Dalam dunia hi-tech macam zaman sekarang ni, memang tak sah kalau kita tak ikut tren semasa, especially bila ia melibatkan aksesori gajet! Kan? Tapi ada sesetengah pendapat yang kata gajet ni semua mahal-mahal, betul ke? Jom kita tengok 10 gajet bawah RM20!
1. Pop Soket

Ni antara gajet yang paling trending dan paling murah. Boleh tambah satu, atau dua di belakang handphone atau tab korang untuk menambah cengkaman ketika korang sibuk ber-Whatssap, atau sebagai stand bila nak layan YouTube. Pop soket ni sangat membantu mereka yang selalu sangat terlepas handphone! Haih. Menangis tak berlagu kalau iPhone tu pecah kan?
2. Joystick mini Fling

Berita baik untuk para gamers out there! Dengan peranti ni, korang mesti lagi puas layan permainan video! Serasi dengan iPhone, iPad atau peranti Android, joystick mini ni memberi korang kawalan maksima dalam mengemudi your favourite character tanpa menjejaskan sudut pandangan di skrin, terima kasih pada rekabentuknya yang unik dan telus!
3. 3 in 1 Bluetooth Selfie Stick

Hah! Ni favourite korang kan? Tapi ni bukan sebarang selfie stick, tau! Dilengkapi dengan desain unik dan minimalis, korang boleh juga jadikan ia tripod untuk snap gambar korang dari jauh dan klik menggunakan Bluetooth! Senang je nak guna, hanya perlu klip kan peranti anda and you’re good to go!
4. Remax Flexible Device Holder

Bukan main canggih bunyinya, kan? Haa kalau korang selalu guna GPS untuk ronda-ronda di ibukota, alat ni memang perfect! Dengan reka bentuk serasi untuk kebanyakan telefon pintar, pemegang ni sangat fleksibel tanpa apa-apa kesan di papan pemuka kereta anda. Ini kerana ianya dilengkapi dengan nonstick mat yang memberi sudut tontonan yang baik untuk peranti anda. Siap ada kabel 2 dalam 1 untuk USB dan pengecasan peranti, tau!
5. Smart Selfie LED Camera Flash Light

Sesuai untuk semua jack audio telefon bimbit, iPad, komputer riba, dan selfie stick, alat ini memberi kawasan pencahayaan yang cukup untuk korang berseronok ber-selfie tanpa perlu risau dengan suasana gelap. Dengan 3 kecerahan yang berbeza, mencari pencahayaan yang perfect untuk gambar korang bukan lagi satu problem!
6. Fidget Cube

Direka khusus untuk korang yang tak reti nak duduk diam, gajet berkualiti tinggi ni boleh dikepil, diputar dan digolek ke bermacam-macam arah! Gajet fresh ni akan tolong korang release stress lepas penat kerja atau ketika tersekat dalam trafik. Memang best gila lah!
7. FIXATE GEL PAD 2 dalam 1

Ni lagi satu gajet yang sangat best dan mempunyai pelbagai kegunaan. Ia boleh melekat pada telefon anda, alat kawalan jauh, kamera dan bermacam-macam permukaan macam kaca, cermin, papan putih, logam, kabinet dapur atau jubin. Dah, tak payah risau air tertumpah ke atas laptop lagi! Letak je gelas atas gel pad ni, pasti selamat!
8. Kabel Mikro Remax Gemini Magnetic 2 dalam 1

Anda mungkin berminat dengan
Kaki gajet sekalian! Mesti stres bila alat peranti korang habis bateri kan? Kabel mikro ni is your BFF! Datang dengan pelbagai warna menarik, struktur magnetik dengan Block Sheath mencegah kerosakan pada hujung kabel yang selalu sangat terjadi tu! Yang paling best? Boleh mengecas 2 alat sekaligus! Ianya sesuai dengan kebanyakan peranti dan reka bentuk kabel anti-knot megelakkan daripada ianya tersimpul. Gajet ni sememangnya a must have!
9. Kipas mini dengan bateri cas semula

Alahai, dah la comel..berguna pulak tu! Kipas mini yang datang dengan pelbagai warna ni memang sesuai untuk korang yang on-the-go! Boleh bawak pergi memancing ke, camping ke, ataupun digunakan sebagai penyejuk laptop di kala assignment bertimbun!
10. Pembesar Suara Bluetooth USB Micro SD Card

Ada party people kat sini? Ataupun yang rasa no music, no life? Pembesar suara Bluetooth ni memang gajet yang korang PERLU ADA! Nak pakai kabel USB boleh, nak pakai Bluetooth pun boleh! Puas la layan lagu-lagu favourite korang lepas ni!
Haa. Siapa kata gajet-gajet ni semua mahal? Sekarang dah terbukti ianya mampu milik kan? Apa tunggu lagi? Layari platform beli-belah atas talian terbaru MyBazar di www.mybazar.com atau muat turun aplikasi MyBazar hari ini dan nikmati diskaun hebat untuk pelbagai gajet gempak! Kat Mybazar, segalanya murah!
∞
Setelah lama kita melihat teaser Instagram untuk fungsi terbaru bernama Reels, akhirnya pengguna Instagram di Malaysia boleh menggunakan bermula hari ini!
Reels dikatakan bakal menjadi jalan penyelesaian Instagram untuk mengatasi populariti aplikasi TikTok. Tapi betul ke pendapat tersebut?
REMAJA dijemput untuk mendengar sesi pelancaran Reels di Malaysia pada pagi tadi untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan fungsinya dalam berkongsi video pendek yang boleh disunting dengan audio dan muzik tempatan serta antarabangsa.

Menurut Pengarah Negara Interim bagi Facebook Malaysia iaitu Justin Murugaya, Facebook memperkenalkan Reels agar komuniti media sosial tempatan boleh mengekspresikan diri dan berhibur di Facebook dan Instagram.
Reels juga dianggap sebagai masa hadapan hiburan di Instagram.
“Mulai hari ini, halaman ‘explore’ anda akan mempunyai fungsi baru dengan paparan Reels di bahagian hadapan dan tengah. Selain itu, tab khusus untuk Reels pada profil pengguna juga ada,” jelas beliau.
Cara Gunakan Reels
Korang kini boleh mencuba cara suntingan Reels untuk menghasilkan video berdurasi 30 saat yang kreatif dan menyeronokkan.
Ini adalah 5 caranya:

01
Speed
Pilih untuk mempercepat atau memperlahankan bahagian video atau audio yang korang pilih. Ini membantu korang mengekalkan rentak atau membuat video gerakan perlahan.

02
Timer & Countdown
Tetapkan timer untuk merakam klip secara hands-free. Apabila korang merakam, kiraan countdown 3-2-1 akan berdetik sebelum rakaman bermula.
03
Timed Text & Sticker
Tambahkan teks atau pelekat stiker dalam video.

04
Align
Sejajarkan objek dari klip sebelumnya sebelum merakam gambar seterusnya untuk memastikan transition video. Contohnya untuk perubahan pakaian atau menambahkan rakan ke dalam Reel.
05
Touch-Up
Tambah kesan smooth pada kandungan dan keupayaan mengawal intensity pada visual video.
Muzik
Selain iitu, korang juga boleh memilih muzik berlesen yang pelbagai untuk dimasukkan ke dalam video. Kalau korang lihat di akaun Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Naim Daniel, mereka telahpun berkongsi muzik dan video menggunakan Reels.

Cubalah guys!
Tak sabar rasanya nak melihat lebih banyak content Reels kreatif di Facebook dan Instagram selepas ini.
Baru-baru ini juga banyak perkembangan terbaru dalam dunia aplikasi yang menarik. Contohnya seperti penggunaan aplikasi Canva.
ARTIKEL BERKAITAN : Pelajar Ini Ajar Tutorial ‘Unlock’ Aplikasi Canva Premium Secara Percuma – REMAJA
∞
Jenama telefon bimbit Nokia rasanya antara yang legend kerana telah menghasilkan beberapa model telefon yang popular sekitar era 90-an dulu.
Jika ditanya apakah jenama handphone pertama korang? Rata-rata daripada kita mesti menggunakan handphone keluaran Nokia. Time tu kalau dapat pakai memang rasa dah cukup mewah la hiks!
Tapi dek kerana susah sangat nak ingat nama model telefon tu, ramai yang memberi gelaran lain pada kebanyakan handphone Nokia ni.
Cuba korang tengok ni, confirm korang ingat!
1. Sabun (Nokia 6600)

Mungkin sebab bentuknya yang comel-comel bulat, ramai yang menggelarkan model Nokia 6600 ni sebagai ‘Nokia Sabun’.
2. Daun (Nokia 7610)

Model ni pun antara yang popular satu ketika dulu. Tengok je pun korang dah tahu kan kenapa panggil daun?
3. Nokia Sembilu (Nokia 3650)

Ingat lagi tak drama Sembilu lakonan Zed Zaidi dan Hetty Sarlene? Time tu, telefon ini digunakan oleh watak utama drama tersebut dan tak semena-mena naik pula nama Nokia Sembilu. Jangan main, main, harga handphone ni pun beribu wey!
Memang sesuailah dengan watak Hetty Sarlene yang jadi anak orang kaya dalam drama tu kan. Hehe!
4. Nokia Pisang (Nokia 8110)

Rekaan melengkung bagi model telefon ini yang membuatkan orang memberi gelaran ‘Nokia Pisang’.
5. Butterfly (Nokia 8250)

Nampak tak navigation button tu macam bentuk rama-rama? Ha, sebab tu la kot panggil Butterfly.
6. Nokia lipstik (Nokia 7280)

Berbentuk petak panjang seperti lipstik. Tapi susah nak menaip sebab tak ada keypad. Siapa pernah pakai?
Okay dalam keenam-enam handphone Nokia ni, mana satu yang pernah korang pakai?
Sumber: Wiser
∞
Ura-ura yang kita dengari sejak beberapa bulan lalu akhirnya menjadi realiti.
Baru-baru ini, REMAJA pernah melaporkan mengenai pelan syarikat teknologi gergasi Amerika Syarikat iaitu Apple untuk tidak lagi menyediakan pengecas bateri (charger) di dalam pek model telefon iPhone 12.

.
Walaupun ramai yang mengecam dengan rancangan Apple itu, namun mereka tidak terkejut dengannya. Ini memandangkan revolusi yang dilakukan oleh Apple baru-baru ini terhadap gajet yang mereka perkenalkan telahpun mendatangkan masalah kepada pengguna setia mereka.
Sebagai contoh, pengeluaran model iPhone tanpa earphone jack telah memaksa bakal pengguna untuk mendapatkan EarPods, AirPods, fon telinga ataupun kepala yang disokong dengan fungsi Bluetooth.

.
Menariknya, tindakan Apple itu telahpun ‘ditiru’ oleh beberapa pesaing terdekatnya seperti Samsung. Terbaru, laporan mengatakan Samsung akan melakukan perkara berkenaan melalui telefon mercu akan datang mereka – Galaxy S21 (atau mungkin Galaxy S30).
Samsung dikatakan tidak akan menyertakan kepala pengecas, selain mungkin turut tidak menyertakan fon telinga. Samsung dijangka hanya akan menyertakan kabel dan juga pengeluar kad SIM bersama-sama pembelian peranti dalam kotak.
Pula dah..

.
Dengan hal ini, ia akan mengecilkan saiz kotak. Pada masa yang sama, perkara ini membolehkan Samsung menjual aksesori seperti fon telinga berasingan.
Sebelum ini, Apple tidak menyertakan pengecas dan fon telinga dalam kotak, mengatakan ia adalah usaha untuk mengurangkan impak terhadap alam sekitar.
Samsung dijangka memperkenalkan Galaxy S21 (atau Galaxy S30) ini seawal Januari 2021 kelak. Apa pun, memandangkan sebelum ini Samsung hadir dengan jenaka mengejek Apple kerana membuang pengecas, melakukan perkara sama mungkin akan turut menerima kritikan terhadap jenama Korea Selatan ini.
Pada pandangan korang, adakah ia akan membantu untuk mengurangkan harga jualan ataupun telefon pintar Samsung dan Apple masih akan dijual pada kadar harga sama?
SUMBER RUJUKAN: CHOSUN
∞