Penyanyi lelaki negara, Jay Jay yang popular dengan lagu Rindu Bayangan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Thomson, Kota Damansara pada jam 9.27 malam Ahad.
Berita pemergian Allahyarham Jay Jay atau nama sebenarnya, Mohd Fauzi Darus itu disahkan oleh isterinya, Zaitoon Wahid yang reda dengan pemergiaan suami tercintanya itu.
Difahamkan, Allahyarham telahpun mengalami kegagalan organ dalam selepas Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Disebabkan komplikasi kesihatan tesebut, Allahyarham menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 23 Mei lepas namun keadaannya bertambah serius.
Zaitoon ketika ditemui oleh rakan pemberita di Masjid Al Husna, Bandar Sunway juga memaklumkan Allahyarham telah ditemani oleh anak-anak dan adik beradik arwah semasa pemergiannya semalam.
Ads
“Alhamdulillah kami tengok dia pergi dengan baik. Sebelum itu, dia tiada pun tunjuk tanda-tanda dia sakit tapi keadaannya makin terus selepas Raya yang lalu,” katanya.
Sebelum ini, anak Allahyarham bernama Cammy Fauzi pernah berkongsi bapanya mengalami lumpuh pada bahagian tubuh sebelah kanan pada awal Jun lalu selepas menjalani pembedahan terbabit.
“Tidak berapa lama selepas pembedahan itu, kesihatan ayah kembali merosot akibat diserang angin ahmar. Disebabkan serangan itu, ayah lumpuh pada bahagian tubuh di sebelah kanan,” katanya
Ads
Keadaannya menunjukkan perkembangan positif selepas menjalani sesi fisioterapi namun Cammy sekeluarga redha apabila Allah SWT lebih menyayangi bapanya itu.
Dalam pada itu, kira-kira 200 orang ahli keluarga dan kenalan Allahyarham tiba di masjid untuk memberikan penghormatan terakhir mereka.
Ads
Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Tandang, Subang Jaya pada hari Isnin.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasangan selebriti Indonesia, Baim Wong dan Paula Verhoeven kini sah bercerai talak satu selepas Mahkamah Agama Jakarta Selatan membuat keputusan rasmi baru-baru ini.
Baim sebelum ini beberapa kali memohon untuk bercerai dan akhirnya permohonannya diterima oleh pihak mahkamah.
Dalam keputusan tersebut, hakim menyatakan Paula telah berlaku curang dan tidak menghormati suaminya.
“Berkaitan dengan pihak ketiga (curang), majlis hakim menyatakan terbukti.
“Dengan demikian hakim menetapkan pihak termohon (Paula) adalah isteri yang nusyuz, isteri derhaka, tidak menjaga kehormatan sebagai isteri dan mengkhianati hubungan suci suami isteri,” kata Suryana, jurucakap Mahkamah Agama Jakarta Selatan menurut laporan Detik.com.
Selain bercerai, mahkamah juga memutuskan hak penjagaan dua anak mereka akan dibahagi secara bergilir iaitu setiap dua minggu.
Untuk info, Baim dan Paula berkahwin pada tahun 2018. Tapi pada Oktober tahun lalu, Baim memfailkan perceraian dan mendakwa Paula ada hubungan dengan rakan baiknya sendiri. Namun, dia tidak kongsikan butiran lanjut tentang hal itu.
Pelakon kacak Korea yang menjadi pujaan ramai, Ji Chang Wook dilaporkan positif COVID-19 dan sedang menjalani tempoh kuarantin.
Menurut sumber daripada agensinya, Glorious Entertainment melaporkan kepada SPO TV News, Ji Chang Wook telah disahkan positif COVID-19 dan kini sedang menerima rawatan.
Ji Chang Wook sedang menjalani penggambaran drama siri untuk Netflix yang bertajuk The Sound of Magic yang turut dibintangi oleh Hwang In Yeop dan Choi Sung Eun.
Menurut JTBC News, semua team produksi dan barisan pelakon akan menjalani ujian swab dan penggambaran terpaksa diberhentikan seketika.
Semoga Ji Chang Wook kembali pulih seperti biasa dan tidak ada individu lain yang berjangkit dengannya.
Sudah menjadi kewajipan seorang selebriti untuk sentiasa kelihatan menarik terutamanya ketika menghadiri majlis-majlis keraian kerana banyak mata yang akan memandang penampilan mereka.
Jika korang melihat para selebriti menggayakan busana yang sama, ia bukanlah satu perkara yang pelik kerana mereka mungkin mendapat tajaan dari pereka dan jenama yang sama. Seperti yang berlaku baru-baru ini, ramai yang memperkatakan baju yang digayakan oleh Juara Gegar Vaganza 8, Aliff Aziz sewaktu di segmen battle sama seperti baju yang pernah dipakai oleh Michael Ang.
Hal ini juga berlaku di luar negara dan ia bukanlah satu masalah besar, namun kekurangannya mungkin ada peminat yang membezakan sama ada selebriti mana yang lebih memukau menggayakan busana tersebut.
Di Hollywood, ada beberapa selebriti turut pernah menggayakan busana yang sama. Jom kita lihat siapa yang lebih ‘onz’ menggayakan persalinan itu.
So, pada pendapat korang siapa lagi onz menggayakan busana-busana yang dipakai oleh mereka ini?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kisah menyentuh hati Leong Kun Xuan yang berusia 10 tahun sanggup menderma sel stem demi menyelamatkan bapanya yang menghidap leukemia, sehingga meraih perhatian dan sokongan masyarakat.