Selepas 10 tahun menjalinkan hubungan, pasangan selebriti Korea Selatan, Shin Min Ah dan Kim Woo Bin, akhirnya bakal menamatkan zaman bujang pada 20 Disember ini. Pengumuman rasmi itu dibuat oleh agensi mereka, AM Entertainment, sekali gus mengesahkan khabar angin yang sudah lama menjadi perbualan peminat K-drama seluruh dunia. Berita mengenai perkahwinan Shin Min Ah Kim Woo Bin ini menjadi antara topik paling hangat dalam komuniti peminat Asia.
Majlis Pernikahan Yang Diadakan Secara Tertutup
Majlis pernikahan pasangan ini akan diadakan secara tertutup di Seoul, dengan hanya dihadiri keluarga terdekat dan rakan rapat. Keputusan ini selari dengan personaliti mereka yang sentiasa menjaga privasi dan memilih untuk meraikan hari istimewa tersebut secara sederhana.
“Berjanji Menjadi Pasangan Sehidup Semati” – AM Entertainment
AM Entertainment dalam kenyataan mereka menyatakan bahawa hubungan kukuh yang dibina sejak 2015 menjadi asas kepada keputusan besar ini.
“Berdasarkan kepercayaan mendalam yang dibina sepanjang hubungan mereka, Shin Min Ah dan Kim Woo Bin berjanji untuk menjadi pasangan sehidup semati.”
Ads
Agensi itu turut memohon doa daripada peminat agar pasangan tersebut melalui perjalanan baharu ini dengan penuh kebahagiaan.
“Kami berharap semua dapat memberikan restu buat mereka. Mereka akan terus komited dalam kerjaya seni dan akan berusaha membalas kasih sayang peminat.”
Woo Bin Tulis Surat Tangan Untuk Peminat
Lebih menyentuh hati, Kim Woo Bin sendiri berkongsi berita gembira itu menerusi surat tulisan tangan, sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang sentiasa menyokongnya.
Ads
Kim Woo Bin, Shin Min Ah umum kahwin Disember ini
Antara petikan suratnya:
“Saya mahu menjadi orang pertama yang berkongsi berita ini dengan anda, peminat saya yang dikasihi, yang sentiasa menyokong saya tanpa mementingkan diri sendiri. Ya, saya akan berkahwin.”
Surat tersebut tular di media sosial kerana menggambarkan betapa dalamnya rasa hormat Woo Bin terhadap peminat yang setia sejak awal kariernya. Perkara ini juga menambah lagi kemeriahan berita perkahwinan Shin Min Ah Kim Woo Bin yang diraikan secara global.
Cinta Yang Teruji & Terbukti Kukuh
Untuk rekod, pasangan ini mula bercinta pada 2015 dan menjadi antara couple paling dihormati di Korea kerana hubungan mereka kekal stabil tanpa kontroversi besar.
Ads
Hubungan mereka menjadi semakin utuh apabila Woo Bin berdepan masalah kesihatan pada 2017. Sepanjang tempoh rawatan, Shin Min Ah sentiasa berada di sisi, dan sokongan itu membuatkan ramai peminat melihat hubungan mereka sebagai simbol cinta matang dan dewasa.
Kisah cinta yang bertahan selama satu dekad ini sering dijadikan contoh bahawa dunia hiburan juga mampu melahirkan hubungan yang jujur, stabil dan penuh pengorbanan. Tidak hairanlah apabila berita perkahwinan Shin Min Ah Kim Woo Bin diterima dengan penuh kegembiraan oleh peminat seluruh dunia.
Tanpa ragu, berita perkahwinan Shin Min Ah Kim Woo Bin menjadi antara momen paling manis dalam dunia K-entertainment tahun ini.
Congrats Shin Min Ah Kim Woo Bin !
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyerang sensasi Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid terus mencatatkan kejayaan di peringkat Asia selepas dipilih sebagai pemenang Gol Terbaik Sedekad Liga Juara-Juara Asia (ACL).
Safawi memberikan aksi terbaik ketika menentang pasukan Shandong Luneng bagi 2019 AFC Champions League bulan April tahun lalu.
Keputusan itu diumumkan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di laman rasmi mereka. Jaringan yang dihasilkan menerusi sepakan lencong menarik itu mendapat undian tertinggi sebanyak 34 peratus, mengalahkan Sembilan lagi calon lain.
Sepanjang tiga minggu tempoh undian dibuka, Safawi Rasid telah menerima sebanyak 19,933 undian keseluruhan dan Abdulaziz Al Dawsari dari Kelab Al Hilal dikedudukan kedua selepas mendapat 14 peratus undian.
Penyerang berusia 23 tahun ini khabarnya dilamar kelab Liga Portugal, Portimonense SC dan akan meneruskan kariernya di Eropah.
Apa-apa pun kami ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Safawi Rasid atas kejayaan yang dimilikinya. Semoga terus sukses dan mengharumkan nama negara.
Berita baik buat peminat filem Hollywood Men In Black, kali ini kami nak belanja 40 tiket percuma untuk korang menonton tayangan perdana yang bakal diadakan pada 11 Jun nanti.
Siapa yang tidak tahu tentang kehebatan ejen terhebat di Men In Black. Kali ini menampilkan lakonan mantap Chris Hemsworth yang memegang watak sebagai ejen H dan Tessa Thompson sebagai ejen M, ahli baru cawangan tersebut.
Mereka bekerjasama untuk bertempur dengan makhluk asing di muka Bumi. Pada masa yang sama, mereka perlu menyelesaikan masalah terbesar mereka setelah mendapat tahu ada perisik dalam organisasi MIB.
Dibintangi oleh Chris Hemsworth, Tessa Thompson, Kumail Nanjiani, Rebecca Ferguson, Laurent Bourgeois, Larry Bourgeois, Emma Thompson dan Liam Neeson, Men In Black: International bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 13 Jun 2019.
Nak jadi yang pertama menonton Men In Black: International bersama Remaja? Korang boleh jawab soalan mudah dan selain itu, korang juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah seperti berikut:
· 2 x Limited Edition ‘Men in Black: International’ Decals · 2 x Limited Edition ‘Men in Black: International’ Pawny Magnet · 2 x Limited Edition ‘Men in Black: International’ Pin Badge · 2 x Limited Edition ‘Men in Black: International’ Pawny Figurine · 1 x Limited Edition ‘Men in Black: International’ RFID Wallet · 1 x Limited Edition ‘Men in Black: International’ Water Bottle · 3 x Limited Edition ‘Men in Black: International’ T-shirts
Menangi tiket tayangan perdana Men In Black: International x Remaja
Tarikh: 11 Jun 2019
Masa: 9.00 malam
Lokasi: GSC 1 Utama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Zaman viral sekarang mudah saja untuk kita berjimat kerana ramai yang berkongsi resipi sedap yang sebenarnya mudah untuk disediakan sendiri.
Seperti yang dilakukan oleh jmaolla, gadis ini berkongsi resipi aiskrim homemade yang diinspirasi daripada aiskrim milo. Bahan-bahan yang digunakan biasanya memang ada di rumah, jadi modalnya tidak sampai RM5 pun.
Huh, berbaloi kan?
Walaupun rasanya mungkin tidaklah setanding aiskrim berjenama yang dibeli, namun ia cukup sekadar untuk memenuhi citarasa sendiri dan keluarga tersayang. Dengan kos yang jauh lebih murah, sudah pasti kaedah ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai keluarga yang besar.
Jom kita try resipi aiskrim milo yang dikongsi oleh jmaolla ini.
Bahan-bahan:
– 1 tin susu cair (apa-apa brand pun boleh), harganya baru dalam RM2 lebih
– 2 sudu besar susu pekat
– 2 sudu besar ovalette
– 4 atau 5 sudu besar milo/ serbuk koko (kalau tak nak manis sangat boleh guna serbuk koko)
– Choc chip (jika mahu)
Cara penyediaan:
1. Masukkan semua bahan kecuali milo/serbuk koko ke dalam mangkuk
2. Putar guna mixer dalam 10 ke 15 minit. Penting untuk putar lama-lama sebab nak bagi ovallete tersebut gebukan bahan
3. Masukkan milo/serbuk koko dan putar sampai konsistensinya sama seperti gambar di bawah. Bila angkat mixer bentuknya akan sama
4. Selepas itu, korang bolehlah letak choc chip dan sebagainya
5. Masukkan dalam bekas aiskrim yang tidak digunakan
6. Kemudian, letak ke dalam petia ais untuk dibekukan dan siap untuk dimakan
Okay apa lah maknanya thread ini kalau tak diakhiri dgn video tiktok dari saya sekian trimas pic.twitter.com/TmsJHqpSqw