Dalam sesebuah perkahwinan semestinya busana memmainkan peranan penting dalam menaikkan seri seorang pengantin. Ia merupakan satu elemen penting dalam mencipta sebuah memori yang akan kekal ke akhir hayat.
Kelmarin, pasangan merpati dua sejoli, Uqasha Senrose dan Kamal Adli telah mengumumkan kepada umum yang mereka sudah pun melangsungkan pernikahan pada tanggal 5 November yang lalu. Majlis yang dilangsungkan secara tertutup itu cukup sempurna dengan kehadiran kaum keluarga dan sahabat terdekat.
Uqasha dan Kamal dalam busana rekaan Shanell Harun.
Untuk majlis tersebut, pasangan ini telah memilih untuk menggayakan dua persalinan. Bagi majlis akad nikah mereka dilihat mengenakan persalinan serba putih rekaan Shanell Harun dan kemudiannya mereka menggayakan persalinan songket rona biru rekaan pereka fesyen ternama, Rizman Ruzaini.
Menariknya tentang busana songket ini, warna biru yang dipilih menyerlahkan nuansa aura yang sangat mahal dan eksklusif. Uqasha pula kelihatan sungguh menawan bagai seorang permaisuri di masa silam. Lengkap dengan perhiasan cucuk sanggul dan pending, gaya Uqasha memegang keris bersepuh perak melambangkan pesona seorang wirawati.
Menurut Rizman Nordin yang merupakan salah seorang pereka fesyen di sebalik jenama Rizman Ruzaini dalam temubualnya bersama klip eksklusif Gempak, “Kita elaborate dari stail Cik Siti Wan Kembang, dan kami buatkan busana tersebut menjadi moden. Sebab itu kalau anda perasan, nampak macam ada selendang. Sebenarnya kita terus drapekan pada gaun tersebut. Konsepnya memang beinspirasikan Cik Siti Wan kembang.”
Sesuai benar konsep Cik Siti Wan Kembang memandangkan Uqasha juga merupakan seorang anak seni yang berdarah Kelantan. Jadi tidak hairanlah jika figura hebat tersebut menjadi inspirasi di sebalik penghasilan busana ini.
Untuk majlis pernikahan ini wajah Uqasha telah disolek oleh jurusolek terkenal, Syed Faizal Syed Noh dan rambutnya pula didandan oleh Syuk Kadir.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai wanita takut untuk memilih produk skincare sebab bimbang kalau tak sesuai dengan kulit, nanti wajah breakout pula.
So, apa yang perlu korang buat?
Menurut seorang blogger kecantikan, Iman Abdul Rahim berpendapat sebelum pakai produk baru, kalau boleh patch test dulu untuk tengok kulit kita sesuai atau tak dengan produk tersebut. Skincare dan mekap kalau boleh, patch test!
Apa itu patch test?
Gambar hiasan
Patch test adalah satu ujian yang dilakukan pada kulit untuk mengesan sama ada bahan-bahan produk tersebut boleh menyebabkan keradangan pada kulit atau tidak. Jika hasilnya membuatkan kulit bengkak-bengkak dan kemerahan, mungkin ia tidak sesuai digunakan pada wajah korang.
“Tak breakout ke pakai produk macam-macam?”
“Banyak sangat pakai, tak rosak ke kulit?”
Itu adalah antara soalan-soalan yang akan berleegar-legar dalam kepala orang. Okay, macam ni. Korang tak perlu pakai semua sekali gus. Normal routine ada dalam tiga ke empat step saja. Jangan tinggal basic, cleanse & moisturize. Kalau rajin baru tambah yang lain.
Kalau baru beli produk baru setelah berbulan-bulan survey, baca segala reviews yang elok dan buruk. Bila dah yakin dengan produk t ersebut barulah boleh beli.
Please ingat tips ni!
Katakan korang ada dua atau tiga produk yang baru beli:
1. Jangan try semua sekali gus. Try satu persatu. Bagi gapat least seminggu supaya kalau breakout, kita tahu produk mana yang jadi punca. Kalau pakai semua sekali gus, susahlah nak detect. Betul tak?
2. Patch test! Lagi-lagi kalau korang ada masalah kulit sensitif atau cepat naik jerawat. Eloklah kalau patch test dulu.
Macam mana nak patch test?
1. Apply dekat bahagian dalam lengan dan pergelangan tangan. Selain tu, leher pun korang boleh sapu untuk tengok sama ada naik merah, gatal atau tak.
Apply setiap hari dan tunggu dalam masa seminggu. Kalau ada ruam kemerah-merahan atau gatal, ini mungkin sebab alergik.
Tapi kadang-kadang tak perlu tunggu sampai seminggu, kalau apply sehari dah rasa okay, terus buat next step. Bergantung pada jenis kulit korang.
2. Lepas dah apply dekat semua bahagian tu, boleh try pula pada kawasan yang paling cepat irritate (tempat yang paling sensitif, biasanya pipi) & clogged pores (tempat yang selalu naik jerawat/whitehead/blackhead). Ada yang patch test dekat kawasan dagu.
Banyak mana nak apply?
Apply sikit je, cukup sebesar syiling 20 sen. Perhatikan dalam masa 24 hingga 72 jam ada perubahan ke tak, gatal-gatal ke, naik merah-merah ke atau pun naik jerawat. Kalau apply malam, bangun pagi esok tu cuba check semula.
Untuk kawasan yang cepat irritate macam tepi hidung dan pipi, apply sebelah je. Jangan dua-dua belah muka. Kalau rasa pedih, merah-merah, atau gatal terus pergi cuci. Tu maksudnya tak sesuai la.
Masa nak patch test ni, nak pakai produk lain yang memang dah sesuai dengan kulit pun tak apa. Jangan semata mata nak patch test, seminggu skip cuci muka. Tak perlu stop semua benda. Buat je rutin macam biasa sambil patch test ni.
Tanda merah-merah pada wajah (Gambar hiasan)
Tanda-tanda produk tak sesuai
1. Rasa panas/pedih
2. Naik merah-merah
3. Rasa kering/ketat
4. Naik jerawat
5. Whitehead & blackhead makin teruk
Kalau dah buat patch test dan rasa semuanya okay, barulah boleh letak dekat seluruh muka. Sebaiknya korang buat patch test ni dulu k an daripada produk tiba-tiba tak sesuai, terus muka breakout kan?
Good luck sis!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biar pemakaiannya hanya terhad di dalam tetapi pemakaian tuala wanita begitu penting buat golongan wanita. Jika orang zaman dahulu lebih senang dengan menggunakan percaan kain batik lusuh tetapi tranformasi dunia tentang keselesaan wanita ketika datang haid menjadikan tuala wanita begitu penting hari ini.
Jika sebelum ini warnanya biasa-biasa sahaja tetapi corak batik bagi edisi terhad jenama tuala wanita terkenal Kotex® ini cukup dikagumi. Bukan sahaja menggabungkan fungsi dengan fesyen, malah melambangkan satu inisiatif untuk memperkasa kaum wanita.
Lebih menarik, batik Edisi Terhad Kotex® menawarkan rekaan dengan pelbagai warna yang terang, berani, serta menampilkan motif-motif halus yang melambangkan batik Malaysia, namun telah dipermodenkan untuk wanita muda yang mengidamkan aliran fesyen terkini.
Batik Edisi Terhad Kotex® menawarkan rekaan dengan pelbagai warna yang terang, berani, serta menampilkan motif-motif halus yang melambangkan batik Malaysia.
Pembungkusannya menampilkan rekaan kreatif artisan-artisan dari Batik Boutique, iaitu sebuah perusahaan sosial yang bermatlamat untuk meningkatkan kemahiran golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40). Kerjasama dengan Batik Boutique merupakan satu lagi impak positif daripada pergerakan global, #SHECAN Kotex® yang bertujuan memperkasa kaum wanita untuk mencapai apa jua kejayaan yang diidamkan.
“Kami telah menerapkan batik ke dalam pembungkusan Kotex kami dengan cara yang menyeronokkan, bagi menginspirasikan kaum wanita muda untuk menzahirkan perasaan mereka dengan sikap positif, iaitu ‘Haid atau Tidak, Dia Mampu’. Produk penjagaan wanita tidak seharusnya bersifat konvensional dan bosan. Justeru, kami berharap rekaan-rekaan yang berani ini akan memberikan ciri keunikan kepada Kotex, di samping menerapkan unsur keseronokan dan fesyen ke dalam tuala wanita kami,” demikian kata Frenissa Lagman, Pengurus Pemasaran, Kimberly-Clark.
“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan artisan-artisan wanita yang menakjubkan di Batik Boutique untuk memperkasa dan membolehkan mereka menampilkan rekaan mereka kepada rakyat Malaysia. Mereka benar-benar mencerminkan semangat pergerakan #SHECAN Kotex, dan merupakan sumber inspirasi kepada kaum wanita tidak kira di mana.”
Batik Edisi Terhad Kotex® kini boleh didapati di kedai-kedai di seluruh negara, dan didatangkan dengan satu aksesori fesyen yang menarik, iaitu satu beg kantung bergaya yang direka khas untuk edisi terhad ini.
Pergerakan #SHECAN Kotex® telah menjana perubahan positif dalam masyarakat di peringkat global untuk membantu wanita muda mengatasi kebimbangan terhadap haid dan menangkis stereotaip jantina, supaya mereka mampu menjadi juara serta berdiri sama tinggi dengan kaum lelaki untuk mengejar cita-cita mereka.
Kotex® melancarkan #SHECAN FUND di Malaysia pada tahu lalu untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita dan gadis muda untuk mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang yang kurang diwakili oleh wanita, baik dalam bidang seni, pendidikan, mahupun keusahawanan.
Yeay, jangan lupa dapatkan jenama kesukaan ramai edisi terhad ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ketika kebanyakan penghantar makanan memilih menggunakan motosikal untuk memudahkan urusan menghantar pesanan, seorang ibu tunggal, Nur Rahimah Alia Salehuddin pula memilih untuk berjalan kaki...