(Dari Kiri) : Fajar Alfian, 26 & Muhammad Rian Ardianto, 25; Anthony Sinisuka Ginting, 24 dan Jonatan Christie, 24.

 

Sejarah dicatatkan oleh pasukan badminton Indonesia di kejohanan Piala Thomas pada malam ini setelah mereka menewaskan juara bertahan 2018, China dengan keputusan 3-0. Ini sekaligus membolehkan skuad Garuda menamatkan kemarau 19 tahun mereka.

Tamat Kemarau 19 Tahun PIALA THOMAS, Indonesia Buktikan Skuad MUDA Boleh

Tentunya, China tidak membiarkan Indonesia menikmati jalan mudah sebelum menjulang trofi Piala Thomas apabila saingan bagi setiap perlawanan yang mereka tempuhi adalah cukup sengit dan pada satu ketika, China seolah-olah mampu untuk mencuri mata kemenangan dalam kedua-dua acara perseorangan lelaki.

Namun, Indonesia tidak mudah mengalah dan mempunyai prestasi stamina serta mertaliti yang sama hebatnya dengan China.

IKLAN

Kali terakhir Indonesia dinobatkan sebagai juara Piala Thomas adalah pada tahun 2002 setelah Indonesia mengenepikan Malaysia 3-2. Dengan kejayaan kali ini, Indonesia secara rasminya telah memenangi Piala Thomas sebanyak 14 kali sejak 1958.

Arena Ceres di Aarhus, Denmark juga menjadi titik tolak kepada kemaraan pemain generasi baharu Indonesia. Kebanyakan daripada pemain mereka yang yang diturunkan berusia di bawah 26 tahun.

IKLAN
Tamat Kemarau 19 Tahun PIALA THOMAS, Indonesia Buktikan Skuad MUDA Boleh
Anthony Sinisuka Ginting, 24.

Sebagai contoh, para pemain yang berjaya menjulang Indonesia malam ini ialah Anthony Sinisuka Ginting (24 tahun), Jonatan Christie (24 tahun), Fajar Alfian (26 tahun) dan Muhammad Rian Ardianto (25 tahun).

Tamat Kemarau 19 Tahun PIALA THOMAS, Indonesia Buktikan Skuad MUDA Boleh
Jonatan Christie, 24.
Tamat Kemarau 19 Tahun PIALA THOMAS, Indonesia Buktikan Skuad MUDA Boleh
Fajar Alfian, 26 dan Muhammad Rian Ardianto, 25.

Trend menurunkan pemain muda ini juga adalah strategi sama beberapa lagi negara yang menyertai Piala Thomas pada kali ini termasuklah Malaysia dan China.

IKLAN

Ini demi memberikan mereka pengalaman berharga yang boleh menjadi kelebihan bagi perlawanan Piala Thomas pada tahun hadapan.

Secara tidak langsung, ini dilihat sebagai satu perkembangan positif dalam dunia sukan di mana negara seperti Indonesia, China dan Malaysia tidak lagi mengharapkan keringat ‘kuda tua’ hanya disebabkan kejayaan lampau yang pernah mereka kecapi. Peluang menurunkan atlet muda ini jelas berbaloi. Buktinya, China dan Indonesia mampu tiba ke peringkat akhir.

Skuad muda Malaysia kali ini juga telah menunjukkan semangat serta mempunyai masa depan yang cerah. Tidak mustahil mereka mampu menyinar lagi selepas ini berbekalkan peluang yang diberikan ini dan di kejohanan seterusnya.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI