Baru-baru ini, San daripada kumpulan popular K-Pop, ATEEZ tampil mendedahkan perjalanan di sebalik perubahan fizikalnya sehingga memiliki tubuh sasa yang menjadi perhatian peminat. Transformasi tersebut bukanlah sesuatu yang berlaku dalam sekelip mata, sebaliknya memerlukan komitmen dan usaha berterusan selama beberapa tahun.
Menerusi sebuah rancangan realiti televisyen ‘The Manager’, San atau nama penuhnya Choi San (27) berkongsi rutin kecergasan beliau yang kini menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian. Menurut pengurusnya, penyanyi itu sangat mementingkan penjagaan tubuh badan sehingga sanggup meluangkan masa untuk bersenam hampir setiap hari, termasuk ketika menginap di hotel.
“San memang sangat serius dalam menjaga tubuhnya, sebab itulah dia bersenam hampir setiap hari. Malah, dia tetap bersenam setiap hari walaupun kami menginap di hotel,” jelas pengurusnya ketika menceritakan disiplin San dalam menjaga kecergasan diri.
Bagaimanapun, San mengakui bahawa dirinya tidak sentiasa memiliki bentuk tubuh berotot seperti yang dilihat peminat hari ini. Malah, rakan sekumpulannya, Hongjoong, turut mendedahkan bahawa San pernah berasa kurang yakin dengan penampilan fizikal beliau ketika masih muda.
Ads
Menurut San, koreografi ATEEZ yang terkenal dengan pergerakan bertenaga dan intensif turut mendorongnya untuk membina otot. Beliau merasakan tubuh yang lebih kuat diperlukan bagi menyokong persembahan mereka yang memerlukan stamina serta pergerakan berskala besar di atas pentas.
Bagi mencapai matlamat tersebut, San bukan sahaja meningkatkan intensiti latihan di gim, malah turut mengubah corak pemakanannya. Dia dilaporkan mengambil makanan tinggi karbohidrat bersama susu serta meningkatkan kekerapan makan sehingga enam kali sehari bagi membantu proses menambah jisim otot.
Ads
Usaha berkenaan akhirnya membuahkan hasil apabila San berjaya menambah kira-kira 13 kilogram selepas menjalani latihan dan penjagaan pemakanan selama lebih kurang empat tahun. Perubahan itu sekaligus membentuk imej fizikalnya yang lebih sasa dan menyerlah ketika membuat persembahan bersama ATEEZ.
Kini, fizikal San bukan sahaja menjadi antara perkara yang menarik perhatian peminat, malah turut melengkapi karismanya sebagai seorang penghibur di atas pentas. Transformasinya membuktikan bahawa di sebalik penampilan yang mengagumkan, terdapat disiplin, pengorbanan dan usaha konsisten yang dilakukan selama bertahun-tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Trend selebriti Hollywood bertukar menjadi mogul jenama kosmetik semakin berluasan.
Terbaru, Selena Gomez bakal melancarkan jenama Rare Beauty hasil inspirasi nama album terbarunya, Rare.
Daripada album Rare (kiri) kepada jenama kosmetik.
Selena terlebih dahulu memuat naik teaser di Instagram pada hari ini. Peminat Selena giat ‘membuat kerja’ untuk merungkai teaser tersebut dan ternyata, jenama Rare Beauty itu boleh didapati di Sephora tak lama lagi.
Bagaimanapun, kami masih belum pasti sama ada ia akan memasuki pasaran Malaysia pada waktu yang sama atau tidak.
Selena Gomez turut bercakap mengenai pengenalan tersebut menerusi video Instagram Live.
“Saya akan melancarkan Rare Beauty setelah 2 tahun menyiapkannya.
“Saya telah berjumpa dengan rakan kongsi dan pasukan yang betul untuk memperkenalkan jenama kosmetik yang boleh diterima oleh korang semua.”
Produk Untuk Lelaki Pun Ada
Menurutnya penyanyi Lose You To Love Me itu, dia juga inginkan produknya dipakai oleh lelaki dan perempuan untuk menyerlahkan lagi diri sendiri, bukannya untuk cuba menjadi orang yang lain.
Secara tidak langsung, ia membezakan Rare Beauty dengan jenama kosmetik selebriti lain seperti Fenty Beauty (Rihanna) dan Kylie Cosmetics (Kylie Jenner).
Sejak akhir-akhir ini, kita sering terbaca kejadian jelik. Anak tikam emak, abang bunuh adik, kawan tetak kawan dan macam-macam lagi berita.
Jangan terkejut kerana diberitakan 30 peratus atau 4.2 juta rakyat di negara ini mengalami masalah kesihatan mental.
Kajian dari National Health & Morbility pada tahun 2015 mendapati 3:10 mereka yang berumur 16 tahun ke atas mengalami masalah kesihatan mental iaitu kira-kira 29.2 peratus remaja di negara ini. Terkejutkan?
Manakala di kalangan kanak-kanak pula menunjukkan angka 12.1 peratus mewakili usia di antara 5-10 tahun.
Statistik pula menunjukkan seorang dalam kalangan tiga penduduk di negara ini mempunyai masalah berkait rapat dengan isu diperkatakan.
Gila apakah ini?
Untuk pengetahuan, masalah kesihatan mental boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Ia bukan penyakit keturunan pun.
Masalah kesihatan mental banyak berkait rapat dengan gaya hidup, tingkah laku, masalah kewangan, kemiskinan, kebimbangan, tekanan perasaan dan banyak lagi.
Remaja pada usia 16-19 adalah kelompok tertinggi mengalami masalah kesihatan mental ini.
So just check it out! Dia mungkin kawan anda, mungkin boyfren anda, dia mungkin awek anda. Dan mungkin dia boleh jadi ibu bapa anda sendiri.
Kalau anda kawan-kawan korang yang menunjukkan perubahan dari segi tingkah laku, sikap, tekanan emosi dan beberapa aspek lain, tolonglah bagi dia sokongan.
Jangan lari darinya sebab mereka ini sangat memerlukan sokongan untuk kembali sembuh. Lagipun dia orang bukan gila pun, Cuma alami tekanan perasaan sahaja yang membawa kepada masalah kesihatan mentalnya.
Untuk pengetahuan korang, Oktober adalah bulan Kesedaran Kesihatan Mental yang disambut seluruh dunia. Tarikh 10 Oktober dipilih sebagai satu hari meraikannya. Tapi sepanjang bulan Oktober, kempen ini masih terus berjalan.
Apa lagi yang perlu korang ambil tahu tentang Kesedaran Kesihatan Mental ini? Pakar Perunding Psikiatri Kanak-Kanak & Remaja, Dr Yusni Yusuff dari Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar berkongsi pengalaman beliau mengendalikan kes-kes remaja yang mengalami masalah kesihatan mental.
Masalah di kalangan remaja ialah kebimbangan dan kemurungan- Dr Yusni
Antara gejala masalah kesihatan mental termasuklah berasa sedih berpanjangan, sering bimbang atau resah gelisah, berasa takut, tertekan, cepat marah, sering keletihan, sukar tidur, hilang tumpuan dan sebagainya. Masalah atau gangguan kesihatan mental jula dibiarkan tanpa bantuan boleh mendorong seseorang remaja mengalami penyakit mental yang lebih serius.
Masalah kesihatan mental yang sering dialami oleh golongan remaja adalah kemurungan (depression) dan kebimbangan (anxiety).
Remaja yang mengalami gangguan kesihatan mental seringkali dilihat sebagai mengalami masalah tingkahlaku ataupun masalah disiplin.
Mereka sering di label sebagai remaja nakal dan bermasalah. Mereka dilihat sebagai seorang yang kuat memberontak dan menunjukkan tingkahlaku yang bukan kebiasaan beliau.
Penyakit mental seperti skizofernia boleh terjadi kepada remaja tetapi ianya berlaku pada kadar yang sangat rendah berbanding dengan apa yang telah diperkataan sebelum ini.
Mereka yang mengalami gangguan sebegini sering menerima bisikan-bisikan suara sehingga sanggup menyembelih anak atau adik sendiri adalah berbeza sama sekali dengan masalah kesihatan mental
Apa dimaksudkan dengan masalah kesihatan mental?
Masalah kesihatan mental merujuk kepada perubahan tingkah laku, tekanan dan sebagainya. Paling senang nak kesan, kalau dulu anak atau kawan anda sopan santun orangnya, tiba-tiba dia berubah sikap. Jadi kasar. Bahasa percakapannya juga berlaian, suka mencarut dan sebagainya.
Ciri lain ialah dia suka menyendiri. Tak suka berkawan kerana dia mungkin merasakan dirinya tak cantik, gemuk, tak ada kekasih, muka berjerawat dan sebagainya. Ini juga boleh mengakibatkan tekanan perasaan kepadanya. So bantulah dia ya! Jangan jauhkan diri.
Dia mungkin mangsa penderaan. Bila meningkat remaja, dia teringat-ingat kembali kenangan itu dan mula berubah sikap.
Bergaduh dengan kawan baik sendiri juga boleh menjurus seorang remaja kepada masalah kesihatan mental. Dia mungkin fikir anda kawan baiknya tapi bila anda berdua bergaduh, anda jauhkan diri. Ini memang teruk dan biasa berlakukan!
Putus cinta. Ini memang faktor terbanyak. Kumbang bukan seekor, bunga pun bukan sekuntum. Hidup pun masih panjang. Jangan sedih-sedih tau. Sebab kalau anda tak berjaya mengawal emosi ini, anda boleh alami tekanan perasaan berpanjangan.
Faktor kewangan. Kena pula kawan-kawan selalu tayang barang branded dan anda tak mampu nak beli. Ini memang boleh jadi tekanan mental yang kuat.
Kesesakan tempat tinggal. Ini juga antara punca masalah ini boleh wujud.
Masalah di tempat kerja dan sekolah. Ada juga yang sudah tak berminat dengan sekolah tetapi tetap dipaksa oleh ahli keluarga. Ini juga boleh jadi puncanya.
Anak-anak yang menjadi mangsa perceraian.
Kehilangan orang yang disayangi
Bagaimana mereka ini perlu dibantu?
Sokongan keluarga. Kalau ada ahli keluarga yang menderita masalah, beri sokongan tanpa berbelah bahagi. Ingat, jangan jauhkan diri.
Ambil peduli dengan perubahan-perubahan sikap atau tingkahlaku ahli keluarga yang mula menunjukkan kelainan.
Bercakap dengan mereka untuk menyelami apa yang berlaku.
Bantu mereka menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
Bantu mereka berjumpa dengan ahli psikologi termasuklah kaunselor, pakar psikologi ataupun pakar psikiatri.
Buat rujukan atau rajin-rajinlah membaca pelbagai info untuk mengetahui gejala penyakit mental. Andainya ada gejala, dapatkan nasihat dan perkhidmatan dari doktor perubatan.
Kata Dr Yusni Yusuff lagi, masalah di kalangan ini masih boleh dirawat asalkan keluarga memberi sokongan padu dan tak ponteng pertemuan dengan doktor bila temujanji sudah dilakukan.
“Biasa untuk menyelami masalah dihadapi, saya akan ajak mereka berbual-bual dahulu. Kebanyakannya akan senyap dalam pertemuan pertama. Semuanya menunduk dan membisu.
“Tapi kita tak pernah putus asa. Dalam pertemuan seterusnya, kita akan ajak lagi berbual sehinggalah kita dapat mengesan punca bagaimana mereka boleh menghadapi tekanan mental ini.
Berbual boleh menyelesaikan masalah dihadapi pesakit ini
“Banyak yang pulih melalui terapi percakapan “talk therapy” atau juga dikenali sebagai psychotherapy. Remaja ini juga mungkin perlu menjalani sesi kaunseling untuk belajar kemahiran sosial, mengurus masa serta teknik untuk relaks.
“Akan tetapi bagi kes yang sudah agak teruk kita akan bekalkan dengan ubat-ubatan untuk mengawal keadaan menjadi lebih teruk seperti remaja menjadi agresif, timbul niat untuk mencederakan diri atau bertindak di luar kebiasaan dan mungkin juga membunuh diri,”kata pakar perunding yang banyak mengendalikan kes-kes remaja yang melalui tekanan dan kebimbangan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau ada pembaca yang membesar dengan komik Ujang, pasti anda akan kenal dengan watak Sahak dalam siri ‘Blues Untuk Aku’ dan ‘Aku Hidup Dalam Blues’ hasil karya kartunis Aie atau nama sebenarnya Shaari Sulong. Kartun bersiri ini mula diterbitkan padapertengahan tahun 90-an lantas menjadi satu karya yang sangat popular biarpun ia tidak bertunjangkan genre komedi seperi kebiasaan siri-siri kartun yang lain.
Dalam satu hantaran di laman facebook kartunis terkenal, Ujang, allahyarham Aie meninggal kira-kira jam 4 pagi di rumahnya yang terletak di Kampung Sungai Manggis, Banting, Selangor. Allahyarham dikatakan menderita sakit buah pinggang sejak sekian lama dan meninggal dunia kerana komplikasi penyakit tersebut.’
.
Mengimbau kembali populariti karya ‘Blues’ ini, karakter Sahak direka kerana ketika itu budaya grunge sangat menebal dalam kalangan remaja di Malaysia. Bermula dengan karya dengan nama ‘Aku Hidup Dalam Blues’. Karya ini merupakan hasil kolaborasi Aie dengan penulis Toyon. Namun, siri tersebut tergantung dan tidak memiliki kesudahan. Menurut sumber, allahyarham Aie tidak dapat meneruskan ‘Aku Hidup Dalam Blues’ kerana isu hakcipta yang mana penerbit merupakan pemegang hak cipta kartun terbabit.
Selain siri ‘Blues’ ini, allahyarham juga terkenal dengan karakter Abe yang menjadi watak ikonik dunia kartun ketika itu kerana menggambarkan watak kanak-kanak lelaki terencat akal yang menghadapi liku-liku hidup suka dan duka semasa tinggal di sebuah kampung
Kerjaya awal allahyarham sebagai kartunis bermula di majalah Jenakarama, diikuti majalah Kartun Disney ‘Mickey” (edisi bahasa Melayu),Ujang, Starz, Utopia, G3, Jom, Boboi dan Gila-Gila. Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai animator bagi animasi Usop Sontorian terbitan Kharisma Picture pada tahun 1993 selain turut terlibat dalam voice-over untuk animasi Usop Sontorian bagi watak Singh dan Arba.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk allahyarham.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!