Jenama penjagaan peribadi halal terkemuka, Good Virtues Co., bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) memuktamadkan Do Good Challenge dengan mengumumkan pemenang hadiah utama* bernilai RM30,000 dalam satu majlis pertandingan peringkat finale yang diadakan Selasa lepas.
5 finalis yang bertanding untuk Grand Finale Do Good Challenge
Cabaran, yang direka oleh Good Virtues Co., dimulakan pada Julai 2022 dengan UiTM berperanan sebagai platform rakan kerjasama dalam memperkasakan belia Malaysia dengan pengetahuan dan kemahiran keusahawanan dunia sebenar.
Bertemakan “Dengan Melakukan Kebaikan, Kami Percaya Kebaikan akan Dibalas” (In Doing Good, We Believe That Good Is Returned), para peserta digalakkan untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dan pada masa sama bersaing dalam pertandingan ini.
“Bagi Good Virtues Co., kerjasama dengan UiTM adalah penting bagi membantu kami memberi inspirasi dan berhubung dengan pengguna Muslim kami. Kami amat berbesar hati menjadi jenama pertama yang berjaya diasimilasikan ke dalam Program SULAM UiTM yang diluluskan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia,” kata Lum Chong Heng, Pengarah Komersial Citychemo Manufacturing Sdn Bhd.
Ads
Dijalankan di 30 kampus UiTM, pertandingan ini meraih lebih 7,000 penyertaan. Para pelajar diberi peluang untuk mempraktikkan apa yang dipelajari di kelas ke dalam situasi dunia sebenar yang turut meningkatkan tanggungjawab sivik mereka.
Melibatkan empat fasa, peserta melalui peringkat penyertaan, bengkel dan latihan sehingga lima finalis dipilih untuk menerima dana awalan bernilai RM8,000.
Di peringkat pembentangan akhir, lima finalis berkenaan kemudiannya mempamerkan hasil cadangan perniagaan mereka untuk menarik perhatian panel penilaian bagi merebut peluang membawa pulang Hadiah Utama bernilai RM30,000 yang diumumkan pada majlis finale semalam.
Ads
Barisan panel hakim dan finalis.
Kejayaan penganjuran Do Good Challenge telah meletakkan laluan kerjasama yang berterusan antara Good Virtues Co. dan UiTM bagi musim seterusnya. Musim Kedua ini akan bermula pada Oktober 2023 dan diperluaskan dengan melibatkan kampus-kampus UiTM di Malaysia Timur.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Good Virtues Co. atau Do Good Challenge, layari laman sosial @goodvirtuesco di Instagram atau GoodVirtuesCo.MY di Facebook. Tanda pagar (hashtag) jenamanya termasuk #goodvirtuesco dan #celebrateyournoor, sementara tanda pagar pertandingan adalah #dogoodchallenge.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Good Virtues Co.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sivasangari Subramaniam memberikan keceriaan kepada kontinjen Malaysia di Sukan Asia apabila dia berjaya menambah kilauan emas yang keempat menerusi penampilan cemerlangnya dalam acara perseorangan skuasy wanita.
Dalam perlawanan akhir yang berlangsung lebih 64 minit itu, Sivasagari berjaya mengalahkan wakil Hong Kong, Chan Sin Yuk dengan kutipan mata 8-11, 15-13, 10-12, 11-9, 12-10.
Dengan kemenangan yang diperoleh, ini merupakan pingat emas kedua Sivasangari di Sukan Asia ke-19 apabila sebelum ini terlebih dahulu menggondol pingat emas dalam acara berpasukan wanita.
Ketika menang emas acara berpasukan wanita Sukan Asia ke-19 sebelum ini.
Kini berusia 24 tahun, anak jadi kedah ini meneruskan legasi cemerlang skuad skuasy wanita negara yang ditinggalkan oleh ikon sukan, Datuk Nicol Ann David yang telah bersara.
Imbas kembali, untuk pengetahuan pembaca REMAJA, ketika Sukan Asia ke-18 yang berlangsung di Palembang-Jakarta, Indonesia, Sivasangari merupakan pemenang pingat perak apabila dia kalah kepada Datuk Nicole Ann David yang mengondol emas dalam acara perseorangan wanita.
Selain hebat dalam bidang sukan, dia turut cemerlang dalam bidang pelajaran. Sivasangari yang merupakan bekas pelajar SMK Sultanah Asma kini meneruskan pengajiannya di universiti bertaraf ivy league, Cornell University yang terletak di New York, Amerika Syarikat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Namun, setiap cabaran dan penat lelah berjaya ditempuh oleh pasangan kembar pelari pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli dan Zaidatul Husna Zulkifli apabila diumumkan sebagai graduan pada Majlis Konvokesyen ke-47 Universiti Putra Malaysia (UPM).
Zaidatul Husna yang merupakan pelajar ijazah sarjana muda Sumber Manusia manakala Zaidatul Husniah dalam bidang Pendidikan Jasmani mengakui terpaksa melalui pelbagai cabaran untuk menamatkan pengajian kerana kedua-keduanya adalah atlet negara dalam sukan olahraga.
Menurut Husniah, dirinya perlu bijak mengatur masa agar tidak mengganggu latihan dan dapat memberi tumpuan ke atas akademik.
“Saya pernah menangguhkan pengajian selama tiga tahun kerana perlu menjalani latihan di luar negara pada 2017, 2018 dan 2020. Ini adalah satu cabaran dan pengorbanan yang perlu dilakukan,” katanya setelah 9 tahun penantian demi menghabiskan pengajian.
Sementara itu, Zaidaitul Husna pula mengakui sebagai atlet masa adalah cabaran utama yang harus ditempuhi dan cabaran terbesar sebagai atlet apabila bergelar pelajar di universiti.
“Kami memang perlu menyusun masa kerana perlu ke kelas dan latihan di tambah pula kelas yang tidak menentu ada masa pagi, petang dan malam selain perlu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.
“Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya. Inilah hadiah paling bermakna buat kedua ibu bapa kami kerana mereka adalah tulang belakang yang sentiasa memberi sokongan, semangat dan dorongan tanpa jemu agar kami sambung pelajar,” katanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malaysia sememangnya banyak melahirkan model berpotensi besar, mempunyai pakej menarik dan inginkan peluang melebarkan sayap ke pentas peragaan antarabangsa.
Ya, tidak mudah untuk model kelahiran Malaysia menggapai cita-cita tersebut; tidak semudah memetik jari. Ini memandangkan terlalu ramai saingan yang hadir daripada berlainan negara dan bangsa. Hanya yang benar-benar komited dan berbekalkan sedikit tuah atau luck yang mampu menjengah ke luar industri fesyen tempatan.
Namun, itu tidak bermakna angan-angan tersebut tidak boleh bertukar menjadi realiti.
Buktinya, seorang model kelahiran Malaysia yang dikenali sebagai Ridzman Zidaine telahpun membuat kemunculan di pentas peragaan Minggu Fesyen London, Milan & Paris 2023, baru-baru ini.
Model berusia 22 tahun yang diwakili oleh agensi Topboi Citizen di Malaysia ini juga ‘beraksi’ untuk rumah fesyen yang bukan calang-calang pengaruhnya.
Di Milan & Paris, antara jenama mewah yang melantik Ridzman sebagai model termasuklah Louis Vuitton, Hermès, Casablanca, Ermenegildo Zegna, Issey Miyake dan Wooyoungmi.
Hello gorgeous! Ridzman mempergakan sut menarik rekaan Louis Vuitton.Di pertunjukan fesyen Hermes di Milan.
Wooyongmi boy, indeed.Model yang diwakili oleh Topboi Citizen sejak usia 19 tahun ini turut berjalan bagi jenama Casablanca.Bagi jenama Homme Plisse oleh Issey Miyake.
Bukan itu saja, Ridzman turut memperagakan busana kreatif daripada pereka di London seperti Rpbyn Lynch, Voli.Idn, Juoyu Wang dan Herra. Hebat!
Jujurnya, REMAJA tumpang berbangga dengan kejayaan Ridzman dan beberapa lagi wajah kelahiran Malaysia yang berpeluang melebarkan sayap ke pentas peragaan antarabangsa,
Moga-moga, ramai model muda tempatan yang memperoleh inspirasi daripada kejayaan mereka ini untuk meneruskan minat dalam dunia peragaan. Tiada apa yang mustahil ya!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.