Kalau korang seorang mahasiswa yang selalu terfikir nak hasilkan cerita sendiri, tetapi masih mencari ruang untuk merealisasikan idea tersebut, mungkin sudah tiba masanya untuk cuba bawa ia ke peringkat seterusnya.
Dalam dunia ‘content’ yang semakin berkembang, idea yang menarik tak semestinya perlu bermula dengan sesuatu yang besar. Kadang-kadang, satu cerita yang dekat dengan kehidupan sendiri pun boleh menjadi sesuatu yang menarik apabila disampaikan dengan cara yang betul.
Hal itu turut menjadi antara fokus dalam seeNI Creator Grant Edition X Festival Novel Malaysia, yang kini membuka peluang kepada mahasiswa untuk mengetengahkan idea Micro-Drama original mereka menerusi sesi ‘pitching’.
Menurut Ketua Bahagian seeNI Apps, Ellyna Zakaria, mahasiswa tidak seharusnya terlalu risau memikirkan sama ada idea mereka cukup bagus atau tidak. Sebaliknya, cara sesuatu idea itu dipersembahkan dan kekuatan jalan cerita boleh menjadi faktor yang membuatkan sebuah cerita lebih menonjol.
Ads
“Kadang-kadang sebenarnya tiada idea yang betul-betul ‘bad idea’. Apa yang penting ialah bagaimana mahasiswa itu ‘pitching’ idea mereka dan bagaimana mereka menggunakan ‘storytelling’ untuk membuatkan orang tertarik dengan cerita yang ingin disampaikan,” katanya.
Dengan format Micro-Drama yang semakin dekat dengan tabiat penonton pada hari ini, kemampuan untuk menarik perhatian sejak awal juga menjadi satu perkara penting. Peserta bukan sahaja perlu mempunyai cerita yang menarik, tetapi perlu tahu bagaimana untuk membuatkan penonton mahu terus menonton.
Antara salah satu contoh Micro-Drama berjudul ‘The One I Cinta’
Ellyna berkata, antara perkara utama yang akan diberi perhatian ialah keaslian idea dan jalan cerita, termasuk bagaimana peserta mampu menghasilkan pembukaan yang menarik perhatian penonton sejak beberapa saat pertama.
Ads
“Antara kriteria paling penting ialah ‘originality’ dan ‘storyline’. Kami mahu lihat bagaimana mereka boleh menghasilkan cerita yang kuat dan paling penting, bagaimana mereka boleh hook penonton dalam tiga saat pertama,” jelasnya lagi.
Ads
Macam Mana Nak Sertai?
Sebanyak 15 peserta daripada kalangan mahasiswa akan dipilih untuk membentangkan idea Micro-Drama mereka kepada ‘Content Panel’ pada 24 September 2026 di Karangkraf. Untuk menyertai, peserta perlu:
Daftar dan hantar pitching deck sebelum 14 September 2026.
Peserta yang terpilih akan dijemput untuk pitch idea di hadapan Content Panel.
Idea yang terpilih berpeluang menerima funding sehingga RM10,000 daripada seeNI untuk merealisasikan Micro-Drama mereka.
Jadi, tunggu apa lagi?! Untuk mahasiswa yang suka menulis, menghasilkan video, berlakon, mengarah atau memang mempunyai satu cerita yang sudah lama bermain dalam kepala, peluang ini mungkin boleh menjadi langkah pertama untuk melihat sejauh mana idea tersebut boleh pergi. Mana tahu, cerita yang selama ini hanya tersimpan dalam “Notes” sebenarnya ada potensi untuk ditonton oleh orang ramai!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lokasi penggambaran filem popular biasanya sering mendapat perhatian ramai, apatah lagi sekiranya ia dibuka untuk jualan secara umum. Terbaharu, sebuah rumah agam yang pernah berlaku beberapa peristiwa misteri dan menjadi inspirasi mengilhamkan filem seram The Conjuring bakal dijual dengan harga AS$1.5 juta (sekitar RM6.6 juta).
Rumah agam seluas 3,100 kaki persegi yang terletak di Rhode Island ini merupakan antara rumah berhantu paling terkenal di Amerika Syarikat. Penyiasat paranormal, Jenn dan Cory Heinzen adalah pemilik terdahulu rumah tersebut selepas membelinya pada tahun 2019.
Menurut sumber, pembeli baharu adalah Jacqueline Nunez yang merupakan seorang pemaju hartanah dari Boston. Heinzen dilaporkan menerima beberapa tawaran untuk rumah tiga bilik tidur itu. Dia meletakkan syarat bahawa bakal pembeli hendaklah ditemu bual sebelum menjual rumah agam itu.
Mereka turut meletakkan beberapa syarat lain, termasuk pembeli tidak tinggal di rumah itu kerana apa yang mereka dakwa adalah sebagai perlindungan kepada pembeli. Pemilik baharu menggunakan rumah itu sebagai entiti perniagaan dan membenarkan pelawat bermalam serta menjalankan siasatan ke atas aktiviti paranormal di situ.
Oh, kiranya kalau nak beli tidak boleh dijadikan sebagai kediaman tetap, tetapi harus digunakan untuk perniagaan yang berkaitan dengan aktiviti paranormal.
Antara perkongsian seram yang dikongsi, Andrea Perron pernah tinggal di rumah itu pada tahun 1971 hingga 1980 dan mengatakan keluarganya mengalami pengalaman pahit di sana. Wanita itu mendakwa dia pernah melihat ibunya melayang di atas kerusi dan kemudian dicampak sejauh 20 kaki. Perron menambah bahawa ibunya tidak mempunyai ingatan tentang peristiwa itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka buah nanas yang selalunya dimakan begitu sahaja atau pun diguna dalam masakan rupanya boleh dinikmati dengan cara berbeza, iaitu digoreng rangup.
Tahu tak korang nanas adalah ‘superfood’ yang baik kepada tubuh badan kita? Berdasarkan kajian di University of Maryland Medical Centre, nanas sarat dengan vitamin C yang dapat membantu menghapuskan lendir, kahak dan melegakan sinus. (Sumber: DrRizal Abu Bakar)
Jadi, untuk korang yang memang suka makan nanas, seorang pengguna di Facebook yang dikenali sebagai Ena Mohd Arip telah pun berkongsi satu resipi istimewa dan berbeza dari biasa, nanas goreng.
2. Bancuhkan tepung beras, garam secukup rasa dan baking powder bersama air
3. Pastikan bancuhan tersebut tidak terlalu cair atau pekat
4. Sebagai pilihan, korang juga boleh salut bersama breadcrumbs
5. Kemudian, gorengkan nanas tersebut
6. Siap!
Hasilnya memang rangup dan menyelerakan. Kalau tak percaya korang cubalah sendiri. Hiks! Snek ini sesuai disediakan pada waktu petang. Lebih-lebih lagi kalau waktu hujan, memang layanlah.
Baru-baru ini, pelari pecut wanita negara, Shereen Samson Vallabuoy berjaya meraih gelaran juara pertamanya pada tahun ini apabila mengungguli kategori 400 meter (m) wanita pada Kejohanan Embry-Riddle Running Elements Classic 2025 di Florida, Amerika Syarikat.
Menerusi satu perkongsian di Facebook pada Ahad, semalam, Olahraga Malaysia memaklumkan bahawa atlet berusia 26 tahun yang mewakili pasukan Life Speed itu berhasil menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 53.72 saat (s) untuk meraih emas.
Dalam pada itu, pingat perak dimenangi oleh Gabby Johnson daripada pasukan North Florida dengan catatan masa 55.17s.
Manakala, kedudukan pingat gangsa diraih oleh Nevaeh Lorjuste daripada pasukan Rowan dengan catatan masa 56.91s.
Kredit: Olahraga Malaysia
Menurut Shereen, 200 meter pertama agak mencabar disebabkan oleh cuaca berangin dan angin bertentangan.
“Secara keseluruhan, saya merasakan sangat baik dari segi teknikal dan berlari dengan penuh kekuatan,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!