Tahniah sekali lagi kepada skuad badminton Indonesia yang berjaya menjulang Piala Thomas semalam setelah menundukkan pasukan China dengan keputusan 3-0.
Kejayaan yang menamatkan keramau 19 tahun Indonesia untuk bergelar juara Piala Thomas itu menjadi realiti setelah persembahan mantap dipamerkan oleh dua orang pemain perseorangannya; Anthony Sinisuka Ginting, 24 dan Jonatan Christie, 24 serta pasangan beregu; Fajar Alfian, 26 dan Muhammad Rian Ardianto, 25.
Bukan saja kejayaan ini diraikan dengan meriah oleh rakyat Indonesia, malah sebagai seteru jirannya, rakyat di Malaysia turut tumpang gembira piala tersebut kembali dibawa pulang oleh Indonesia ke rantau Asia Tenggara setelah kali terakhir pada tahun 2002; juga menerusi Indonesia.
*
Bagi yang sempat menonton siaran langsung semalam, pastinya korang juga teruja apabila melihat Indonesia melangkah naik ke podium sebagai juara keseluruhan. Bagaimanapun, satu perkara yang mencurigakan adalah mengapa bendera merah putih Indonesia tidak terpampang pada skrin besar di belakang mereka sewaktu upacara penganugerahan?
Ads
Tidak seperti negara lain seperti China (naib juara), Denmark dan Jepun yang berdiri megah di hadapan bendera negara masing-masing, Indonesia pula mempamerkan bendera persatuan badminton iaitu PBSI.
Rupa-rupanya, menurut laporan Reauters pada 8 Oktober lalu, Badan Antidoping Dunia atau WADA telahpun menjatuhkan hukuman kepada Indonesia kerana ia tidak mematuhi syarat-syarat serta prosedur antidoping antarabangsa semasa melaksanakan ujian doping di negara mereka.
Turut menerima hukuman sama ialah Korea Utara dan Thailand. Berikut merupakan lima negara atau persatuan yang tidak lepas penilaian WADA dalam soal doping:
Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa Pekak (DIBF)
Organisasi Anti-Doping Kebangsaan (NADO) Republik Demokratik Rakyat Korea (Korea Utara)
Lembaga Anti-Doping Indonesia (LADI) atau NADO Indonesia
Persekutusan Olahraga Gira Antarabangsa (IGSF) – India
Organisasi Anti-Doping Kebangsaan (NADO) Thailand
Disebabkan hukuman ini juga, Indonesia kini digantung daripada menjadi tuan rumah untuk sebarang kejohanan sukan serantau dan antarabangsa. Bendera negaranya juga tidak dibenarkan berkibaran di kejohanan yang mereka sertai bagi tempoh tertentu kecuali di Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik.
Ads
Bagaimanapun, hukuman ini hanya berbentuk sementara dan boleh dimansuhkan setelah Indonesia melalui proses ujian dengan diawasu pihak ketiga yang dipersetujui. 6 kunjungan pihak ketiga ke lokasi ujian juga perlu ditanggung negara berkenaan.
*
Bagi pihak persatuan badminton Indonesia, mereka menerima hukuman yang dikenakan biarpun mereka mempertahankan ujian antidoping yang tergendala adalah disebabkan pandemik Covid-19 di Indonesia.
Bagi bekas pemain perseorangan badminton Indonesia, Taufiq Hidayat pula, beliau meluahkan kekecewaan terhadap pihak LADI kerana disebabkan mereka, momen bersejarah kali ini tidak lengkap tanpa bendera Indonesia.
Menerusi muat naik di Instagram, Taufiq berkata, “Mengapa dengan LADI dan pemerintah kita? Khususnya Menpora Koni dan Koi? Apa kerja kamu selama ini? Buat malu negara Indonesia saja. Jangan harap jadi tuan rumah Olimpik atau Piala Dunia. Urusan kecil ini juga tidak mampu diuruskan.”
Anyway, kalau korang masih ingat di Sukan Olimpik lalu, Rusia juga terpalit dengan isu seakan sama dengan Indonesia ini akibat kesalahan antidoping hinggakan atlet dan delegasi mereka tidak dibenarkan mengibarkan bendera Rusia dan memakai pakaian dengan imej bendera Rusia.
Tambah malang, Rusia juga tidak boleh menggunakan nama negara tersebut dan perlu bertanding di bawah nama Russian Olympic Committee (ROC).
Dalam menghampiri Ramadan yang bakal menjelang 14 hari lagi, tentu kita terfikir-fikir air apa yang best diminum ketika berbukakan.
Ramai yang suka soda bandung tetapi apa kata korang tukar menu minuman dengan minum Air Soda Herba pula untuk Ramadan kali ini. Nampak sedapkan (sesekali tau, bukan hari-hari. Lemau badan minum ais ketika berbuka. Karang jadi alasan tak boleh nak ke tarawih pula).
Kalau tak sabar nak minum waktu bulan puasa, korang boleh saja cuba sekarang. Air ini agak sedap dan bahan-bahan yang di dalamnya pun nampak berkhasiat. Ada kismis, kurma, lemon (bertindak sebagai detox), pudina dan banyak lagi.
REMAJA syerkan resipi air soda herba yang sedap nie untuk korang boleh cuba.
Inilah air soda herba yang viral tu. Korang janganlah buat sebalang gini untuk puasa. Mau tak tak gi terawih lepas tu. Buat seadanya. Hehehe. Nak pahala lebih anta rumah jiran sekali.
Ni nak share resepi air soda herba, best sangat-sangat minum. Nak-nak musim panas nie. Masam, manis, segar. Hari tu buat untuk open house raya. Tak disangka-sangka air ni dapat ramai peminat segera. Tok Imam kampung pun jatuh hati. Yang bungkus bawa balik pun ada. Air ini asal untuk detox tapi dah diubah untuk lebih fancy ;).
Ok, jom tengok resepi…
Hokay, nie kena ada ya masa nak buat air soda herba nie. Nampak sedapkan
Bahan wajib :
Air soda
Serai (diketuk)
Lemon (dihiris nipis)
Daun pudina
Ada kiwi kering, kurma dan kismis. Baik untuk minda nie kalau dimakan selalu
Bahan penyedap :
Kismis
Kurma
Asam boi
Biji selasih (rendam sampai kembang)
Kiwi kering
Laici dalam tin
Ada asam boi dan laici. Memang terangkat kalau dapat minum time cuaca panas-panas nie
Bahan penyeri :
Epal hijau (dihiris nipis)
Epal merah (dihiris nipis)
Nata de coco
Jelly buah
Bahan penyegar :
Kulit kayu manis
Halia
Bahan wajib korang kena letak. Pastu bahan2 lain boleh pilih ikut selera korang. Kalau nak gempak letak semua bahan penyedap dan penyeri tu, gerenti meletop…
Lepas siap potong, ketuk, hiris. Boh semua bahan dalam bekas. Pastu masukkan ais dan air soda. Tak payah tambah air masak. Biar je ais tu mencair dalam 5 -20 minit. Step ni penting untuk keluarkan semua perasa dari buah secara natural, pastu topup ais dan air soda je.
Jumlah bahan yang korang nak letak adalah bebas sama sekali. Bergantung pada selera dan keinginan masing-masing. Kurma dan kismis amat digalakkan untuk letak bagi memberi rasa manis yang natural.
Fuhh, nampak sedap nie. Ada kurma, kismis, asam boi, epal dan banyak lagi
Boleh jugak tambah madu. Tapi kalau rasa tak cukup manis or masam pandai-pandai la korang tambah gula or perah-perah lemon tu dulu. Boleh guna limau kasturi sebab dia ada aroma yang harum..
Selamat mencuba…
credit : Syahirah Mohamad
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, seorang pelajar Malaysia dilaporkan hilang pada 28 Oktober lalu dan telah ditemui sehari selepas kehilangannya berhampiran Daerah Alian, Kaohsiung di Taiwan. Mangsa merupakan pelajar tahun tiga di Universiti Christian Chang Jung di Tainan dan berumur 24 tahun.
Ekoran daripada kejadian itu, Presiden Taiwan, Tsai Ing-Wen dan Perdana Menteri Taiwan Su Tseng-Chang menzahirkan permohanan maaf bagi pihak kerajaan kepada keluarga mangsa. Permohonan maaf itu dimaklumkan oleh jurucakap Pejabat Presiden Taiwan, Xavier Chang.
Jelasnya, insiden tersebut mencemarkan imej Taiwan sebagai negara yang selamat dan berjanji tidak akan berulang lagi. Perdana Menteri mereka pula berjanji bahawa agensi berkaitan akan membantu keluarga mangsa.
Gambar hiasan
Kenyataan media Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei juga turut dimuat naik di laman Facebook Taiwan in Malaysia.
KENYATAAN MEDIA PEJABAT EKONOMI DAN KEBUDAYAAN TAIPEI
1. Kes bunuh pelajar warganegara Malaysia, Irene Chung, yang belajar di sebuah universiti di Tainan telah mengejutkan seluruh masyarakat Taiwan. Kerajaan Taiwan amat mengambil berat terhadap kes tersebut dan Presiden Tsai Ing-wen juga telah menyampaikan kedukacitaan kepada ahli keluarga mangsa dan semua rakyat Malaysia. Beliau menjanjikan tinjauan yang menyeluruh untuk memastikan kejadian seperti ini tidak akan mengulang. Beliau juga menyeru unit-unit kerajaan yang berkenaan untuk memberi bantuan sepenuhnya kepada keluarga mangsa dalam semua urusan yang menyusul.
2. Pihak Pejabat amat dukacita dan menyesal terhadap kejadian tersebut. Kami memahami perasaan kehilangan orang yang tersayang oleh keluarga mangsa dan telah mengucapkan takziah secara bersemuka. Pihak Pejabat telah membantu keluarga Chung dalam urusan melawat ke Taiwan dengan secepat mungkin dan akan terus menghulurkan bantuan yang diperlukan.
3. Kami juga memahami perasaan masyarakat Malaysia terhadap kes jenayah tersebut, terutamanya perasaan ahli-ahli keluarga Chung. Hubungan antara rakyat Malaysia dan Taiwan adalah rapat dan mendalam bagai aur dengan tebing. Maka kami berharap bahawa semua rakyat Malaysia dan Taiwan akan saling membantu dan menyokong untuk mengharungi peristiwa sedih ini.
Presiden Taiwan, Tsai Ing-Wen (Foto: Astro Awani)
Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan mangsa yang berusia 24 tahun berjalan stesen kereta api berhampiran universiti terbabit pada pukul 8 malam (waktu tempatan) sebelum dilaporkan hilang.
Difahamkan, ibu bapa pelajar terbabit telah pun berlepas ke Taiwan bagi urusan pengebumian mendiang.
Bila hari raya ramai risau nak tinggalkan rumah dalam tempoh masa yang agak lama. Dah banyak jenayah berlaku yang selalu kita dengar, lebih-lebih lagi pada musim perayaan.
Nak balik kampung pun rasa tak senang hati. Kalau nak harapkan jiran tetangga pun tak boleh juga, ya la mereka pun ada yang beraya di luar daerah. Jadi, serahkan saja keselamatan kawasan perumahan korang tu pada pihak yang bertanggungjawab.
Sekarang ni dah mudah, dengan adanya aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) korang boleh mengisi borang maklum balas balik kampung menerusi apps ini dengan mudah dan pantas.
Setiap maklum balas akan diterima dan pihak PDRM akan membuat rondaan dan pemantauan secara berkala menerusi elemen tugasan seperti URB dan MPV.
Setiap rumah yang dilawati akan diberi notis lawatan sebagai bukti rumah korang telah dilawati dan dipantau.
Korang boleh download melalui Google Playstore dan apps store bagi pengguna iPhone, tapi korang kena daftar terlebih dahulu sebagai ahli VSP.
Rasa lega sikit kan bila ada pihak berkuasa mengawasi tempat tinggal kita sepanjang tempoh balik kampung. Walau bagaimanapun, korang tetap perlu pasti kan keselamatan rumah korang terjaga.
Kalau boleh, kunci semua pintu dan pagar rumah dengan mangga kunci dan tutup tingkap jangan biarkan terbuka kerana ia boleh mengundang penjenayah untuk menyelinap masuk ke rumah.
Walaupun rumah dah diawasi oleh pihak polis, tapi janganlah pula korang ambil lewa dengan perkara-perkara keselamatan ini. Keselamatan rumah tetap jadi tanggungjawab utama korang.