Pengarah Drama ‘Nur’ Tawar Kru Kabin Hilang Kerja Sebagai Pelakon

Share

 

Dalam kemelut yang dilalui oleh industri penerbangan tempata untuk bertahan dengan cabaran musim pandemik pada tahun ini, ramai kru dan pekerja telahpun kehilangan pekerjaan.

Pada minggu lalu sahaja, syarikat penerbangan Malindo Air dilaporkan terpaksa menamatkan perkhidmatan lebih 2,000 kakitangannya demi mengecilkan kos serta kerugian yang ditanggung.

Itu belum lagi menyentuh beberapa lagi syarikat penerbangan tempatan yang terpaksa mengambil jalan penyelesaian yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN : Thai Airways Jual Beg Kitar Semula Dari Jaket Keselamatan

Melihat kepada situasi semasa itu, pengarah yang terkenal dengan naskah drama popular seperti Nur, Adellea Sofea dan Dendam Cinta Arissa iaitu Shahrulezad Mohameddin telahpun menghulurkan pertolongan dengan menawarkan peluang untuk menjadi pelakon dalam sebuah drama terbitannya, tak lama lagi.

Menerusi posting di Instagram miliknya, Shahrulezad yang mesra dengan panggilan Budak Ijat berkata, “Kepada bekas kru kabin Malindo Air dan AirAsia, kami memahami situasi kalian. Hantarkan kepada saya profil kamu dan mungkin kita boleh lakukan ujibakat secara atas talian.

“Mungkin kamu akan menjadi wajah baharu untuk siri televisyen kami yang akan datang.. let’s do magic! Tawaran ini bukan hanya untuk bekas kru kabin saja tau.. sesiapa yang berminat pun boleh cuba,” jelasnya.

So, korang kenal mana-mana kenalan yang merupakan kru kabin yang terpaksa melepaskan jawatan?

Minta mereka yang berminat menjadi pelakon untuk menghubungi penerbit eksekutif di Radius One, Hisham Karim. DM saja profil masing-masing, mana tahu kami akan melihat wajah korang di televisyen pula selepas ini.

 

IKLAN