Home Blog Page 1890

25 Negara Iktiraf Perkahwinan LGBT, Negara Asia Mana Yang Baru Tandatangan Rang Undang-Undang Ini?

Kenyataan ini mungkin nampak jelik tetapi ternyata dunia sudah di akhir zaman. Jika dahulu umat ini hancur di zaman Nabi Luth tetapi kini bagai disanjung-sanjung, seolah-olah bebas bersuara tanpa merujuk pada Al-Quran Nur Karim.

Sebelum ini, ada lebih  20 negara mengiktiraf perkahwinan sejenis iaitu LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Trangender) terkini Australia menjadi negara kedua selepas Taiwan di benua Asia yang membenarkan perkahwinan sesama jenis ini terjadi.

25 Negara Iktiraf Perkahwinan LGBT, Negara Asia Mana Yang Baru Tandatangan Rang Undang-Undang Ini?
Hanya orang gila memahami orang gila dan kerana itulah perkahwinan LGBT terjadi- pic giphy

 

Biar tidak semua negara menyetujui perkahwinan ini malah di Afrika, 37 buah negaranya memperuntukkan undang-undang anti gay. Dikhabarkan, jika ada kehadiran pemimpin gay di sana, merupakan sesuatu yang sukar mahupun dibayangkan.

“Malah, bekas pemimpin Zimbabwe, Robert Mugabe juga pernah suatu ketika dahulu menyifatkan status pasangan hubungan sejenis sebagai ‘lebih rendah berbanding anjing dan babi’.

Baca pandangan dari Naqib Masjid Al Khadijiah, Kampung Pantai Dalam, Ustaz Shahril bin Abd Samad mengenai isu ini.

25 Negara Iktiraf Perkahwinan LGBT, Negara Asia Mana Yang Baru Tandatangan Rang Undang-Undang Ini?
Di akhir zaman, manusia hanya pentingkan diri sendiri – Ustaz Shahril

Menurut Ustaz Shahril, isu perkahwinan sesama jenis ini banyak berlaku di luar negara dan Malaysia sama sekali tidak pernah mengiktiraf perbuatan dilaknat Allah ini.

“Biar sudah jelas dinyatakan dalam al-Quran yang wujud sejak 1400  tahun dahulu yang menjadi panduan dan manual kehidupan manusia, ramai yang tidak menoleh ke belakang dan belajar serta menjadikannya sebagai panduan  hidup.

 

“Apa yang dapat diperkatakan, di akhir zaman ini, manusia hanya mementingkan diri sendiri. Sebagai contoh, jika isu dinyatakan tidak kena mengena dengan dirinya, maka kenyataannya akan berbaur  biasa-biasa saja. Tapi kalau ada kaitan, mereka akan mengulas dan menepis dengan pelbagai cara,” katanya ketika dihubungi.

Merujuk kepada satu hadis sahih  daripada Abu Musa  al-Ash’ari r.a berkata, Nabi s.a.w bersabda, “tidaklah seorang wanita itu bersedap-sedapan dengan seorang wanita melainkan mereka adalah berzina dan tidaklah seorang lelaki bersedap-sedapan dengan seorang lelaki melainkan mereka juga (sedang) berzina.

Ternyata jelas dan nyata, perbuatan LGBT ini menjurus kepada perbuatan berzina dan hukumnya berdosa besar.

Dalam pada itu Ustaz Shahril berkata, semua umat Islam harus berpegang kepada al-Quran kerana semakin banyak tanda-tanda besar kiamat sudah kenampakan jelasnya bakal berlaku.

“Dari dulu lagi banyak bukti dinyatakan. Namun manusia yang hanya mementingkan diri cuma menolak kenyataan ini. Banyak perkara sudah ditunjukkan dan semoga kita semua menjadi umat Islam yang mampu berpegang pada al-Quran dan hadis sebagai panduan kehidupan,” katanya yang mahu umat islam lebih berhati-hati dan tidak terpedaya dengan nafsu kehidupan.

25 Negara Iktiraf Perkahwinan LGBT, Negara Asia Mana Yang Baru Tandatangan Rang Undang-Undang Ini?
Dunia sudah semakin gila. Pesta gay di Taiwan

Semak, senarai negara yang mengiktiraf perkahwinan sesama jenis ini.  Ternyata dunia sudah akhir zaman. Semoga pelakunya bertaubat dan menerima hidayah Allah.   

1) Belanda, 2001

Belanda merupakan negara pertama di dunia yang mengubal undang-undang  pernikahan sejenis. Ia sudah diterima seawall 2000 lagi tetapi secara sahnya diiktiraf pada 2001.

2. Belgium, 2003

Langkah Belanda segera menjadi ikutan oleh Belgium dua tahun kemudian. Pada 1 Jun, Undang-undang ini diwartakan. Lebih mengejutkan, Perdana Menterinya, Elio de Rupo yang terpilih sebagai Perdana Menteri 2011, mengakui dirinya adalah gay.

25 Negara Iktiraf Perkahwinan LGBT, Negara Asia Mana Yang Baru Tandatangan Rang Undang-Undang Ini?

3. Sepanyol, 2005

Negara yang terkenal dengan sukan lasak matador ini membenarkan pengikut LGBT berkahwin pada 3 Julai 2005. Isu ini dibawa ke Parlimennya pada kali pertama oleh bekas Perdana Menterinya dan pemimpin Parti Sosialis, José Luis Rodríguez Zapatero.

4. Kanada, 2005

Selepas melihat ada negara mula mengiktiraf perkahwinan sejenis, Kanada menjadi negara keempat membenarkan perkahwinan terlaknat ini. 20 Julai 2005, undang-undang negaranya meluluskan perkahwinan ini.

6. Afrika Selatan, 2006

Benua Afrika merupakan benua yang terbesar kedua setelah benua Asia. Benua Afrika  merupakan benua yang dikatakan paling tandus daripada benua- benua lainnya serta dipenuhi banyak gurun pasir. Tapi ternyata Afrika Selatan menjadi negara di Benua Afrika yang membenarkan perkahwinan ini. . rang undang-undang ini telah ditandatangani oleh Wapres Phumzile-Mlambo Ngcuka pada 30 Jun 2006. Tandatangan ini disebabkan Presiden Afrika Selatan ketika tu, Thabo Mbeki sedang menghadiri KTT Uni Afrika.

25 Negara Iktiraf Perkahwinan LGBT, Negara Asia Mana Yang Baru Tandatangan Rang Undang-Undang Ini?
Pesta gay yang diadakan di Thailand

7. Norway, 2009

Norway mengiktiraf perkahwinan sejenis ini pada 1 Januari 2009.  Menjadikan negara ini sebagai negara pertama di wilayah Skandinavia.

8. Sweden 2009

Lima bulan selepas itu, Sweden  mengikut jejak negara jirannya, Norway. Secara rasminya negara ini membenarkan perkahwinan sejnis pada 1 Mei 2009.

9) Portugal 2010

Bayangkan kalau Cristiano Ronaldo menjadi gay. Mahu menangis perempuan-perempuan di luar sana kerana terkasima dengan kekacakkannya. Namun Perdana Menteri Portugal menyifatkan kebenaran perkahwinan sesama jenis ini adalah dari segi persamaan hak dan keadilan. Tak hairanlah pada 5 Jun 2010, Portugal menjadi negara ke 8 mengiktiraf perkahwinan menggelikan ini. 

25 Negara Iktiraf Perkahwinan LGBT, Negara Asia Mana Yang Baru Tandatangan Rang Undang-Undang Ini?
Cintanlah sangat. gaduh jugak..konon. pix giphy

10) Iceland 2010

Sangat mengejutkan apabila Perdana Menteri Iceland Johanna Sigurardottir dan pasangan sejenisnya,  Jonina Leosdottir merasmikan pernikahan mereka selepas rang undang-undang ini diiktiraf pada 27 Jun 2010. Johanna menjadi pemimpin  negara dunia pertama yang  mengakui dirinya lesbian sejak sekian lama.

11) Argentina 2010

Argentina  menjadi negara di Amerika Selatan yang mengiktiraf perkahwinan sejenis pada 22 Julai 2010. Empat tahun selepas rang undang-undang ini dibenarkan, ada 9362 pasangan sejenis mengesahkan pernikahan masing-masing.

12) Denmark 2012

Setahun senyap tanpa ada negara membuat pengiktiraf paling gila ini, 15 Jun 2012, Denmark menjadi negara ke 11 mengiktirafnya biar dianggap semua agama menentang perkahwinan mengarut ini.

13) Brazil 2013

Perkahwinan sejenis di Brazil ini agak kontroversi kerana 48 peratus warganya dalam satu kutipan pendapat, Pew research Center menolak perkahwinan sejenis ini. Namun undang-undang ini tetap diterima dan ditermetrai pada 14 Mei 2013 membolehkan perkahwinan sejenis dibenarkan.

25 Negara Iktiraf Perkahwinan LGBT, Negara Asia Mana Yang Baru Tandatangan Rang Undang-Undang Ini?
Serpihan dari kaum Sadom ini bergembira meraikan majlis sesama mereka di Amerika Syarikat

Selain negara di atas, ada lagi negara seperti New Zealand, Perancis, Inggeris, Uruguay, Scotland, Luxembourg, Finland, Slovenia, Ireland, Mexico dan Amerika Syarikat.

Selepas kegilaan terjadi di benua Eropah, benua Amerika terkini, gejala teruk lagi hodoh ini sudah menular ke Benua Asia pula. Ermmm, semakin dekat dengan Malaysia nampaknya.

Taiwan dikatakan menjadi negara pertama di Benua Asia yang secara rasmi mengiktiraf perkahwinan sesama jenis ini. Parlimen mereka mengambil masa dua tahun untuk menyetujuinya.

25 Negara Iktiraf Perkahwinan LGBT, Negara Asia Mana Yang Baru Tandatangan Rang Undang-Undang Ini?

Terkini, Australia menjadi negara ke 25 yang mengiktiraf perkahwinan ini. Dalam perbahasan Parlimen  baru-baru ini, seorang dari anggota Parlimennya. Tim Wilson telah membuat lamaran terhadap pasangan hidupnya Ryan Bolger dalam dewan mulia ini. Uewkkk. Ternyata kasih selama 10 tahun, akhirnya pasangan ini akan bergelar suami isteri. Tak tahulah siapa yang akan dipanggil Mummy dan sapa nak dipanggil Daddy. Memang dunia semakin gilaaaaa.

Saya Lakukan Demi Malaysia, Pemuda Ini Perlukan Undian Bagi Sertai XPDC Fjallraven Polar 2018

Merentas pergunungan salji di bawah paras 30 darjah Celsius  menggunakan bantuan peluncur sled anjing enam hari  berturut bukan perkara mudah. Ditambah Malaysia mengalami iklim khatulistiwa iaitu hujan dan panas sepanjang tahun.

Namun ia bukan halangan bagi seorang anak muda, Muhammad Syazwan bin Mohd Khazir, 26 tahun yang juga seorang jurutera awam untuk menyertai ekspedisi Fjallraven Polar, yang bakal diadakan 9-14 April  2018 akan datang.

Saya Lakukan Demi Malaysia, Pemuda Ini Perlukan Undian Bagi Sertai XPDC Fjallraven Polar 2018
XPDC ini sangat lasak dan mencabar fizikal peserta

Penggembaraan sejauh 300km itu akan bermula dari Signaldalen, Norway. Perjalanan bakal diteruskan ke Paltsa, Rastojaure, Kattyvuoma, Sejujarvi dan berakhir di Vakkarajarvi, Sweden yang mana sepanjang enam hari itu, peserta akan bermalam  di tanah sentiasa bersalji serta melalui laluan mencabar.

Namun sebelum impiannya itu bakal terlaksana dan membawa nama Malaysia ke peta dunia, Muhammad Syazwan memerlukan undian dari rakyat negara ini. Ayuh, undian rakyat Malaysia sangat diperlukan!

“Saya lakukan untuk Malaysia. Demi negara yang saya sayangi selain menguji ketahanan mental dan fizikal kerana saya sukakan aktiviti lasak,” katanya yang telah melakukan pendakian ke lebih 20 buah gunung. Ini termasuklah Gunung Kinabalu, Gunung Rinjani, Gunung Yong Belar, Gunung Datok, Gunung Stong, Gunung Nuang serta banyak lagi serta pernah menyertai ekspedisi berbasikal UiTM Malaysia – Thailand Internasional Cycling Tour  mengayuh sejauh 413 km pada tahun 2015 yang lalu.

Saya Lakukan Demi Malaysia, Pemuda Ini Perlukan Undian Bagi Sertai XPDC Fjallraven Polar 2018
Syazwan aktif dalam sukan lasak sejak dulu
Menurut Syazwan yang berasal dari Klang, dia memerlukan sekurang-kurangnya 5000 undian bagi mewakili Asia/ Ocenia dan setakat ini dia baru memperoleh 1900 undian setakat petang ini. Dia memerlukan sekurangnya 3100 lagi undi  untuk terpilih sebagai wakil negara Asia/ Ocenia (Malaysia/ Singapura/ Australia/ China) juga turut disenaraikan dalam  kategori ini.
“Undian ini akan ditutup pada 14 Disember ini. Saya kini berada dalam kedudukan ke empat dari 93 peserta dengan undian sebanyak 1900. Memandangkan penyertaan ekspedisi ini berdasarkan kedudukan, saya sangat berharap terpiliih,” katanya memaklumkan setakat hari ini peserta berada pada kedudukan pertama  sudah mendapat 3000 undian dan beliau mengharapkan jumlah undiannya melebihi peserta pertama.
Saya Lakukan Demi Malaysia, Pemuda Ini Perlukan Undian Bagi Sertai XPDC Fjallraven Polar 2018
Sudah mendaki lebih 20 gunung dalam dan luar negara

Dalam pada itu, anak muda ini memaklumkan, hanya peserta dari Filipina pernah terpilih mewakili Asia/ Ocenia tahun lalu dan penyertaan ini terbuka kepada seluruh dunia.

Demi Malaysia, apa kata kita bersatu hati melakukan vote untuk pemuda ini. Semangat anda sebagai warga negara amat diperlukan. Layari pautan ini demi negara yang sangat kita kasihi.

Difahamkan, pemilihan calon adalah berdasarkan jumlah undian dan kriteria setiap peserta. Jika terpilih, mereka secara automatik akan ditaja oleh Fjallraven dalam ekspedisi tersebut.

Saya Lakukan Demi Malaysia, Pemuda Ini Perlukan Undian Bagi Sertai XPDC Fjallraven Polar 2018

Untuk makluman, sukan lasak tajaan Fjallraven ini mula diperkenalkan pada tahun 1997. Fjallraven Kanken adalah syarikat pengeluar barangan outdoor yang begitu terkenal buat pencinta aktiviti lasak di seluruh dunia. Biar sudah lebih 20 tahun sukan ini diperkenalkan  iaitu bermula pada 1997, belum ada lagi rakyat Malaysia dipilih menyertai pengembaraan lasak dan mencabar fizikal ini.

Ayuh, rakyat Malaysia, semoga nama negara ini terpahat di mata dunia di mana kita boleh melakukan apa sahaja. Malaysia Boleh.

Tonton video di bawah mengenai XPDC ini

 

 

 

 

Laptop Slow Macam Siput? Ikut Cara Lelaki Ini Selesaikan Masalah Tanpa Perlu Hantar Kedai

Apa perasan korang bila tengah buat kerja tapi laptop atau PC slow gila-gila? Mesti rasa nak baling je kan komputer tu? Tapi memikirkan diri ni bukan orang kaya, so kena la selalu sabar dan reda.

Masalahnya, sampai mana je tahap kesabaran korang tu? Takkan nak biarkan selamanya slow?

Tak perlu susah-susah hantar repair dekat kedai, apa kata korang cuba dulu cara yang bro ni share di akaun twitter miliknya.

Laptop Slow Macam Siput? Ikut Cara Lelaki Ini Selesaikan Masalah Tanpa Perlu Hantar Kedai

Sekali sekala, please defrag hard drive or optimize garbage collection on SSD, will help with file cache and optimize space

Laptop Slow Macam Siput? Ikut Cara Lelaki Ini Selesaikan Masalah Tanpa Perlu Hantar Kedai

Tolong jangan main laptop atas katil. Laptop tu tak ada fresh air nak regulate thermals for component laptop. Punca rosak motherboard

Laptop Slow Macam Siput? Ikut Cara Lelaki Ini Selesaikan Masalah Tanpa Perlu Hantar Kedai

Laptop Slow Macam Siput? Ikut Cara Lelaki Ini Selesaikan Masalah Tanpa Perlu Hantar Kedai

Make sure uninstall semua display driver guna Display Driver Uninstaller

Laptop Slow Macam Siput? Ikut Cara Lelaki Ini Selesaikan Masalah Tanpa Perlu Hantar Kedai

Yang halang korang dari dapat performance gains dari beli RAM tambahan tu adalah processor, graphic processing unit dan hard drive

Laptop Slow Macam Siput? Ikut Cara Lelaki Ini Selesaikan Masalah Tanpa Perlu Hantar Kedai

Alternatively, daripada korang beli laptop, or korang dah ada laptop tapi underpec, korang build la dekstop instead 

Laptop Slow Macam Siput? Ikut Cara Lelaki Ini Selesaikan Masalah Tanpa Perlu Hantar Kedai

After a couple of years, itu sebab laptop ni tak kiralah how careful you are bila using it, akan ada satu point korang kena service juga

Laptop Slow Macam Siput? Ikut Cara Lelaki Ini Selesaikan Masalah Tanpa Perlu Hantar Kedai

 

Kalau dah ada cara yang tak perlu guna duit banyak, kenapa tak kita cuba kan?

Sumber: matthensem

 

 

Pernah Rasa Nak Kikis Muka Sendiri, 12 Petua Ini Buat Kulit Wajah Ramona Zamzam Makin Cantik

Semua perempuan nak kulit cantik. Hm, zaman sekarang ni jangan kata perempuan, lelaki pun dah pandai jaga kulit muka.

Namun, masalah biasa yang selalu dihadapi oleh setiap individu adalah muka berjerawat. Kalau setakat tumbuh dua, tiga biji tak apa, tapi bila dah jadi kes jerawat yang mula bercambah dengan jayanya sampai muka berbekas-bekas, yang tu dah tak cool lagi.

Sama seperti apa yang pernah dilalui oleh bekas finalis Dewi Remaja ini dulu, Ramona Zamzam mengambil masa dalam dua hingga tiga tahun untuk betul-betul memulihkan kulitnya daripada masalah jerawat kerana tuntutan kerja yang memerlukan dia sentiasa mengenakan makeup pada wajah.

Pernah Rasa Nak Kikis Muka Sendiri, 12 Petua Ini Buat Kulit Wajah Ramona Zamzam Makin Cantik
Gambar semasa Ramona sedang berhadapan dengan masalah kulit. Waktu ni, nak upload selfie pun kena edit pakai magic skin 360 camera dulu

 

Pernah Rasa Nak Kikis Muka Sendiri, 12 Petua Ini Buat Kulit Wajah Ramona Zamzam Makin Cantik
Laterst photo, no filter

 

Lihatlah perbezaan kulitnya sekarang. Memang nampak ketara sangat perubahannya. Makin cantik.

Apa yang Ramona buat sehingga kulit wajahnya kembali normal? Nah, ini 12 petua yang dikongsi olehnya sendiri di laman Facebook. Kata Ramona, proses nak baik pulihkan kulit ni bukan makan masa sehari atau sebulan, if you don’t give up, I believe you can!

1. Cuci muka bersih-bersih

Pernah Rasa Nak Kikis Muka Sendiri, 12 Petua Ini Buat Kulit Wajah Ramona Zamzam Makin Cantik

Tologlah cuci muka bersih-bersih. Untuk anda yang suka pakai makeup , tak kisahlah sebab bekerja atau just for fun, dan terutamanya if you’re using foundation/compact powder/ bb cream atau cc cream. Ikut step yang pernah Ramona kongsikan dulu.

Facial wash itself is NEVER ENOUGH. Kesilapan Ramona dulu lepas habis shooting balik rumah mandi cuci muka pakai facial wash saja dah cukup. Maka, bermulalah masalah skin problem yang amat teruk.

So, untuk langkah pertama ni, cuci muka bersih-bersih!

2. Say no to makeup

Pernah Rasa Nak Kikis Muka Sendiri, 12 Petua Ini Buat Kulit Wajah Ramona Zamzam Makin Cantik

Mungkin susah untuk anda ikut step ni sebab dah jadi trend, everyone pandai makeup. Ramona punya skin problem dulu terjadi sebab too much of makeup. Jadi, step kedua untuk repair kulit muka is stop using makeup.

Bila hari tak ada shooting, Ramona lagi suka duduk rumah diam-diam. Malaysia bukan macam Switzerland, udara tak fresh macam dekat sana. You have no idea betapa teruknya dust yang ada di luar tu dan wajah tanpa makeup membantu kulit anda untuk bernafas. So, penting sangat-sangat untuk kulit muka anda tak ada apa-apa on it sebab liang roma pun nak bernafas juga.

3. Drink water to the max

Pernah Rasa Nak Kikis Muka Sendiri, 12 Petua Ini Buat Kulit Wajah Ramona Zamzam Makin Cantik

Minum air putih minimum dua liter sehari. Ramai yang annoyed sebab kena pergi ‘sheeshee’ 20 kali sehari tapi 20 kali kencing tu la yang tolong buang toksik dalam badan, sekali gus tolong bersihkan kulit muka.

Tips: Lihat gambar Ramona tu, dah jadi habit akan sentiasa membawa botol bersaiz 2 liter. Start isi air pada waktu pagi selepas bangun tidur dan bawalah ia kemana-mana anda pergi. Cuba minum untuk sehari dua saja dan anda akan nampak perbezaan pada kulit.

4. Do not skip basic skincare

Pernah Rasa Nak Kikis Muka Sendiri, 12 Petua Ini Buat Kulit Wajah Ramona Zamzam Makin Cantik

Step ni sangat penting. Ramona kena skin infection dulu sebab dia tak apply apa-apa langsung pada muka sebelum pakai makeup. Ramai yang tak tahu kalau nak pakai makeup wajib untuk anda apply toner atau moisturizer terlebih dahulu.

Kalau tak nak mengalami seperti apa yang terjadi pada Ramona, nak pakai makeup pakai lah, tapi make sure apply basic skincare dekat muka dulu. Tak boleh tepek foundation direct kat muka tau!

5. Keluarkan peluh

Pernah Rasa Nak Kikis Muka Sendiri, 12 Petua Ini Buat Kulit Wajah Ramona Zamzam Makin Cantik

Do whatever exercise that you can, jogging, walking, hiking, badminton or anything asalkan keluar peluh. So starting from cardio, Ramona try jalan atas treadmill je, lama-lama bila buat cardio je rasa boring, so dia mula buat weight lifting.

Dengan kawan-kawan pula, aktiviti seperti hiking dan swimming pun dia akan buat. Pendek kata, apa saja yang mengeluarkan peluh, pasti Ramona buat. Exercise bukan saja baik untuk kesihatan diri, tapi juga elok buat kulit.

6. Do not touch your face

Pernah Rasa Nak Kikis Muka Sendiri, 12 Petua Ini Buat Kulit Wajah Ramona Zamzam Makin Cantik

Please understand that our hands are full of germs and bacteria, kadang-kadang bila lepak dekat luar, pegang tombol pintu, escalator atau paip dekat toilet, arghhh macam-macam la. Just imagine kalau anda pegang muka dengan tangan yang tidak dicuci?

Kalau dekat rumah baru lepas mandi atau lepas cuci tangan tak kisahlah nak belek atau pegang muka sendiri. Tengok pada keadaan, don’t simply touch your face.

7. Facial extraction

Pernah Rasa Nak Kikis Muka Sendiri, 12 Petua Ini Buat Kulit Wajah Ramona Zamzam Makin Cantik

Sebut pasal facial extraction, facial dah satu hal, facial saja tak cukup, kena ada extraction juga. Untuk yang tak faham apa itu ‘extraction’, ia bermaksud proses untuk mengeluarkan dan memicit segala yang ada dalam liang roma muka anda.

Basic facial selalunya sekadar mencuci muka, scrub dan pakai mask. Tapi kalau anda skin problem, tolong cari facial yang ada extraction.

8. Digestion & Fruit juice

Pernah Rasa Nak Kikis Muka Sendiri, 12 Petua Ini Buat Kulit Wajah Ramona Zamzam Makin Cantik
Antara sebab lain kenapa kulit muka tak boleh nak baik adalah bila ada masalah penghadaman. Sepatutnya, kita perlu membuang air besar at least satu atau dua kali sehari. Tapi kalau tak dapat macam tu maknanya usus ada problem dan yeah, boleh menyebabkan skin problem juga.

Jadi nak buat apa? Cari jalan untuk membolehkan anda buang air besar setiap hari seperti minum banana milkshake setiap pagi seperti Ramona.

9. Jaga makan

Pernah Rasa Nak Kikis Muka Sendiri, 12 Petua Ini Buat Kulit Wajah Ramona Zamzam Makin Cantik

Sekali sekala, cuba masak sendiri dekat rumah dan kurangkan minyak. Salah satu punca masalah kulit adalah daripada makanan. Cuba untuk ambil makanan yang dibakar, grill atau steam, selain bergoreng.

10. Tukar cadar katil

Pernah Rasa Nak Kikis Muka Sendiri, 12 Petua Ini Buat Kulit Wajah Ramona Zamzam Makin Cantik

Ramai yang tak ambil pusing tentang hal ini. Cadar dan sarung bantal yang digunakan setiap hari perlu kerap ditukar. Kalau setahun sekali baru nak tukar, macam mana kulit nak baik?

11. Jangan tidur tanpa basuh muka

Pernah Rasa Nak Kikis Muka Sendiri, 12 Petua Ini Buat Kulit Wajah Ramona Zamzam Makin Cantik

Jangan tidur with makeup on ok? Ini perkara basic yang rasanya ramai dah tahu. Kalau dah ngantuk sekali pun, basuh muka bersih-bersih dulu baru tidur.

12. Guna face mask

Pernah Rasa Nak Kikis Muka Sendiri, 12 Petua Ini Buat Kulit Wajah Ramona Zamzam Makin Cantik

Ramai yang lupa bahawa penggunaan mask secara kerap boleh tolong untuk repair skin anda dengan lebih cepat. Bergantung kepada masalah yang anda hadapi, ada banyak pilihan yang boleh dibuat.

Nak pakai mask yang lima minit lepas tu cuci pun ok, nak pakai sleeping mask time tidur pun boleh, nak pakai mask tampal kemudian buang selepas 20 minit pun tak ada masalah, janji lakukan secara kerap. Kalau pakai mask selalu kulit muka akan cepat baik dan susah jerawat nak naik.

So, ini adalah rutin-rutin yang dilakukan oleh Ramona Zamzam sepanjang proses memulihkan masalah kulitnya. jelas sekali kulit wajahnya lebih licin berbanding dulu. Untuk anda yang mengalami masalah yang sama, apa kata ikut petua Ramona ni. Mana tahu serasi kan?

Sumber: Facebook Ramona Zamzam

“Dia Selamatkan Nyawa Saya.” Selena Gomez Kongsi Anugerah Women Of The Year Dengan BFF

0

Penyanyi dan pelakon, Selena Gomez telah menerima anugerah Woman of The Year sempena acara Billboard Women in Music yang berlangsung di Amerika Syarikat.

Dan di dalam ucapannya yang diselangi dengan tangisan air mata itu (kami pun turut menangis sama semasa ucapannya), Selena tanpa teragak-agak memulakannya dengan berkata rakan baiknya, Francia Raisa lebih berhak untuk memperoleh anugerah tersebut berbanding dirinya.

"Dia Selamatkan Nyawa Saya." Selena Gomez Kongsi Anugerah Women Of The Year Dengan BFF

Awal tahun ini, Francia secara sukarela telah mendermakan buah pinggang kepada Selena yang dilaporkan menghadapi komplikasi berkenaan diagnosis lupus yang dihadapinya. Perkhabaran tersebut mendapat liputan meluas media seluruh dunia dek kerana 1) status Selena sebagai seorang selebriti dan yang lebih utama 2) kerana ia merupakan penyakit yang boleh mengancam nyawa.

Selepas menjalani pembedahan, Selena telah menjelaskan dalam satu posting di Instagram bahawa pembedahan tersebut telah berjaya dan ia menyelamatkan nyawanya.

Semasa menerima anugerah tersebut, Francia turut menemai Selena di pentas dan hadir sebagai plus-one rakan baiknya itu. Selain Francia, Selena juga berterima kasih kepada pasukannya dan ahli keluarga yang menurutnya “sentiasa berada bersama saya sepanjang waktu senang dan susah.”

Selena Menerima Diri Seadanya

Pada usia 25 tahun, Selena memberitahu kepada Billboard dalam satu temu bual baru-baru ini bahawa pembedahan memindahkan buah pinggang yang dijalaninya membuatkan dia semakin sedar akan kepentingan menjaga tubuh badannya.

“Saya hanya tersedar yang badan saya adalah milik saya, [Selepas pembedahan] saya bersyukur kerana masih hidup dan mempunyai badan yang berfungsi dengan baik. I’m actually grateful for who I am.”

“Jika dahulu saya tidak begitu selesa dengan bekas jahitan daripada pembedahan, kini saya sudah menerima keadaan fizikal saya itu.”

Sebelum ini pada tahun 2015, Selena pernah merasakan rendah diri dan stres kerana media antarabangsa melaporkan tentang berat badannya yang meningkat disebabkan penyakit lupus tersebut.

 

Akhirnya Dia Pergi Akibat Kanser Sarcoma…

Selepas penyanyi Elyana membuat pengakuan secara terbuka dia mempunyai kanser limfoma tahap empat, ramai menzahirkan rasa simpati.

Statistik Kementerian Kesihatan mendapati kira-kira 19,000 daripada setiap 100,000 rakyat negara ini menghidap pelbagai jenis kanser.  Wanita adalah golongan yang paling berisiko menghidap penyakit berkenaan, iaitu membabitkan 10,290 pesakit daripada setiap 100,000 rakyat Malaysia.

Lima kanser paling kerap menyerang rakyat negara ini adalah kanser payudara sebanyak 48.5 peratus, usus (12.1 peratus), paru-paru (11.8 peratus), pangkal rahim (5.7 peratus) dan kerongkong (5.4 peratus).

Akhirnya Dia Pergi Akibat Kanser Sarcoma...
Segalanya kini tinggal kenangan. Beginilah keadaan arwah ketika menjalani kemoterapi

Baca perkongsian sayu seorang isteri selepas suaminya disahkan mengidap kanser sarcoma iaitu sejenis kanser tisu di mana penyakit ini hanya mula disedari selepas terdapat satu benjolan di rusuk kanan.

Dia kini tabah menjaga enam orang anak yang masih kecil di mana anak terakhirnya, pasangan kembar langsung tidak sempat merasai kasih sayang ayah apabila suaminya menghembuskan nafas terakhir pada 27 Jun 2016, 23 Ramadan.

Ini catatan kisahnya…

Saya selalu dengar tentang kanser. Malas hendak ambil tahu sebab tak kena pada batang hidung sendiri. Tahun 2015, suami didiagnos menghidapnya. Benjolan yang terbit di rusuk kanan suami rupa-rupanya sel kanser.

Hasil ujian biopsy mengatakan suami menghidap Kanser Sarcoma (tisu) tahap ketiga. Kami terpempan tetapi saya masih positif dan beri semangat pada suami bahawa dia pasti sembuh.

Automatik, saya bertukar menjadi doktor. Habis segala artikel diteroka. Ubat, saya ‘explore’ semuanya semata-mata kerana ingin suami kembali sihat seperti sebelumnya.  Walau sarat mengandung anak kembar, saya tetap kuat demi cinta yang tak berbelah bagi.

Saya nak suami juga begitu. Saya perlu memandu ke hospital kerana suami tidak mampu. Tangan kanannya tidak sekuat dulu. Sukar digenggam malah sering sakit. Tenaganya berkurang, makan pun sudah tidak berselera.

Akhirnya Dia Pergi Akibat Kanser Sarcoma...
Ubat menjadi peneman setia setiap hari

Semangat suami makin merudum ketika saya ingin melahirkan anak kami. Dia tidak mampu menemani kerana berada di hospital yang berbeza bagi menjalani rawatan rutin. Kami terpisah seketika, bertarung nyawa demi mengecap kehidupan yang lebih bahagia. Alhamdulillah, anak kami selamat dilahirkan secara normmal. Twin ‘A’ kuat, barangkali ‘menyerap’ kekuatan baba dan bondanya.

Hujung tahun 2015, kesihatan suami makin merosot. Dia bertegas tidak mahu rawatan di hospital. Ada dua pilihan yang doktor berikan sama ada tangan kanannya dipotong (dari paras bahu keseluruhan) dan jalani kimoterapi atau berdiam diri tanpa berbuat apa-apa.

Enggan tangan dipotong

Suami tak sanggup bergelar OKU, lantas dia memilih untuk mencuba rawatan tradisional. Puas saya memujuk tetapi suami tetap berkeras.  Saya terpaksa akur dan ikut sahaja mana tempat yang dikatakan mampu merawat kanser. Twin ‘A’ seperti bukan lagi priority. Fokus saya 100 peratus kepada suami.

Februari 2016, suami terpaksa dimasukkan ke hospital kerana masalah pernafasan. Kata doktor, sel kansernya sudah merebak ke paru-paru. Saya berkeras untuk mencuba rawatan kimoterapi tetapi doktor hanya menggeleng kepala.

“Suami Puan sudah berada di tahap akhir (advance stage). Tiada lagi rawatan yang sesuai kecuali ‘comfort patient’.”

Saya ternganga!

“Maksudnya apa? Saya perlu biar dan tunggu sahaja? Melihat suami menahan sakit di hadapan mata? Bila susah nafas, guna nebulizer. Bila sakit, diberi ubat penahan sakit.

Begitukah?”

Doktor mengangguk. Tetapi saya masih tidak berputus asa. Saya bertegas mintak dirujuk kes ke Hospital Kuala Lumpur. Saya tetap mahu suami jalani kimoterapi. Saya mahu bantuan pakar! Akhirnya, permohonan saya didengar dan diluluskan. Suami dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur tiga hari kemudian. Di sana, suami berjumpa dengan doktor (bukan pakar) dan jawapannya masih sama.

Suami tiada harapan. Rawatannya masih ‘comfort patient’! Saya tak puas hati. Saya berkeras inginkan pakar, Akhirnya, seorang pakar (perempuan) datang berjumpa saya. Memeriksa keadaan suami dan membuat sedikit analisis.

“Suami puan nampak sihat. Tak demam. Kulit pun tak pucat. Jadi, kita akan terus dengan rawatan kimoterapi jika keputusan darah tak ada masalah.”

Saya ternganga! Tak percaya. Sempat saya beritahu doktor bahawa kanser suami berada di tahap akhir. Pakar di hadapan saya masih senyum sambil berkata “Kenapa? Advance stage tak boleh kimo ke? Jangan bimbang, suami Puan nampak sihat, InsyaAllah dan yakin pada-Nya”

Air mata saya mengalir laju. Allahhuakbar! Doa saya didengar. Segera saya palingkan badan mengadap suami. Melutut dihadapannya sambil memberitahu berita gembira

“Baba boleh kimo. Baba dengar tak tadi doktor cakap apa? Baba boleh sihatkan! Baba kena yakin, kena kuat, kena banyak doa!” Suami seperti mendapat kehidupan baru. Dia kembali yakin melihatkan wajah saya yang penuh dengan harapan.

Pertama kali dikimoterapi, hati saya berdegup kencang. Saya tidak dibenarkan berada di sisi suami kerana bimbang terkena radiasi. Sebelum beredar, saya kucup pipinya sambil berbisik “Baba kena kuat. Bonda ada dengan baba!” suami senyum dan melihat saya menjauh pergi. Lebih kurang 50 meter dari katilnya, saya memerhati prosedur itu. Nampak ringkas tetapi ubat kimo yang disuntik ke tubuh suami benar-benar merisaukan hati. Ya Allah, moga suamiku kuat!

Selesai kimo, saya segera duduk di sisi suami. Bersembang dan bertanya keadaannya.

“Baba ok tak? Badan rasa macam mana? Panas? Tekak loya tak? Baba nak makan apa, bonda carikan?”

Soalan datang bertalu-talu sebab hati saya risau tetapi suami masih ‘cool’ sambil menjawab, “Baba okla”

Tiga jam kemudian, suami mula menyatakan rasa tidak selesanya. Badan panas, kepala pusing, tekak loya, badan tidak bermaya. Sakit yang dirasa bergabung pada satu-satu masa. Saya sedar, ubat kimo sudah ‘menguasai’ dirinya di ketika itu. Panik dan sedih tetapi saya cuba berlagak biasa. Saya lari ke bilik air. Menangis melihatkan dirinya yang mengadu tak mampu bertahan lagi. Tiba-tiba Allah beri saya ilham untuk kembalikan kekuatan suami.

Akhirnya Dia Pergi Akibat Kanser Sarcoma...
Anak kembar kami yang tidak sempat merasai kasih sayang babanya..anak, semoga kau kuat kerana bonda akan sentiasa ada di sisi

Saya kesat air mata yang mengalir laju dan pura-pura kuat dihadapannya. Saya tunjukkan foto di dalam telefon dan bertanya siapa budak itu.  Suami jawab. Twin ‘A’. Saya tanya, siapa twin A dan suami jawab “Anak baba”. Ketika itu saya beritahu suami, dia perlu kuat dan sihat demi mereka.

Jika tidak untuk saya tetapi fikirlah anak-anaknya. Suami yang tadinya lesu seperti mendapat semangat baru. Dia ambil telefon di tangan saya dan belek wajah anak-anaknya satu persatu. Katanya, dia ingin air oren dan saya bergegas ke kantin mencari air oren seperti diminta. Persis raja mengeluarkan perintah, saya segera menurut asalkan suami dapat kekuatannya.

Alhamdulillah, kimoterapinya menampakkan hasil yang positif. Benjolan yang pada asalnya bersaiz sekitar 37cm mengecut hingga 29cm pada temujanji kimoterapi yang kedua. Doktor memanggil saya ke biliknya. Kami berbincang sambil doktor memberi sedikit penerangan. Kata doktor, suami perlu jalani enam kali kimoterapi yang mana ia dikenali sebagai paletif kimoterapi.

Akhirnya Dia Pergi Akibat Kanser Sarcoma...
Beginilah suasana dalam wad setiap hari..kini segalanya tinggal kenangan

Kimoterapi ini tidak mampu memulihkan tetapi membantu memanjangkan hayat pesakit. Saya faham maksud doktor yang seolah-olah mahu saya bersedia dengan kematian. Saya tolak semua andaian dan masih dengan fikiran yang positif. Saya percaya pada keajaiaban, saya percaya kuasa Tuhan.

Saya beri suami semangat. Waktu bersamanya, saya buka kisah-kisah survivor di internet. Saya bercerita macam-macam dengannya, cuba mengalih perhatian dari kanser yang sudah menggila. Keputusan x-ray paru-paru yang doktor tunjukkan petang tadi benar-benar meruntun hati. Hanya tinggal beberapa liang yang masih berkeadaan baik, selebihnya sudah ‘dikuasai’ kanser. Luluh hati ini hanya Allah yang tahu tapi saya tetap kuatkan semangat.

Sepanjang menjaganya, air mata ini tak pernah menitis walaupun setitis dihadapannya. Saya cuba sembunyikan kesedihan, saya cuba hilangkan kerisauan walaupun terpaksa menghitung hari untuk kehilangan. Setiap hari saya berdoa pada Tuhan agar tidak berada disisinya ketika akhir hayatnya nanti. Saya tak sanggup! Saya tahu saya pasti jadi gila!

Akhirnya dia pergi tinggalkan dunia ini tanpa saya di sisinya….

Tuhan makbulkan doa saya. Pertemuan kami petang itu adalah momen yang terakhir. Kami bersembang seperti biasa walaupun respon dari suami tidak seceria hari semalam. Suami banyak berdiam dan makannya nampak selera.

Bubur lambuk pemberian ibu dijamah lebih tiga sudu. Saya pegang jarinya, lembut dan mudah dilentur. Nampak respon yang positif, bisik saya di dalam hati! Saya beritahu suami, petang itu saya terpaksa pulang ke Klang untuk beli kelengkapan Aidilfitri kami nanti.

Kasihan anak-anak, tak ada baju dan kasut baru lagi. Suami diam, seperti tak rela untuk saya meninggalkan dirinya. Setelah dipujuk, suami beritahu dia inginkan baju raya berwarna hijau. Iya, nanti saya sediakan!

Sebelum beredar, saya sempat mengucup kepalanya yang botak licin; kesan kimoterapi. Dia langsung tidak memandang wajah saya buat kali yang terakhir. Saya sempat bisik padanya “Baba tunggu bonda datang ya. Dua hari lagi bonda balik”. Suami diam dan hati saya tiba-tiba sebak. Tak tahu mengapa. Tangannya saya genggam erat sebelum  tekad mengatur langkah. Sempat saya berpesan pada jururawat  supaya tengok-tengokkan suami sepeninggalan saya nanti.

Sekitar jam 12 tengah malam, saya terima panggilan telefon dari adik ipar mengatakan suami tenat. Saya bungkam tetapi cuba berlagak tenang. Saya segera berkemas apa yang patut dan cuba bertanya kembali keadaan suami. Namun, Allah lebih menyayangi.

Suami pergi meninggalkan kami pada sepuluh malam terakhir Ramadan. Lancar dan tenang dia menghembus nafasnya. Saya seperti tidak berpijak di bumi lagi. Perasaan menerawang, sedih yang tidak mampu dijelaskan. Ketika itu, tiada setitikpun air mata yang keluar. Mungkin kerana saya puas menjaganya, berada di saat dia menderita, bergelak ketawa bersama, berkongsi semuanya.

Akhirnya Dia Pergi Akibat Kanser Sarcoma...
Semoga damailah mu di sana suamiku. Aku dan anak-anak akan kerap pulang untuk mengunjungimu…

Saya tahu, dia bahagia di ‘sana’ dan sesungguhnya saya cuba belajar redha. Tolong sedekahkan al-fatihah buat suami saya. Sesungguhnya pesakit kanser adalah ‘pejuang’ yang sebenar. Mereka kuat melawan sakit yang tidak nyata di mata. Hebat malah bertuah menjadi insan pilihan Allah SWT.

Alfatihah untuk arwah Shah.

 

 

 

Remaja Gemuk Menang Pertandingan The Biggest Loser Kini Jadi Ahli Bomba Kacak

10 tahun lalu, Sam Roune memenangi satu pertandingan dalam siri realiti popular The Biggest Loser. Usianya baru 19 tahun ketika itu dan memiliki berat badan 154 kg.

Remaja Gemuk Menang Pertandingan The Biggest Loser Kini Jadi Ahli Bomba Kacak
Erm..memang kacak habiskan abang bomba nie..

Selepas 10 tahun berlalu, wow, memang berubah habis penampilannya. Bukan saja kacak tetapi badannya penuh otot. Dia juga miliki kerjaya sebagai ahli bomba. Ermmm..memamg kacak la kan kalau ada abam bomba begini.

Sam memenangi pertandingan ini selepas dia berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 71 kg dalam siri realiti tersebut.

Disebabkan otot kekarnya itu dia terpilih menghiasi kalender  New South Wales FireFighters Calender dengan pelbagai aksi yang menarik.

Remaja Gemuk Menang Pertandingan The Biggest Loser Kini Jadi Ahli Bomba Kacak

Jelas pemuda dari Australia ini demi mengekalkan bentuk badannya dia banyak berlari dan sering ke gym. Dia  juga aktif dalam banyak sukan bagi mengekalkan bentuk tubuh sedia ada.

Remaja Gemuk Menang Pertandingan The Biggest Loser Kini Jadi Ahli Bomba Kacak

Apa pun abam bomba nie memamg kacak dan sesuai terpilih sebagai abam kalender bomba.

 

 

Iklan Ubat Peninggi Boleh Didenda RM50,000 Jika Keluarkan Info Palsu

0

Dalam dunia ini ada dua jenis golongan yang saling memerlukan – usahawan dan pembeli. Kalau tiada usahawan atau bahasa glamornya businessman, tiadalah pembeli kerana tak ada barang yang boleh ditawarkan.

Serupa juga jika tiada golongan pembeli, pasti bisnes korang melingkup. Kedua-dua pihak ada kepentingan masing-masing.

Jadi apabila dunia semakin menerima platform online sebagai medan berbisnes yang sepatutunya memudahkan urusan jual-beli, ada  pula masalah yang timbul.

Antaranya adalah ribuan testimoni palsu dan informasi mengelirukan di media sosial. Paling popular sekarang tentulah ubat peninggi, kulit wajah boleh putih dalam masa seminggu, ubat kuat dan sebagainya.

Iklan Ubat Peninggi Boleh Didenda RM50,000 Jika Keluarkan Info Palsu
Sebelum mencuba apa jua jenis produk, baca dulu keterangan yang ada pada laman web atau botol tersebut. Kemudian, penting untuk korang dapatkan kepastian melalui ahli farmasi terdekat sebelum membeli.

 

Kreatif eh mereka ini mencanang testimony di sana-sini.

Sampai bila perkara ini akan berlarutan? Dan apa tindakan korang sebagai pengguna yang mungkin pernah tertipu dengan dakyah usahawan online. REMAJA bersama pengarah eksekutif Communications Multimedia and Content Forum of Malaysia (CMCF), Encik Mohd Mustaffa Fazil Mohd Abdan untuk mendapatkan penjelasan beliau.

Apa yang dimaksudkan dengan tanggungjawab ketika berniaga secara online?

Dunia online memudahkan sesiapa saja untuk berkongsi perniagaan di akaun media sosial, blog, YouTube dan sebagainya.

Namun, sebarang posting perniagaan masih memerlukan 4 prinsip ini yang selalu diguna pakai dalam perniagaan mainstream: kebenaran,  kejujuran, ketepatan dan kebolehpercayaan.

Dan kalau saya boleh tambah satu lagi prinsip: tidak mengelirukan pelanggan. Ia harus ringkas, mudah dan jelas.

Bila pelanggan keliru dan tak dapat mengesahkan kesahihan kandungan produk korang, itu menandakan posting perniagaan yang korang telah muat naik tidak sepenuhnya ‘bertanggung jawab’ kerana orang masih tertanya-tanya, betul ke sesuai? Betul ke berkesan?

Berkesan lagikah taktik meletakkan testimoni pelanggan?

Pertama, kandungan dalam online posting korang harus merujuk kepada undang-undang dan syarat-syarat yang berkaitan dengan piawaian iklan sedia ada. Sama ada undang-undang dari pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan atau standard yang diakui oleh sektor swasta.

Dalam kes paparan testimoni, korang harus mendapatkan kelulusan individu yang memberi keterangan secara rasmi (on paper). Bukan itu saja, duta produk pun perlu memberi kelulusan bertulis sebelum korang boleh menggunakan quotation mereka di dalam posting.

 

Iklan Ubat Peninggi Boleh Didenda RM50,000 Jika Keluarkan Info Palsu
‘Abang nak naik apa lagi. Cukuplah dengan ketinggian tu eh’. Hehe

Jika jenama menokok tambah visual iklan menggunakan Photoshop, apakah akibatnya?

Menokok tambah visual adalah dibenarkan selagi pengguna tahu kandungan iklan itu adalah benar. Sebagai businessman, korang perlu pastikan kandungan iklan masing-masing adalah benar. Jika palsu dan mempunyai maklumat yang tidak tepat, korang boleh dikenakan hukuman jika didapati bersalah.

Tapi, bagaimana kami nak pastikan visual iklan itu okay?

Korang harus merujuk kepada Kod Kandungan (Bahagian 2) yang boleh dimuat turun di www.cmcf.my. Kemudian, pastikan visual itu menepati piawaian-piawaian yang terdapat di dalam Kod Kandungan.

Ingat, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh mengambil tindakan sewajarnya sekiranya tuntutan kesihatan yang dibuat adalah palsu. Oleh itu, kami nasihatkan korang supaya berunding dengan KKM dan pihak berkuasa berkaitan sekiranya terdapat sebarang keraguan.

 

Iklan Ubat Peninggi Boleh Didenda RM50,000 Jika Keluarkan Info Palsu
Pengarah eksekutif Communications Multimedia and Content Forum of Malaysia (CMCF), Encik Mohd Mustaffa Fazil Mohd Abdan

Apa tindakan ke atas perkongsian iklan palsu?

Pengusaha perniagaan online (terutamanya yang berpengkalan di Malaysia) yang melanggar Kod Kandungan dari segi kandungan pengiklanan elektronik boleh ditegur, didenda tidak melebihi RM50,000, dan/atau diperintahkan untuk menyingkir atau memberhentikan kandungan yang menyinggung.

Pihak berkuasa yang berkaitan juga boleh mengenakan jenis penalti yang lain bergantung kepada jenis pelanggaran tersebut.

Sebagai pengguna, bagaimana pula kami boleh mengenal pasti info palsu yang dibuat oleh sesuatu jenama? Contohnya seperti Skim Cepat Kaya.

Zaman sekarang, mudah je untuk sesebuah jenama twist story agar korang percaya. Pengguna yang kurang pengetahuan akan mudah terdedah kepada janji manis mereka.

CMCF cadangkan agar kamu meneliti jenama, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan sebelum membuat pembelian. Jangan cepat percaya kepada cakap seseorang, terutama jika jenama itu masih baru di pasaran.

Ini demi keselamatan dan kebaikan diri masing-masing juga. Dunia online ini besar tetapi tak semua yang menggunakannya itu bertauliah.

 

Iklan Ubat Peninggi Boleh Didenda RM50,000 Jika Keluarkan Info Palsu
Laa, Lee Min Ho pun jadi mangsa?

Jika pihak ketiga seperti followers menyiarkan kandungan tidak sensitif di page mereka, adakah pemilik jenama masih perlu bertanggung jawab?

Ya, mereka perlu. Ia merupakan tanggungjawab pemilik jenama untuk memantau dan memastikan dengan sebaik mungkin.

Okay, bagaimana pula jika stokis dan ejen yang buat hal?

Sebagai pemilik jenama, korang terlebih dahulu perlu memastikan kesahihan sumber maklumat untuk kebaikan para pengguna. Contohnya seperti kongsikan senarai nama ejen dan stokis rasmi untuk memperolehi kepercayaan pengguna.

Jika ada ejen dan stokis yang buat hal dengan mengeluarkan iklan atau statement palsu, korang perlu memaklumkan perkara sebenar kepada pengguna melalui page korang. Kemudia, pastikan ejen dan stokis delete posting tersebut secepat mungkin.

Apakah tindakan yang boleh diambil oleh pengguna sekiranya mereka berhadapan dengan maklumat palsu atau mengelirukan?

Korang boleh mengemukakan aduan mereka CMCF atau kepada pihak berkuasa yang berkaitan. Semua aduan boleh dikemukakan melalui borang online di www.cmcf.my, atau melalui aplikasi Star Phone yang digunapakai oleh CMCF.

 

 

“Takut Nak Pergi Toilet!” – Pengabdi Setan Puaskan Hati Penonton Malaysia

0

Terlalu banyak misteri yang menyebulungi filem, Pengabdi Setan.

Kunjungan penulis hari ini bagi menyaksikan sendiri filem yang digembar-gemburkan sebagai antara filem terbaik yang ditayangkan pada tahun 2017 membawa seribu satu ekspektasi.

“Ni kalau tak best, kau redeem balik duit tiket aku,” kata penulis, sejak awal lagi sudah memberi amaran kepada rakan yang sudah menyaksikan naskah daripada Joko Anwar ini, beberapa kali.

I will spare you the details of the movie, fret not. Namun ada beberapa aspek filem ini yang masih berbekas di minda sehingga kini.

"Takut Nak Pergi Toilet!" - Pengabdi Setan Puaskan Hati Penonton Malaysia

Untuk pengetahuan korang, Pengabdi Setan adalah sebuah filem remake yang asalnya pernah ditayangkan pada tahun 1980. Naskah tulisan Subagio S. ini juga berjaya mencapai jualan tiket yang amat memberansangkan 37 tahun yang lalu. Oleh sebab itu, Joko Anwar telah terpanggil untuk mengfilemkan semula Pengabdi Setan dengan nafas baru.

Namun, itu tidak bermaksud Joko banyak mengubah jalan ceritanya yang asal.

Sebagai contoh, adegan permulaan filem di mana watak Ibu atau namanya Mawarni Suwono dikebumikan setelah meninggal dunia cukup sama dengan adegan asal Pengabdi Setan versi 1980.

"Takut Nak Pergi Toilet!" - Pengabdi Setan Puaskan Hati Penonton Malaysia
Watak Rini dari Pengabdi Setan (2017) dan (bawah) Pengabdi Setan (1980)

Memasuki beberapa puluh minit penulis menontonnya (ke tutup mata je lebih?), aspek misteri itu sudah mula melingkari jalan ceritanya. Pertama, penyakit misteri apa yang membunuh Ibu?

Dan apabila roh Ibu mengganggu suaminya dan empat orang anak (filem versi 1980 hanya menampilkan dua orang anak), penulis tertanya-tanya mengapa Ibu sanggup untuk mengacau mereka sedangkan keluarganya kelihatan cukup penyayang ketika menjaga Ibu semasa dia sakit dan terlantar di atas katil.

Ibu hanya perlu membunyikan loceng dan mereka pun datang untuk membantu. Dah macam private butler aku tengok, kerlass!

"Takut Nak Pergi Toilet!" - Pengabdi Setan Puaskan Hati Penonton Malaysia
Seriuslah, semasa tayangan perdana pun semua pelakon masih membuat reaksi muka macam itu. Err

Satu-persatu gangguan Ibu hadir dalam kehidupan mereka lima beranak. Dari pandangan muka yang perlahan-lahan menoleh memandang korang sehinggalah ke lagu kegemaran ramai, ‘Kelam Malam’ yang akan berkumandang di radio secara tiba-tiba pada tengah malam.

Hhm, pada waktu ini, penulis masih tertanya-tanya, kenapa kau kacau keluarga kau, eh Ibu?!

Well, that is for you to find out in the second half of the movie. Apa yang penulis boleh katakan adalah syabas diucapkan kepada pengarah Joko Anwar yang berjaya membawa elemen seram ke segenap ruang panggung.

"Takut Nak Pergi Toilet!" - Pengabdi Setan Puaskan Hati Penonton Malaysia
‘Kelam Malam’

Bunyi lantai kayu yang bergesel dan pintu yang terbuka secara perlahan masih menghantui minda ini (Thank you Joko!). Apa yang pasti, misteri yang ada di dalam filem Pengabdi Setan semuanya terjawab juga di akhir filem.

Ibu telah banyak menyembunyikan aspek kehidupan lamanya sehingga membuatkan anak-beranak terpaksa menanggung derita. Namun, semua yang dilakukan oleh Ibu ada kaitan dengan rasa sayang pada ahli keluarga.

Ibu, niat tak menghalalkan cara, okay. (Eh, aku pulak yang mengajar.)

"Takut Nak Pergi Toilet!" - Pengabdi Setan Puaskan Hati Penonton Malaysia

Respon Penonton: “Housemate Aku Dah Takut Nak Mandi Seorang”

Rata-rata para penonton di Indonesia memberikan lima bintang kepada naskah remake ini. Jika tidak, takkanlah Pengabdi Setan berjaya menarik lebih 2 juta penonton Indonesia untuk ke pawagam sejak 28 Oktober 2017.

Bagaimana pula dengan respon dari penonton di Malaysia? Ini antara tweet menarik yang sempat REMAJA lihat sejak ia ditayangkan di Golden Screen Cinemas seluruh negara, minggu lalu.

Tweet terakhir daripada @neetaf itu macam interesting. Mungkin kawan penulis tadi tak faham jalan cerita Pengabdi Setan, sebab itulah dia ajak tengok berkali-kali. Bagi hadam habis hehe.

Apapun, penulis merasakan ia adalah sebuah filem remake yang berjaya membuatkan ramai peminat filem seram di rantau Nusantara ini kembali yakin untuk pergi ke pawagam dan tonton. Bukannya download secara haram di Internet.

Kali terakhir penulis melihat aura filem seram sebegini adalah semasa filem Munafik ditayangkan di Malaysia. Syabas sekali lagi kepada pengarah!

Bagi korang yang belum pergi menonton, klik pada klip trailer di bawah. Jangan lupa juga untuk klik pada video reaksi penonton di Indonesia yang menonton Pengabdi Setan.

Setan sangat kan korang record reaksi orang senyap-senyap!

Mamee Labur RM50 Juta Untuk Produk Makanan Halal Korea

Mamee Double Decker (M) Sdn Bhd telah melabur RM50 juta sebagai permulaan dalam usaha menjalin usaha sama dengan sebuah syarikat dari Korea Selatan, Shinsegae Food bagi menghasilkan produk makanan korea halal untuk dipasarkan ke peringkat global.

Mamee Labur RM50 Juta Untuk Produk Makanan Halal Korea
Bangunan baru Mamee di Ayer Keroh, Melaka

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mamee, Tan Sri Pang Tee Chew  berkata, jumlah itu merangkumi kos pelaburan, pengiklanan dan sebagainya demi memastikan, produk makanan halal dari Korea dapat diperkembangkan di negara ini.

“Usaha sama bersama yang dinamakana Shinsagae Mamee Sdn Bhd merupakan platform terbaik bagi kedua-dua syarikat  untuk memperkukuh dan mengembangkan operasi kedua-duanya di rantau Asia Pasific di samping berkongsi kepakaran dalam pembuatan dan perkhidmatan makanan serta minuman halal.

““Mamee dapat lihat populariti makanan Korea yang semakin meningkat dan permintaan yang lebih tinggi untuk makanan halal dalam pasaran makanan global di mana kedua-dua pasaran dijangka akan mengalami pertumbuhan yang pesat bagi beberapa tahun yang akan datang.

“Usaha sama ini membolehkan kedua-dua syarikat dapat berkongsi dan memanfaatkan kekuatan masing-masing. Shinsegae Food adalah sebagai peneraju dalam perkhidmatan dan pembuatan makanan, manakala Mamee-Double Decker menjadi jenama isi rumah yang terkenal dengan lebih daripada 40 tahun pengalaman dalam menghasilkan kualiti makanan dan minuman halal. Diharap dengan usaha sama ini, sedikit sebanyak dapat membantu melonjakkan aspirasi Mamee ke arah menjadi pembekal makanan halal secara global,” katanya sambil menambah, pasaran makanan halal merupakan salah satu pasaran makanan yang berkembang pesat di seluruh dunia.

“Banyak produk-produk makanan halal dari Korea mendapat permintaan bagi rakyat negara ini. Malaysia pula dikenali sebagai perintis makanan halal bagi rantau ini. Justeru itu, kerjasama ini adalah satu platform terbaik untuk Mamee Double Decker merintis ke arah perkembangan syarikat.

“Dengan pasaran makanan halal yang kini menjadi salah satu pasaran makanan yang berkembang pesat di seluruh dunia, secara tidak langsung akan meningkatkan lagi permintaan makanan halal Korea yang kini semakin berkembang memandangkan Malaysia merupakan perintis makanan halal di rantau ini,” katanya kepada pemberita pada majlis permeterian perjanjian usaha sama di Melakai yang turut dihadiri Presiden Shinsegae Food, Choi Sung-Jei.

Mamee Labur RM50 Juta Untuk Produk Makanan Halal Korea
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mamee, Tan Sri Pang Tee Chew dalam majlis menandatangani usahasama bersama Presiden Shinsegae Food, Choi Sung-Jei

Dalam pada itu Presiden Shinsegae Food, Choi Sung-Jei berkata, Mamee-Double Decker merupakan jenama isi rumah yang terkenal dengan lebih daripada 40 tahun pengalaman dalam perkilangan dan memiliki rangkaian pengedaran global yang kukuh. Manakala, Shinsegae Food, sebahagian daripada Shinsegae Group pula mempunyai pengalaman dan kepakaran meluas dalam pembuatan makanan dan mengendalikan perniagaan makanan berbentuk restoran dan kedai roti sepanjang tempoh 20 tahun dalam bidang ini. Kedua-dua syarikat pada hari ini telah membangunkan syarikat usaha sama ini bagi mempromosikan makanan Korea yang asli dan untuk memudahkan pertumbuhan makanan Korea yang halal di Malaysia dan di Asia Tenggara,’ katanya.

Dalam satu pernyataan lain, Tan Sri  Pang berkata dengan usaha sama itu beliau menjangkakan kedua-dua pasaran akan mengalami pertumbuhan yang pesat berikutan populariti makanan Korea dan permintaan yang lebih tinggi bagi makanan halal dalam pasaran makanan global.

“Justeru, saya berharap dengan usaha sama ini sedikit sebanyak dapat membantu melonjakkan lagi aspirasi Mamee ke arah menjadi pembekal makanan halal secara global,” katanya.

Menurutnya lagi, usaha sama ini juga merupakan batu loncatan kepada Mamee untuk meneroka dan menceburi cabang perniagaan yang baharu seperti bidang perkhidmatan makanan dan pembuatan produk makanan halal Korea yang menyediakan servis perniagaan kepada pengguna serta pasaran.

Mamee Labur RM50 Juta Untuk Produk Makanan Halal Korea
Lebih banyak makanan halal Korea akan dibawa masuk ke Malaysia menerusi kerjasama ini

Shinsegae Mamee Foodservice bermatlamat untuk menjadi pembekal sehenti makanan dan minuman halal di mana produk-produk berkualiti tinggi dan konsisten dengan rasa dan perkhidmatan yang tulen ditawarkan untuk semua pengendali perniagaan makanan.

Syarikat ini komited ke arah menjadi peneraju pembekal solusi masakan tempatan yang menyeluruh untuk pengendali perkhidmatan makanan sekitar rantau Asia Tenggara. Untuk kejohanan Winter Olympics 2018 yang bakal berlangsung di Pyeongchang, South Korea di mana Shinsegae Food merupakan pembekal perkhidmatan katering makanan rasmi, Mamee akan diwakili oleh Chef Faizul yang akan menjadi rakyat Malaysia pertama yang menyediakan dan memasak makanan Halal untuk kesemua peserta Muslim dan akan dibantu oleh duta Mamee Chef, Dato’ Chef Ismail.

Bersempena dengan majlis menandatangani perjanjian usaha sama ini, Mamee Double Decker (M) Sdn Bhd juga telah menaik taraf bangunan ibu pejabat yang terletak di Ayer Keroh, Melaka yang berkonsepkan moden di samping memastikan keselesaan pihak pengurusan dan staf-staf dalam urusan kerja seharian.