Terbaru, bintang K-Pop terkenal, RM BTS kembali meraih perhatian apabila beliau diumumkan sebagai duta global pertama bagi Muzium Negara Korea, sekaligus mengukuhkan pengaruh beliau bukan sahaja dalam industri muzik malah dalam usaha mempromosikan warisan budaya negaranya di peringkat antarabangsa.
Memetik laporan The Korea Times, RM atau pemilik nama sebenar Kim Namjoon (32) difahamkan menerima pelantikan tersebut sebagai pengiktirafan terhadap minat mendalamnya terhadap seni serta budaya tradisional Korea yang telah lama menjadi sebahagian daripada identiti peribadinya.
Menurut pihak muzium, pemilihan anggota BTS itu turut mengambil kira sumbangan berterusan yang diberikan dalam usaha memelihara dan memartabatkan khazanah budaya Korea untuk generasi akan datang.

Sebelum ini, pelantun lagu ‘Right People, Wrong Place’ dan ‘Come back to me’ dilaporkan pernah menyalurkan sumbangan bernilai 100 juta Korea Won (kira-kira RM268,000) pada tahun 2021 dan 2022 kepada sebuah yayasan yang memberi tumpuan kepada pemuliharaan aset budaya Korea di luar negara.
Selain dikenali sebagai penyanyi dan penulis lagu, RM juga merupakan seorang pencinta seni yang aktif mengumpul pelbagai karya daripada artis tempatan dan antarabangsa. Pada masa yang sama, minat tersebut sering dikongsikan bersama peminat menerusi pelbagai platform media sosial.
Malah, beliau dijadualkan mengadakan pameran khas yang menampilkan sebahagian koleksi peribadinya di Muzium Seni Moden San Francisco pada Oktober depan, sekaligus memperlihatkan komitmen berterusan terhadap dunia seni.

Sementara itu, sebagai duta global baharu, RM akan terlibat dalam pelbagai aktiviti promosi dan inisiatif yang bertujuan memperkenalkan sejarah serta budaya tradisional Korea kepada masyarakat dunia.
Anda mungkin berminat dengan
“Saya akan melakukan yang terbaik untuk membantu lebih ramai orang menghargai keindahan dan nilai warisan budaya kita,” katanya.
Manakala, Pengarah Muzium Negara Korea, You Hong-june menyambut baik pelantikan tersebut dan menyifatkan ia peluang bermakna untuk memperkenalkan keindahan warisan budaya Korea kepada masyarakat global menerusi pengaruh RM. Beliau turut berharap kehadiran bintang K-Pop itu dapat meningkatkan lagi profil institusi berkenaan di peringkat antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Setiap individu lahir dengan bakat tersendiri yang mengalir dalam darah masing-masing.
Setengah daripada kita mudah untuk mengetahui kelebihan diri, kekuatan dan keunikan sendiri. Ada pula yang perlu mengambil bertahun-tahun lamanya untuk mengasah bakatnya. Kata orang, bakat terpendam boleh dilihat melalui zodiak kelahiran. Terpulang kepada seseorang indivitu untuk mempercayainya atau menafikannya.
Baru-baru ini, penyanyi wanita paling banyak menerima trofi Anugerah Grammy, Beyoncé meraikan dirinya yang berzodiak Virgo.

Sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-39 pada 4 September kelak, Beyoncé mengambil peluang untuk mencipta sebuah ‘yearbook’ yang terdiri daripada foto para selebriti lain yang berzodiak Virgo beserta ucapan selamat hari lahir.
Jungkook BTS Turut Tersenarai
Menariknya, salah seorang selebriti paling popular dalam yearbook tersebut ialah ahli BTS, Jungkook. Fotonya tertera besama-sama selebriti lain seperti Blake Lively, Nick Jonas, Pink, Zendaya dan Cameron Diaz. Kelihatannya seperti Jungkook menjadi satu-satunya penyanyi dari Asia yang tersenarai.


Menerusi yearbook ini, Beyoncé menggambarkan individu berzodiak Virgo sebagai seorang yang kreatif, bekerja keras, dipercayai, sabar dan baik hati.
“Selamat hari jadi kepada semua Virgo’s,” ucap Beyoncé.
Untuk pengetahuan, berikut merupakan bakat terpendam Virgo seperti yang dipetik dari laman web Boldsky.
Virgo – Fleksibel (22 Ogos – 22 September)
Virgo biasanya dianugerahkan kemampuan untuk bersikap fleksibel dalam apa-apa situasi. Akhirnya anda mampu menemukan kebahagiaan.
∞
Tak sampai dua minggu tayangan, Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) dah berjaya menggegarkan pawagam tanah air dengan kutipan luar biasa RM40.6 juta dalam tempoh 13 hari sahaja.
Dengan angka ni, EATM2 bukan je berjaya pecahkan rekod filem pertamanya yang ditayangkan pada 2019, malah secara rasmi kini jadi filem animasi tempatan paling laris sepanjang zaman.

Yang lagi ‘mind-blown’, EATM2 turut menewaskan beberapa title antarabangsa yang turut bersaing kat pawagam Malaysia sepanjang Mei lepas, termasuk Thunderbolts, Mission: Impossible, dan Lilo & Stitch.
Menurut Usamah Zaid Yasin, Ketua Pegawai Eksekutif Wau Animation merangkap pengarah EATM2, sokongan yang diberikan oleh peminat memang luar biasa dan sangat dihargai.
“Kami hasilkan sekuel ini dengan sepenuh hati demi memenuhi jangkaan peminat setia yang lama menanti misi Ejen Ali, bukan sekadar membawa animasi Malaysia setaraf dengan naskhah antarabangsa.

“Reaksi penonton, air mata, tawa dan tepukan di pawagam, itu semua hadiah paling berharga buat kami dan jadi semangat untuk kami terus mengembangkan dunia penceritaan Ejen Ali,” jelas Usamah.
Setakat ni, lebih dua juta penonton dah membanjiri pawagam untuk menyaksikan aksi ejen remaja kesayangan ramai ni. Filem ni merupakan hasil kerjasama antara Wau Animation dan Primeworks Studios (PWS).
EATM2 sekarang berada di belakang Blood Brothers: Bara Naga, filem tempatan terlaris untuk tahun 2025 setakat ini dengan kutipan RM76 juta dalam 33 hari tayangan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Hati tu memanglah nak kahwin. Tapi korang jangan fikir seronok je perlu fikirkan tentang kehidupan selepas berkahwin juga.

Zaman sekarang, usia masih bawah umur tetapi sudah ramai budak sekolah yang agak berani lafazkan kata-kata cinta pada pasangan yang sama baya. Malah sudah ada yang advance “merancang” perkahwinan dan bertindak lebih berani lari dari rumah jika mak ayah melarang perkahwinan tersebut kerana mahu anak-anak tumpu pada pelajaran dahulu. Serius lah!
Lebih menyedihkan, ada yang mengandung anak tak sah taraf di usia muda.

Terbaru, Wan Azizah di Dewan Rakyat hari ini memaklumkan bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam peringkat akhir menyiapkan draf Pelan Strategik Kebangsaan bagi menangani masalah perkahwinan bawah umur.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri KPWKM Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata draf itu akan membabitkan pindaan Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 [Akta 303] dengan menetapkan umur minimum perkahwinan bagi wanita kepada 18 tahun.
7 Negeri Bersetuju, 7 Negeri Tidak Bersetuju
Menurut Malaysia Kini, sehingga kini hanya negeri Selangor yang telah meminda enakmen berkenaan sementara Wilayah Persekutuan dalam proses pindaan.

“Lima negeri lain yang telah bersetuju untuk meminda adalah Pulau Pinang, Sabah, Johor, Melaka dan Perak.
“Masih terdapat tujuh negeri yang tidak bersetuju untuk meminda perundangan berkaitan iaitu di Sarawak, Pahang, Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan, Kedah dan Kelantan.
Netizen Beri Pendapat
Rata-rata warganet memberikan pendapat dan buah fikiran yang pelbagai. Ada yang menyokong dan ada juga yang membangkang.

Anak Luar Nikah & Kemaksiatan

Kewangan Yang Stabil

Nak Kahwin Pun nak Sekat ke?
Tapi kalau dorang memang betul-betul bersedia memikul tanggungjawab macam mana pula eh? Emm…apa pendapat korang?
Apapun, Binalah rumah tangga itu dengan penuh kasih sayang dan saling bekerjasama untuk membina kehidupan.
∞