Kesan pandemik Covid-19 memang sangat dirasai dan memberi kesan terhadap pelbagai jenis sektor ekonomi di seluruh dunia. Industri penerbangan antara yang terjejas teruk dan seperti yang kita tahu, di dalam negara kita sendiri apabila syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo terpaksa memberhentikan ribuan pekerja kerana tidak mampu menanggung kos yang tinggi.
Jika sebelum ini syarikat penerbangan nasional Thailand, Thai Airways membuka restoran seolah-olah merasai pengalaman menikmati makanan di dalam kabin kapal terbang kini syarikat tersebut hadir dengan jualan barangan fesyen yang menarik dan khabarnya ia terjual habis dalam masa beberapa hari sahaja.
.
Ads
Barangan fesyen yang dihasilkan adalah beg yang diperbuat dari jaket keselamatan yang biasanya ada di bawah tempat duduk kita di dalam kapal terbang. Koelksi yang dikenali dengan nama ‘Life Vest x Lifestyle’ ini ternyata menarik perhatian ramai dan rekaan berkonsep industrial itu sesuai digayakan oleh lelaki mahupun wanita.
Ads
Setiap satu rekaan yang dijual bermula dari RM51 sehingga RM666.
Setelah mendengar cadangan daripaa pelanggan setia mereka, Tealive sedang berusaha untuk menjadi jenama yang lebih green friendly.
Lalu tak lama lagi, minuman Tealive tidak lagi akan didatangkan dengan straw kertas (yang TBH agak mudah lunyai sebelum minuman dihabiskan).
Kesemua minuman akan dihidangkan dalam tumbler bubble tea Tealive x OneCup yang diperbuat daripada material ‘eco glass’.
Secara tak langsung, Tealive menjadi jenama bubble tea pertama di Malaysia yang berbuat sedemikian. 2 tumbler baharu ini adalah sebahagian daripada siri Tealive Eco dan boleh didapati bermula bulan Jun tahun ini.
Ramai warganet yang menyambut baik usaha yang dilakukan ini. Namun mereka juga gusar sekiranya harga minuman di Tealive akan meningkat sejajar dengan kos penghasilan tumbler ini.
Satu lagi pertanyaan popular yang hadir daripada mereka adalah sekiranya Tealive akan memperkenalkan sistem diskaun bagi pelanggan yang membawa tumbler sendiri dalam usaha untuk menyelamatkan alam sekitar.
Hhm, bagus juga kan cadangan yang diberikan. Bukan saja pelanggan boleh berjimat, REMAJA juga pasti jualan minuman mereka akan meningkat.
Jika minuman bubble tea bukan minuman kegemaran korang, apa kata cuba aiskrim Black Hojicha terbaru ni. Rasanya agak…
Baru-baru ini, penyanyi popular, Kang Daniel disahkan tidak akan menyertai latihan wajib tentera pada tahun 2025 seperti yang pernah diumumkannya sebelum ini. Meskipun begitu, figura kelahiran 1996 itu menyatakan bahawa beliau dijadualkan memulakan tugas pada separuh kedua tahun ini dan sehingga kini masih tiada pengesahan baharu mengenai proses pendaftarannya.
Dalam pada itu, di sebalik spekulasi mengenai tarikh penyertaannya, agensi ARA tampil membawa perkembangan terkini yang cukup menggembirakan peminat menerusi sebuah pengumuman bahawa Kang Daniel bakal melancarkan sebuah album istimewa berjudul ‘PULSEPHASE’ pada 12 Disember ini, sekaligus mencetuskan semula keterujaan peminat terhadap perjalanan muzik terbarunya.
Menerusi pengumuman album ini turut mencuri perhatian kerana ia muncul serentak dengan perancangan sebuah acara besar apabila Kang Daniel bakal mengadakan konsert fanmeeting perpisahan ‘RUNWAY: WALK TO DANIEL’ sebelum latihan wajib tentera bermula 13 Disember, yang dijangka tampil dalam skala lebih besar dan penuh elemen eksklusif berbanding fanmeeting biasa.
Pada masa yang sama, konsert tersebut dikhabarkan akan menampilkan pelbagai persembahan khas yang dirangka khusus untuk peminat setia beliau. Momen itu juga dijangka menjadi ruang paling bermakna buat Daniel untuk mempersembahkan lagu serta kandungan terbaru yang telah dipersiapkan menjelang era baharu kerjayanya sebagai anak seni.
Terdahulu, Kang Daniel terus mengukuhkan kedudukannya sebagai artis global melalui siri jelajah dunia yang bermula di Seoul dan merentasi Jepun, beberapa negara Asia lain, Eropah, Amerika Utara serta Amerika Selatan. Penerimaan hangat di setiap negara membuktikan kekuatan fandom antarabangsa yang dimilikinya.
Di samping itu, poster teaser album ‘PULSEPHASE’ yang sudah dikongsikan di media sosial sekaligus meningkatkan lagi rasa ingin tahu peminat dan penggemar muzik K-Pop. Agensi memaklumkan bahawa konsep, visual serta naratif album akan didedahkan secara berperingkat sehingga tarikh pelancaran rasmi.
Sementara itu, rangkaian aktiviti berskala besar ini dilihat sebagai langkah strategik Kang Daniel untuk menutup tahun 2025 dengan impak yang lebih mendalam dalam industri hiburan. Kombinasi album baru dan konsert perpisahan menjadikan penghujung tahun ini sesuatu yang signifikan buat penyanyi berkenaan.
Walaupun jadual sebenar bagi latihan wajib tentera beliau masih belum diputuskan, Kang Daniel membuktikan bahawa fokusnya terhadap muzik dan peminat tidak pernah terjejas. Selain itu, tahun 2025 dijangka menjadi salah satu fasa paling emosional dalam kerjaya beliau, namun tetap dipenuhi dedikasi dan karya yang dinantikan ramai.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wayang Remaja berkesempatan untuk menonton tayangan perdana Black Christmas di TGV One Utama bersama penonton bertuah malam tadi.
Sesekali terdengar juga penonton menjerit terkejut pada beberapa babak suspense filem ini. Ha, korang agak-agak filem ni seram tak?
Nak kata seram sangat tu tidaklah. Tapi, bila ada scene-scene yang boleh buat penonton terkejut tu kira okay la kan? Hiks!
Filem ini mengisahkan tentang pembunuhan yang berlaku dikalangan sekumpulan pelajar perempuan dan pembunuhnya merupakan seseorang yang mengamalkan ajaran sesat.
Rilley Stone dan rakan-rakannya bercadang untuk mengadakan parti sempena cuti perayaan Krismas. Namun, pelajar di Kolej Hawthrone dilanda ketakutan apabila seorang demi seorang ahli pertubuhan wanita di kampus tersebut telah dibunuh oleh kumpulan penghendap.
Kejadian itu membuatkan mereka tidak lagi mempercayai lelaki.
Hm, ya filem ini sepertinya menonjolkan golongan perempuan yang anti-lelaki.
Bermula dengan agak perlahan di permulaan cerita, namun kemuncaknya membuatkan penonton semakin ingin tahu siapakah sebenar penghendap yang sering mengikuti sekumpulan pelajar perempuan itu.
Siapakah sebenarnya dalang yang menjadi pembunuh? Korang kena saksikan sendiri Black Christmas yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 12 Disember 2019.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...