Dalam kemelut yang dilalui oleh industri penerbangan tempata untuk bertahan dengan cabaran musim pandemik pada tahun ini, ramai kru dan pekerja telahpun kehilangan pekerjaan.
Pada minggu lalu sahaja, syarikat penerbangan Malindo Air dilaporkan terpaksa menamatkan perkhidmatan lebih 2,000 kakitangannya demi mengecilkan kos serta kerugian yang ditanggung.
Itu belum lagi menyentuh beberapa lagi syarikat penerbangan tempatan yang terpaksa mengambil jalan penyelesaian yang sama.
Melihat kepada situasi semasa itu, pengarah yang terkenal dengan naskah drama popular seperti Nur, Adellea Sofea dan Dendam Cinta Arissa iaitu Shahrulezad Mohameddin telahpun menghulurkan pertolongan dengan menawarkan peluang untuk menjadi pelakon dalam sebuah drama terbitannya, tak lama lagi.
Menerusi posting di Instagram miliknya, Shahrulezad yang mesra dengan panggilan Budak Ijat berkata, “Kepada bekas kru kabin Malindo Air dan AirAsia, kami memahami situasi kalian. Hantarkan kepada saya profil kamu dan mungkin kita boleh lakukan ujibakat secara atas talian.
Ads
“Mungkin kamu akan menjadi wajah baharu untuk siri televisyen kami yang akan datang.. let’s do magic! Tawaran ini bukan hanya untuk bekas kru kabin saja tau.. sesiapa yang berminat pun boleh cuba,” jelasnya.
Ads
So, korang kenal mana-mana kenalan yang merupakan kru kabin yang terpaksa melepaskan jawatan?
Minta mereka yang berminat menjadi pelakon untuk menghubungi penerbit eksekutif di Radius One, Hisham Karim. DM saja profil masing-masing, mana tahu kami akan melihat wajah korang di televisyen pula selepas ini.
Sesekali nak juga masak resipi yang ringkas. Bukan sebab pemalas, tapi faham-faham la kalau dah nama ‘remaja’ tu, asal sedap dan mudah itu yang menjadi pilihan utama.
Kadang, jadual kelas yang penuh dan assignment bertimbun nak kena siapkan buat anak muda tidak punya banyak masa nak ke dapur. Tapi REMAJA rasa dengan adanya resipi mudah ini tak ada lagi alasan untuk korang cuba buat sendiri di rumah.
Mesti ramai yang suka makan ayam goreng gunting kan? Memang sedap kalau dibuat kudap-kudap time study. Makanan ni pun boleh jadi addicted tau. Dari hari-hari beli dekat kedai, lepas ni dah boleh buat sendiri. Bahan-bahannya pun mudah dan murah.
Resipi ini dikongsi oleh seorang brother, peniaga ayam goreng gunting yang tak lokek nak bagi resipi sebab katanya dia pun diajar oleh orang lain secara percuma.
Jadi, jom kita sama-sama share resipi mudah ini dan doakan perniagaan brother tu semakin maju sebab sudi berkongsi dengan kita. Hehe
Bahan-bahan untuk isi ayam goreng:
– Isi ayam goreng dipotong nipis-nipis.
– 1 kotak tepung goreng ayam yang kecil.
– 1 ½ cawan serbuk roti
– Telur
Cara-cara memasak:
1. Campurkan tepung dengan serbuk roti, masukkan ayam dan gaulkan hingga sebati.
2. Selepas itu, celup dalam telur dan masukkan tepung tadi, kemudian goreng (buat sekeping-sekeping, jangan masukkan semua ayam di dalam tepung).
3. Goreng sehingga ayam menjadi kuning-kekuningan dan tos kan.
Bahan-bahan dan cara menyediakan serbuk ayam goreng
– 1 kiub ayam
– 2 sudu besar serbuk paprika (kalau suka pedas boleh tambah dengan keropok Twisties setengah bungkus- Setengah sudu besar serbuk lada sulah
– Kemudian, kisar kering semua bahan tersebut dan siap.
Amacam, senang kan? Dah buat nanti jangan lupa bagi kami sikit. Hiks!
Sedangkan juadah di pagi Hari Raya Aidilfitri pun boleh pelbagai rupa, warna dan rasanya, inikan pula lagu Raya yang rancak diluncurkan sepanjang bulan Ramadan ini bagi menyemarakkan semangat untuk menyambut hari kemenangan umat Islam pada minggu hadapan.
Satu-persatu lagu Raya nyanyian artis tempatan dan usahawan kontroversi diperdengarkan di corong radio dan platform penstriman. Begitu juga dengan bermacam-macam video muzik Raya yang dipertontonkan.
Mudah cerita, tidak keterlaluan jika penulis sifatkan tahun 2022 sebagai tahun industri muzik ‘membalas dendam’ dengan penuh nilai kreativiti setelah dua tahun ia terpaksa memerap idea disebabkan situasi pandemik yang menghilangkan suasana ingin berhari raya.
Terbaru, penyanyi bersuara lunak, Ernie Zakri tampil dengan lagu Raya solo pertamanya berjudul Zapin Lebaran. Membawa intipati irama zapin tradisional yang menebal sambil disuntik dengan elemen kontemporari bagi menyerlahkan lagi nilai komersilnya, ia adalah pengubat kerinduan buat para peminat Ernie yang ternanti-nanti buah tangan terbaru daripadanya.
Zapin Lebaran dicipta bersama dengan Yuna Kharism dan ia telah disiapkan sewaktu Ernie masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan cahaya mata sulungnya bersama Syamel, Nur Khawla Soleha, baru-baru ini.
Kongsi Ernie, mereka hanya mengambil masa beberapa hari saja untuk mencipta lirik serta melodi Zapin Lebaran dalam perkarangan rumahnya sendiri dek kerana tempoh berpantang yang masih dipatuhi olehnya.
Jika diperhatikan pada liriknya, Zapin Lebaran menceritakan tentang sinar berhari Raya yang kembali dirasai oleh umat Islam. Mereka bukan sekadar menahan lapar dan dahaga semata, malahan berjaya mengharungi pelbagai ujian dari Allah SWT sepanjang tempoh dua tahun ini dengan penuh kesabaran.
Walaupun ku dikejutkan
Zaman yang penuh keresahan
Ku tahu ada cahaya
Dan kini Syawal dah menyapa
Menariknya, biarpun baru beberapa hari diluncurkan, Zapin Lebaran pantas menjadi halwa telinga pendengar. Buat mereka, inilah baru dinamakan sebagai sebuah lagu khas Aidilfitri yang sebenarnya. Di platform YouTube pula, video muziknya pantas menuai 155,000 tontonan biarpun baru sehari dimuat naik.
Tinjauan REMAJA ke ruangan komen mendapati respon balas positif diterima daripada peminat.
Sean35 berkata, “Kudos to Ernie dan team kerana masih memartabatkan irama tradisional Melayu.”
Harbingerofwoe pula memuji, “Ini barulah lagu raya. Terserlah keindahan budayanya, terjaga adab sopannya. Good job!”
Tidak kurang juga yang meramalkan Zapin Lebaran bakal menjadi lagu Raya malar segar yang mampu bertahan selama bertahun lamanya, ibarat lagu-lagu Raya kontemporari popular seperti Sesuci Lebaran (Datuk Seri Siti Nurhaliza), Satu Hari Di Hari Raya (Dato’ M. Nasir) dan Suasana Hari Raya (Allahyarham Datuk Sharifah Aini).
“Indah suaranya, indah lagunya, indah liriknya, indah rentak tariannya, indah pemakaiannya, indah semuanya. This one will be another evergreen raya song,” catat Rayyan Al-Qarni.
Apapun, REMAJA turut menggemari Zapin Lebaran ketika kali pertama mendengarnya. Adakah ini lagu Raya kegemaran korang pada tahun ini? Ataupun ada lagu Raya lain yang lebih berbekas di hati?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres popular, Datin Intan Najuwa kini bergelar ibu kepada dua cahaya mata selepas selamat melahirkan seorang bayi perempuan semalam.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Intan menerusi satu hantaran di akaun Instagram (IG) miliknya yang turut memperkenalkan nama puteri keduanya, Imane Laudya.
Luah Rasa Syukur Sambut Kelahiran Puteri Kedua
Menerusi perkongsian tersebut, pelakon drama Bunga Hati itu meluahkan rasa syukur atas kehadiran zuriat baharunya yang disifatkan sebagai satu anugerah paling istimewa dalam hidup.
“Selamat datang ke dunia, anak yang sangat berharga, Imane Laudya,” katanya dalam hantaran beberapa gambar di wad hospital.
Intan turut berkongsi beberapa foto menyentuh hati yang memaparkan wajah comel bayi perempuannya, sekali gus mengundang rasa teruja dalam kalangan peminat.
Hargai Kejutan Manis Daripada Suami
Dalam satu lagi perkongsian, Intan yang kini bergelar ibu kepada dua cahaya mata turut menzahirkan penghargaan kepada suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman atas kejutan romantis yang diterimanya.
“Terima kasih daddy (suami) untuk 100 kuntum mawar merah. Awak sentiasa tahu menggembirakan saya,” tulisnya.
Dibanjiri Ucapan Tahniah
Ruangan komen hantaran tersebut turut dihujani ucapan tahniah daripada peminat serta rakan-rakan selebriti yang sama-sama berkongsi kegembiraan atas kelahiran bayi itu.
Untuk rekod, Intan dan suaminya sebelum ini dikurniakan cahaya mata sulung, Imane Lunara pada 15 Disember 2024 yang kini berusia hampir dua tahun.
Terdahulu, Intan mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Datuk Ahmad Azraf Azman, 42, dalam sebuah majlis yang berlangsung di Desaru Coast, Johor pada 18 Ogos 2023.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!