Terlalu banyak misteri yang menyebulungi filem, Pengabdi Setan.
Kunjungan penulis hari ini bagi menyaksikan sendiri filem yang digembar-gemburkan sebagai antara filem terbaik yang ditayangkan pada tahun 2017 membawa seribu satu ekspektasi.
“Ni kalau tak best, kau redeem balik duit tiket aku,” kata penulis, sejak awal lagi sudah memberi amaran kepada rakan yang sudah menyaksikan naskah daripada Joko Anwar ini, beberapa kali.
I will spare you the details of the movie, fret not. Namun ada beberapa aspek filem ini yang masih berbekas di minda sehingga kini.
Untuk pengetahuan korang, Pengabdi Setan adalah sebuah filem remake yang asalnya pernah ditayangkan pada tahun 1980. Naskah tulisan Subagio S. ini juga berjaya mencapai jualan tiket yang amat memberansangkan 37 tahun yang lalu. Oleh sebab itu, Joko Anwar telah terpanggil untuk mengfilemkan semula Pengabdi Setan dengan nafas baru.
Namun, itu tidak bermaksud Joko banyak mengubah jalan ceritanya yang asal.
Sebagai contoh, adegan permulaan filem di mana watak Ibu atau namanya Mawarni Suwono dikebumikan setelah meninggal dunia cukup sama dengan adegan asal Pengabdi Setan versi 1980.
Watak Rini dari Pengabdi Setan (2017) dan (bawah) Pengabdi Setan (1980)
Memasuki beberapa puluh minit penulis menontonnya (ke tutup mata je lebih?), aspek misteri itu sudah mula melingkari jalan ceritanya. Pertama, penyakit misteri apa yang membunuh Ibu?
Dan apabila roh Ibu mengganggu suaminya dan empat orang anak (filem versi 1980 hanya menampilkan dua orang anak), penulis tertanya-tanya mengapa Ibu sanggup untuk mengacau mereka sedangkan keluarganya kelihatan cukup penyayang ketika menjaga Ibu semasa dia sakit dan terlantar di atas katil.
Ads
Ibu hanya perlu membunyikan loceng dan mereka pun datang untuk membantu. Dah macam private butler aku tengok, kerlass!
Seriuslah, semasa tayangan perdana pun semua pelakon masih membuat reaksi muka macam itu. Err
Satu-persatu gangguan Ibu hadir dalam kehidupan mereka lima beranak. Dari pandangan muka yang perlahan-lahan menoleh memandang korang sehinggalah ke lagu kegemaran ramai, ‘Kelam Malam’ yang akan berkumandang di radio secara tiba-tiba pada tengah malam.
Hhm, pada waktu ini, penulis masih tertanya-tanya, kenapa kau kacau keluarga kau, eh Ibu?!
Well, that is for you to find out in the second half of the movie. Apa yang penulis boleh katakan adalah syabas diucapkan kepada pengarah Joko Anwar yang berjaya membawa elemen seram ke segenap ruang panggung.
‘Kelam Malam’
Bunyi lantai kayu yang bergesel dan pintu yang terbuka secara perlahan masih menghantui minda ini (Thank you Joko!). Apa yang pasti, misteri yang ada di dalam filem Pengabdi Setan semuanya terjawab juga di akhir filem.
Ibu telah banyak menyembunyikan aspek kehidupan lamanya sehingga membuatkan anak-beranak terpaksa menanggung derita. Namun, semua yang dilakukan oleh Ibu ada kaitan dengan rasa sayang pada ahli keluarga.
Ads
Ibu, niat tak menghalalkan cara, okay. (Eh, aku pulak yang mengajar.)
Respon Penonton: “Housemate Aku Dah Takut Nak Mandi Seorang”
Rata-rata para penonton di Indonesia memberikan lima bintang kepada naskah remake ini. Jika tidak, takkanlah Pengabdi Setan berjaya menarik lebih 2 juta penonton Indonesia untuk ke pawagam sejak 28 Oktober 2017.
Bagaimana pula dengan respon dari penonton di Malaysia? Ini antara tweet menarik yang sempat REMAJA lihat sejak ia ditayangkan di Golden Screen Cinemas seluruh negara, minggu lalu.
is pengabdi setan really horrifying coz my housemate freakin scared to mandi
I tell u guys , cerita Pengabdi Setan is worthy to watch. Tapi kalau jenis tak sukar cerita yang plot twist, pening pening lalat, mohon jangan bazir duit. Takut korang carut je nanti.
Tweet terakhir daripada @neetaf itu macam interesting. Mungkin kawan penulis tadi tak faham jalan cerita Pengabdi Setan, sebab itulah dia ajak tengok berkali-kali. Bagi hadam habis hehe.
Apapun, penulis merasakan ia adalah sebuah filem remake yang berjaya membuatkan ramai peminat filem seram di rantau Nusantara ini kembali yakin untuk pergi ke pawagam dan tonton. Bukannya download secara haram di Internet.
Kali terakhir penulis melihat aura filem seram sebegini adalah semasa filem Munafik ditayangkan di Malaysia. Syabas sekali lagi kepada pengarah!
Bagi korang yang belum pergi menonton, klik pada klip trailer di bawah. Jangan lupa juga untuk klik pada video reaksi penonton di Indonesia yang menonton Pengabdi Setan.
Setan sangat kan korang record reaksi orang senyap-senyap!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Trend berbahu besar 90-an kembali semula di karpet merah Golden Globes 2020, pagi tadi.
Puffy shoulders merupakan trend yang popular di pentas fesyen Alexander MxQueen, Givenchy dan Alessandra Rich pada musim lalu. Tetapi tak ramai yang berkeyakinan untuk mencubanya sehinggalah hari ini.
Trend ini memonopoli karpet merah Golden Globes dan mungkin korang juga ingin meniru gaya regal selebriti ini.
01
Jodie Comer
Calon pelakon wanita terbaik ini memilih pereka Inggeris Mary Katrantzou.
02
Da’ Vine Joy Randolph
Oh yes! Ramai yang gentar dengan rona magenta tetapi bukan pelakon ini
03
Cate Blanchett
Yass queen! Pelakon berkaliber ini kelihatan agung dalam rekaanMary Katrantzou dan sepatu Stuart Weitzman.
04
Dakota Fanning
Kami semua ingin kelihatan seperti Dakota yang memilih dress Dior Haute Couture.
05
Kaitlyn Dever
Terserlah aura rekaan Valentino dengan motif corak.
06
Bel Powley
Ada yang akan menyukai persalinan Miu Miu ini, ada yang akan mempersoalkannya.
07
Olivia Coleman
Pemenang Pelakon Wanita Terbaik ini memilih rekaan Emilia Wickstead.
Honorary Mention
Gwyneth Paltrow
Gaun Gwyneth adalah dari FENDI and aksesori Bvlgari.
*
Siapa paling menonjol?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang lagi ahli kumpulan itu bakal menjalani khidmat ketenteraan bermula 1 Julai ini. Berita ini sangat mengejutkan EXO-L (Kelab peminat EXO). Do KyungSoo atau D.O yang berusia 26 tahun itu berpeluang untuk menangguhkan perkhidmatannya sehingga tahun 2021, namun setelah melihat salah seorang ahli Xiumin bakal meninggalkan grup itu buat sementara waktu demi menjalani khidmat ketenteraan, dia membuat keputusan untuk segerakan perkhidmatannya tahun ini.
Tidak lama selepas berita ini tersebar, D.O mengeluarkan satu tulisan tangan di Fancafe (gelaran laman rasmi kelab peminat di Korea) pada 30 Mei yang diterjemahkan dalam bahasa melayu seperti di bawah:-
Hello, ini adalah D.O. daripada EXO.
EXO-L, berita ini pasti mengejutkan anda semua kan? Saya mahu menjadi yang pertama menyampaikan berita ini meskipun berat bagi saya.
Surat ini adalah untuk memberitahu anda bahawa banyak perbincangan dan pertimbangan telah dibuat untuk keputusan ini. Saya akan kembali [selepas berkhidmat] dengan sihat dan selamat.
Saya berterima kasih kepada EXO-L, yang sentiasa menyokong, dan saya harap anda akan sentiasa sihat dan melalui hari-hari yang indah.
Saya akan menjaga diri dengan baik dan kembali kepada anda dalam keadaan sihat sejahtera.
Terima kasih.
SM Entertainment syarikat yang menjaga gurp EXO mengeluarkan kenyataan bahawa kumpulan tersebut bakal mengadakan jelajah konsert kali ke 5 dengan bertemakan ‘EXO Planet # 5 – EXPLOration’ di Seoul! Album ke 5 kumpulan ini iaitu Don’t Mess Up My Tempo dan album repackaged Love Shot turut dipersembahkan tanpa Xiumin dan D.O kerana mereka telah mula menjalani perkhidmatan ketenteraan.
EXO-L jangan sedih-sedikh ok? Kita doakan semoga oppa-oppa ni selamat pergi dan selamat kembali.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang terkenal, Suga BTS baru-baru ini kembali mencuri perhatian apabila tindakannya menyertai acara larian sejauh 12 kilometer ketika sedang sibuk dengan siri konsert jelajah dunia di Amerika Syarikat menjadi bualan hangat peminat seluruh dunia. Lebih mengagumkan, penyanyi rap dari kumpulan popular itu melakukan aktiviti tersebut hanya beberapa jam sebelum kembali membuat persembahan di atas pentas.
Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, Suga atau pemilik nama sebenar Min Yoongi (33), dilihat menyertai acara tahunan Bay to Breakers di San Francisco, California. Dalam rakaman berkenaan, beliau tampil santai dengan pakaian serba hitam, berseluar pendek kelabu dan memakai topi biru sehingga ramai peserta lain tidak menyedari kehadirannya di acara tersebut.
Lebih mengejutkan, acara larian itu berlangsung di tengah-tengah jadual padat jelajah dunia ‘ARIRANG’. Difahamkan, Suga terlebih dahulu menjayakan konsert hari pertama bersama ahli kumpulannya sebelum bangun seawal pagi untuk menyertai larian tersebut dan kembali semula menjalani sesi ‘sound check’ sebelum konsert malam kedua berlangsung.
Kredit foto: RWBMultimedia
I can’t believe Yoongi and I have something in common! We both did Bay to Breakers race! Granted not at the same time. Also he’s a badass for running a race and performing in a live concert on the same day!! This explains why he was limping on Stanford day 2! pic.twitter.com/5xHNyOhpPd
Menurut data rasmi perlumbaan, Suga berjaya menamatkan larian sejauh 12 kilometer itu dalam tempoh 1 jam 4 minit 43 saat dengan catatan purata pace sekitar 8 minit 41 saat bagi setiap batu. Keputusan itu sekaligus meletakkannya dalam kelompok pelari terbaik apabila berjaya menduduki kedudukan ke-1,022 daripada lebih 20,000 peserta yang mengambil bahagian.
Pencapaian tersebut nyata mengundang rasa kagum dalam kalangan peminat terutama ARMY yang menyifatkan stamina dimiliki pelantun lagu ‘Haegeum’ dan ‘Daechwita’ itu sebagai luar biasa. Malah, ramai menyedari Suga masih mampu memberikan persembahan bertenaga selama hampir dua jam pada malam sama walaupun baru sahaja menyertai acara larian jarak jauh beberapa jam sebelumnya.
Pada masa sama, ahli BTS lain seperti RM, Jimin, V dan J-Hope turut berkongsi kisah tersebut menerusi siaran langsung mereka selepas tamat konsert di Stanford. RM mendedahkan bahawa Suga sememangnya mempunyai rutin larian harian dan terus mengambil peluang menyertai acara terkenal itu sebaik mengetahui tentang kewujudannya di San Francisco.
Sementara itu, ramai peminat turut menganggap tindakan Suga sebagai satu lagi “side quest” unik yang sering dilakukan ahli BTS sepanjang jelajah dunia mereka. Terdahulu, kumpulan sensasi Korea Selatan tersebut mengejutkan warga internet apabila menghadiri acara gusti ketika berada di Mexico selain beberapa aktiviti spontan lain yang dilakukan sewaktu berada di luar negara.
Dalam perkembangan terkini, BTS difahamkan sedang bersiap untuk meneruskan siri jelajah dunia ‘ARIRANG’ ke beberapa lagi destinasi utama termasuk Las Vegas dan Tokyo sebelum bakal menghangatkan pentas di Kuala Lumpur pada Disember ini. Kehadiran semula BTS ke Malaysia selepas 11 tahun pastinya menjadi antara momen paling dinantikan ARMY tempatan selepas kejayaan besar siri jelajah mereka tahun ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!