Remaja kini berada di dalam aplikasi   
Remaja kini berada di dalam aplikasi   
Home Gaya Hidup Anak Imigran Dan Bekas Pelajar Universiti Stanford, Rishi Sunak Kini Bergelar Perdana...

Anak Imigran Dan Bekas Pelajar Universiti Stanford, Rishi Sunak Kini Bergelar Perdana Menteri Britain

Kredit foto Instagram Rishi Sunak

Ketidakstabilan politik di Britain akhirnya meletus apabila Liz Truss secara mengejut meletak jawatan walaupun baru enam minggu bergelar Perdana Menteri. Kegagalannya dalam mengadaptasi beberapa polisi serta dimalukan di dalam parlimen berkenaan kredibilitinya menjadikan dia bahan ketawa seluruh dunia.

Seiring dengan peletakan jawatan wanita berusia 47 tahun itu, Rishi Sunak yang sebelum ini merupakan Chancellor of the Exchequer ketika pemerintahan Boris Johnson telah dipilih sebagai Perdana Menteri Britain yang baharu.

Anak Imigran Dan Bekas Pelajar Universiti Stanford, Rishi Sunak Kini Bergelar Perdana Menteri Britain
Bersama kedua orang tua. Kredit foto Instagram Rishi Sunak

Jom kita kenali siapakah Perdana Menteri Britain yang baharu ini, berikut adalah 10 fakta tentang beliau.

IKLAN
  1. Rishi Sunak baru sahaja berusia 42 tahun, dia dilahirkan pada 12 Mei 1980.
  2. Merupakan jejaka keturunan Punjabi, ibu dan bapanya merupakan imigran dari Afrika Timur yang bermastautin ke Britain sekita tahun 1960an.
  3. Rishi mengamalkan agama Hindu dalam kehidupannya.
  4. Rishi mendapat pendidikan dalam jurusan filosofi, politik dan ekonomi di Lincoln College, Oxford.
  5. Dia menyambung pengajian dalam jurusan Sarjana Pengurusan Perniagaan di Universiti Stanford apabila dikurniakan biasiswa Fullbright.
  6. Rishi Sunak merupakan Perdana Menteri Britain yang pertama bukan berkulit putih.
  7. Dia berkahwin dengan Akshata Murty pada 2009, mereka bertemu ketika sama-sama belajar di Universiti Stanford.
  8. Isterinya seorang warganegara India merupakan anak kepada billionaire N. R. Narayana Murthy, pengasas syarikat teknologi.
  9. Rishi Sunak dan isterinya memiliki kekayaan yang jauh lebih tinggi berbanding mendiang Queen Elizabeth II. Menurut Washington Post, mereka memiliki harta bernilai 730 juta pound.
  10. Rishi Sunak memiliki dua orang cahaya mata perempuan yang dikenali sebagai Krishna dan Anoushka.
Anak Imigran Dan Bekas Pelajar Universiti Stanford, Rishi Sunak Kini Bergelar Perdana Menteri Britain
Rishi dan isterinya, Akshata Murty. Kredit foto: WireImage via Tatler

P/S – Malaysia juga bakal memperoleh Perdana Menteri ke-10 pada pilihan raya akan datang November ini. Namun jika dilihat pada usia calon Perdana Menteri dari setiap parti semuanya berada dalam lingkungan usia 60 ke 100 tahun.

IKLAN

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI