Penyanyi popular Indonesia, Rizky Febian mengakui kehidupannya kini mengalami banyak perubahan sejak bergelar bapa, terutama dalam aspek penjagaan kesihatan, kematangan diri dan perancangan masa depan keluarga.

Menurut Rizky, kehadiran puteri sulungnya, Zairee Selina Quinlyn Kareema Febian menjadi antara faktor utama yang mendorongnya untuk menjalani kehidupan lebih sihat demi menikmati lebih banyak masa berkualiti bersama isteri tercinta, Mahalini dan anak mereka.

Rizky Febian Mahu Panjang Umur Demi Isteri & Anak, Kini Aktif Bersukan

Aktif Bersukan Demi Keluarga

Berkongsi mengenai perubahan tersebut, pelantun lagu Kesempurnaan Cinta itu berkata dia kini lebih menitikberatkan kesihatan diri, termasuk mula aktif bersukan dan mengamalkan pemakanan yang lebih teratur.

Malah, keinginannya untuk terus berada di sisi isteri dan anak dalam tempoh yang panjang menjadi motivasi terbesar buat dirinya untuk menjaga kesihatan dengan lebih serius.

Rizky Febian Mahu Panjang Umur Demi Isteri & Anak, Kini Aktif Bersukan

“Banyak sekali perubahan yang berlaku dalam kehidupan saya selepas kehadiran Selina. Salah satu perubahan terbesar adalah dari segi kesihatan kerana sekarang saya mula aktif bersukan dan mengamalkan gaya hidup lebih sihat.

“Antara pendorong utama adalah kerana saya mahu mempunyai umur yang lebih panjang untuk bersama isteri dan anak. Itulah yang mendorong saya untuk berdiet dan menjaga kesihatan.

“Saya mahu terus sihat supaya dapat membahagiakan mereka berdua,” katanya ketika ditemui pada sidang media konsert Malam Rawan Diorama by Rizky Febian.

Ads

Rizky Febian Mahu Panjang Umur Demi Isteri & Anak, Kini Aktif Bersukan

Lebih Matang Dan Menghargai Kehidupan

Dalam pada itu, Rizky menyifatkan kehidupannya kini lebih bermakna apabila dikurniakan sebuah keluarga kecil yang menjadi sumber kebahagiaan buat dirinya.

Jelasnya, dia kini berada dalam fasa kehidupan yang penuh dengan rasa syukur kerana merasakan segala yang diimpikan selama ini sudah pun dikurniakan oleh Allah SWT.

Rizky Febian Mahu Panjang Umur Demi Isteri & Anak, Kini Aktif Bersukan

“Sekarang saya rasa tidak perlu meminta apa-apa lagi daripada Allah kerana Dia sudah memberikan segalanya kepada saya. Rezeki yang melimpah, isteri yang cantik dan anak yang cantik. Apa lagi yang saya mahu?

“Sekarang saya hanya perlu terus bersyukur dan menjalani kehidupan yang sihat. Saya lebih matang dalam membuat keputusan dan berfikir lebih jauh sebelum melakukan sesuatu perkara.

Ads

“Saya mula memikirkan bagaimana kehidupan Selina apabila dia semakin membesar dan bagaimana kehidupan saya bersama Mahalini dalam tempoh lima tahun akan datang,” jelasnya.

Rizky Febian Mahu Panjang Umur Demi Isteri & Anak, Kini Aktif Bersukan

Teroka Perniagaan, Bina Masa Depan Keluarga

Bukan sahaja memberi perhatian kepada kesihatan dan kehidupan peribadi, Rizky turut mengambil langkah untuk memperkukuh kedudukan kewangannya menerusi bidang perniagaan.

Selain memberi tumpuan kepada kerjaya muzik, penyanyi itu kini dalam usaha membangunkan syarikat rakaman sendiri serta meneroka peluang baharu di luar industri hiburan.

Antara usaha yang sedang diberi perhatian termasuk mempelajari selok-belok perniagaan dan membangunkan jenama minyak wangi milik isterinya, Mahalini.

Ads

“Saya sekarang fokus membangunkan syarikat rakaman sendiri dan pada masa sama mahu meneroka bidang lain di luar industri muzik. Saya mula belajar mengenai perniagaan dan bidang-bidang lain, termasuk membangunkan jenama minyak wangi Mahalini.

“Saya mahu terus berinovasi dan mencari peluang baharu supaya dapat membahagiakan isteri dan anak mengikut kemampuan saya,” ujarnya.

Rizky Febian Mahu Panjang Umur Demi Isteri & Anak, Kini Aktif Bersukan

Bakal Gegarkan Zepp Kuala Lumpur

Sementara itu, Rizky bakal kembali menemui peminat di Malaysia menerusi konsert Malam Rawan Diorama by Rizky Febian yang dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 29 November ini.

Konsert anjuran AM Entertainment dan RSI Solusi Indonesia itu turut menampilkan penyanyi dari Indonesia, Nadhif Basalamah sebagai artis undangan.

Kehadiran kedua-dua penyanyi tersebut pastinya dinantikan peminat yang ingin menikmati persembahan secara langsung menerusi barisan lagu popular mereka.

Rizky Febian Mahu Panjang Umur Demi Isteri & Anak, Kini Aktif Bersukan

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads