Lets face it, kebanyakan daripada kita sedang dilanda stres sejak tahun lalu lagi akibat musim pandemik yang perlu dihadapi.
Sedar atau tidak, stres yang dirasai ini bukan saja mengakibatkan pemikiran kita bercelaru tetapi ia juga akan memberi kesan negatif kepada kulit wajah.
Apabila kita tidak mendapat waktu tidur berkualiti yang cukup, terpaksa mengadaptasi diri kepada keadaan ‘lockdown’ di rumah dan perlu memakai pelitup muka sepanjang berada di luar rumah, secara tidak langsung kulit wajah akan terkesan.
Kelembapan pada kulit akan mudah tersejat akibat faktor-faktor ini dan menyebabkan kita lebih mudah dijangkiti kondisi kulit yang tidak diingini seperti jerawat dan kulit wajah yang bertambah kasar.
Lalu, kita tidak boleh membiarkan saja keadaan ini berlaku dengan harapan ‘kulit akan kembali menjadi okay’. It will not be okay if you do not act on it.
Cara terbaik untuk kembali memulihkan kulit wajah adalah dengan memilih produk yang memberikan lapisan perlindungan untuk kelembapan kulit.
Di sinilah mengapa REMAJA menggemari formula terbaru yang diperkenalkan oleh jenama kecantikan dari Korea Selatan, innisfree dalam serum popular mereka ini.
Semua tahu betapa popularnya Green Tea Seed Serum yang dipasarkan oleh innisfree ini. Sejak dipasarkan pada tahun 2010, sudah lebih 27 juta botol terjual di serata dunia kerana keberkesanannya pada pengguna yang sudah mencubanya.
Ads
Everyone literally just swear by this serum at this point.
Kali ini, innisfree telah memperbaharui formulanya Green Tea Seed Serum dan ia kini mengandungi Green Tea Biome (juga dikenali sebagai Green Tea Tri-biotics). Ia merupakan kombinasi bahan prebiotik, probiotic dan postbiotic agar lapisan perlindungan kelembapan pada kulit kita terjaga.
Hasilnya, kulit wajah akan kekal sihat, bersih dan ‘bersinar’ umpama refleksi permukaan air!
Bukan itu saja, Green tea Sead Serum ini turut mengandungi 5 jenis Hyaluronic Acid yang membolehkan kelembapan pada serum ini senang meresap ke dalam kulit wajah dengan pantas.
Selain daripada serum ini, korang juga digalakkan untuk memakainya bersama-sama produk innisfree lain daripada koleksi Green Tea seperti Green Tea Foam Cleanser dan Green tea Seed Cream untuk mendapatkan efek yang lebih berkesan.
So guys, kepada korang yang menjadikan Green Tea Seed Serum sebagai produk rutin harian, jangan lupa mendapatkan versi terbaru ini ya.
Tidak dinafikan, kejelitaan raut wajah yang dimiliki oleh pelakon dan pengacara berdarah kacukan, Amelia Thripura Henderson mampu membuatkan sesiapa sahaja menoleh dua kali.
Amelia kini boleh dianggap sebagai selebriti Malaysia yang semakin selesa menempat diri sebagai buruan ramai produksi disebabkan bakat yang dimiliki, karakternya yang berwarna-warni dan tentunya, kecantikan luar dan dalam yang ada padanya.
Pendek kata, Amelia Henderson sememangnya seorang yang mempunyai pakej yang lengkap!
Lantas ramai yang terfikir sekiranya wanita berusia 27 tahun ini pernah mengidam peluang untuk mewakili Malaysia di mana-mana pertandingan ratu cantik antarabangsa?
Bercakap kepada rakan media di Harian Metro baru-baru ini, Amelia yang kini sedang mempromosikan filem terbaru lakonannya, Pulau pernah sahaja berhasrat dan mempertimbangkan peluang untuk mewakili negara menerusi platform Miss Universe Malaysia.
Tambahan pula kini, Miss Universe Malaysia telah berada di bawah kepimpinan baharu bermula edisi 2023 dan tentunya, peluang yang diberikan kepada juaranya juga akan bertambah lumayan.
DAN had usia Amelia tepat-tepat berada di penghujung kelayakan umur bagi menyertai pertandingan itu yang terbuka kepada gadis dari usia 18 tahun hingga 28 tahun.
“Keinginan itu ada, rasa gementar pun ada,” tinta Amelia.
“Saya memang nak sertai dan sedang mempertimbangkan sama ada nak masuk atau tak.”
“Kalau betul saya masuk, alangkah baik kalau dapat sokongan anda.
“Saya tak rasa ingin bersaing. Untuk bertanding dengan wanita lain, saya ragu-ragu tapi nak sebenarnya. Kalau saya tak masuk tahun ini, sudah tak ada ruang untuk bertanding,” katanya.
Keinginan Amelia ini juga dipupuk oleh peraturan baharu organisasi antarabangsa Miss Universe yang tidak lagi mewajibkan pemakaian bikini sewaktu pusingan pakaian mandi. Peserta kini boleh memilih untuk memakai persalinan sukan yang lebih sopan, seperti yang dilakukan oleh dua orang wakil negara Bahrain pada edisi terdahulu.
“Saya bukan seorang yang selesa memperagakan bikini atas pentas. Saya tak rasa saya sanggup lakukan itu sampai bila-bila,” tambah Amelia lagi.
Satu lagi punca ramai berpendapat Amelia Henderson merupakan calon terbaik untuk memenangi gelaran Miss Universe Malaysia 2023 adalah kerana peraturan organisasi baharu yang kini membuka penyertaan kepada wanita yang sudah berkahwin, yang sudah bercerai dan golongan ibu juga.
Ini kerana Amelia pernah bercerai daripada perkahwinan dengan Tunku Datuk Harrunarasheed Putra Tunku pada tahun 2018 setelah tiga tahun mendirikan rumah tangga.
Adakah korang rasakan Amelia Henderson patut mencuba nasib menyertai pertandingan Miss Universe Malaysia 2023?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi individu yang ingin menurunkan berat badan, salah satu usaha yang mereka akan amalkan adalah dengan melakukan detoks.
Detoks merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau buangan daripada tubuh badan. Badan manusia mempunyai sistem detoks sendiri iaitu hati dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detoks semulajadi. Detoks dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu, ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.
Biasanya, minuman detoks ini diperbuat daripada sumber sayuran dan buahan seperti tomato, timun, epal hijau, lemon dan banyak lagi. Minuman ini baik untuk tubuh badan sekiranya ia dibuat sendiri oleh kita.
Namun begitu, ada yang mengambil langkah mudah kerana ingin kesan yang cepat dengan mengamalkan produk detoks yang menyebabkan mereka kerap ke tandas untuk ‘membuang’ segala kalori makanan.
Menurtu Public Health Malaysia, jika korang mengamalkan pengambilan produk detoks ini, fikirkan semula kerana ini (gambar) mungkin merupakan keadaan usus korang sekiranya amalan pengambilan produk yang mempunyai kesan pelawas secara berpanjangan.
Usus yang pada asalnya berwarna kuning kemerahan bertukar menjadi hitam akibat sel-sel yang telah mati. Keadaan yang dinamakan sebagai Melanosis Coli ini akan menyebabkan risiko kanser usus meningkat berkali ganda.
Oleh itu, sekiranya korang ingin menurunkan berat badan, elakkan mengambil produk detoks yang berada di pasaran. Jangan ambil jalan mudah kerana buat apa badan kurus tetapi akhirnya mengundang bahaya kan?
Sebaliknya, amalkan cara detoks semula jadi yang korang boleh dapatkan daripada sumber sayur-sayuran dan buah-buahan. Lebih sihat dan terjamin. Apa-apa pun sumber semula jadi adalah yang paling baik dan yang penting, amalkan pemakanan sihat dan diet seimbang.
Bermain dengan api. Inilah keberanian yang ditunjukkan oleh Presiden Amerika Syarikat apabila 6 Disember lalu mengiktiraf Baitulmuqadis sebagai ibu kota baru Israel.
Ekoran pengumumannya itu, muncullah isu boikot produk-produk Isreal melibatkan pelbagai barangan kegunaan harian, makanan dan banyak lagi.
Banyak media sosial khususnya mula menyenaraikan produk-produk keluaran Amerika dan Israel mulai mengajak seluruh umat islam tidak membeli barangan ini demi memberi pengajaran kepada kuasa ekonomi besar ini. Dan isu boikot ini bukan isu baru, sudah lama.
Produk Amerika/ Israeal yang diancam boikot – pix internet
Suatu ketika dahulu di saat Israel rakus membedil Palestin, isu boikot ini turut muncul. Dilaporkan Menteri Kewangan Israel, Yair Lapid, beberapa kali mengingatkan jika kempen boikot itu menjadi realiti terutama dari EU maka mereka akan terputus hubungan dagang terbesar di negara itu.
“Israel kemungkinan akan mengalami penurunan nilai eksport ke negara EU sehingga AS$5.7 juta (RM18 juta) dan 9,800 penduduknya akan hilang pekerjaan,” menurutnya. (sumber Sinar Harian 2014).
Ini bermakna, kuasa umat Islam seramai 1.6 bilion di seluruh dunia mampu memberikan kesan ekonomi kepada kuasa besar yang tamak dan rakus ini jika sama-sama memboikot produk yang dikeluarkan oleh negara kejam.
Jika 1.6 bilion umat Islam di dunia bersatu dalam boikot ini, mampu merudumkan ekonomi negara terlibat
Pelbagai jenama besar dan biasa dibeli dan menjadi kebiasaan bagi rakyat negara ini adalah jenama seperti Coca-Cola, Starbucks, Nokia, Johnson & Johnson, Colgate, Adidas, Apple dan Mc Donald juga disebut-sebut antara produk yang harus diboikot.
Hati-hati sebelum menyebarkannya?
Gerbang Alaf Sdn Bhd, pengendali rangkaian restoran McDonald’s di Malaysia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dangi Wangi di sini berhubung individu dan kumpulan yang melakukan dakwaan palsu mengenai McDonald’s Malaysia.
Pengarah Urusan dan Rakan Niaga Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar – pix Mstar Online
Pengarah Urusan dan Rakan Niaga Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar berkata, laporan yang dibuat pada Rabu itu turut melibatkan pihak yang menyebarkan maklumat tidak berasas mengenai McDonald’s Malaysia melalui platform media sosial dan saluran lain.
“Berdasarkan nasihat undang-undang, kami juga telah membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengenai isu ini,” katanya semasa sidang media mengenai isu boikot McDonald’s Malaysia di sini, Khamis.
Katanya, antara tohmahan yang dikaitkan adalah berkaitan sumbangan McDonald’s Amerika Syarikat (AS) kepada Jewish United Fund (JUF) melalui program Pemberian Sepadan (Matching Gift).
Mc Donald di Amerika
Azmir yang menafikan perkara itu berkata, di AS, sudah menjadi kelaziman untuk syarikat menawarkan program Pemberian Sepadan yang bertujuan menggalakkan pekerja mereka menderma kepada badan kebajikan, katanya.
“Program ini tidak khusus kepada McDonald’s kerana banyak syarikat lain di AS, termasuk sebahagian besar syarikat Fortune 500, mengendalikan program tersebut (dianggarkan lebih 60 peratus syarikat Fortune 500),” katanya.
Beliau berkata, JUF merupakan antara banyak badan di AS yang berhak menerima sumbangan derma di bawah program Pemberian Sepadan tersebut.
Azmir juga menafikan dakwaan bahawa McDonald’s Malaysia menyalurkan sebahagian hasil jualannya di Malaysia kepada McDonald’s AS setiap tahun sebaliknya bayaran itu adalah royalti ke atas jenama McDonald’s itu sendiri.
Beliau berkata, setiap keuntungan daripada jualan akan digunakan bagi projek pelan masa hadapan McDonald’s Malaysia, termasuk menambah cawangan restoran di Malaysia.
“Sebahagian daripada pelan perniagaan 10 tahun kami, kami komited untuk melabur lebih daripada RM1.4 bilion bagi meningkatkan bilangan restoran McDonald’s di Malaysia kepada 450 buah menjelang 2025, mewujudkan sekurang-kurangnya 10,000 peluang pekerjaan.
“Buat masa ini, terdapat 265 restoran McDonald’s di Malaysia yang menguruskan lebih daripada 12,000 pekerja, di mana 80 peratus daripada pekerja kami adalah beragama Islam,” katanya.
Isu boikot Mc Donald Amerika Vs EU yang pernah muncul suatu ketika dahulu – pix internet
Beliau berkata, McDonald’s Malaysia juga berhak menuntut ganti rugi daripada pihak yang memboikot, sesuai dengan kerugian dari segi kewangan ke atas syarikat dan kehilangan pekerjaan akibat tindakan boikot tersebut.
Selain itu, Azmir berkata, pihaknya juga telah mendapatkan pandangan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang menyatakan bahawa seruan ‘wajib boikot’ hanya sah jika diperintahkan oleh umara’/pemerintah negara.
“Dalam konteks ini, pemimpin negara dan mana-mana pihak berkuasa Islam dalam Malaysia tidak pernah mengeluarkan apa-apa perintah memboikot McDonald’s Malaysia,” katanya.
Justeru itu katanya, sebarang seruan mewajibkan boikot ke atas McDonald’s adalah salah daripada perspektif Islam.
Beliau berkata, pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut menyarankan supaya individu atau pertubuhan bukan kerajaan yang telah memboikot dan/atau membuat tuduhan palsu supaya mengeluarkan kenyataan terbuka menarik balik kesemua tuduhan ke atas McDonald’s Malaysia.- Bernama.
Ini Hak Bersuara Rakyat Malaysia
Apa kaitan isu kebebasan bersuara dengan isu boikot ini?
Untuk pengetahuan, kebebasan bersuara di Malaysia adalah tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia.
Bahagian II dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan peruntukan bagi menjamin kebebasan asasi manusia. Salah satu kebebasan asasi adalah kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan yang terkandung di dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Kebebasan bersuara adalah asas kepada kewujudan demokrasi dan menghormati maruah manusia.
Perkara 10(1)(a) memperuntukkan setiap warganegara mempunyai kebebasan bercakap dan bersuara. Warganegara Malaysia mempunyai kebebasan dalam mengeluarkan pendapat dan buah fikiran mereka setakat mereka tidak menyentuh pada isu-isu sensitif yang telah dikenal pasti oleh Parlimen dalam perkara 10(4).
Kebebasan bersuara dalam negara kita tidak dijaminkan secara mutlak dan hanya terbatas kepada warganegara sahaja. Parlimen boleh mengenakan sekatan terhadap kebebasan bersuara melalui undang-undang jika mendapati sekatan tersebut perlu demi kepentingan keselamatan Persekutuan, hubungan baik dengan negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral.
Tapi awas ya, kebebasan bersuara sama sekali berlainan dengan menghasut biarpun kita bebas menyuarakan pendapat. Ya, memang tak salah bercakap tetapi kena faham, percakapan itu menjurus kepada soal apa?
Kebebasan bersuara sering dikaitan dengan perbuatan menghasut. Sesiapa yang menyebut, menulis, mencetak, menjual atau menyiarkan perkataan-perkataan yang mempunyai maksud hasutan adalah dianggap oleh undang-undang sebagai melakukan kesalahan yang boleh dihukum hingga lima tahun penjara atau RM5,000 didenda.
Kebebasan mengeluarkan pendapat terhadap sesuatu isu adalah berbeza daripada menghasut yang cuba menyebabkan kehuru-haraan.
Bagaimana dengan ahli Parlimen pula?
Ahli Parlimen mempunyai kebebasan bersuara yang lebih luas semasa berada dalam prosiding Parlimen. Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan keistimewaan Parlimen yang menjamin hak ahli Parlimen ketika mereka membincangkan sesuatu isu dalam sidang Parlimen.
Perkara 63(2) memperuntukkan tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan dalam apa-apa prosiding mana-mana satu Majlis Parlimen (Dewan Rakyat atau Dewan Negara).
Walaupun ahli Parlimen mempunyai hak bersuara yang luas semasa berada dalam prosiding Parlimen, mereka juga tertakluk kepada sekatan yang diperuntukkan dalam perkara 63(4) iaitu mereka tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif yang telah dikenal pasti dalam perkara 10(4) dan juga mengatakan sesuatu yang akan dihukum di bawah Akta Hasutan 1948. Sumber Wikipedia.
Jadi fahamlah sendirilah ya, apa kebebasan bersuara dengan menghasut!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keputusan bebas Ismahalil diketepikan selepas Mahkamah Rayuan mensabitkannya atas pertuduhan mengedar kanabis dan menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun.