Jika diimbas semula pada Sukan Olimpik Rio 2016, Rusia merupakan salah satu kuasa sukan utama (seperti dijangka – duh) apabila ia menduduki posisi keempat dalam kedudukan pingat keseluruhan.
Pada edisi tersebut, Rusia berjaya membawa pulang sejumlah 56 pingat.
Justeru, tentunya peminat sukan yang menonton Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan meletakkan Rusia sebagai salah satu pencabar utama untuk menduduki kedudukan Top 5.
Begitupun, agak pelik apabila Rusia tidak tersenarai sebagai negara yang bertanding. Sebaliknya, yang menggantikan Rusia pada kejohanan ini ialah ROC atau lebih dikenali sebagai Russian Olympic Committee (Jawatankuasa Olimpik Rusia). Huh, kenapa pula?
Nikita Nagornyy mewakili ROC dalam sukan gimnastik artistik lelaki, bukannya Rusia. Foto : Getty.
Sebab utama Rusia tidak menggunakan nama negara, bendera dan lagu kebangsaan berjudul Gosudarstvennyy Gimn Rossiyskoy Federatsii di Tokyo 2020 adalah kerana Rusia diharamkan daripada menyertai sebarang kejohanan sukan antarabangsa untuk tempoh empat tahun.
[Hukuman itu kemudiannya dikurangkan kepada dua tahun.]
Keputusan itu dibuat oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) pada tahun lalu apabila Rusia dibuktikan bersalah menyembunyikan program doping (dadah) terancang. Hukuman ini adalah yang paling berat pernah dikenakan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) kerana penipuan dadah. Ia juga sebentuk kesalahan yang belum pernah berlaku sebelum ini.
Ads
Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Agensi Anti Doping Dunia (WADA) dan dua jawatankuasa siasatan IOC, beberapa atlet Rusia pernah terlibat dalam program penipuan dadah ini dan kali terakhir ia berlaku adalah semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk Sochi 2014.
Bukan hanya atlet yang bersalah. Bukti yang dikemukakan juga menunjukkan program tersebut ada melibatkan pegawai kanan kerajaan termasuklah Kementerian Sukannya dengan bantuan agen rahsia negeri!
Anyway, atlet Rusia yang didapati bersih daripada apa-apa pembabitan skandal dadah masih dibenarkan bertanding pada Sukan Olimpik Tokyo 2020. Cuma mereka perlu mewakili ROC dan bukannya negara Rusia.
Sebagai contoh pada acara pembukaan tempoh hari, kita dapat menyaksikan delegasi Rusia menggunakan bendera ROC yang terdiri daripada lambang nyalaan api dalam warna rasmi bendera Rusia dan hyfa gegelung Olimpik di bawahnya.
Ads
ROC semasa acara pembukaan Sukan Olimpik, Jumaat lalu.
Sekiranya ROC memenangi pingat emas dan atletnya menaiki podium, pihak penganjur akan memainkan lagu Piano Concerto No 1 yang digubah oleh komposer Pyotr Tchaikovsky – seperti yang berlaku hari ini.
Petand tadi, ROC telah memperolehi pingat emas pertama mereka menerusi penembak 10 meter air pistol, Vitalina Batsarashkina. Dan semasa acara penganugerahan, lagu Piano Concerto No 1 yang berkumandang di seluruh arena tersebut.
Vitalina Batsarashkina bersama pemenang pingat perak dari Bulgaria, Antoaneta Boneva dan Jiang Ranxin dari China yang memenangi pingat gangsa. Foto : REUTERS
Jika selepas ini korang menonton aksi atlet ROC di kaca televisyen, korang akan perasan pakaian seragam mereka tidak meletakkan bendera Rusia tetapi masih menggunakan warna-warna rasmi bendera Rusia.
Uniform rasmi atlrt Rusia.Rusia semasa masih menggunakan bendera rasmi mereka di Sukan Olimpik Rio 2016.
Haihh, susah juga jika negara buat hal dalam industri sukan. Terus diharamkan seperti Rusia!
Dr Amalina Che Bakri hari ini telah mengumumkan yang dia telah melahirkan anak sulungnya minggu lalu. Wanita berusia 35 tahun itu berkongsi perkara itu di dalam Instagramnya hari ini.
Dalam foto yang dimuat naik itu, Dr Amalina kelihatan mendukung anak sulungnya sambil mengadap bangunan Palace of Wesminster dalam suasana matahari yang sedang memancar cantik.
“Kami dengan sukacitanya memperkenalkan puteri sulung kami, Arabella Mia. Dia dilahirkan minggu lalu di Hospital St. Thomas.
“Kami memujanya dan menghargai setiap saat dengan kegembiraan kecil kami ini. Kami teruja untuk melihat apa yang akan datang, Alhamdulillah. Lots of love,” tulis Dr Amalina mewakili dirinya dan suami.
Setakat ini hantaran tersebut telah menerima lebih 86 ribu tanda suka. Antara personaliti popular yang mengucapkan tahniah kepada mereka seperti Vivy Yusof, Mira Filzah dan Nicole Ann David.
Dr Amalina berkahwin dengan Alexander Charles dan mereka diijabkabulkan pada 31 Mac 2021 di sebuah masjid di London.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Personaliti media sosial popular, Cik B sekali lagi meraih perhatian netizen apabila menjadikan Sepanyol sebagai destinasinya untuk menyambung pelajaran.
Menerusi sebuah hantaran di platform TikTok, memperlihatkan anak perempuan kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida itu sedang memilih beberapa pasang baju untuk disusun dalam bagasi yang bakal dibawa ke sana nanti.
Dalam perkongsian yang sama, Cik B turut meminta pengikutnya meneka destinasi di mana dia akan melanjutkan pelajaran.
Menarik perhatian apabila, ada pengikut yang berjaya meneka Sepanyol, selepas adik lelakiny iaitu Kacak, secara tidak sengaja mendedahkan lokasi tersebut dalam satu sesi siaran langsung sebelum ini.
Pemerhatian Remaja mendapati, hantaran tersebut telah dibanjiri pelbagai reaksi daripada pengguna yang rata-rata teruja dengan keputusan yang dibuat oleh pempengaruh berusia 19 tahun itu.
“Cik B dah jauh nanti jaga diri baik-baik. Jangan kawan dengan orang yang bukan-bukan tau. Jaga makan, jangan banyak main game,” tulis seorang pengguna.
“Alhamdulillah semoga Cik B akan sentiasa berjaya duniawi dan ukhrowi. Semoga dipermudahkan segala urusan,” komen lagi pengguna lain.
“Kalau dah belajar di luar negara, mesti nanti Cik B lagi bergaya,” komen pengikutnya lain.
Menjengah hantaran di Instagram pula, dilihat Cik B ada berkongsi momen dirinya bersama keluarga di negara tersebut.
”Cik B sambung belajar di Spain, korang tak rindu Cik B ke?”
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: TikTok Cik B
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejajar dengan peredaran zaman dan perkembangan semasa dunia yang melihat pelajar perlu menjalani proses pembelajaran dan pengajaran di rumah, Lembaga Peperiksaan Malaysia atau LPM semalam berkata bahawa mereka telah memulakan langkah transformasi terhadap sistem peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Menurut Pengarah Peperiksaan LPM iaitu Datuk Pkhairuddin Ghazali kepada Sinar Harian, pihak lembaga dan kementerian kini sedang dalam peringkat perbincangan mengenai perkembangan sistem SPM agar ia sesuai dan relevan dengan era teknologi maklumat. Ia juga dilihat perlu agar bersesuaian dengan trend pentaksiran terkini sejak SPM diperkenalkan lebih 50 tahun yang lalu.
Bagaimanapun, sebarang perubahan ini akan melibatkan kajian dan perbincangan dengan pakar berkenaan demi mendapatkan input menyeluruh.
“Pensijilan SPM berkait rapat dengan pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Justeru, sebarang perubahan perlu berlaku secara teratur. Kita sedang teliti dan fikirkan kaedah bersesuaian. Ini memerlukan sedikit masa.
“LPM turut melihat kemudahan teknologi masa kini. Ia akan menjadi faktor pertimbangan kita dalam perbincangan. Cuma belum sampai masa untk kita kata bagaimana kaedah semua itu,” jelas beliau.
Bagaimanapun, beliau menidakkan bahawa format peperiksaan SPM 2020 akan diubah serta-merta, seperti laporan yang bertebaran. Beliau juga menidakkan kononnya SPM 2020 akan mengguna pakai sistem open book.
“Sekiranya terdapat perubahan kepada format peperiksaan SPM dan sistem pentaksiran, LPM akan memaklumkannya secara rasmi kepada orang ramai.
*
Untuk pengetahuan baru-baru ini, satu petisyen di peringkat parlimen Great Britain telah dicetuskan untuk menyokong kaedah ‘open book’ bagi peperiksaan GCSE dan A-level yang akan diduduki oleh pelajar pada tahun ini memandangkan mereka telah banyak terlepas semasa pembelajaran pada musim pandemik 2020.
Menurut laporan Financial Times, perbincangan itu berlaku setelah pakar pendidikan berkata adalah tidak adil bagi pihak pelajar untuk meneruskan peperiksaan seperti biasa setelah berdepan COVID-19 tahun lalu.
Antara cadangan lain yang diberikan termasuklah mengecilkan skop topik yang akan ditanya, dan memberikan lebih banyak soalan pilihan kepada pelajar untuk dijawab.