Kehidupan… biasalah. Murid sekolah tak sabar nak jadi macam abang, kakak di sekolah menengah. Yang sekolah menengah pula tak sabar nak masuk zaman kolej, universiti. Macam besttt je kan. Ye! Kehidupan di universiti memang menyeronokkan. Tak perlu pakai uniform sekolah, bebas pilih kelas, pensyarah, waktu kelas. Ada banyak aktiviti. Pendek kata, memang bestlah!

Jangan Masuk Uni Hanya Nak Kejar IMPIAN dan CITA-CITA, Pensyarah Ini Kongsi REALITI Sebenar

Tapi itu sisi seronoknya, namu realitinya hanya mereka yang pernah laluinya yang tahu. Lagi-lagi yang datang dari keluarga yang kurang ‘berada’.
Kali ini Remaja kongsikan ‘realiti’ susah senang kehidupan lelaki ini sebelum berjaya menjadi pensyarah. Mungkin kita boleh mengambil pedoman dan jadikan inspirasi untuk berjaya.

Jangan Masuk Uni Hanya Nak Kejar IMPIAN dan CITA-CITA, Pensyarah Ini Kongsi REALITI Sebenar

IKLAN

Ini Perkongsiannya : 

Tapi, ketahuilah dik… bukan semuanya manis seperti yang dilihat. Namun, perlu diingat…semua pengalaman inilah sebenarnya yang mematangkan kita dalam menempuh kehidupan pada masa akan datang.

Bila bukak je socmed timeline penuh dgn kisah kesusahan pelajar nak kumpul duit untuk daftar masuk universiti. Hati aku tersentuh. Aku tersenyum. Inilah lumrah bagi mereka yang berasal dari keluarga yang susah. Aku sendiri pernah berada dalam situasi tersebut.⁣ ⁣⁣ ⁣

IKLAN

Dalam hati aku ungkap kata-kata “InsyaAllah kamu pasti akan berjaya!” Apabila telah berjaya jangan sesekali lupa pada PENGORBANAN orang yang membantu. Doa mereka yang sentiasa mengiringi perjalanan anda. Kamulah yang bertanggungjawab mengubah nasib keluarga. Dahulukan mereka. Itulah KEBERKATAN dan KEBAHAGIAAN yang sebenar. Berikan mereka SENYUMAN!

Jangan masuk uni hanya nak kejar IMPIAN dan CITA-CITA. Anda pasti akan kecewa apabila gagal. Semuanya bermula dengan NIAT. Perbetulkan niat. Mulakan dengan keikhlasan. CEKALKAN hati. Lakukan kerana AMANAH dan TANGGUNGJAWAB kepada keluarga. Allah pasti akan mudahkan urusan.
Habis SPM, kontrak emak jadi tukang kebun tamat. Felda masa tu takde hasil sebab sawit tanam semula. Memang susah! Aku tolong emak jual nasi lemak. Apabila result SPM keluar, aku cakap kat mak nak sambung blaja. Mak diam je. Hasil jualan berapa sangat. Abah tak bagi aku sambung. Abah takde duit! Aku memang DEGIL. Aku mengaku bosan hidup susah. Aku tau dengan PENDIDIKAN je boleh ubah nasib kami
AKU TEKAD. Pejabat Zakat aku pergi. Yayasan Pahang aku redah. Pejabat YB aku naik. Pejabat Felda aku merayu. Abang-abang bantu yang mampu.
Aku marah kat abah. Mak suruh sabar. Aku marah dia langsung tak menolong. Rupanya abah diam-diam tebalkan muka berhutang dengan Ketua kampung. Itulah sisi lain seorang ayah. Dia tak tunjuk sayang depan-depan

IKLAN

Perjalanan belajar aku mudah. Allah bantu. Walaupun aku penat part-time tapi Alhamdulillah segala kerja aku dipermudahkan. Sumpah aku tak sempat study mcm orang lain. Tapi ajaibnya apa yg aku selak buku tu lah yang masuk exam. Pelik kan!
Sekarang aku jadi lecturer bila aku membebel pun bukan ada orang nak dengar. Yelah aku ni siapa nak tegur.
Setinggi mana ILMU kita hanya satu yang membezakan kita dengan orang lain. Jawapannya ADAB. Perbaiki adab mencari ilmu.

Kesimpulannya … walaupun nampak pahit, tapi kehidupan di universiti memang kenangan terindah. Pandai berdikari, pandai sesuaikan diri, dah ada matlamat hidup yang jelas, dan dah nampak jodoh. Eh!

Sumber : Instagram Ridzuan2021

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI