Bagi peminat jenama solekan Korea Selatan popular, innisfree, pastinya korang akan cukup familiar dengan kandungan alam semulajadi yang ada dalam produk jenama berkenaan.
Kandungan tersebut didapati daripada kepulauan Jeju di Korea Selatan dan setiap satu mempunyai kelebihan untuk diguna pakai dalam item solekan, penjagaan wajah dan penjagaan badan innisfree.
Jika pada tahun-tahun sudah, innisfree pernah muncul dengan koleksi mekap Jeju Color Picker yang mengambil inspirasi daripada bunga-bungaan lain seperti Jeju Cherry Blossom dan Hydrangea.
Kali ini, tiba pula giliran koleksi 2021 Jeju Colour Picker Camellia Edition pula. Ia mengambil ilham daripada ikon flora ikonik kepulauan Jeju iaitu bunga Camellia.
Jika korang pernah berkunjung ke Pulau Jeju pada musim sejuk, sudah tentu korang pernah melihat kawasan taman dan jalan raya di sana dipenuhi dengan rimbunan pohon bunga Camellia. Ia akan terus mekar pada musim ini.
Inspirasi warna bunga tersebut dipetik sebagai ilham 4 item solekan baru innisfree dalam koleksi 2021 Jeju Colour Picker Camellia Edition.
Jom tengok!
01
2021 Jeju Color Picker Camellia Petal Tint RM52/3.8g
Jika melihat kepada selebriti daripada Korea Selatan, salah satu penyeri utama wajah mereka adalah pada bahagian bibir. Nampak segar dan sihat saja sentiasa.
Korang juga boleh mendapatkan efek warna bibir yang soft, natural dan menawan dengan tint ini.
Ads
Tiga warna yang boleh dipilih ini mudah diadun dengan tekstur bibir dan memberikan efek ‘smudge’. Kandungan minyak bunga camellia akan memastikan bibir tidak mudah kering.
.
.
02
2021 Jeju Color Picker Camellia Blooming Blusher RM70/7g
Susah juga sebenarnya untuk mendapatkan pemerah pipi atau blusher yang natural dan ‘masuk’ dengan tona kulit kita yang rata-ratanya berwarna kuning langsat. Blooming Blusher ini adalah jawapan untuk carian blusher korang.
Ia mempunyai tekstur seakan jeli namun memberikan kesan matte-powdery pada pipi. Korang boleh memilih daripada dua jenis warna untuk konsep solekan berbeza.
Ads
.
.
03
2021 Jeju Color Picker Camellia Eye Palette RM112/8g
Bungaan Camellia sememangnya indah jika kita pandang. Haih.. teringat pula pengalaman dikelilingi bunga Camellia ketika berada di Pulau Jeju!
Justeru, ambil inspirasi daripada warna bunganya untuk solekan mata menggunakan palet baharu daripada innisfree ini.
Ia mengandungi 9 jenis warna dengan beberapa tekstur berbeza seperti matte, shimmer dan glitter. Mudah sangat untuk korang blend-in dan satukan beberapa warna dalam satu konsep solekan.
2021 Jeju Color Picker Camellia Relief Lip Oil RM52/4g
Kan dah ratakan Petal Tint tadi, mengapa perlukan Relief Lip Oil ini pula? Haa, jangan confuse pula.
Lip Oil yang diinspirasikan daripada bunga Camellia merah dan mekar ini mengandungi 10 peratus minyak bijian Camellia Jeju yang memberi lebih kelembapan.
*
Dah jumpa produk yang korang gemari daripada senarai di atas?
Jika sudah, REMAJA ingin memberitahu korang bahawa innisfree sekarang sedang menjalankan promosi khas sempena 2021 Jeju Colour Picker Camellia Edition ini.
Apabila korang membeli mana-mana 2 item solekan daripada koleksi ini, korang akan memperolehi satu cermin mudah alih innisfree berbentuk hati!
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan juga Ahli Parlimen Muar hari ini meluahkan rasa terharu dengan keprihatinan rakyat Malaysia.
Semalam, bekas Menteri Belia dan Sukan ini memohon pertolongan daripada orang ramai untuk membantunya membayar baki ikat jamin seperti yang diperintahkan oleh mahkamah pada pagi Khamis 22 Julai 2021.
Terbaru, Syed Saddiq melalui laman sosialnya meluahkan rasa terharu dan menerima sumbangan daripada rakyat Malaysia sebanyak lebih dari RM700K dalam masa 24 jam untuk membayar baki ikat jaminnya.
Sebanyak 9,836 penyumbang telah membantunya dan beliau juga telah menutup tabung sumbangan kerana dana yang diperoleh melebihi daripada apa yang sepatutnya.
Terdahulu, ahli politik muda itu telah dibicarakan atas tuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM1 juta daripada dana milik Parti Pribumi Bersatu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Ahli Parlimen Muar berusia 29 tahun berkenaan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah setelah pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi pada Khamis pagi.
Ya, tak semua pihak yang akan bersetuju dengan beberapa kepercayaan dasar Syed Saddiq. Tetapi itu kerana mereka melihat golongan remaja dan belia ini perlu mengikut telunjuk yang diberi, bukannya berfikir serta berdiri di atas usaha sendiri.
Moga kes Syed Saddiq ini selesai dengan baik hendaknya. Rakyat Malaysia bab bagi sumbangan memang bagus kan…ni penulis sangat setuju..
Dah jadi rutin wanita bila keluar rumah mesti nak kena pakai mekap. Walaupun tidak mengenakan solekan yang tebal, tetapi penting untuk korang memastikan bahawa muka sentiasa bersih dicuci selepas menggunakan mekap.
Ada beberapa produk makeup remover yang korang boleh gunakan. Paling penting, ianya dijual dengan harga berpatutan dan beri kesan terbaik untuk menghilangkan kesan mekap.
Malah, korang juga perlu tahu jenis kulit masing-masing sebelum memilih makeup remover yang betul.
Jom kita lihat antara produk terbaik yang korang boleh dapatkan di pasaran.
1. Garnier Skin Naturals Micellar Cleansing Water
Pencuci mekap all-in-1 ini mampu menghilangkan solekan, membersih dan menyegarkan kulit wajah korang. Tidak perlu mencuci dengan menggosok terlalu kasar, hanya sedikit sentuhan dan ia terus dapat menanggalkan mekap. RM29.90
2. Maybelline Micellar Water 3-In-1
Ia mampu membuang semua jenis solekan, membersihkan dan hidrat tanpa meninggalkan rasa pedih pada wajah. Korang tak perlu risau kerana makeup remover ini bebas dari warna, alkohol dan anti pencemaran. RM24.90
3. L’Oreal Paris Skin Expert Micellar Water Moisturizing
Dirumus khas dari ekstrak mawar yang dapat membantu mengekalkan kelembapan pada kulit. Teknologi molekul micellar yang unik ini bertindak seperti magnet untuk menghilangkan lebihan sisa dan kotoran daripada kulit wajah. RM26.90
4.Eversoft Tomato Micellar Cleansing Water
Jika korang mempunyai masalah kulit kering, dapatkan makeup remover yang mempunyai ekstrak buah tomato. Eversoft Tomato Micellar Cleansing Water ini dapat mengekalkan lembapan kulit serta membantu mencerahkan kulit menjadikan kulit lebih sihat dan berseri.
Diperkaya dengan manfaat pati minyak zaitun iaitu anti-oksidan mengekalkan fungsi lapisan pelindung kulit yang memperbaiki keadaan kulit, serta memberikan lembapan. RM22
5.Eversoft Grapefruit Micellar Cleansing Water
Dirumus untuk mengurangkan minyak yang berlebihan serta menghalang jerawat daripada terus tumbuh. Ia juga menggalakkan penghasilan kulit sihat dengan mengecilkan liang pori dan mengurangkan jerawat. RM22
6. innisfree My Makeup Cleanser – Micellar Oil Water
Bagi korang yang mempunyai kulit sensitif, makeup remover ini sesuai untuk membersihkan kesan solekan tanpa mendatang kemerahan atau radangan pada kulit wajah. Kandungan minyak di dalamnya membantu membersih dengan kadar lebih pantas. RM48
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak sampai dua bulan setelah dinobatkan juara Hero Remaja 2020, Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 24 ataupun Nadhir Nasar telah memperkenalkan satu produk minuman di pasaran.
Dikenali dengan nama Lucky Dew Milk, ini adalah produk dalam kategori F&B pertama yang diperkenalkan model, pelakon dan pengarah muda ini.
Sebelum ini, dia pernah muncul dengan beberapa produk seperti baju hoodie.
Menurut Nadhir ketika dihubungi REMAJA, projek minuman Lucky Dew Milk ini telah lama difikirkan olehnya dan pasukan di belakang pembikinan. Pemilihan minuman sebagai produk pula datang daripada minatnya sendiri terhadap minuman tembikai susu dengan rasa kepingan puding di dalamnya.
“Minuman Lucky Dew Milk memang saya sasarkan kepada remaja dan belia berusia 15 hingga 30 tahun. Ini kerana ia mengandungi nutrien dan kadar gula yang diperlukan oleh mereka bagi memberi tenaga untuk rutin sepanjang hari.
“Buat masa ini, saya hanya akan memulakan perniagaan ini secara kecil-kecilan dahulu, iaitu menerusi platform atas talian (online).
“Mereka yang berminat boleh menghantarkan mesej ke akaun Instagram Lucky Dew Milk dan dari situ, kita boleh berhubung untuk sebarang pembelian,” katanya yang turut menantikan peluang untuk terlibat dalam sebarang festival makanan pada masa akan datang.
Umum mengetahui, apabila bercakap mengenai produk minuman buah saja, kita akan pantas mengaitkan kepada produk minuman susu pisang, Nilofa oleh selebriti, Noor Neelofa. Lantas, tidakkah Nadhir gusar sekiranya ada pihak yang membandingkan Lucky Dew Milk dengan minuman susu pisang itu, mahupun beranggapan dia ‘meniru’?
“Bagi saya, perbandingan itu terpulang kepada individu. Apa yang boleh saya katakan, rasa kedua-dua minuman ini berbeza dan ia juga datang dalam pakej masing-masing. Saya usahakan Lucky Dew Milk untuk berkongsi perisa kegemaran saya dengan peminat dan pembeli di luar sana.
Nadhir pernah muncul dengan produk berupa baju hoodie, sebelum ini
“Lagipun, saya sememangnya mengagumi dan menghormati Neelofa selaku selebriti serta ahli perniagaan. Jadi tidak timbul isu saya ingin ‘meniru’ produk yang dikeluarkan oleh beliau,” kata Nadhir yang bakal sibuk dengan beberapa projek lakonan bermula pertengahan September ini.
Selain menjadi pengacara bagi program berepisod di YouTube berjudul Lensa bersama Finas Malaysia, Nadhir akan memasuki set penggambaran sebuah drama berjudul Tercipta Satu Ikatan bersama Aeril Zafril dan Hannah Delisha.
Selain itu, dia juga sempat memberikan bayangan bakal tampil dalam sebuah telemovie berjudul ‘Abah’ bersama pelakon kegemarannya, Beto Kusyairi, Jalil Hamid, Fatimah Abu Bakar dan Nadia Aqilah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!