Mungkin ramai yang setuju kalau kami katakan filem seram Thailand adalah antara karya yang boleh dibanggakan kerana sentiasa membuatkan penonton terkesan dengan babak suspens yang diberikan.
Yes, The Promise merupakan sebuah lagi filem horror Thai yang bakal buat anda tak senang duduk dalam panggung, sambil ternanti-nanti babak cemas seterusnya.
Filem ini mengisahkan 2 BFF, Boum dan Ib yang berpakat membunuh diri selepas bapa mereka diisytiharkan muflis akibat kegawatan ekonomi. Namun, Boum mengubah fikiran selepas melihat sahabat baiknya mati. 20 tahun kemudian, roh Ib kembali menuntut janji menjelang hari jadi ke-15 anak perempuan Boum.
Ghost Tower
Antara lokasi utama filem ini memaparkan sebuah menara terbengkalai yang dikenali sebagai ‘Ghost Tower’. Dengarnya, menara ini memang terkenal di kalangan masyarakat Thai dan pelancong luar. Mereka gemar menyelinap masuk dan mengambil gambar, bahkan ada yang melakukan parkour di bangunan ini.
Ads
Malah, menara setinggi 49 tingkat ini didakwa tidak dapat disiapkan kerana mengalami krisis ekonomi pada 1997 dan akhirnya ditinggal begitu saja.
Lebih menyeramkan lagi, seorang lelaki Sweden ditemui mati tergantung pada Disember 2014 di tingkat 43.
Hm, nampak gaya macam filem The Promise sedikit sebanyak mengambil kisah benar yang berlaku di sini.
Tak nampak hantu tapi kesannya tetap umphh!
Satu pujian kami nak berikan untuk filem ini kerana tidak seperti filem-filem seram yang lain, The Promise tak perlu trying too hard menonjolkan unsur-unsur keseraman melalui hantu fizikal kerana dengan babak suspens yang ada sudah cukup buat penonton untuk menutup mata dan telinga.
Ads
Jadi filem ini tak ada la sampai menghantui fikiran anda dengan figure-figure hantu yang menyeramkan sehingga terbawa-bawa dalam mimpi.
Cinta dan kasih sayang
Bukan hanya sekadar filem seram, The Promise juga mengetengahkan elemen kasih sayang di antara sahabat dan keluarga. Babak-babak seram diselang seli kan dengan nilai cinta seorang ibu terhadap anaknya dan bakal membuatkan hati anda tersentuh.
Ads
Tak perlu kami complain lakonan Numthip Jongrachatawiboon yang membawa watak sebagai Boum, ibu kepada Bell. Seorang ibu yang protective, pelakon ini berjaya menghidupkan watak utama filem ini.
Persoalannya, adakah Boum dapat menyelamatkan anak perempuannya daripada menjadi mangsa dendam Ib? Nah, saksikan sendiri filem ini di pawagam berhampiran anda untuk merasai sendiri garapan naskhah dari Thailand ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Disebabkan penjualan tiket konsert Blackpink 2019 World Tour [In Your Area] macam goreng pisang panas, satu berita baik buat Blinks yang terlepas membeli tiket konsert pada 12 Disember lepas, pihak penganjur telah membuat keputusan untuk menganjurkan satu lagi konsert pada 24 Februari nanti.
Tiket konsert akan dijual pada harga yang sama, iaitu:
Zon Biru – RM273
Zon Hijau – RM373
Zon Ungu – RM483
Zon Kuning – RM573
Zon Merah – RM673
Zon BLINK – RM693
Jualan tiket
MacpiePro akan membuka jualan tiket secara ‘offline’ selama tiga hari bermula 28 hingga 30 Disember 2018 pada pukul 12 tengah hari di pusat membeli-belah Atria Shopping Gallery dan kedai gaya hidup digital Mcalls di NU Sentral, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Paradigm Mall JB, Pusat Servis Mcalls MMall Pulau Pinang dan booth Mcalls di Plaza Low Yat (tingkat 4).
Kalau korang nak beli secara ‘online’ pula, boleh dapatkan tiket di laman web rasmi MacpiePro (www.macpiepro.com) yang akan dibukan pada 31 Disember 2018, tepat jam 12 tengah hari.
HITS Deal Mcalls
Dengan pembelian mana-mana pakej HITS, korang berpeluang menikmati HITS Deal yang menawarkan diskaun 40 peratus bagi tiket pertama dan 10 peratus untuk pembelian tiket kedua bagi zon Merah dan BLINK, selain menikmati internet berkelajuan tinggi, panggilan ke semua rangkaian tempatan dan SMS percuma setiap bulan.
BLINKS juga akan mendapat jaminan kemasukan dan berpeluang memenangi pas ‘sound check’.
Perghh, dengar je pun dah best, apa lagi kalau dapat tengok Blackpink depan mata kan?
Apa lagi BLINKS, jangan lupa serbu!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menerusi pengumuman rasmi yang dikeluarkan oleh bahagian komunikasi di laman web rasminya, kelab bola sepak Manchester United mengesahkan telah mencapai persetujuan untuk menandatangani semula bekas pemain sensasinya, Cristiano Ronaldo – 12 tahun selepas beliau meninggalkan Old Trafford bagi menyertai kelab Real Madrid.
“Manchester United berbesar hati mengesahkan bahawa kelab telah mencapai persetujuan dengan Juventus untuk perpindahan @cristiano, tertakluk kepada persetujuan syarat-syarat peribadi, visa & perubatan.”
Tambahnya lagi, sepanjang bersama kelab itu satu masa dahulu, Ronaldo telah menjaringkan sebanyak 118 gol dalam 292 perlawanan. “Semua orang di kelab teruja untuk menjemput semula Cristiano ke Manchester.”
Perjanjian sekelip mata ini hadir hanya dua hari selepas ura-ura pemain bola sepak berusia 36 tahun ini ingin melengkapkan perpindahan ke kelab Manchester City.
Pada hari Jumaat pula, jurulatih Juventus Massimiliano Allegri mengiyakan kepada pihak wartawan bahawa Ronaldo tidak lagi berminat bermain untuk Juventus dan itulah sebab utama beliau diletakkan di bangku simpanan bagi perlawanan menentang Empoli hujung minggu ini.
“Saya tidak boleh membiarkan orang terus mempermainkan nama saya. Saya tetap fokus pada karier dan pekerjaan, komited dan bersedia menghadapi semua cabaran yang harus saya hadapi.”
CHRISTIANO RONALDO
Sepanjang beberapa jam yang lalu, khabar angin kononnya Manchester United sudah bersedia untuk meletakkan tawaran mendahului Manchester City telah membuatkan internet ‘tidak boleh duduk diam’ menantikan perkembangan semasa.
Rata-rata warganet menyambut baik keputusan mengejutkan ini dan berharap agar magis akan tercetus bersama Manchester United selepas ini. Antara bekas pemain Manchester United yang turut teruja dengan perpindahan semula ini ialah Rio Ferdinand, Andy Cole, Phillip Neville, David Beckham dan Harry Maguire.
Nampaknya, inisiatif Pemuda UMNO Putrajaya untuk mengagihkan 2,000 ekor ayam secara percuma semalam telah mengundang situasi ‘backfire’ di kalangan warganet.
Menurut laporan SINAR HARIAN, keadaan trafik di Presint 9 Putrajaya terhenti pada hari Jumaat apabila lebih daripada 2,000 orang bergegas ke sana bagi mendapatkan seekor ayam beku secara percuma.
Sumber Foto: Twitter.
Sambutan luar biasa itu ternyata tidak dijangkakan.
Malah Naib Ketua Pemuda UMNO Putrajaya iaitu Mohd Zushaidey Zulkifli berkata pihaknya pada peringkat awal bercadang untuk mengagihkan dua ekor ayam bagi setiap penerima.
Namun memandangkan terlalu ramai yang datang, kuota itu dikurangkan kepada seekor seorang dan cara pengagihan juga dilakukan secara ‘drive-through’ demi memastikan kesesakan tidak berlarutan.
Sumber Foto: Twitter.
Hanya 30 minit, 2,000 ekor ayam beku percuma diedarkan kepada 1,000 warga Putrajaya.
Inisiatif bagi bantu kurangkan beban penduduk terkesan PKP.
— Wan Zairul Azri (Wan Z) @ Putrajaya (@wan_zNewsMPB) January 15, 2021
Memang benar, kebenaran rasmi telah didapatkan oleh kumpulan tersebut daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pihak polis. Malah, niat mereka untuk membantu mengurangkan bebanan masyarakat di Putrajaya, khususnya pada musim pandemik ini amatlah dihargai.
Namun pengagihan tersebut dianggap sebagai acara yang kurang bersesuaian untuk diadakan pada masa sekarang.
Malah ada juga pihak yang mendapatinya kurang sensitif terhadap usaha kerajaan yang ingin melandaikan angka kes positif COVID-19 di seluruh negara.
Apa pendapat korang?
Adakah isu ini hanyalah isu kecil yang diperbesar-besarkan? Ataupun ia seharusnya ditangguhkan sehingga waktu yang lebih sesuai?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masih belum sampai seminggu selepas majlis perkahwinan anak kepada pemuzik popular Indonesia, Ahmad Dhani iaitu Al Ghazali dan Alyssa Daguise berlangsung dengan meriah di...