Agensi Big Hit yang juga menguruskan grup Korea Selatan, Beyond The Scene atau BTS kini dilaporkan bergabung dengan satu lagi agensi, Source Music yang menguruskan GFriend!
Berita tersebut turut disahkan oleh pengasas kedua-dua syarikat itu sendiri iaitu Bang Shi Yuk dan juga So Sung Jin.
Sementara itu, gabungan ini menjadikan kedua-dua grup popular itu sebagai rakan selabel bersama dengan grup rookie, TXT.
Ads
Dalam pada itu, media Newsen melaporkan bahawa Big Hit juga kini sedang dalam perancangan untuk bergabung dengan satu lagi agensi muzik namun setakat ini tidak dapat dipastikan syarikat mana.
Perkara itu disahkan oleh sumber dalaman agensi tersebut.
Ads
“Benar, Big Hit kini sedang dalam proses perbincangan untuk perkara tersebut (gabung dan ambil alih) satu lagi agensi namun setakat itu sahaja yang boleh dikongsikan. Kedua-dua pihak kelihatan sangat berminat dengan proposal masing-masing,” kata sumber tersebut.
Ambil Alih YG Entertainment
Ads
Susulan itu, ada juga netizen yang mengharapkan agar Big Hit bergabung dan mengambil alih YG Entertainment dengan alasan syarikat tersebut mempunyai terlalu banyak talent yang tidak wajar diabaikan.
Noor Kartini telah pun mengeluarkan kenyataan dan membuat laporan polis berhubung perkara ini dan sedia bekerjasama dengan pihak polis untuk menyelesaikan salah faham yang berlaku ini.
Walau bagaimanapun, pengurus media sosial yang dikenali sebagai Zulshafiqah telah memuat naik permohonan maaf dan menjelaskan keadaan sebenar yang telah berlaku. Dia menjelaskan, tangkap layer tersebut adalah bertujuan untuk rujukannya sahaja, tiada sebarang niat untuk dimuat naik di Instagram Datin Noor Kartini mahupun Instagram peribadi miliknya.
Jelasnya lagi, gambar dan tulisan asal yang dipaparkan adalah bukan daripada penulisannya sendiri mahupun Datin Noor Kartini sendiri. Zulshafiqah juga menjelaskan bahawa dia akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis bagi membantu menyelesaikan siasatan berhubung isu yang tular itu.
Hm, takut pula rasanya kalau perkara sedemikian jadi pada kita sendiri. Apa-apa pun, berhati-hatilah ketika menggunakan media sosial. Jangan sewenangnya memuat naik kenyataan yang boleh membawa padah kepada diri sendiri.
Beberapa syarikat telekomunikasi tempatan mengambil inisiatif untuk membantu rakyat sepanjang tempuh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) dengan menawarkan data Internet percuma dan lain-lain kemudahan.
Hal ini diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) sebentar tadi.
Menurut MCMC, bagi industri telekomunikasi dan multimedia, beberapa pakej khas akan ditawarkan dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi, termasuk usaha-usaha menambahbaik rangkaian telekomunikasi bernilai RM1 bilion.
Selain itu, semua pelanggan pascabayar & prabayar celcom, DIGI, Maxis dan umobile akan menerima internet berkelajuan tinggi setiap hari sebanyak 1 GB secara percuma.
Penggunaan kuota data ini bebas mengikut kehendak pelanggan tetapi hanya aktif dari 8 pagi hingga 6 petang. Dengan ini masalah kekurangan data untuk melakukan kerja dari rumah misalnya dapat dielakkan.
Moga berita baik ini memberi manfaat kita semua dan korang boleh la duduk rumah diam-diam okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang terkenal dunia ini sememangnya menjadi perhatian lensa kamera paparazzi. Terbaru, penyanyi terkenal Rihanna menerima kecaman hebat daripada orang ramai selepas beliau telah menggunakan petikan hadis alunan Misyari Alafasy versi remix yang dimuatkan dalam lagu untuk pertunjukan fesyen pakaian dalam miliknya iaitu Savage x Fenty.
Pertunjukan fesyen yang dilaksanakan dalam format virtual itu memaparkan aksi model menggayakan pakaian dalam sambil menari berlatar belakangkan muzik berkenaan.
Lagu remix yang diberi nama Doom itu difahamkan telah dicipta oleh Coucou Chloe sejak empat tahun lalu dengan menggunakan petikan hadis Nabi Muhammad S.A.W. mengenai hari kiamat.
Namun, apa yang lebih mengundang kemarahan orang ramai adalah lagu berkenaan pernah digunakan sebelum ini dalam pertunjukan fesyen Fenty x Puma pada tahun 2017.
Dalam pada itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet menunjukkan reaksi negatif terhadap video berkenaan:
Not at Rihanna disrespecting an entire religion but some of you still defending her….. pic.twitter.com/Y1xlJU8pqO
— Sina
Emm….mungkin Rihanna memang sengaja mencari publisiti murahan agaknya kan. Tapi penulis tak setuju jika dia mempermainkan agama Islam sebegini….huhu
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!