Baru-baru ini, isu AUKU kembali hangat diperkatakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Malah, dia turut memberi banyangan bahawa parti politik bakal dibenarkan untuk membuka cawangan di universiti. Namun, pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 perlu dilakukan terlebih dahulu bagi membenarkan ia berlaku.
Adakah pemansuhan AUKU dapat betul-betul digunakan secara positif oleh mahasiswa?
Katanya, pelbagai pindaan telah dilakukan pada akta itu yang meliputi aspek kegiatan pelajar dan urus tadbir universiti. Pelajar di institut pengajian tinggi juga telah diberikan pelbagai kelonggaran untuk menceburkan diri dalam bidang politik.
Oleh yang demikian, tidak mustahil sekiranya suatu hari nanti parti politik bakal dibenarkan untuk membuka cawangan di institusi itu.
“Kita memberi kebebasan kepada pelajar untuk menyertai mana-mana parti politik termasuk menawarkan diri bertanding dalam pilihan raya.
Ads
“Semua perkara itu telah dilonggarkan dan kemungkinannya termasuk perkara-perkara yang dicadangkan (penubuhan cawangan parti politik di universiti),” katanya.
Khaled Nordin berkata sedemikian di Dewan Rakyat, bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Mersing, Muhammad Islahuddin sama ada KPT akan memberi kelonggaran tersebut.
Apa Itu AUKU 1971
Bagi korang yang masih menuntut di peringkat kolej dan universiti, pastinya korang serba sedikit tahu mengenai isu AUKU yang mengekang kebebasan pelajar untuk bersuara dan mengadakan aktiviti. Namun bagi yang tidak berapa familiar dengan kewujudan akta ini, kami ada jawapan mengapa ia bertukar menjadi salah satu isu hangat.
Ads
Akta Universiti dan Kolej Universiti ataupun AUKU 1971 adalah satu akta yang sebahagiannya berada di bawah kuasa Kementerian Pendidikan. Walaupun idea asalnya adalah untuk mengawal soal pentadbiran dan perjalanan universiti agar lebih teratur, namun secara tidak langsung, sebahagian daripada dasar AUKU sebenarnya menghalang pembabitan pelajar dengan parti politik, persatuan sekerja dan penggabungan badan-badan pelajar.
Inilah yang membangkitkan kemarahan ramai mahasiswa Malaysia yang mendakwa AUKU sebagai penghalang suara mereka daripada didengari, sebagai punca hilangnya kuasa autonomi oleh pihak universiti sendiri dalam membuat keputusan tertentu dan akhir sekali menjadi punca ketidak adilan kepada pelajar universiti secara amnya.
Apa pendapat korang, adakah mahasiswa Malaysia dapat memastikan penglibatan mereka dalam hal dunia politik selepas ini tidak akan membayangi matlamat sebenar mereka di universiti iaitu untuk menuntut ilmu?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang lelaki ditahan semalam di Singapura kerana enggan memakai pelitup muka dan melanggar peraturan jarak selamat ketika berada didalam MRT. Walaupun telah ramai penumpang didalam MRT tersebut yang telah menegur beliau, dia masih lagi enggan memakai pelitup muka tersebut. Sebuah video yang berdurasi 2 minit tersebut telah tular di media sosial dan ianya menunjukkan lelaki tersebut yang enggan memakai pelitup muka ketika menaiki kereta api di laluan MRT Timur-Barat.
Dalam video tersebut, kedengaran seperti lelaki tersebut memberitahu seorang lagi penumpang alasan mengapa dia tidak mahu memakai pelitup muka. Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila ditegur oleh para penumpang yang lain, beliau menjawab “Pakailah pelitup muka anda, tidak mengapa, saya tidak akan sekali-kali memakainya.
Seperti yang dapat dilihat dalam video tersebut, lelaki itu kemudian duduk diantara dua penumpang dan wanita yang duduk disebelah kanannya terus segera bangun dan memberitahu penumpang lain agar tidak melayan lelaki tersebut. Ketika lelaki tersebut terus menerus memberitahu tentang kajiannya mengenai pelitup muka, penumpang disebelah kirinya pula segera bangun.
Selepas seminit, seorang penumpang telah menawarkannya pelitup muka dan lelaki ini telah membuat muka jijik sambil berkata “Saya tidak akan meletakkan benda itu pada muka saya” sambil menyelitkan kata-kata kesat dan meninggalkan pelitup muka itu diatas kerusi.
Sumber: Tangkap layar video Facebook Keefe ChanSumber: Tangkap layar video Facebook Keefe Chan
Lelaki ini dilaporkan telah ditahan kerana menyebabkan gangguan awam dan melanggar peraturan jarak selamat, menurut kenyataan Pasukan Polis Singapura (SPF). Mereka yang didapati bersalah kerana enggan memakai pelitup muka , akan dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$10,000 (RM30,924) atau kedua-duanya sekali.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, sejarah tercipta apabila pasukan e-Sukan remaja negara, Selangor Red Giants (SRG) dari Malaysia dinobatkan sebagai juara Mid Season Cup Mobile Legends Bang Bang (MLBB), MSC 2024.
Penantian pasukan SRG selama tujuh (7) tahun itu berjaya ditamatkan pada aksi perlawanan final yang berlangsung di Amazon Arena Riyadh, Arab Saudi itu, SRG mengenepikan saingan juara bertahan dari Filipina iaitu Team Falcons AP Bren Sport dengan keputusan 4-2.
Kredit: Instagram ewc_en
Menurut laporan, pasukan SRG menggunakan format ‘best of sevens’ itu, AP Bren seperti dijangka tampil dengan permainan kemas pada ‘game’ pertama, dengan ‘jungler’ KyleTzy atau Michael Angelo Sayson dan ‘gold laner’, ‘Super Marco’ atau Marco Stephen Requitiano yang menggunakan hero ‘Hayabusa’ dan ‘Roger’ menjadi penggerak untuk mereka mendapatkan kemenangan.
Dalam pada itu, menerusi sebuah video yang tular di aplikasi Tiktok. Salah seorang pemain SRG, Sekys yang ditemu bual memberitahu mengenai perancangannya jika memenangi perlawanan tersebut telah menarik perhatian orang ramai.
Kredit: Tiktok Ombonghaha
Pemain SRG, Sekys yang kini berusia 18 tahun ditanya soalan apakah yang dia akan lakukan jika menjadi juara jika memenangi wang kemenangan tersebut.
Sekys menjawab, dia akan menyimpannya kerana usianya yang masih muda. Malah, ketika ditanya sama ada dia akan membeli kereta dan Sekys memberitahu itu mungkin perancangan pada masa akan datang, yang pasti ia bukan dalam masa terdekat.
“Kalau menang, saya rasa saya akan simpan sebab saya muda lagi. Beli kereta semua itu, later punya plan kut”
“For now memang nak simpan je dalam ASB. Kalau korang champion ke apa jangan terus rasa selesa comfort, teruskan hard work dan jangan give up”
Woah! Memang bagus betul perancangan Sekys, lebih baik menyimpan sekarang untuk kemudahan masa hadapan kan! Untuk pengetahuan, Selangor Red Giants (SRG) selaku pemenang MSC edisi 2024 turut membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM4.7 juta selain trofi MSC.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat pelajar yang menuntut di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Yayasan Tuanku Abdul Rahman telah membuka permohonan untuk memohon Bantuan Pelajaran Tun Abdul Razak (BPTAR) 2020.
Bantuan ini diwujudkan bagi mengenang jasa Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan Bapa Kemerdekaan Malaysia. BPTAR 2020 diberikan khusus untuk pelajar yang berasal daripada keluarga miskin atau B40 bagi membantu mereka menampung kos sara hidup semasa menuntut di IPTA atau Universiti Awam.
Pelajar yang layak menerima BPTAR 2020 akan menerima bantuan sebanyak RM300 sebulan selama 2 semester atau 10 bulan pengajian. Hanya seramai 15 orang pelajar dari setiap universiti awam sahaja yang akan dipilih dan pastikan mereka benar-benar layak.
Permohonan ini telah dibuka dan akan ditutup pada 9 Disember 2020.
Gambar hiasan
Syarat permohonan BPTAR yang perlu korang tahu adalah seperti berikut:
1. Pemohon ialah warganegara Malaysia
2. Pemohon berdaftar sepenuh masa dalam sebarang program Ijazah Sarjana Muda di IPTA/UA
3. Pemohon datang daripada keluarga miskin tegar atau B40 dengan pendapatan keluarga RM4,849 ke bawah
4. Peminjam PTPTN dan lain-lain bantuan kewangan layak untuk memohon
Cara memohon
Pelajar perlu:
• Muat turun borang permohonan di https://drive.google.com/file/d/1RNR9Y4FaL0Hts4MnzG9h9JDzdMe1i95a/view
• Borang tersebut hendaklah diisi dengan menggunakan tangan dan huruf besar atau ditaip
• Isi borang dengan lengkap dan betul
• Emel borang yang lengkap diisi bersama dokumen kepada pihak universiti sebelum tarikh tutup permohonan
Berikut merupakan alamat emel yang boleh dirujuk:
• Universiti Malaya – aasc@um.edu.my
• Universiti Sains Malaysia – naziroh@usm.my/nurilanee@usm.my
• Universiti Teknologi Malaysia – sita@utm.my
• Universiti Kebangsaan Malaysia – kebajikanhepukm@gmail.com
• Universiti Pendidkan Sultan Idris – jhepa@upsi.edu.my
• Universiti Teknologi Mara – upkp@uitm.edu.my
Gambar hiasan
Dokumen sokongan yang perlu dilampirkan:
1. Kad pengenalan pemohon dan ibu bapa/penjaga
2. Surat pengesahan majikan ibu bapa
3. Dokumen lain (sekiranya ada)
Diingatkan juga pelajar yang berjaya menerima bantuan ini dikehendaki untuk menghantar laporan ringkas pada akhir semester 1 2020/2021 kepada pihak YTAR. Selain itu, mereka juga dikehendaki mengisi borang maklum balas pada akhir semester 2 2020/2021.
Maklumat lanjut proses ini akan disusuli dengan emel kepada pegawai yang bertanggungjawab dan pelajar. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web YTAR, https://www.yayasantar.org.my/
Jika korang menepati syarat-syarat yang ditetapkan, bolehlah mohon bantuan ini. Mana tahu ada rezeki korang kan.