6. Bila telur sudah masak bahagian bawah, ambil potongan terung yang sudah dipanggang tadi, tampalkan diatasnya.

IKLAN

Roti John Versi Terung, Menu Diet Mampu Buat Baju Bertukar Size ‘S’
7. Terbalikkan terung sebentar, kemudian boleh diangkat. Boleh letak mayones (kewpie merah) dan sayuran/kubis.

Roti John Versi Terung, Menu Diet Mampu Buat Baju Bertukar Size ‘S’

8. Terung John enak sedia untuk dinikmati.

IKLAN

Roti John Versi Terung, Menu Diet Mampu Buat Baju Bertukar Size ‘S’

Kredit resipi & foto: Noorul Izzah Marzuki

Tapi korang jangan pula letak mayones banyak-banyak, nanti terus jadi menu tak sihat. Selamat mencuba!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI