Tidak dinafikan ada segelintir rakyat masih berdegil sekaligus engkar dengan arahan kerajaan agar duduk di rumah bagi memutuskan rangkaian pendemik COVID-19. Sesudah melalui dua fasa dan bakal memulakan fasa ke 3 PKP mulai esok, kerajaan dilihat bertegas di mana tiada lagi denda sebaliknya pesalah PKP akan terus direman dan dihadapkan ke mahkamah untuk dijatuhkan hukuman oleh hakim.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu diambil susulan sikap segelintir rakyat yang kini dilihat tidak mengendahkan arahan kerajaan untuk berada di rumah.
Katanya lagi, tindakan tegas dan keras akan diambil termasuk direman dan dihadapkan ke mahkamah sekiranya didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga bermula esok.
Menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan individu yang didapati melanggar arahan PKP fasa tiga dan diberi kuasa untuk menahan seterusnya dihadapkan ke mahkamah.
“Kita lihat rakyat seolah-olah tidak takut dengan denda RM1,000 yang dikenakan kepada mereka yang ingkar dan menganggap denda itu sama seperi mereka disaman atas kesalahan lalu lintas.
Ads
“Jadi kerajaan bersetuju mulai esok tumpuan tidak akan diberikan kepada kompaun kerana sesiapa yang ditahan akan direman dan dihadapkan ke mahkamah.
“Biar mahkamah dan hakim yang menentukan hukuman yang boleh dikenakan tidak melebihi dua tahun penjara untuk kesalahan pertama dan lima tahun untuk kesalahan seterusnya,” katanya dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.
Ads
Ismail Sabri berkata, polis menahan 1,374 individu kerana ingkar PKP yang merangkumi 931 individu dikenakan kompaun RM1,000 manakala seramai 418 individu direman dan 25 individu dijamin polis.
“Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga semalam seramai 9,090 individu dan jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan 4,036.
Ads
“Daripada jumlah itu juga seramai 427 individu sudah dituduh di mahkamah atas kesalahan mengingkari PKP,” katanya.
Tambahnya, polis juga diberi kuasa budi bicara untuk menentukan keperluan seseorang itu perlu dibawa ke mahkamah atau sebaliknya.
Beliau berkata, sehingga kini tahap pematuhan PKP juga tidak mencapai sasaran yang ditetapkan kerajaan dan berharap rakyat menerima ketegasan yang akan dilaksanakan dalam fasa tiga ini bagi memastikan Covid-19 dapat dikawal sepenuhnya. Sumber: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagai melukut di tepi gantang di negara sendiri itulah perumpamaan yang boleh digunakan untuk nasib oelarian Syria ini.
Dalam keadaan dunia yang diselubungi dengan kehadiran virus Koronavirus, pernahkah anda terlintas difikiran tentang keadaan di Kem Pelarian Syria?
Tapi baru-baru ini kisah seorang ayah yang merupakan pelarian Syria nekad menjual buah pingangnya semata-mata bagi membeli sebuah khemah untuk lapan orang anaknya berteduh memang menyayat hati.
Kisah beliau yang diceritakan wartawan foto, Aref Wedd di laman Facebook miliknya menunjukkan lelaki berkenaan, Jamal Baroud memegang plakad menawarkan pembelian organnya.
Jamal sebelum ini bekerja sebagai tukang jahit ditahan atas alasan kegiatan revolusinya dan diseksa sehingga patah leher yang menyebabkan beliau tidak dapat bekerja.
Selepas berpindah, Jamal memberitahu keluarganya tidak mempunyai tempat tinggal. Walaupun sudah merayu kepada setiap organisasi bantuan kemanusiaan adalah gagal.
Lapan orang anaknya yang sudah dua tahun tidak bersekolah masing-masing turut mempunyai masalah kesihatan antaranya masalah buah pinggang, tumbesaran, sawan dan sebagainya.
Hantaran Aref kemudiannya menjadi tular dan Jamal ditawarkan pelbagai bantuan oleh orang ramai. Enggan menerima bantuan kewangan, Jamal hanya mahukan rawatan untuk anak-anaknya.
Pernah terfikir untuk membunuh diri supaya anak-anaknya mampu berehat, Jamal akui tidak sanggup melihat anak-anaknya mati akibat kelaparan dan kesejukan.
Memasuki tahun kesembilan, kegagalan mencapai kata diplomasi menyebabkan berlakunya perang saudara antara Turki dan Rusia sehingga menyebabkan kawasan barat laut Syria, Idlib dihujani bom.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Mari la kita doakan agar nasib pelarian Syria ini terbela.
Juara dunia lapan kali, ratu squasy negara Nicol Ann David telah pun dikurniakan Panglima Jasa Ngera (PJN) yang membawa gelaran ‘Datuk’ dengan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Nicol David antara 12 penerima PJN pada sesi kedua istiadat Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong berlangsung di Istana Negara semalam.
Sesi kedua istiadat itu melibatkan 201 penerima iaitu 12 penerima PJN, enam penerima Johan Mangku Negara (JMN), Johan Setia Mahkota (JSM) (tujuh), Johan Setia Diraja (JSD) (dua), Kesatria Mangku Negara (KMM) (18), Kesatria Setia Diraja (KSD) (lima), Ahli Mangku Negara (AMN) (36), Pingat Pangkuan Negara (PPN) (85) dan Bentara Setia Diraja (BSJ) (30).
Istiadat berlangsung dalam keadaan norma baharu susulan wabak pandemik COVID-19 yang masih menular dengan tetamu yang hadir perlu memakai pelitup muka, disaring suhu badan dan mengimbas kod QR MySejahtera dibalai keselamatan Istana Negara.
Rata-rata masyarakat Malaysia membanjiri ruang komen di hantaran Facebook Nicol David dengan ucapan tahniah dan menyifatkan anugerah penghargaan ini sememangnya layak diberikan kepada beliau.
Kami di Remaja juga ingin mengucapkan tahniah buat ratu dan lagenda squasy negara atas penghargaan yang telah dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong ini. Semoga ia menjadi pembakar semangat buat para atlet muda untuk bekerja keras mencapai kejayaan seperti yang telah diraih oleh Datuk Nicol David.
Makin hari virus carona ini ‘menelan’ ramai nyawa yang tidak berdosa!
Terbaru negara jiran kita Singapura telah memberikan amaran dan menaikkan Kedudukan Sistem Tindak Balas Perebakan Penyakit (DORSCON) daripada tahap kuning kepada tahap jingga atau oren semalam bagi membendung penularan wabak koronavirus.
Langkah ini diambil selepas pihak berkuasa menemui beberapa kes koronavirus baharu membabitkan mangsa yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke China membawa kepada keseluruhan kes jangkitan adalah seramai 33 orang.
Hentikan Kegiatan Luar Hingga Mac
Menteri Kesihatan Singapura, Gan Kim Yong menasihati agar rakyat Singapura menghentikan semua kegiatan luar sehinggalah cuti hujung Mac ini bagi mengelakkan dijangkiti.
Borong Bekalan Makanan
Pengumuman dibuat itu mengejutkan ramai rakyat Singapura yang khuatir telah melakukan pembelian panik, iaitu memborong bekalan demi persediaan sebelum tahap ini meningkat kepada tahap merah.
Untuk pengetahuan anda, DORSCON peringkat jingga bermakna penyakit dianggap teruk dan mudah berjangkit daripada manusia ke manusia tetapi tidak terlalu meluas dan sedang dibendung.
Dalam satu perkongsian oleh seorang pengguna Facebook, Eric Teoh semalam memaparkan beberapa tempat meletakkan bekalan barangan di sebuah pasar raya di Singapura sudah kosong, antaranya tisu dan mi segera.
Please share. There really is no need to buy and stock up as we have supplies. I know many other supermarkets are also…
Menteri Industri dan Perdagangan Singapura, Chan Chun Sing dalam satu hantaran Facebook menenangkan rakyat Singapura dengan mengesahkan bahawa bekalan dalam menghadapi krisis ini masih mencukupi dan rakyat tidak perlu melakukan pembelian panik.
Sumber: Berita Harian, Straits Times
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!