Selain daripada sakit gigi akibat gusi bengkak atau karies gigi, masalah gigi berlubang juga antara yang sering dialami oleh individu dewasa. Gigi berlubang selalunya bermula daripada lubang yang kecil, namun tidak dirawat.
Pada mulanya, lubang ini tidak menyebabkan kesakitan sehinggalah saiznya menjadi besar. Gigi berlubang disebabkan pembentukan plak pada gigi dan plak pula merupakan gabungan daripada bakteria, air liur, asid dan serpihan makanan.
Semua individu mempunyai risiko untuk menghadapi masalah gigi berlubang, namun terdapat beberapa golongan yang mempunyai risiko lebih tinggi berbanding orang lain.
Antara faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya gigi berlubang adalah seperti berikut:
• Selalu ambil air atau makanan manis
• Selalu ambil makanan berasid atau masam
• Kebersihan gigi yang kurang. Kurang menggosok gigi
• Tidak mendapat florida yang mencukupi
• Mulut kering
• Asid refluks (GERD). Asid daripada perut juga boleh merosakkan gigi
• Penyakit psikiatri seperti bulimia, iaitu pesakit yang memuntahkan makanan keluar berulang kali. Asid dalam muntah tersebut akan merosakkan gigi dan menyebabkan gigi menjadi berlubang
Ads
Rawatan yang boleh dilakukan di rumah
Menurut colgate.com, terdapat rawatan yang boleh dilakukan di rumah untuk melegakan kesakitan kaviti. Antara bahan yang diperlukan adalah air suam, garam dan minyak bunga cengkih.
Mayo Clinic turut mencadangkan untuk memberus gigi dengan air suam supaya membersihkan keseluruhan bahagian mulut, termasuk bahagian yang terasa sakit.
Korang juga boleh berkumur dengan air suam, mengikut langkah-langkah berikut:
• Tambah dua sudu kecil garam ke segelas air suam
• Kacau sehingga garam menjadi larut
• Bilas mulut korang secara menyeluruh dengan air garam dan kemudian, ludahkan ke dalam sinki
Bilasan air garam dapat membersihkan cebisan makanan dari lubang pada gigi dan melegakan keradangan. Jangan kumur dengan air panas atau sejuk. Suhu yang terlalu panas atau sejuk boleh menyebabkan rasa sakit bertambah teruk.
• Tambah dua atau tiga titis minyak bunga cengkih pada putik kapas, bebola kapas atau tisu yang bersih
• Letakkan kapas tersebut pada bahagian kaviti, kemudian biarkan sehingga rasa sakit berkurang
• Kalau minyak bunga cengkih tulen terlalu kuat, korang boleh gunakan minyak zaitun untuk mencairkannya
Namun begitu, sekiranya masalah gigi berlubang itu menjadi semakin teruk, korang bolehlah segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.
Sebut pasal kahwin rasanya semua orang pasti mengimpikan sebuah rumah tangga yang bahagia untuk hidup bersama pasangan masing-masing.
Sumber Gambar : Photo by Jasmine Carter from Pexels
Namun begitu, perkahwinan itu tidaklah seindah seperti apa yang korang bayangkan. Maksud kami, bukan senang nak membina empayar perkahwinan kerana pasti banyak dugaan yang akan korang suami isteri tempuhi.
Isteri perlu taat kepada suami dan suami pula harus bertanggungjawab menjaga isteri dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.
Bila dah kahwin, istilah syurga di bawah tapak kaki ibu mula bertukar kepada suami. Daripada pepatah itu saja, korang mesti dah sedia maklum yang tugas seorang isteri kepada suaminya adalah amat besar sekali.
Sumber Gambar : Photo by Kumar Saurabh from Pexels
Ada beberapa cara yang korang boleh buat sebagai tanda hormat kepada si suami. Antaranya adalah seperti berikut:
1.Sentiasa bercakap lemah-lembut tak kiralah berapa lama korang dah saling mengenali atau berkahwin.
2. Jangan sesekali menjerit, menengkin dan memanggil suami dengan kasar atau menggunakan kata-kata kesat.
3. Jangan menyindir suami tentang isu-isu sensitif. Jika mereka mempunyai kekurangan atau kelemahan, jangan jadikan ia sebagai bahan ketawa. Walaupun mungkin suami tak marah tetapi boleh jadi dia memendam perasaan kecil hati.
4. Dengar pendapat dan hormati permintaannya. InsyaAllah si isteri akan mendapat ganjaran kebahagiaan di dunia dan pahala untuk akhirat nanti.
Sumber Gambar : Photo by Alex Green from Pexels
5. Jangan melawan untuk menunjukkan sikap siapa lebih berkuasa. Bila perempuan terlalu agresif dan mengarah, lelaki akan jadi lebih keras. Jika korang tunjukkan rasa hormat dan hargainya sebagai ketua keluarga, suami akan lebih mudah untuk bertolak ansur.
6. Tunjukkan rasa sayang dan hormat kepada keluarga mereka. Sesekali, ajaklah suami untuk pergi melawat ahli keluarga atau sanak-saudara mereka. Pasti suami happy bila melihat isterinya sayang dan ambil berat pada keluarganya.
7. Beri suami ruang untuk ber ’me time’ atau hilangkan stres bersama kawan-kawan. Jangan halang atau kongkong mereka seperti anak kecil.
8. Tanya pendapat suami bila membuat keputusan penting dan hargai apa saja yang mereka katakan.
Jadi, korang dah betul-betul bersedia ke nak kahwin? Hiks!
Korang masih ingat dengan pemenang pingat emas berusia 14 tahun, Quan Hongchan yang pernah tular Ogos lalu susulan kemenangan pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam acara terjun platform 10m individu wanita?
Quan Hongchan merupakan atlet termuda di antara 12 orang yang bertanding DAN dia muncul juara! Kemenangan itu juga merekod sejarah dalam bidang sukan di China. Dia kini ialah pemenang emas termuda yang pernah mewakili China dalam kejohanan sukan luar negara.
Gaya Hongchan yang tenang dan langsung tidak terbuai dengan skor ‘perfect 10’ yang beberapa kali dilakukannya telah membuatkan penonton seluruh dunia terkesima. Kisah hidupnya yang susah dan ingin memenangi emas untuk membantu kos perubatan ibunya membuatkan seluruh dunia lebih mengasihinya.
Selepas Sukan Olimpik, Quan Hongchan meneruskan kecemerlangan dengan merangkul 2 pingat emas dalam kejohanan kebangsaan di Xian, China baru-baru ini.
Remaja berusia 14 tahun ini cukup ceria sewaktu perarakan atlet di upacara pembukaan kejohanan kebangsaan China di Xian, dua minggu lalu.
Prestasi memberangsangkan ini membuatkan ramai rakyat China tertanya-tanya berapakah jumlah wang insentif yang akan diterimanya. Dia dilaporkan akan menerima ganjaran hingga 7 juta Yuan (lebih RM4.5 juta).
Jika di Malaysia, ganjaran untuk sekalung pingat emas Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik bernilai RM1 juta. Jadi tidak mustahil jika China menghadiahkan Quan Hongchan dengan nilai 7 juta Yuan.
Apapun, nasib baik remaja ini tidak ‘dikaburi’ kemewahan yang datang secara tiba-tiba. Lihatlah betapa gembiranya Hongchan semasa melawat sebuah zoo di China untuk KALI PERTAMA dalam hidupnya sambil ditemani penerjun senior, Chen Aisen.
Chen Aisen (kiri) juga merupakan pemenang pingat perak di Sukan Olimpik Tokyo 2020 bagi acara 10m platform seiringan lelaki.
Khabarnya, Quan Hongchan dan ayahnya juga telah menolak semua tawaran lumayan yang datang selepas Sukan Olimpik termasuklah peluang memiliki sebuah rancangan televisyen realitinya sendiri di China yang dilaporkan bernilai 10 juta Yuan! Fuhh..*kaching*
Ayah Quan Hongchan.
Baguslah jika pasangan anak-beranak ini fokus dengan bidang sukan saja. Lagipun, Quan Hongchan baru saja menerima peningkatan elaun bulanan sebagai atlet kebangsaan China. Itu sudah lebih daripada memadai untuk membiarkannya dan keluarga hidup secara selesa.
Zaman internet dihujung jari ni memang banyak keyboard warrior. Tak kena di mata dan hati mereka je mula la penguna-penguna instagram ni mengeluarkan kata-kata kesat sehingga boleh dikira sebagai menghina dan memfitnah pengguna lain. Tak patut betul kan!
Tapi lepas ni mungkin kaki buli ini akan ‘beringat’…
Mungkin korang tahu atau tidak bahawa seseorang boleh dihukum di bawah Seksyen 233 dengan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali jika anda didapati bersalah menggunakan sosial media untuk menulis komen kesat, berkongsi maklumat dengan niat mengaibkan orang lain.
Perbuatan di atas merupakan satu jenayah buli siber dan mangsa boleh melaporkannya kepada pihak berkuasa. Jika didapati bersalah, pembuli akan didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar perkhidmatan rangakain).
Melalui laporan Utusan Malaysia, difahamkan bahawa sebanyak 2,190 kes buli siber telah dikesan oleh Cyber Security Malaysia (CSM) dalam tempoh lima tahun lalu. Difahamkan bahawa 571 kes berlaku pada 2017, 356 kes pada 2018, 260 kes pada 2019, 596 kes pada tahun 2020 dan 417 kes pada tahun lalu.
Difahamkan bahawa buli siber berlaku melalui emel, laman media sosial, telefon bimbit dan mana-mana platform internet dengan pembuli melakukan perbuatannya dengan tujuan menakutkan, mendatangkan kemarahan dan memalukan seseorang.
Di negara kita juga masalah pembuli sider ini juga semakin menjad-jadi apatah lagi dengan keterbukaan dan keupayaan semua orang untuk berkongsi kehidupan mereka di laman media sosial pada hari ini. Jadi penulis harap korang tidaklah melakukan perkara yang akan membinasakan diri sendiri ini. Lebih baik berdiam diri jika tidak menyukai sesuatu perkongsian di media sosial. Boleh?
ARTIKEL BERKAITAN : 9 Filem Tentang Buli Yang Boleh Ditonton, Beri Kesedaran Kepada Masyarakat
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...