Home Blog Page 4

Sir Patrick Stewart, Bintang Star Trek & X-Men Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

0

Baru-baru ini, pelakon veteran Britain, Sir Patrick Stewart yang popular menerusi watak Kapten Jean-Luc Picard dalam siri ‘Star Trek: The Next Generation’ dan Profesor Charles Xavier menerusi francais filem ‘X-Men’, dilaporkan meninggal dunia pada usia 86 tahun. Pemergian aktor legenda itu nyata meninggalkan kesan mendalam dalam kalangan peminat industri hiburan antarabangsa.

Menurut sebuah kenyataan yang dimuat naik di platform X menerusi akaun rasmi miliknya, Stewart menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Los Angeles pada Rabu lalu. Mendiang dilaporkan menghembuskan nafas terakhir dalam jagaan penuh kasih isterinya, Sunny Ozell selepas berdepan penyakit Alzheimer dan Lewy Body Dementia.

Untuk rekod, Stewart dilahirkan pada 13 Julai 1940 di Mirfield, Yorkshire, England dan mula menceburi bidang lakonan ketika berusia 18 tahun. Beliau turut mengukuhkan namanya sebagai pelakon teater menerusi penglibatan bersama Royal Shakespeare Company sejak era 1960-an.

Sir Patrick Stewart, Bintang Star Trek & X-Men Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun Sir Patrick Stewart, Bintang Star Trek & X-Men Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

Bagaimanapun, popularitinya melonjak ke peringkat antarabangsa selepas membawakan watak Kapten Jean-Luc Picard dalam siri ‘Star Trek: The Next Generation’ yang mula ditayangkan pada 1987. Sepanjang tujuh musim, Stewart muncul dalam 176 episod dan turut mengulangi watak berkenaan menerusi beberapa filem serta siri ‘Star Trek: Picard’ pada 2020.

Selain ‘Star Trek’, Stewart turut mencipta fenomena menerusi watak Profesor Charles Xavier dalam francais ‘X-Men’ yang bermula pada 2000. Lakonannya sebagai pemimpin kumpulan mutan itu berjaya menjadikan watak Profesor X antara karakter paling ikonik dalam dunia filem adiwira.

Di sebalik kejayaan kerjayanya, Stewart sebenarnya pernah melalui zaman kanak-kanak yang cukup mencabar apabila membesar dalam keluarga berpendapatan rendah. Beliau juga pernah menyaksikan ibunya menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan mengakui bahawa dunia lakonan menjadi ruang untuk dirinya melarikan diri daripada realiti kehidupan yang sukar.

Sir Patrick Stewart, Bintang Star Trek & X-Men Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun Sir Patrick Stewart, Bintang Star Trek & X-Men Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

Atas sumbangannya dalam bidang seni persembahan, Stewart telah menerima gelaran kesatria daripada Ratu Elizabeth II pada 2010 menerusi istiadat penganugerahan di Istana Buckingham. Pengiktirafan tersebut pernah disifatkannya sebagai antara pencapaian profesional paling bermakna sepanjang perjalanan kariernya.

Untuk rekod, Stewart pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali dan dikurniakan dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu. Beliau berkahwin dengan isteri ketiganya, Sunny Ozell pada 2013, sekaligus meninggalkan legasi seni yang cukup besar menerusi sumbangannya dalam dunia teater, televisyen dan perfileman.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Nu Ideaktiv Beralih Kepada seeNI, Satukan Jenama Media & Bakat Kreatif Di Bawah Satu Identiti

0

Terbaru, Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, kini menyatukan portfolio jenama medianya di bawah satu identiti, seeNI. Langkah ini difahamkan bukan sekadar peralihan nama, sebaliknya mencerminkan hala tuju baharu syarikat dalam menghubungkan kandungan, komuniti dan peluang komersial menerusi satu ekosistem yang lebih bersepadu.

Menerusi pendekatan tersebut, seeNI mahu memperluas peluang kerjasama dengan pengiklan, agensi dan rakan strategik melalui kandungan berjenama, penajaan serta kempen yang melibatkan bakat kreatif. Usaha ini turut memberi tumpuan kepada pembinaan hubungan yang lebih bermakna dengan khalayak, selain menawarkan penyelesaian yang melangkaui penempatan iklan secara berasingan.

Nu Ideaktiv Beralih Kepada seeNI, Satukan Jenama Media & Bakat Kreatif Di Bawah Satu Identiti Nu Ideaktiv Beralih Kepada seeNI, Satukan Jenama Media & Bakat Kreatif Di Bawah Satu Identiti

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata peralihan identiti itu membawa aspirasi lebih besar dalam menyatukan kekuatan jenama media, bakat dan komuniti.

“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekaligus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami,” katanya.

Nu Ideaktiv Beralih Kepada seeNI, Satukan Jenama Media & Bakat Kreatif Di Bawah Satu Identiti
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) seeNI, Syamil Fahim
Nu Ideaktiv Beralih Kepada seeNI, Satukan Jenama Media & Bakat Kreatif Di Bawah Satu Identiti
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif seeNI, Lokman Affandy

Berteraskan tiga tunjang utama iaitu Komuniti, Kandungan dan Komersial, seeNI mahu menghubungkan khalayak melalui minat serta pengalaman bersama, di samping menggabungkan kepakaran penceritaan, produksi dan bakat. Pendekatan itu juga bertujuan membantu jenama merancang kempen yang lebih menyeluruh berdasarkan kumpulan sasaran serta matlamat perniagaan masing-masing.

Antara jenama di bawah portfolio seeNI termasuk seeNI Creator Academy, Remaja, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan ini membuka ruang untuk kekuatan setiap jenama dimanfaatkan merentas pelbagai minat dan peringkat kehidupan khalayak, sekali gus memperluas potensi kerjasama antara platform.

Nu Ideaktiv Beralih Kepada seeNI, Satukan Jenama Media & Bakat Kreatif Di Bawah Satu Identiti
Ketua Strategi & Pembangunan Kandungan seeNI. Farah Fauzana

Nu Ideaktiv Beralih Kepada seeNI, Satukan Jenama Media & Bakat Kreatif Di Bawah Satu Identiti

Dalam usaha memperkukuh penawaran tersebut, seeNI turut mengetengahkan ‘seeNI Collective’ yang menghimpunkan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions menerusi seeNI Story Lab untuk memperkasa bakat baharu industri kreatif, selain Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen serta gaya hidup.

Selain itu, ‘seeNI Talent’ diperkenalkan bagi memadankan bakat yang bersesuaian dengan keperluan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial. Pemilihan bakat mengambil kira rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan mereka untuk terlibat, sekaligus membolehkan pelanggan mendapatkan penyelesaian yang lebih tersusun mengikut objektif masing-masing.

Nu Ideaktiv Beralih Kepada seeNI, Satukan Jenama Media & Bakat Kreatif Di Bawah Satu Identiti

Hala tuju baharu ini turut diketengahkan menerusi acara ‘The New World of seeNI’ yang berlangsung di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City, pada 29 Oktober. Acara tersebut memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri.

BACA: Jangan Simpan Idea Lama-Lama Dalam Nota, Apa Kata Jadikan Cerita Anda Sebuah ‘Micro-Drama’ Bersama seeNI

Berpandukan slogan “More Begins Here”, seeNI berhasrat menjadi destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak pilihan kandungan dan peluang perniagaan. Melalui penyatuan identiti serta pengukuhan kerjasama merentas platform, syarikat itu menyasarkan pertumbuhan baharu dan pembinaan perniagaan yang lebih mampan pada masa hadapan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Bukan Sekadar Idola K-Pop, Pameran Seni RM BTS Di SFMOMA Tarik Lebih 66,000 Pengunjung

Baru-baru ini, RM daripada kumpulan BTS mencetuskan fenomena tersendiri apabila pameran koleksi seni peribadinya di San Francisco Museum of Modern Art (SFMOMA), Amerika Syarikat, berjaya menarik perhatian ramai. Pameran tersebut menerima sambutan luar biasa apabila lebih 66,000 tiket dilaporkan terjual.

Menerusi pameran ‘RM X SFMOMA: Between You and Me’, RM atau nama sebenarnya Kim Namjoon (32) mengetengahkan minat mendalamnya terhadap dunia seni melalui koleksi peribadi yang dihimpunkan selama ini. Menariknya, idea penganjuran pameran tersebut mula dicadangkan oleh pihak SFMOMA ketika dia sedang menjalani perkhidmatan ketenteraan.

Bukan Sekadar Idola K-Pop, Pameran Seni RM BTS Di SFMOMA Tarik Lebih 66,000 Pengunjung Bukan Sekadar Idola K-Pop, Pameran Seni RM BTS Di SFMOMA Tarik Lebih 66,000 Pengunjung Bukan Sekadar Idola K-Pop, Pameran Seni RM BTS Di SFMOMA Tarik Lebih 66,000 Pengunjung

Pameran yang dibuka pada awal bulan ini menampilkan sebanyak 142 karya daripada koleksi peribadi RM, termasuk lukisan dan arca. Selain itu, sebanyak 36 karya daripada koleksi tetap muzium berkenaan turut dipamerkan kepada pengunjung.

Menurut laporan The Guardian, jumlah tempahan awal bagi pameran itu mencatatkan angka enam kali ganda lebih tinggi berbanding pameran terdahulu di muzium sama. Pencapaian tersebut membuktikan daya tarikan RM bukan sahaja dalam industri muzik, malah turut mendapat perhatian dalam dunia seni.

Bukan Sekadar Idola K-Pop, Pameran Seni RM BTS Di SFMOMA Tarik Lebih 66,000 Pengunjung Bukan Sekadar Idola K-Pop, Pameran Seni RM BTS Di SFMOMA Tarik Lebih 66,000 Pengunjung Bukan Sekadar Idola K-Pop, Pameran Seni RM BTS Di SFMOMA Tarik Lebih 66,000 Pengunjung

Dalam pada itu, sambutan hangat daripada ARMY, gelaran rasmi peminat BTS, turut dapat dilihat menerusi penjualan barangan eksklusif pameran tersebut. Produk yang dijual di kedai fizikal SFMOMA dan platform dalam talian dilaporkan habis terjual dalam tempoh kira-kira tiga jam sahaja.

Lebih menarik, kejayaan pameran itu hadir ketika SFMOMA sedang berdepan tekanan kewangan. Muzium berkenaan dilaporkan mengalami defisit sebanyak AS$5 juta tahun lalu sehingga terpaksa mengurangkan jumlah tenaga kerjanya.

Bukan Sekadar Idola K-Pop, Pameran Seni RM BTS Di SFMOMA Tarik Lebih 66,000 Pengunjung Bukan Sekadar Idola K-Pop, Pameran Seni RM BTS Di SFMOMA Tarik Lebih 66,000 Pengunjung

Justeru, sambutan terhadap pameran RM dilihat mampu memberikan sokongan tambahan kepada muzium tersebut menerusi penjualan tiket dan barangan berkaitan. Kehadiran pengunjung yang memberangsangkan turut memperlihatkan bagaimana pengaruh seorang artis mampu menarik minat orang ramai terhadap seni visual.

BACA: RM BTS Terima Pengiktirafan Baharu, Dilantik Duta Global Muzium Negara Korea

Sementara itu, BTS kini meneruskan siri jelajah dunia ‘ARIRANG’ dengan beberapa persembahan yang dijadualkan berlangsung di São Paulo, Brazil, pada 28, 30 dan 31 Oktober ini. Dalam masa sama, kejayaan pameran berkenaan memperlihatkan sisi berbeza RM sebagai artis yang turut mempunyai minat mendalam terhadap seni di luar bidang muzik.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Rizky Febian Mahu Panjang Umur Demi Isteri & Anak, Kini Aktif Bersukan

Penyanyi popular Indonesia, Rizky Febian mengakui kehidupannya kini mengalami banyak perubahan sejak bergelar bapa, terutama dalam aspek penjagaan kesihatan, kematangan diri dan perancangan masa depan keluarga.

Menurut Rizky, kehadiran puteri sulungnya, Zairee Selina Quinlyn Kareema Febian menjadi antara faktor utama yang mendorongnya untuk menjalani kehidupan lebih sihat demi menikmati lebih banyak masa berkualiti bersama isteri tercinta, Mahalini dan anak mereka.

Rizky Febian Mahu Panjang Umur Demi Isteri & Anak, Kini Aktif Bersukan

Aktif Bersukan Demi Keluarga

Berkongsi mengenai perubahan tersebut, pelantun lagu Kesempurnaan Cinta itu berkata dia kini lebih menitikberatkan kesihatan diri, termasuk mula aktif bersukan dan mengamalkan pemakanan yang lebih teratur.

Malah, keinginannya untuk terus berada di sisi isteri dan anak dalam tempoh yang panjang menjadi motivasi terbesar buat dirinya untuk menjaga kesihatan dengan lebih serius.

Rizky Febian Mahu Panjang Umur Demi Isteri & Anak, Kini Aktif Bersukan

“Banyak sekali perubahan yang berlaku dalam kehidupan saya selepas kehadiran Selina. Salah satu perubahan terbesar adalah dari segi kesihatan kerana sekarang saya mula aktif bersukan dan mengamalkan gaya hidup lebih sihat.

“Antara pendorong utama adalah kerana saya mahu mempunyai umur yang lebih panjang untuk bersama isteri dan anak. Itulah yang mendorong saya untuk berdiet dan menjaga kesihatan.

“Saya mahu terus sihat supaya dapat membahagiakan mereka berdua,” katanya ketika ditemui pada sidang media konsert Malam Rawan Diorama by Rizky Febian.

Rizky Febian Mahu Panjang Umur Demi Isteri & Anak, Kini Aktif Bersukan

Lebih Matang Dan Menghargai Kehidupan

Dalam pada itu, Rizky menyifatkan kehidupannya kini lebih bermakna apabila dikurniakan sebuah keluarga kecil yang menjadi sumber kebahagiaan buat dirinya.

Jelasnya, dia kini berada dalam fasa kehidupan yang penuh dengan rasa syukur kerana merasakan segala yang diimpikan selama ini sudah pun dikurniakan oleh Allah SWT.

Rizky Febian Mahu Panjang Umur Demi Isteri & Anak, Kini Aktif Bersukan

“Sekarang saya rasa tidak perlu meminta apa-apa lagi daripada Allah kerana Dia sudah memberikan segalanya kepada saya. Rezeki yang melimpah, isteri yang cantik dan anak yang cantik. Apa lagi yang saya mahu?

“Sekarang saya hanya perlu terus bersyukur dan menjalani kehidupan yang sihat. Saya lebih matang dalam membuat keputusan dan berfikir lebih jauh sebelum melakukan sesuatu perkara.

“Saya mula memikirkan bagaimana kehidupan Selina apabila dia semakin membesar dan bagaimana kehidupan saya bersama Mahalini dalam tempoh lima tahun akan datang,” jelasnya.

Rizky Febian Mahu Panjang Umur Demi Isteri & Anak, Kini Aktif Bersukan

Teroka Perniagaan, Bina Masa Depan Keluarga

Bukan sahaja memberi perhatian kepada kesihatan dan kehidupan peribadi, Rizky turut mengambil langkah untuk memperkukuh kedudukan kewangannya menerusi bidang perniagaan.

Selain memberi tumpuan kepada kerjaya muzik, penyanyi itu kini dalam usaha membangunkan syarikat rakaman sendiri serta meneroka peluang baharu di luar industri hiburan.

Antara usaha yang sedang diberi perhatian termasuk mempelajari selok-belok perniagaan dan membangunkan jenama minyak wangi milik isterinya, Mahalini.

“Saya sekarang fokus membangunkan syarikat rakaman sendiri dan pada masa sama mahu meneroka bidang lain di luar industri muzik. Saya mula belajar mengenai perniagaan dan bidang-bidang lain, termasuk membangunkan jenama minyak wangi Mahalini.

“Saya mahu terus berinovasi dan mencari peluang baharu supaya dapat membahagiakan isteri dan anak mengikut kemampuan saya,” ujarnya.

Rizky Febian Mahu Panjang Umur Demi Isteri & Anak, Kini Aktif Bersukan

Bakal Gegarkan Zepp Kuala Lumpur

Sementara itu, Rizky bakal kembali menemui peminat di Malaysia menerusi konsert Malam Rawan Diorama by Rizky Febian yang dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 29 November ini.

Konsert anjuran AM Entertainment dan RSI Solusi Indonesia itu turut menampilkan penyanyi dari Indonesia, Nadhif Basalamah sebagai artis undangan.

Kehadiran kedua-dua penyanyi tersebut pastinya dinantikan peminat yang ingin menikmati persembahan secara langsung menerusi barisan lagu popular mereka.

Rizky Febian Mahu Panjang Umur Demi Isteri & Anak, Kini Aktif Bersukan

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

San ATEEZ Dedah Rahsia Bina Tubuh Sasa, Transformasi Empat Tahun Berbaloi!

Baru-baru ini, San daripada kumpulan popular K-Pop, ATEEZ tampil mendedahkan perjalanan di sebalik perubahan fizikalnya sehingga memiliki tubuh sasa yang menjadi perhatian peminat. Transformasi tersebut bukanlah sesuatu yang berlaku dalam sekelip mata, sebaliknya memerlukan komitmen dan usaha berterusan selama beberapa tahun.

Menerusi sebuah rancangan realiti televisyen ‘The Manager’, San atau nama penuhnya Choi San (27) berkongsi rutin kecergasan beliau yang kini menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian. Menurut pengurusnya, penyanyi itu sangat mementingkan penjagaan tubuh badan sehingga sanggup meluangkan masa untuk bersenam hampir setiap hari, termasuk ketika menginap di hotel.

“San memang sangat serius dalam menjaga tubuhnya, sebab itulah dia bersenam hampir setiap hari. Malah, dia tetap bersenam setiap hari walaupun kami menginap di hotel,” jelas pengurusnya ketika menceritakan disiplin San dalam menjaga kecergasan diri.

San ATEEZ Dedah Rahsia Bina Tubuh Sasa, Transformasi Empat Tahun Berbaloi! San ATEEZ Dedah Rahsia Bina Tubuh Sasa, Transformasi Empat Tahun Berbaloi!

Bagaimanapun, San mengakui bahawa dirinya tidak sentiasa memiliki bentuk tubuh berotot seperti yang dilihat peminat hari ini. Malah, rakan sekumpulannya, Hongjoong, turut mendedahkan bahawa San pernah berasa kurang yakin dengan penampilan fizikal beliau ketika masih muda.

Menurut San, koreografi ATEEZ yang terkenal dengan pergerakan bertenaga dan intensif turut mendorongnya untuk membina otot. Beliau merasakan tubuh yang lebih kuat diperlukan bagi menyokong persembahan mereka yang memerlukan stamina serta pergerakan berskala besar di atas pentas.

Bagi mencapai matlamat tersebut, San bukan sahaja meningkatkan intensiti latihan di gim, malah turut mengubah corak pemakanannya. Dia dilaporkan mengambil makanan tinggi karbohidrat bersama susu serta meningkatkan kekerapan makan sehingga enam kali sehari bagi membantu proses menambah jisim otot.

San ATEEZ Dedah Rahsia Bina Tubuh Sasa, Transformasi Empat Tahun Berbaloi! San ATEEZ Dedah Rahsia Bina Tubuh Sasa, Transformasi Empat Tahun Berbaloi!

Usaha berkenaan akhirnya membuahkan hasil apabila San berjaya menambah kira-kira 13 kilogram selepas menjalani latihan dan penjagaan pemakanan selama lebih kurang empat tahun. Perubahan itu sekaligus membentuk imej fizikalnya yang lebih sasa dan menyerlah ketika membuat persembahan bersama ATEEZ.

BACA: Yunho ATEEZ Putus Dengan Kekasih, KQ Entertainment Dedah Hubungan Berakhir Tiga Bulan Lalu

Kini, fizikal San bukan sahaja menjadi antara perkara yang menarik perhatian peminat, malah turut melengkapi karismanya sebagai seorang penghibur di atas pentas. Transformasinya membuktikan bahawa di sebalik penampilan yang mengagumkan, terdapat disiplin, pengorbanan dan usaha konsisten yang dilakukan selama bertahun-tahun.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Tiga Pelajar Tingkatan Dua MRSM Bagan Datuk Cipta Alat Bantuan OKU Penglihatan, Raih Johan Samsung Solve For Tomorrow 2026

0

Siapa sangka, pada usia baru 14 tahun, tiga pelajar Tingkatan Dua dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Bagan Datuk, Perak berjaya menghasilkan inovasi teknologi bagi membantu golongan orang kurang upaya (OKU) penglihatan menjalani kehidupan seharian dengan lebih mudah.

Lebih membanggakan, hasil kreativiti dan usaha gigih mereka menerusi inovasi dikenali sebagai The Vision Sense berjaya membawa kumpulan InnovateZ muncul sebagai johan pertandingan Samsung Solve For Tomorrow 2026.

Kejayaan membanggakan itu diraih pada acara kemuncak The Grand Finale yang berlangsung di Crowne Plaza Kuala Lumpur City Centre pada 24 Oktober lalu.

Kumpulan InnovateZ dianggotai oleh tiga pelajar Tingkatan Dua iaitu Ayatul ‘Izzah Mohd Saiful Aizat, Hannah Nasuha Mohammad Hilmi dan Nur Fareeha Ahmad Hilmi.

Menerusi inovasi The Vision Sense, ketiga-tiga pelajar berkenaan mengetengahkan idea pembangunan alat bantuan yang memberi tumpuan kepada keperluan golongan OKU penglihatan.

Tiga Pelajar Tingkatan Dua MRSM Bagan Datuk Cipta Alat Bantuan OKU Penglihatan, Raih Johan Samsung Solve For Tomorrow 2026

Inovasi tersebut bukan sahaja memperlihatkan kebolehan pelajar muda dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), malah membuktikan bahawa teknologi mampu dimanfaatkan untuk menghasilkan penyelesaian kepada cabaran yang dihadapi masyarakat.

Samsung Solve For Tomorrow 2026: Bersaing Dengan Pelajar Dari Seluruh Negara

Untuk pengetahuan, Samsung Solve For Tomorrow merupakan pertandingan inovasi yang membuka peluang kepada pelajar sekolah menengah berusia antara 13 hingga 15 tahun di seluruh negara untuk mengetengahkan idea kreatif dalam menyelesaikan permasalahan dunia sebenar.

Pertandingan yang bermula pada awal Julai lalu itu menyaksikan setiap kumpulan perlu menyediakan penulisan serta cadangan inovasi sebelum menghantar penyertaan kepada pihak Samsung untuk dinilai.

Daripada penyertaan yang diterima, hanya 10 kumpulan dengan idea terbaik dipilih untuk mara ke peringkat separuh akhir.

Pada peringkat tersebut, peserta turut berpeluang mengikuti Bengkel Design Thinking anjuran Samsung dengan kerjasama Universiti Malaya bagi memperkukuh idea serta menambah baik pembangunan inovasi masing-masing secara lebih sistematik.

Seterusnya, hanya lima kumpulan terbaik dipilih untuk berentap pada peringkat akhir berdasarkan penilaian juri terhadap idea dan potensi produk inovasi yang dihasilkan.

Peringkat Grand Finale tahun ini menyaksikan persaingan sengit antara lima kumpulan sekolah menengah dari Bagan Datuk, Kuantan, Rawang, Beluran dan Tawau.

Bagaimanapun, inovasi The Vision Sense yang diketengahkan oleh kumpulan InnovateZ akhirnya berjaya mencuri perhatian juri sekali gus dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

Tiga Pelajar Tingkatan Dua MRSM Bagan Datuk Cipta Alat Bantuan OKU Penglihatan, Raih Johan Samsung Solve For Tomorrow 2026

Tiga Pelajar Tingkatan Dua MRSM Bagan Datuk Cipta Alat Bantuan OKU Penglihatan, Raih Johan Samsung Solve For Tomorrow 2026

Bukti Pelajar Muda Mampu Hasilkan Inovasi Berimpak

Di sebalik kejayaan tersebut, kumpulan InnovateZ turut menerima bimbingan daripada dua guru penasihat, iaitu Ts. Muhammad Hafiz Azahari dan Mohd Faisal Fadzil.

Tidak ketinggalan, sumbangan kepakaran Dr. Mohd Saiful Aizat Mohd Shafie dari bidang Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Sains Malaysia (USM), turut diberikan penghargaan dalam menjayakan pembangunan inovasi berkenaan.

Kejayaan tiga pelajar ini sekali gus membuktikan bahawa usia muda bukanlah penghalang untuk seseorang menghasilkan inovasi yang berpotensi memberi manfaat kepada masyarakat.

Malah, pencapaian tersebut diharap dapat menjadi inspirasi kepada lebih ramai pelajar sekolah untuk meneroka bidang STEM serta berani mengetengahkan idea kreatif yang mampu membawa perubahan positif.

Tahniah diucapkan kepada kumpulan InnovateZ dan seluruh warga MRSM Bagan Datuk atas kejayaan membanggakan ini!

Sumber : Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik. 

Azeva Tak Kisah Dikecam Selepas Duet Dengan Harris, Akui Sudah Biasa Dihentam Sejak Kecil

Penyanyi dan pelakon, Azeva mengakui dirinya tidak mengambil hati sekiranya menerima kritikan atau kecaman daripada netizen susulan persembahan duet bersama bintang Borneo Rising, Harris pada pentas akhir program berkenaan.

Menerusi perkongsian dalam satu siaran langsung di TikTok, Azeva berkata dia sudah lali berdepan komen-komen negatif sejak kecil, sekali gus membuatkan dirinya tidak terlalu terkesan dengan pandangan orang ramai.

Menurutnya, pelbagai kritikan pernah dilemparkan terhadap dirinya, termasuk berkaitan kemampuan dalam bidang nyanyian, lakonan dan pengacaraan.

Azeva Tak Kisah Dikecam Selepas Duet Dengan Harris, Akui Sudah Biasa Dihentam Sejak Kecil

Sudah Biasa Terima Kecaman Sejak Kecil

Azeva yang juga anak kepada penerbit terkenal, A.Aida berkata, dia tidak menganggap kritikan terhadap bakat seninya sebagai sesuatu yang baharu.

Malah, penyanyi itu turut berkongsi bahawa dirinya pernah menerima komen keterlaluan daripada netizen sehingga menyentuh perkara peribadi.

“Saya dari kecil orang hentam saya. Bila ada orang kata saya tak pandai nyanyi, tidak mengapalah orang cakap apa.

“Ada orang kata saya, kau m*ti je dari jadi anak dia. Bila orang kata saya dahlah tak pandai menyanyi, berlakon hauk, hos tak best tetapi cantik. Saya macam hold up wau saya cantik. Saya memang tak boleh nyanyi sangat,” ujarnya.

Azeva Tak Kisah Dikecam Selepas Duet Dengan Harris, Akui Sudah Biasa Dihentam Sejak Kecil

Tidak Tahu Bakal Duet Di Pentas Akhir

Dalam masa sama, Azeva menjelaskan bahawa dia pada awalnya tidak mengetahui dirinya dijemput untuk membuat persembahan duet di pentas akhir Borneo Rising.

Sebaliknya, dia menyangka jemputan tersebut hanya melibatkan tugas sebagai hos sebelum mengetahui perkara sebenar pada minggu yang sama dengan acara berkenaan.

Jelasnya, dia sudah menjangkakan kemungkinan menerima kecaman selepas mengetahui perlu menyanyi bersama Harris, apatah lagi dirinya bukanlah seorang penyanyi yang bertanding dalam program tersebut.

“Saya tak tahu saya kena buat apa untuk dijemput final. Ingatkan duet host. Saya baru tahu minggu sama, hari isnin yang saya kena duet. Saya dah bersedia untuk kena hentam.

“Saya tahu saya tak boleh. Saya ingat nyanyi bukan bertanding sebab itu saya okay. Ramai orang cakap pasal saya,” kongsinya.

Azeva Tak Kisah Dikecam Selepas Duet Dengan Harris, Akui Sudah Biasa Dihentam Sejak Kecil

Doakan Rezeki Harris, Percaya Tuah Nombor Empat

Walaupun berdepan kritikan susulan persembahan tersebut, Azeva tetap mendoakan agar Harris terus dimurahkan rezeki dalam perjalanan seninya.

Malah, dia turut percaya kedudukan nombor empat dalam sesebuah pertandingan mampu membawa tuah tersendiri, berdasarkan pengalaman individu yang pernah meraih kedudukan sama.

“Semoga Harris dimurahkan rezeki sebab selalu orang yang dapat nombor empat ini dimurahkan rezeki yang banyak. Lihat sahaja saya, Ammar, ayah saya,” katanya lagi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Hidap Kanser Darah, Graduan UiTM Tetap Berjaya Genggam Diploma Walaupun Berdepan Ujian Kesihatan

0

Di sebalik kegembiraan meraikan kejayaan menamatkan pengajian, seorang graduan UiTM hidap kanser darah membuktikan bahawa ujian kesihatan bukanlah penghalang untuk terus mengejar cita-cita.

Mohammad Nurhafiy Mohamad Razali, 22, yang disahkan menghidap kanser darah ketika berada di penghujung pengajian, tetap cekal mengharungi cabaran sehingga berjaya menggenggam Diploma Teknologi Binaan dari Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar.

Biarpun impiannya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu, anak muda itu tidak pernah berputus asa dan masih menyimpan hasrat untuk menyambung pelajaran apabila keadaan kesihatannya kembali mengizinkan.

Graduan UiTM Hidap Kanser Darah Ketika Penghujung Pengajian

Menurut Mohammad Nurhafiy, kehidupannya mula berubah apabila mengalami penurunan berat badan secara mendadak, selain menyedari kewujudan benjolan berhampiran bahagian bawah ketiak yang semakin membesar serta kesakitan pada tangan.

Hidap Kanser Darah, Graduan UiTM Tetap Berjaya Genggam Diploma Walaupun Berdepan Ujian Kesihatan

Bagaimanapun, anak kedua daripada lima beradik itu pada awalnya tidak menyangka perubahan tersebut merupakan petanda penyakit serius memandangkan dirinya masih berasa sihat dan tidak mengalami keletihan melampau.

Susulan pemeriksaan awal di hospital, beliau kemudiannya dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menjalani prosedur biopsi untuk mengenal pasti punca sebenar masalah kesihatannya.

“Saya mendapatkan pemeriksaan sekitar Ogos tahun lalu sebelum menerima keputusan pada Oktober, manakala rawatan bermula pada November,” katanya ketika ditemui selepas Istiadat Konvokesyen UiTM ke-105 di Shah Alam.

Perkembangan kesihatan yang tidak dijangka itu membawa perubahan besar dalam perjalanan hidup Mohammad Nurhafiy, khususnya ketika beliau sedang berada pada fasa penting untuk menamatkan pengajian dan merancang masa depan.

Impian Sambung Pengajian Terpaksa Ditangguhkan

Hidap Kanser Darah, Graduan UiTM Tetap Berjaya Genggam Diploma Walaupun Berdepan Ujian Kesihatan

Hidap Kanser Darah, Graduan UiTM Tetap Berjaya Genggam Diploma Walaupun Berdepan Ujian Kesihatan

Meskipun perjalanan hidupnya kini lebih tertumpu kepada rawatan dan proses rehabilitasi, Mohammad Nurhafiy tetap optimis untuk kembali meneruskan pengajian demi merealisasikan impian yang masih belum kesampaian.

Hasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda masih menjadi sebahagian daripada perancangan masa depannya, walaupun buat masa ini beliau perlu memberikan keutamaan kepada keadaan kesihatan dan proses pemulihan.

Dalam keadaan tersebut, kejayaan menamatkan pengajian di peringkat diploma tetap menjadi pencapaian yang membanggakan, lebih-lebih lagi apabila beliau perlu menyesuaikan kehidupan dengan rawatan yang sedang dijalani.

Ketabahan Graduan UiTM Hidap Kanser Darah Jadi Inspirasi

Bagi Mohammad Nurhafiy, kejayaan menggenggam Diploma Teknologi Binaan bukan sekadar menandakan tamatnya satu peringkat pengajian, malah menjadi lambang usaha dan kesungguhan untuk meneruskan kehidupan di sebalik ujian yang dihadapi.

Walaupun perjalanan untuk mencapai cita-cita seterusnya masih bergantung kepada tahap kesihatan, semangat yang ditunjukkan membuktikan bahawa impian seseorang tidak semestinya terhenti apabila berdepan dengan dugaan.

Kejayaan akademik mungkin menjadi matlamat utama sepanjang tempoh pengajian, namun ketabahan untuk mengharungi kesukaran juga merupakan satu bentuk pencapaian yang mempunyai nilai tersendiri.

Dengan harapan untuk kembali menyambung pengajian apabila keadaan mengizinkan, beliau terus membawa impian yang sama meskipun laluan untuk mencapainya kini berbeza daripada perancangan asal.

Sumber : Harian Metro, Universiti Teknologi MARA – Media Rasmi

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Astro BizOne Watch Party Di UNITEN Sabtu Ini Kumpulkan ‘Fans’ Chelsea Dan Manchester United. Kedua- Dua Harapkan Kemenangan!

Tekanan tentunya dapat dirasakan berada di bahu Michael Carrick, 45 sebagai pengurus pasukan Manchester United berikutan kekalahan memalukan 0-3 kepada Bournemouth dalam aksi Liga Perdana (Premier League), Ahad lalu.

Rekod badi enam perlawanan Premier League tanpa mencatatkan sebarang kemenangan bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan oleh United dan rata-rata peminat Red Devils tidak lagi boleh bersabar dengan prestasi kelab bola sepak itu. Pelbagai kritikan menjegah ke pengetahuan United terutamanya dalam aspek taktikal United.

Lebih malang lagi, masa depan Carrick kini menjadi topik perbualan setelah ada yang tampuk kepimpinan kelab tersebut terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif United, Omar Berrada dan Pengarah Bola Sepak United, Jason Wilcox yang dilihat berada di pusat latihan Carrington semalam dipercayai bagi membincangkan kedudukan Carrick.

Astro BizOne Watch Party Di UNITEN Sabtu Ini Kumpulkan ‘Fans’ Chelsea Dan Manchester United. Kedua- Dua Harapkan Kemenangan!
Pengurus Manchester United, Michael Carrick.

Adakah Manchester United Mampu Membenam Chelsea?

Tekanan yang semakin memuncak terhadap United ini boleh dilihat dari dua sudut berbeza. Dari satu perspektif, besar kemungkinan United mampu menggunakan tekanan tersebut untuk bangkit bagi mengenepikan saingan Chelsea dalam perlawanan pada hari Sabtu minggu ini; sekaligus menutup mulut semua pengkritik mereka.

Namun dari satu perspektif berbeza, sekiranya situasi semasa dalam kelab berkenaan kini dihambat negativiti, tidak mustahil United akan meneruskan kekalahan atau keputusan seri yang ‘dipertahankan’ selama enam minggu.

Chelsea Turut Ingin Memburu Kemenangan

Di bahagian lawan, Chelsea yang beraksi dengan 10 pemain pada minggu lalu turut ingin memburu kemenangan setelah tewas di tangan Tottenham di Stamford Bridge dengan keputusan 0-2.

Pengurus Chelsea, Xabi Alonso jelas tidak mampu menyembunyikan kekecewaannya setelah kekalahan tersebut dan ingin seluruh pasukan kendaliannya mengambil tanggungjawab bersama.

Astro BizOne Watch Party Di UNITEN Sabtu Ini Kumpulkan ‘Fans’ Chelsea Dan Manchester United. Kedua- Dua Harapkan Kemenangan!
Pengurus Chelsea, Xabi Alonso.

Keputusan kad merah terhadap Cole Palmer pada minggu lalu juga ingin dilupakan oleh Chelsea disamping mengharapkan agar penyerang utamanya, Joao Pedro dapat beraksi semula secepat mungkin setelah mengalami kecederaan.

Dari Skrin Ke Komuniti Di Astro BizOne Watch Party

Apapun, kita hanya boleh menunggu perlawanan Manchester United menentang Chelsea pada Sabtu, 31 Oktober ini dan apa yang lebih menyeronokkan selain menontonnya beramai-ramai!

Seperti biasa, anda tidak lagi perlu tercari-cari di manakah lokasi berkumpul kerana Astro BizOne Watch Party sekali lagi ingin mengajak peminat bola sepak merasai sendiri kemeriahan perlawanan Liga Perdana.

Bertempat di COE Foodcourt @ Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di Putrajaya, acara yang dibawakan oleh Ubermen Aura ini merupakan satu inisiatif bagi membawakan tayangan perlawanan bola sepak dalam persekitaran komuniti.

Menerusi Astro BizOne Watch Party, kampus UNITEN dilihat bukan sekadar sebuah institusi pendidikan tetapi menjadi ruang di mana pendidikan, hiburan dan komuniti bertemu dalam satu suasana.

Ratusan pelajar, peminat bola sepak, dan komuniti setempat dijangka berhimpun untuk sama-sama menikmati perlawanan live di skrin besar, lengkap dengan suasana sorakan, emosi ‘game day’, dan aktiviti sampingan bersama pelajar UNITEN dan orang ramai.

Astro BizOne Watch Party Di UNITEN Sabtu Ini Kumpulkan ‘Fans’ Chelsea Dan Manchester United. Kedua- Dua Harapkan Kemenangan!

Raikan 30 Tahun Astro Bersama-Sama

Astro BizOne Watch Party kali ini turut menjadi sebahagian daripada kemeriahan sambutan ulang tahun ke-30 Astro, meraikan perjalanan tiga dekad Astro bersama rakyat Malaysia menerusi hiburan dan sukan.

Menerusi Watch Party ini, peminat bola sepak berpeluang untuk berkumpul, bersorak dan menikmati debaran perlawanan secara ‘live’ dalam suasana komuniti yang lebih meriah.

Pakai jersi pasukan pilihan, ajak satu geng dan bersedia untuk malam yang mungkin akan dipenuhi dengan gol, sorakan dan sedikit ‘friendly banter‘ sesama penyokong. Kita jumpa di Astro BizOne Watch Party!

Untuk makluman lanjut mengenai Astro BizOne Rewards, jom layari ke biz.astro.com.my/bizone-rewards.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Manchester United vs Chelsea: Misi Penting Tamatkan Badi 6 Perlawanan Tanpa Kemenangan, Jom Astro BizOne Watch Party!

0

Tekanan tentunya dapat dirasakan berada di bahu Michael Carrick, 45 sebagai pengurus pasukan Manchester United berikutan kekalahan memalukan 0-3 kepada Bournemouth dalam aksi Liga Perdana (Premier League), Ahad lalu.

Rekod badi enam perlawanan Premier League tanpa mencatatkan sebarang kemenangan bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan oleh United dan rata-rata peminat Red Devils tidak lagi boleh bersabar dengan prestasi kelab bola sepak itu.Pelbagai kritikan menjegah ke pengetahuan United terutamanya dalam aspek taktikal United.

Manchester United vs Chelsea: Misi Penting Tamatkan Badi 6 Perlawanan Tanpa Kemenangan, Jom Astro BizOne Watch Party!
Pengurus Manchester United, Michael Carrick.

Lebih malang lagi, masa depan Carrick kini menjadi topik perbualan setelah ada yang tampuk kepimpinan kelab tersebut terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif United, Omar Berrada dan Pengarah Bola Sepak United, Jason Wilcox yang dilihat berada di pusat latihan Carrington semalam dipercayai bagi membincangkan kedudukan Carrick.

Adakah Manchester United Mampu Membenam Chelsea?

Tekanan yang semakin memuncak terhadap United ini boleh dilihat dari dua sudut berbeza. Dari satu perspektif, besar kemungkinan United mampu menggunakan tekanan tersebut untuk bangkit bagi mengenepikan saingan Chelsea dalam perlawanan pada hari Sabtu minggu ini; sekaligus menutup mulut semua pengkritik mereka.

Namun dari satu perspektif berbeza, sekiranya situasi semasa dalam kelab berkenaan kini dihambat negativiti, tidak mustahil United akan meneruskan kekalahan atau keputusan seri yang ‘dipertahankan’ selama enam minggu.

Chelsea Turut Ingin Memburu Kemenangan

Di bahagian lawan, Chelsea yang beraksi dengan 10 pemain pada minggu lalu turut ingin memburu kemenangan setelah tewas di tangan Tottenham di Stamford Bridge dengan keputusan 0-2.

Pengurus Chelsea, Xabi Alonso jelas tidak mampu menyembunyikan kekecewaannya setelah kekalahan tersebut dan ingin seluruh pasukan kendaliannya mengambil tanggungjawab bersama.

Manchester United vs Chelsea: Misi Penting Tamatkan Badi 6 Perlawanan Tanpa Kemenangan, Jom Astro BizOne Watch Party!
Pengurus Chelsea, Xabi Alonso

Keputusan kad merah terhadap Cole Palmer pada minggu lalu juga ingin dilupakan oleh Chelsea disamping mengharapkan agar penyerang utamanya, Joao Pedro dapat beraksi semula secepat mungkin setelah mengalami kecederaan.

Aksi Paling Dinantikan di Astro BizOne Watch Party

Apapun, kita hanya boleh menunggu perlawanan Manchester United menentang Chelsea pada Sabtu, 31 Oktober ini dan apa yang lebih menyeronokkan selain menontonnya beramai-ramai!

Seperti biasa, anda tidak lagi perlu tercari-cari di manakah lokasi berkumpul kerana Astro BizOne Watch Party sekali lagi ingin mengajak peminat bola sepak merasai sendiri kemeriahan perlawanan Liga Perdana.

Astro BizOne Watch Party bakal berlangsung Ayam Gepuk Top Global yang terletak di Plaza KLTS, Setapak mulai jam 7.30 malam (jadual sepak mula). Memang sesuai sangatlah untuk anda datang awal sebelum perlawanan, order makanan yang anda inginkan dan bersedia menyarungkan jersi Manchester United atau Chelsea sebelum mereka turun berentap.

Suasana restoran yang santai di samping menu ‘Ayam Gepuk’ yang menjadi pilihan ramai penonton bola sepak pelbagai generasi menjadikan Astro BizOne Watch Party satu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan.