Semua perempuan nak kulit cantik. Hm, zaman sekarang ni jangan kata perempuan, lelaki pun dah pandai jaga kulit muka.
Namun, masalah biasa yang selalu dihadapi oleh setiap individu adalah muka berjerawat. Kalau setakat tumbuh dua, tiga biji tak apa, tapi bila dah jadi kes jerawat yang mula bercambah dengan jayanya sampai muka berbekas-bekas, yang tu dah tak cool lagi.
Sama seperti apa yang pernah dilalui oleh bekas finalis Dewi Remaja ini dulu, Ramona Zamzam mengambil masa dalam dua hingga tiga tahun untuk betul-betul memulihkan kulitnya daripada masalah jerawat kerana tuntutan kerja yang memerlukan dia sentiasa mengenakan makeup pada wajah.
Gambar semasa Ramona sedang berhadapan dengan masalah kulit. Waktu ni, nak upload selfie pun kena edit pakai magic skin 360 camera dulu
Laterst photo, no filter
Lihatlah perbezaan kulitnya sekarang. Memang nampak ketara sangat perubahannya. Makin cantik.
Apa yang Ramona buat sehingga kulit wajahnya kembali normal? Nah, ini 12 petua yang dikongsi olehnya sendiri di laman Facebook. Kata Ramona, proses nak baik pulihkan kulit ni bukan makan masa sehari atau sebulan, if you don’t give up, I believe you can!
1. Cuci muka bersih-bersih
Tologlah cuci muka bersih-bersih. Untuk anda yang suka pakai makeup , tak kisahlah sebab bekerja atau just for fun, dan terutamanya if you’re using foundation/compact powder/ bb cream atau cc cream. Ikut step yang pernah Ramona kongsikan dulu.
Facial wash itself is NEVER ENOUGH. Kesilapan Ramona dulu lepas habis shooting balik rumah mandi cuci muka pakai facial wash saja dah cukup. Maka, bermulalah masalah skin problem yang amat teruk.
So, untuk langkah pertama ni, cuci muka bersih-bersih!
2. Say no to makeup
Mungkin susah untuk anda ikut step ni sebab dah jadi trend, everyone pandai makeup. Ramona punya skin problem dulu terjadi sebab too much of makeup. Jadi, step kedua untuk repair kulit muka is stop using makeup.
Ads
Bila hari tak ada shooting, Ramona lagi suka duduk rumah diam-diam. Malaysia bukan macam Switzerland, udara tak fresh macam dekat sana. You have no idea betapa teruknya dust yang ada di luar tu dan wajah tanpa makeup membantu kulit anda untuk bernafas. So, penting sangat-sangat untuk kulit muka anda tak ada apa-apa on it sebab liang roma pun nak bernafas juga.
3. Drink water to the max
Minum air putih minimum dua liter sehari. Ramai yang annoyed sebab kena pergi ‘sheeshee’ 20 kali sehari tapi 20 kali kencing tu la yang tolong buang toksik dalam badan, sekali gus tolong bersihkan kulit muka.
Tips: Lihat gambar Ramona tu, dah jadi habit akan sentiasa membawa botol bersaiz 2 liter. Start isi air pada waktu pagi selepas bangun tidur dan bawalah ia kemana-mana anda pergi. Cuba minum untuk sehari dua saja dan anda akan nampak perbezaan pada kulit.
4. Do not skip basic skincare
Step ni sangat penting. Ramona kena skin infection dulu sebab dia tak apply apa-apa langsung pada muka sebelum pakai makeup. Ramai yang tak tahu kalau nak pakai makeup wajib untuk anda apply toner atau moisturizer terlebih dahulu.
Kalau tak nak mengalami seperti apa yang terjadi pada Ramona, nak pakai makeup pakai lah, tapi make sure apply basic skincare dekat muka dulu. Tak boleh tepek foundation direct kat muka tau!
5. Keluarkan peluh
Do whatever exercise that you can, jogging, walking, hiking, badminton or anything asalkan keluar peluh. So starting from cardio, Ramona try jalan atas treadmill je, lama-lama bila buat cardio je rasa boring, so dia mula buat weight lifting.
Ads
Dengan kawan-kawan pula, aktiviti seperti hiking dan swimming pun dia akan buat. Pendek kata, apa saja yang mengeluarkan peluh, pasti Ramona buat. Exercise bukan saja baik untuk kesihatan diri, tapi juga elok buat kulit.
6. Do not touch your face
Please understand that our hands are full of germs and bacteria, kadang-kadang bila lepak dekat luar, pegang tombol pintu, escalator atau paip dekat toilet, arghhh macam-macam la. Just imagine kalau anda pegang muka dengan tangan yang tidak dicuci?
Kalau dekat rumah baru lepas mandi atau lepas cuci tangan tak kisahlah nak belek atau pegang muka sendiri. Tengok pada keadaan, don’t simply touch your face.
7. Facial extraction
Sebut pasal facial extraction, facial dah satu hal, facial saja tak cukup, kena ada extraction juga. Untuk yang tak faham apa itu ‘extraction’, ia bermaksud proses untuk mengeluarkan dan memicit segala yang ada dalam liang roma muka anda.
Basic facial selalunya sekadar mencuci muka, scrub dan pakai mask. Tapi kalau anda skin problem, tolong cari facial yang ada extraction.
8. Digestion & Fruit juice
Antara sebab lain kenapa kulit muka tak boleh nak baik adalah bila ada masalah penghadaman. Sepatutnya, kita perlu membuang air besar at least satu atau dua kali sehari. Tapi kalau tak dapat macam tu maknanya usus ada problem dan yeah, boleh menyebabkan skin problem juga.
Jadi nak buat apa? Cari jalan untuk membolehkan anda buang air besar setiap hari seperti minum banana milkshake setiap pagi seperti Ramona.
9. Jaga makan
Sekali sekala, cuba masak sendiri dekat rumah dan kurangkan minyak. Salah satu punca masalah kulit adalah daripada makanan. Cuba untuk ambil makanan yang dibakar, grill atau steam, selain bergoreng.
10. Tukar cadar katil
Ramai yang tak ambil pusing tentang hal ini. Cadar dan sarung bantal yang digunakan setiap hari perlu kerap ditukar. Kalau setahun sekali baru nak tukar, macam mana kulit nak baik?
11. Jangan tidur tanpa basuh muka
Jangan tidur with makeup on ok? Ini perkara basic yang rasanya ramai dah tahu. Kalau dah ngantuk sekali pun, basuh muka bersih-bersih dulu baru tidur.
12. Guna face mask
Ramai yang lupa bahawa penggunaan mask secara kerap boleh tolong untuk repair skin anda dengan lebih cepat. Bergantung kepada masalah yang anda hadapi, ada banyak pilihan yang boleh dibuat.
Nak pakai mask yang lima minit lepas tu cuci pun ok, nak pakai sleeping mask time tidur pun boleh, nak pakai mask tampal kemudian buang selepas 20 minit pun tak ada masalah, janji lakukan secara kerap. Kalau pakai mask selalu kulit muka akan cepat baik dan susah jerawat nak naik.
So, ini adalah rutin-rutin yang dilakukan oleh Ramona Zamzam sepanjang proses memulihkan masalah kulitnya. jelas sekali kulit wajahnya lebih licin berbanding dulu. Untuk anda yang mengalami masalah yang sama, apa kata ikut petua Ramona ni. Mana tahu serasi kan?
Gincu merupakan salah satu senjata untuk menaikkan seri seorang gadis. Dari wajah yang kelihatan kusam calitan gincu mampu memberikan kesegaran pada rupa dan personaliti seseorang.
Agak-agaknya berapa banyak gincu yang anda miliki? Warnanya pula bagai mana? Adakah anda suka bereksperimen dengan pelbagai warna atau kekal dengan satu rona sahaja?
Tahukah yang tidak semua warna gincu sesuai dengan warna kulit anda. Apa yang harus anda faham adalah, warna kulit memainkan peranan penting dalam menentukan warna gincu yang akan tampil sajak dengan penampilan anda.
Tak tahu macam mana nak pilih? Jom ikut tip-tip berikut.
Elizabeth Arden Eight Hour Sheer Tints
Kulit Cerah
Bagi anda yang berkulit serah anda boleh memilih rangkaian rona nude ataupun terang tanpa sebarang masalah. Antara rona yang sesuai digayakan seperi coklat, merah, merah jambu, jingga terang atau rona apa sahaja yang anda inginkan. Tetapi kalau boleh cuba elakkan warna gelap seperti merah tua dan juga ungu.
Warna kulit putih pucat ini nampak lebih putih daripada orang cucasian. Jika anda memiliki kulit putih pucat pastikan anda memilih warna gincu yang berona pastel ataupun warna yang tenang dan tidak terlalu lantang.
Elakkan penggunaan warna-warna seperti merah darah ikan, coklat tua, ungu gelap, metalik. Ini kerana warna yang gelap membuatkan kulit pucat lebih menyerlah.
NARS Audacious Lipstick
Kulit Sawo Matang
Anda bertuah kerana jika kulit anda berada di dalam kategori ini, gincu rona apa pun boleh anda oles pada bibir. Pasti akan tampak menarik!
ROUGE DIOR – GOLDEN NIGHTS COLLECTION LIMITED EDITION
Kulit Gelap
Salah satu kelebihan orang yang mempunyai kulit gelap adalah anda boleh memilih warna gincu yang terang atau gelap. Kedua-dua merah dan merah tua sesuai untuk kulit gelap kerana memberikan kesan yang elegan.
Untuk menjadikan penampilan lebih menarik, jangan gunakan gincu yang mempunyai warna pastel atau lipstik berkilat kerana ia akan menjadikan kulit nampak lebih gelap.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekiranya korang meminati seseorang selebriti Indonesia yang telahpun melangsungkan majlis perkahwinannya, pasti korang tahu betapa mereka menitik beratkan semua persediaan majlis tersebut terutamanya dalam bab persalinan yang akan dipakai oleh kedua pasangan mempelai.
Seperti yang berlaku pada minggu ini, beberapa majlis telah disusun khas untuk pasangan selebriti Lesti Kejora dan Rizky Billar. Bagi meraikannya, bukan satu dua persalinan yang mereka sarungkan. Malah sepanjang minggu ini, hampir lima persalinan telah mereka pilih biarpun jumlah tetamu yang hadir tidak sampai 100 orang pun!
Iyalah, bukan selalu nak menikah kan? Jadi apa salahnya untuk membelanjakan lebih sedikit untuk dijadikan kenangan.
Dalam banyak-banyak persalinan tersebut, yang paling mencuri tumpuan penulis adalah set ungu pudar atau lilac yang dipakai Lesti dan Rizky sempena acara membaca al-Quran bersama ahli keluarga kedua-dua belah pihak, kelmarin. Ia kemudian disambung dengan sesi meminta restu daripada ibu bapa mereka.
Lesti yang merupakan seorang penyanyi dangdut berhijab popular di Indonesia kelihatan sopan namun mewah dalam busana longgar serta labuh. Ia sarat perincian seperti butiran batu kristal, bijian mutiara dan motif bunga-bungaan dalam bentuk tiga dimensi.
Tidak cukup dengan itu, Lesti melengkapkan ‘look’ tersebut dengan selendang yang menghiasi bahagian hijabnya; juga sarat perincian.
Rupa-rupanya, keseluruhan busana ini merupakan hasil ciptaan pereka fesyen Indonesia bernama Ayu Dyah Andari. Ayu menjadikannya lebih istimewa dengan menyediakan sepasang sepatu tinggi dalam fabrik lace berwarna lilac dan ditaburi kristal khas buat Lesti.
Penulis tidak dapat pastikan berapa jumlah kos bagi busana ini. Namun melihat kepada kehalusan pembuatannya, penuulis pasti korang memerlukan sejumlah bajet yang boleh tahan besar juga bagi mendapatkan hasil sebegini rupa.
Penulis pasti, gaya sebegini akan menjadi popular dalam kalangan bakal pengantin muda di Malaysia yang sedang menunggu waktu kita dibenarkan melangsungkan majlis persandingan.
Memilih produk mandian dan penjagaan rambut bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi pada mereka yang mempunyai kulit sensitif kerana kita perlu memastikan bahan yang digunakan adalah terbaik.
Misalnya, produk penjagaan yang mengandungi bahan kimia boleh mengundang risiko alahan pada kulit, jadi disebabkan itu kita perlu peka dalam memilih barangan harian, terutamanya produk mandian.
Jenama Summerie telah melancarkan rangkaian produk sabun mandi dan syampu yang direka khas untuk membangkitkan keterujaan dan mengasyikkan ketika membersihkan diri. Dilengkapi dengan ekstrak botani yang dapat memulihara kulit, produk ini juga menggunakan wanigan yang diilhamkan oleh aroma asli dengan manfaat minyak biji bunga matahari.
Minyak biji bunga matahari organik menawarkan pelbagai manfaat untuk kulit dan rambut. Bahan ini juga kaya dengan vitamin anti oksidan A, B, C dan E; mineral seperti besi, potassium dan kalsium, serta Omega-6.
Berikut kami cadangkan antara produk mereka yang korang wajib cuba.
1. Summerie Shampoo for Normal Hair
Diperkaya dengan vitamin B5, minyak biji bunga matahari organik dan minyak jojoba emas yang melembabkan, syampu ini berfungsi untuk memberikan kilauan lembut dan berkilat sepanjang hari. Jika korang menggunakannya, sudah tentu ia memberi keselesaan yang maksima dengan haruman wangian yang menawan.
2. Summerie Conditioner for All Hair Types
Selepas mencuci rambut, jangan lupa untuk menggunakan Summerie Conditioner for All Hair Types yang akan menghidrat dan melembapkan rambut secara semula jadi. Produk ini juga dihasilkan daripada minyak biji bunga matahari organik dan minyak jojoba.
3. Summerie Grapefruit Purifying Body Wash
Grapefruit Purifying Body Wash antara yang wajib untuk korang cuba kerana harumannya yang menawan pasti membuatkan korang rasa segar sepanjang hari. Ia memberi hidrasi dengan setiap penggunaan sementara kualiti limau gedang membantu menenangkan dan menghaluskan tekstur kulit. Keistimewaan tambahan Grapefruit Purifying Body Wash, ia membunuh 99.9% kuman.
Setiap rumusan mengandungi sekurang-kurangnya 94% bahan-bahan yang diperoleh dari alam semula jadi dan semuanya bebas dari bahan SLS, SLES, paraben, minyak mineral, pewarna sintetik dan ramuan berasaskan haiwan.
Selain daripada kandungan yang selamat, produk Summerie ini juga mudah didapati dengan harga yang berpatutan. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.summerie.my ataupun Facebook: @Summeriemy & Instagram: @Summeriemy
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Miss Universe Malaysia 2026, Eunice Wong sah tidak ke Puerto Rico bersama lima wakil negara Asia Tenggara lain susulan kontroversi melibatkan MGI dan organisasi Miss Universe.