Penyanyi dan pelakon, Azeva mengakui dirinya tidak mengambil hati sekiranya menerima kritikan atau kecaman daripada netizen susulan persembahan duet bersama bintang Borneo Rising, Harris pada pentas akhir program berkenaan.

Menerusi perkongsian dalam satu siaran langsung di TikTok, Azeva berkata dia sudah lali berdepan komen-komen negatif sejak kecil, sekali gus membuatkan dirinya tidak terlalu terkesan dengan pandangan orang ramai.

Menurutnya, pelbagai kritikan pernah dilemparkan terhadap dirinya, termasuk berkaitan kemampuan dalam bidang nyanyian, lakonan dan pengacaraan.

Azeva Tak Kisah Dikecam Selepas Duet Dengan Harris, Akui Sudah Biasa Dihentam Sejak Kecil

Sudah Biasa Terima Kecaman Sejak Kecil

Azeva yang juga anak kepada penerbit terkenal, A.Aida berkata, dia tidak menganggap kritikan terhadap bakat seninya sebagai sesuatu yang baharu.

Malah, penyanyi itu turut berkongsi bahawa dirinya pernah menerima komen keterlaluan daripada netizen sehingga menyentuh perkara peribadi.

Ads

“Saya dari kecil orang hentam saya. Bila ada orang kata saya tak pandai nyanyi, tidak mengapalah orang cakap apa.

“Ada orang kata saya, kau m*ti je dari jadi anak dia. Bila orang kata saya dahlah tak pandai menyanyi, berlakon hauk, hos tak best tetapi cantik. Saya macam hold up wau saya cantik. Saya memang tak boleh nyanyi sangat,” ujarnya.

Azeva Tak Kisah Dikecam Selepas Duet Dengan Harris, Akui Sudah Biasa Dihentam Sejak Kecil

Tidak Tahu Bakal Duet Di Pentas Akhir

Dalam masa sama, Azeva menjelaskan bahawa dia pada awalnya tidak mengetahui dirinya dijemput untuk membuat persembahan duet di pentas akhir Borneo Rising.

Ads

Sebaliknya, dia menyangka jemputan tersebut hanya melibatkan tugas sebagai hos sebelum mengetahui perkara sebenar pada minggu yang sama dengan acara berkenaan.

Jelasnya, dia sudah menjangkakan kemungkinan menerima kecaman selepas mengetahui perlu menyanyi bersama Harris, apatah lagi dirinya bukanlah seorang penyanyi yang bertanding dalam program tersebut.

“Saya tak tahu saya kena buat apa untuk dijemput final. Ingatkan duet host. Saya baru tahu minggu sama, hari isnin yang saya kena duet. Saya dah bersedia untuk kena hentam.

“Saya tahu saya tak boleh. Saya ingat nyanyi bukan bertanding sebab itu saya okay. Ramai orang cakap pasal saya,” kongsinya.

Ads

Azeva Tak Kisah Dikecam Selepas Duet Dengan Harris, Akui Sudah Biasa Dihentam Sejak Kecil

Doakan Rezeki Harris, Percaya Tuah Nombor Empat

Walaupun berdepan kritikan susulan persembahan tersebut, Azeva tetap mendoakan agar Harris terus dimurahkan rezeki dalam perjalanan seninya.

Malah, dia turut percaya kedudukan nombor empat dalam sesebuah pertandingan mampu membawa tuah tersendiri, berdasarkan pengalaman individu yang pernah meraih kedudukan sama.

“Semoga Harris dimurahkan rezeki sebab selalu orang yang dapat nombor empat ini dimurahkan rezeki yang banyak. Lihat sahaja saya, Ammar, ayah saya,” katanya lagi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads