Mungkin sudah ajal mendiang untuk ‘pergi’ pada usia yang muda..

 

Namun, khabar kematian singer-song writer K-Pop iaitu Maeng Yuna pada hari ini cukup mengejutkan ramai peminatnya yang terdiri daripada pendengar muzik Indie.

Ini kerana Yuna baru saja berusia 29 tahun dan punca kematiannya disahkan sebagai sakit jantung. Satu punca yang jarang sekali didengari di kalangan insan semuda Yuna. Namun, itulah yang dikhabarkan oleh agensinya, JH Entertainment.

Penyanyi K-Pop Meninggal Sakit Jantung Pada Usia 20-an. Take Note Puncanya

Menurut wakil mereka lagi, Yuna telah meninggal dunia pada 26 Disember 2018. Disebabkan ramai yang masih berada dalam mood perayaan, khabar kematian disorokkan terlebih dahulu dan majlis pengebumiaan Yuna hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapatnya saja.

IKLAN

Penyanyi OST drama Sping Waltz ini juga dikatakan sedang bersedia untuk melakukan comeback pada bulan Jun akan datang.

Penyanyi K-Pop Meninggal Sakit Jantung Pada Usia 20-an. Take Note Puncanya

”Kami sendiri terkejut. Selain kadangkala stres akibat kerja, Yuna bagaimanapun tak mempunyai apa-apa sejarah penyakit. Jadi semua masih keliru akan sebab sakit jantung itu,” kata mereka lagi.

***

IKLAN

Menurut pakar, terdapat beberapa sebab utama yang menjadi punca kepada sakit jantung pada usia muda.

Salah satu adalah tekanan darah tinggi. Ia sebenarnya lebih berbahaya terhadap remaja memandangkan tiada simptom darah tinggi yang boleh ‘memberi amaran’ kepada pesakit – tidak seperti di kalangan pesakit dewasa.

Penyanyi K-Pop Meninggal Sakit Jantung Pada Usia 20-an. Take Note Puncanya

Selain itu, remaja juga boleh berdepan dengan sakit jantung jika mempunyai kadar kolestrol tinggi kerana ia punca kepada saluran tersumbat. Situasi yang dinamakan sebagai atherosclerosis ini cukup berbahaya tanpa mengenal usia.

IKLAN

Akhir sekali adalah kerana tabiat merokok. 9 daripada 10 orang perokok mula merokok sebelum tamat sekolah menengah.

Penyanyi K-Pop Meninggal Sakit Jantung Pada Usia 20-an. Take Note Puncanya

Walaupun remaja jarang terkena sakit jantung, namun kajian mendapati 75% perokok terdedah kepada penyakit itu.

***

Apapun, kami tumpang sedih dengan kematian mengejut Maeng Yuna ini.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI